Tuesday, August 11, 2009

UPSI mengundang bala ALLAH

Bismillah walhamdulillah..

Assalamualaikum warahmatuLLAH..

Tidak cukup dengan Bala H1N1, peringatan daripada ALLAH itu seperti tidak diambi iktibar dan pengajaran, sempena majlis konvokesyen kali ini, UPSI telah menjemput Jaclyn Victor (10 ogos) dan Faizal Tahir (13 ogos) untuk membuat persembahan... Inilah yang dikatakan mengundang bala Allah kembali..

Alhamdulillah, kumpulan kebajikan UPSI telah menunjukkan bantahannya pada malam td yang dimulai dengan solat hajat. Moga ia mendapat berkat dan redha ALLAH dalam usaha amar ma'ruf nahi mungkar. Wassalam.


Bantah konsert : Pro Kebajikan memenangi kemenangan moral <Upsikini>

Tanjong Malim, 11 Ogos – Siri bantahan pimpinan Pro Kebajikan bersama penyokongnya yang berusaha untuk melihat persembahan Jaclyn Victor malam semalam dibatalkan disifatkan di kalangan pemerhati sebagai kemenangan moral bagi mereka meskipun gagal merealisasikannya.

Pandangan itu dikeluarkan oleh pemerhati politik UPSI yang sebelum ini pernah menjadi komentator di beberapa artikel UPSIkini, saudara Ihsan.

Beliau yang menghubungi UPSIkini melalui e-mel mengatakan Pro Kebajikan telah memperoleh kemenangan moral dalam isu ini yang memperlihatkan bagaimana mereka berjaya mencetuskan suasana bimbang dan risau di kalangan penganjur.

Beliau turut mengulas tindakan penganjur yang terpaksa mengerah pengawal keselamatan dan pihak polis untuk memberi lebih perhatian kepada perjalanan program tersebut meskipun pada hakikatnya tidak ada sebarang bentuk provokasi yang berlaku.

Dalam pada itu, ulasnya, Pro Kebajikan berjaya mewujudkan suasana bimbang pada pihak penganjur apabila wujud cakap-cakap mengatakan sesuatu bakal berlaku semasa program tersebut berlangsung dan kesannya, pihak penganjur terpaksa membuat garis panduan dan pesanan berulang-ulang kali supaya semua hadirin menjaga tingkah-laku.

Sementara itu, tindakan protes senyap dengan beredar daripada tempat duduk sejurus penyanyi jemputan, Jaclyn Victor naik ke pentas juga dilihat memberi kesan kepada tetamu VIP yang hadir apabila ramai di kalangan mereka menyedari tindakan tersebut sebagai tanda protes.

Walau bagaimanapun, di akhir coretannya, Ihsan menganggap Pro Kebajikan masih belum mampu melahirkan individu yang berani untuk bersuara secara lantang dalam isu-isu yang dibangkitkan.

35 comments:

Nicholas Luka said...

kamu Tuhan ke?
mcm mana boleh tau bala2 kat upsi?
kahkah

azmir abdullah said...

wahwah dah soleh sangat sampai boleh jadi malaikat dan tahu tuhan nk turunkan bala? wahwah

ain solehah said...

penganjuran kemungkaran=menjemput bala daripada ALLAH....

Assalamualaikum wrhmatullah...tahniah dan alhamdulillah kerana dengan tindakan menunjukkan bantahan itu pihak2 tertentu sedar bahawa ada pihak yang tidak senang duduk apabila bumi upsi didatangi oleh artis yang mana tidak tiada sebarang manfaat lain, kecuali hiburan semata2.. tindakan ini adalah susulan daripada rundingan secara baik mpp pro kebajikan yang tidak dilayan hep..tanggungjawab nahi mungkar selesai satu siri.

iye, memang pakaian jac tidak menjolok mata, sopan kononnya, tapi sedarkah kita, bahawa..penganjur yang menganjurkan program yang mana di dalamnya terdapat percampuran llki an pmpuan, pergaulan bebas, maksiat,penganjur tersebut yang akan menanggung segala dosa pelaku kemungkaran tersebut(boleh rujuk kitab tuhfathul ghoribin m/s 26 :antara termasuk dosa2 besar,iaitu dosa ke 28)..jgn lupa, bahawa tidak menutup auratpun merupakan suatu kemungkaran, suatu yang diharamkan oleh ALLAH.

jadi, penganjur mampu ke nak tanggung dosa2 tersebut, sepatutnya berterima kasihlah kepada mereka yang nak menghalang penganjur daripada mendapat dosa free,sama2lah kita menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran..

Allah dah turunkan bala h1n1, tapi xserik2 lagi...fikir2kanla...

sedarkah kita bahawa barat telah berjaya menjajah minda kita dengan melalaikan kita dengan hiburan yang melimpah ruah..bilakah akan lahir ahli falsafah?,doktor?jurutera?alimulama'?peguam?, jika sekiranya pendidik hari ini, masih leka dengan kemewahan dan keseronokan dunia dan merasakan berada di zon selesa.1 lagi, indicator kecemerlangan sesorang bukan hanya terletak pada akademiknya, tetapi seluruh aspek, seluruh segi..duniawi dan ukhrawi..Fikir2kanlah..


Selamat meneruskan kehidupan sebagai mahasiswa muslim yang mendapat redhaNYA, InsyALLAH...

W/A..

ain solehah said...

konsep dan formula mudah, senang :)

amal baik->dapat pahala->rahmat ALLAH->syurga

amal buruk->dapat dosa->ALLAH murka (dapat bala)-> neraka

Nicholas Luka said...

manusia nak masuk syurga.
tapi takut nak mati.
cemana nak rasa syurga macam 2.
tak faham la.

ain solehah said...

hee..

takut nak mati mgkin kerana 2 perkara:
1) sayangkan dan cintakan dunia yg sementara
2)takut mati kerana bimbangkan amalan baik yang tidak cukup sebagai bekalan akhirat...

takut ke tidak, hakikatnya semua manusia akan merasai mati...

jadi, manusia yang beriman dengan ALLAH akan sentiasa ingat akan mati, rasa takut dengan kematian, supaya sentiasa mempertingkatkan amalan baik, sebagai bekalan dan menjauhkan diri daripada kemungkaran kerana bimbang akan dimurkai ALLAH, tanpa sempat untuk bertaubat...

W/A..

Nicholas Luka said...

cemana boleh tau bala akan sampai?

bala tu akan membawa kematian semestinya.

jika kita benar-benar beriman dan
berjiwa solehah tak perlulah risau akan bala.

sepatutnya kita kena memperlengkap diri dengan ilmu yang ada bukan dengan mencari cacat cela orang lain yang kita belum ketahui lagi cacatnya.

ya kita wajib memberi nasihat dan mengingatkan sesama tetapi bukan dengan cara memalukan pihak lain dari jarak jauh atau dekat. "Get it man to man not man behind man".

ain solehah said...

Bala Allah xsemestinya dengan kematian..kdg2 kematian itu suatu rahmat:)

knapa kita xperlu risau akan bala..?? sdgkan jika ALLAH turunkan bala, semua akan kena...cthnya klw ALLAH timpakan tsunami, bkn sebuah rumh shj yg ranap, tp umah org2 alim jgk yg kena...jd bila ALLAH turunkan bala, semua kena..sbb tu semua kna risau....

bkn mncari cacat cela, tetapi nasihat menasihat...ALLAH dah rakam dalm surah al-asr suruh pesan2 kpd kebaikan, dan kesbrn...

method dakwah byk cabang...bila sampai suatu tahap adalah boikot..bleh rujuk buku yng berkaitan method berdakwah...
kalau ade cdgn yg lg bagus, dpersilakan...

Nicholas Luka said...

napa nak cari kebenaran kat buku.
boleh percaya kah buku?

buku itu pun orang yang tulis dan buat.

sedangkan ada sesetengah ayat pun salah di terjemah. cemana tu.

dah macam boikot Palestin kan budak upsi ni.adoiihhh

boikot tu sebenarnya adalah satu benda yang tak berapa elok bagi kita yang bergelar sebagai seorang pelajar. Gali dulu ilmu sedalam-dalamnya dan jangan menggunakan ilmu yang sejengkal untuk menegakkan kebenaran sedangkan kita belum tahu lagi ianya betul atau salah.

sedangkan seorang pelacur pun boleh berbuat keikhlasan inikan seorang penghibur. Keikhlasan itu yang penting dan bukan perbuatan yang nak menjatuhkan orang lain itu salah satu kebangaan.

kalo kita tak nak terlibat dengan aktiviti sebegitu jadi jangan kita mengikutinya dan buat apa kita nak membuat orang lain terikut-ikut. Orang lain punya kepercayaan dan keyakinan diri sendiri tentang apa yang mereka lakukan. Tahu tak kenapa? Orang yang paling mudah terpengaruh dengan benda-benda sebegini ialah orang yang hanya tahu sedikit saja pasal agama. Adoihhh...kecian dorang yang terikut-ikut

Macam kami ni tak la. sebab kami ada keyakinan pada diri sendiri tentang sesuatu perkara yang kami lakukan.

ain solehah said...

knapa ikut buku..?...sbb dlm buku terdptnya ilmu..bahkan dlm islam sndiri disuruh ikut kitab yakni al-quran...

Dr Yusof Qardhawi (fuqaha' zmn kini-ulama' dari al-azhar, mesir) ada menyebut berkaitan isu boikot.

-kami bukan golongan yg mementingkan diri sendiri,maknanya, kami xmahu umat islam di upsi mendedahkan diri kpd maksiat, kemungkaran, jadi sbb tu kami kna bertindak, kalo x, xmustahil pihak penganjur xsedar dgn kesilapan ini, itu shj matlamatnya, supaya kita sama2 selamat daripada mendapat murka daripada ALLAH...

W/A

Nicholas Luka said...

bukan begitu tindakan yang sebenarnya kalo nak selamatkan kaum-kaum upsi selaku orang yang terpelajar. boleh pikiaq satt kot.
ala dorang bukan buat konsert pon.
hanya jemputan saja. sama seperti artis-artis yang penah di jemput contohnya U.N.I.C..eh cemana nak eja tah.
adoihh tak da maksiatnya berlaku pun kat sana.
cemana maksiat nak berlaku sedangkan sportlight kat padang upsi terang benderang, tetamu kehormat ada, pak guard pon ada..cemana ahh nak bermaksiat.
yang lawak lagi bila mana korang berundur masa jacq masuk konon nak bagi kosong bhgian hadapan laa..tudiaa orang serbu kat hadapan..so jadi tak kosong. adoihh lawaknya..

ain solehah said...

berhibur xda salahnya dalam islam, tp apbila salah pilih, jd la salah...

xda maksiat..????..cnfirm?.. mse kami masuk padang pun, sblm mjlis bmula dh ade couple2 bertebaran..

xkisahla apa yg berlaku slps kami buat protes senyap tu, asalkan matlamat kami tercapai, nak gtau supaya ada pihak yg xmenyokong dgn undangan artis..
tggungjawab kami dah selesai satu siri...nahi mungkar.

Nicholas Luka said...

haa..tak salah kan?
so whats the point nak boikot2.
sepatutnya korang bukan boikot artis.
dorang tu tau apa sampai kat upsi. dia datang nak mnghibur kita.
yang sepatut kena boikot is pelajar couple tu laa...adoihh
boleh pikiaq satt kot...

syabab HT said...

salam ziarah kepada antum semua kita seharusnya tahu yangAl-Aslu Fil Af’al Taqoiyadu Bihukmu As-Syar’e
(Asal setiap perbuatan terikat dgn hukum syara’) dan

Al-wasilatu ila haram, muharromah
“Wasilah (jalan) yg membawa keharaman, maka ia menjadi haram”

so nak tambah dosa memang sah manusia akhir zaman.Astaghfirullah.
wallahu’alam…

ain solehah said...

hee...

kpd i am free

boikot couple,bkn boikot artis..?

kalau xda artis, xdala ramai2 couple duk bertenggek kt padang tu nk tgok jac,faizal tahir same2..huu...

jd nk boikot mane?...

Nicholas Luka said...

xda artis pon ade couple bertenggek la..

so disini bukan salah artis pon..buat ape nak boikot dorang..

spttutnya boikot couple tu. Masalahnya kamu larat ke nak boikot-boikot manusia ni yang ada kaki untuk begerak, otak untuk berfikir, hidung untuk membau, lidah untuk merasa, tangan untuk menyentuh..susah weh.

bio kan ajo la dorang tu..dia tak bagi bala pon kepada sesiapa. itu hak dia. kebebasan dia. so lets rock n roll the world..

emotion device said...

Assalamualaikum.
Saya nak mengatakan ketidak setujuan saya terhadap insiden memboikot Jacklyn Victor oleh golongan yang menganggap diri mereka cukup mengetahui dan sombong!

H1N1 adalah bala dari tuhan?. Ya mungkin kalau kita pandang dari fikiran sempit kolot dan tidak mahu memandang setiap yang berlaku dari perspektif yang berbeza-beza. Dan perlakuan memboikot begitu di rasakan cukup "cool" untuk menunjukkan diri ini seorang pejuang agama dalam menegakkan syiar Islam. Bala tuhan yang diturunkan hendaklah di isafi dan perlu menadah tangan meminta pertolongan dari tuhan. Hanya itu sahaja yang mampu anda lakukan?

Sebagai contoh, seorang yang tinggal di sebuah rumah yang buruk dan atapnya berlubang. Setiap kali hujan air hujan membasahi ruang rumahnya. Dia berdoa agar tuhan membantunya untuk menghalang dari hujan terus turun mencurah. Apa bila hujan berhenti dia bersyukur kerana tuhan sudah memakbulkan doanya tanpa usaha untuk memperbaiki atapnya yang bocor.

H1N1 adalah bala dari tuhan. Mungkin benar ia adalah satu bala dari tuhan tetapi agak tidak berilmu bila kita cepat meletakkan sesuatu yang berlaku sebagai bala tuhan. Kalau komputer saya di serang virus, adakah itu juga bala tuhan? Kenapa sungguh cepat menyalahkan semua yang berlaku di sebabkan tuhan?

Tahukah anda hampir 90% virus komputer adalah di buat oleh syarikat anti-virus itu sendiri? Mereka membuat masalah dan mereka menawarkan solusi dengan syarat kita mempu untuk membayarnya.

Oleh yang demikian tidak mustahil dan banyak maklumat yang boleh difikirkan logik berlaku dalam situasi sekarang. Teory Konspirasi. Sangat relavan dengan situasi sekarang. H1N1 merebak dan menakutkan seluruh masyarakat dunia, tiba-tiba syarikat farmasutikal mengumumkan sudah menjumpai vaksin H1N1. Kalau kita mahu selamat kita perlu untuk mengkonsum vaksin tersebut dengan harga yang mahal. Mungkin H1N1 telah dihasilkan oleh syarikat farmasutikal itu sendiri. Mungkin. Semua yang berlaku tidak diketahui kebenarannya. Mungkin juga bala tuhan. Tapi yang penting semua jawapannya tiada yang tepat. Semuanya "MUNGKIN".

Jadi adakah patut golongan mahasiswa yang penuh dengan semangat perjuangan agama tetapi cetek pemikiran yang tidak mahu melihat sesuatu yang berlaku dari perspektif yang lebih mencabar. Jangan memanandang sesuatu yang berlaku dari persektif kolot dan mudah.

Dan tindakan memboikot Jacklyn Victor menunjukkan kebodohan dan kecetekan pemikiran pelajar universiti yang akan menjadi pendidik masa hadapan. Bagaimana kita yang serba kekurangan tetapi dengan sombong mengaku dan seperti yakin semua ini bala dar tuhan. kamu semua telah meletakkan diri kamu sehebat tuhan kerana mengetahui semuanya. Sombong dan kebudakkan. hahah. Memalukan.

Apa pandangan masyarakat bukan islam melihat tidakan boikot itu? adakah itu suatu cara yang berilmu menyampaikan masej keagamaan dan adkah anda merasakan diri anda akan di hormati kerana tindakan itu? Tindakan begini lah menjadi contoh kepada golongan bukan islam memandang pemikiran orang Islam. Kita tidak boleh salahkan mereka kerana memandang begitu. Semuanya adalah kebodohan kita sendiri. Adakah anda semua berasa diri cukup cool dan hebat sekadar dapat membuat satu tindakan yang sungguh lucu dan kebudak-budakkan. Ish.

Aku mahu nampak apa yang aku ingin lihat bukan kerana disuruh melihat, aku ingin mendengar apa yang aku ingin dengar bukan di perdengarkan, aku ingin mengetahui bukan aku ingin diberitahu.

ain solehah said...

kpd i am free..

kita kembali kepada sumber rujukan yang hak.. quran dan hadis..

dlm hdis ada menyebut, sesiapa yg melihat kemugkaran, cegahla dengan tangan tangan, jika xmampu cegahlah dengan lidah, jika xmampu cegahlah dengan hati dan itu adalah selemah-lemah iman....

jdi xleh bio je org2 couple ni,tggungjawab org islam untuk menegur mereka...

jadi jelaslah bahawa kedua2nya perlu ditegah dan dicegah daripada berleluasa..samada konsert yg melalaikan dan juga org couple itu sndiri...

patutla sng2 je maksiat berleluasa, anak luar nikah makin belambak2...wat maksiat tu hak mereka,kebebasan mereka...astagfirullah..bila nk selesai masalah keruntuhan sosial kalau cikgu(pendidik) pun berfikirn sebegini....

ain solehah said...

kpd emotion device..

kita kmbali kpd konteks kita sbgai pendidik...

blh bce post yg bertajuk pendidik VS hiburan melalaikan...

W/A

azmir abdullah said...

escapism

shahril samsuri said...

assalamulaikum......

camnilah erk..senang cite..kepada kamu golongan penegak kebenaran,kamu boleh sampaikan apa yang kamu hendak sampaikan..itu hak kamu wahai pejuang..TETAPI kalau MENEKAN, MENDESAK, MEMAKSA orang lain untuk mengikut ideologi yang kamu ingin sampaikan adalah tindakan yang benar-benar tidak wajar. malah tindakan boikot kamu yang menunjukkan kamu seperti seorang yang tidak berilmu atau bahasa yang lebih sopan 'bodoh'.

kami tidak memulaukan golongan seperti kamu TETAPI kamu yang telah meletakkan diri kamu untuk dipulaukan.(bukan pulau pangkor yang aku baru p baru2 ni)haha.

bukan ke tindakan yang lebih baik adalah sampaikan apa yang ingin kamu sampaikan,kerana kamu berhak menyampaikan apa yang kamu rasakan betul..tetapi biar orang lain berfikir..memilih sendiri jalan hidup mereka..

contohnya(uish sampai nak kena bg contoh ni..susah2..)kamu mengatakan 'kamu semua hendaklah jgn pergi konsert..kerana itu semua membawa banyak keburukan berbanding kebaikan' kepada semua warga upsi yang comel mcm aku. so, kamu telah sampaikan..kamu dah laksanakan tanggungjawab kamu..TETAPI biarkan kami sebagai 'pendengar ceramah kamu' untuk memilih dan menentukan sendiri sama ada ingin menghadiri konsert ataupun tidak.tak perlu la BOIKOT atau nama saintifiknya TINDAKAN MEMPERBODOHKAN DIRI SENDIRI.

kamu ni lupa(mmg melayu mudah lupa)manusia tu hanya boleh berubah..atas kemahuannya sendiri.tetapi kalau kamu tetap mengatakan tindakan kamu betul..tu hak kamu..aku tak lah alim macam kamu..tapi aku sedih apabila ramai yang memandang serong terhadap golongan yang bertudung labuh. kamu sendiri yang meletakkan diri kamu di pandang begitu.nak buat cmna kan..tindakan kamu dan keputusan kamu.aku tak kata apa yang kamu ingin sampaikan totally salah kerana aku juga memahami tujuan kamu tetapi pendekatan yang kamu gunakan adalah benar-benar tak relevan.tapi aku tahu..cakap banyak pun tak guna..kamu tetap rasa kamu betul.bodoh sombong la katakan.

ain solehah said...

:) to shahril samsuri

kebanyakan dan rata2 nak menegakkan konsert tu, seperti ia adalah hak individu....

dan hak kami yang mengetahui ia suatu yang salah adalah dengan cara mencegah..seperti hadis yang telah digtau dlm komen terdahulu...(dlm hdis ada menyebut, sesiapa yg melihat kemugkaran, cegahla dengan tangan tangan, jika xmampu cegahlah dengan lidah, jika xmampu cegahlah dengan hati dan itu adalah selemah-lemah iman....)

ringkasnya peringkat cegah kemungkaran..:-

1-dgn tgn-kuasa, pemerintahan..

jika xmampu...

2-cegah dgn lisan-melalui kuliah, ceramah, nasihat dsb

jika xmampu...

3-cegah dgn hati(dgn membenci dan xredha dgn perbuatan itu)-dan peringkat ini adalah selemah-lemah iman

kalau xda rasa benci dengn kemungkaran,xda lg dah iman dlm diri seseorg itu walau sebesar biji sawi..


jadi, cdgn saudara tadi untuk memberitahu atau beri ceramah, itu adalah peringkat yg ke 2 (berdasarkan hadis)

kuliah dan ceramah dh biasa diberi, tapi adakah terkesan dalam hati2 kita?,ataukah kita xpernah menghadiri kuliah2 pun..?? tepuk dada tanya iman..

Alhamdulillah, dengan tindakan protes senyap tersebut, ramai yang tersedar dari lamunan..

W/A

coin-operated daj said...

nak dakwah, dakwah.
tak nak dakwah sudah.

human will always find mates for them to nod on each other.
simple.
kan?

semua benda bernisbah dalam dunia ni.
ini bukan teori2 dalam bahasa arab or whatsoever, ini darwinisme .

kamu mesti tak suka kan ain?
tak suka sudah.

janji saya suka.

ain solehah said...

...Lupakah kita bahawa kita nanti akan bertemu dengan hari kiamat..hari kebangkitan..? di mana kita semua akan dipersoalkan tentang amal buruk baik..? dan segala amal perbuatan itu akan diBALAS kelak..

Allah xkan tanye kita artis mane yang kamu paling minati, tetapi ALLAH tanya umur kita dihabiskan dgn apa..?Xmalu kah kita dengan ALLAH yang memberi kita pinjam mata, telinga, tangan, kaki...tapi kita persia-siakan dan lebih malang lagi kita khianat dan menggunakannya kepada kemungkaran..

melihat benda maksiat,mendengar benda maksiat,bercakap benda maksiat,menuju ke tempat maksiat...Astagfirullah... Nabi Saw yang bersih dari dosa(maksum) pun bersyukur...kita macamana..??

Syukurlah kepada ALLAH dengan nikmat yang dikurniakan...
"ya ALLAH..tunjukkan kami ke jalan yang lurus.."

ain solehah said...

ok..i will stop my comment here..

kita fikirkan sama2

mudah2an dalam tulisan yang xseberapa ini sedikit sebanyak usaha dakwah sampai kpd pembaca, pengunjung...

"Al-amr bilma'ruf wa Nahy 'anil mungkar"

W/A..

anderias said...

kenapa korang semua takut bala nie?? takut masuk neraka ke?? orang beriman tak takut la bala sebab kalau dia mati pun dia pasti masuk syurga.. jadi kenapa dengan korang semua?? apa masalahnya?? berlagak solehah tapi hati busuk.. hati busuk tu dah menjadikan korang berdosa tau tak.. apa salahnya jaclyn datang. sikap korang yang memprotes tu menunjukkan ada hasutan dari alam lain dan korang semua yang bergelar alim dan solehah ni dah terkena dan termakan hasutan syaitan. syaitan berjaya menguasai diri anda melalui emosi anda.. itulah anda sekalian..

Nicholas Luka said...

fake plastic love

emotion device said...

Ain..
Bukan nya saya menulis ni ingin mengatakan menyokong kepada apa2 yang mungkar.. Tujuan saya menulis kepada anda adalah tindakan Pro-Kebajikan yang menganjurkan boikot kepada persembahan Jac itu hari. Saya tidak berpuas hati dengan "CARA" kalian semua. Dan kalian semua dengan sendirinya menganggap anda menang daro perspektif kaca mata kalian yang sememangnya sempit. Berdakwah memang baik cuma apa yang kalian lakukan itu tidak kena atau bukan melambangkan tindakan orang yang berfikiran jauh dan terpelajar. Adakah semua ahli pro-kebajikan ini tau apa rasional tindakan mereka ini? adakah ramainya hanya mengikut2 kata2 pemimpin dari pro-kebajikan yang menganjurkan boikot ini? Persoalannya sekarang kenapa kita selalu terikut2? anda semua meletakkan diri anda dalam blind majority. Mengikut tanpa mempersoalkan.

Niat kamu baik tapi cara sangat memalukan dan tidak berpelajaran.

Adakah kalian faham maksud saya? Dan saya rasa semestinya saya ini akan dianggap orang yang menentang agama. Tidak apa. anda bebas untuk menganggap diri saya. Cuma saya benci kepada golongan Radikal yang berfikiran cetak yang selama ini membusukkan nama Islam dan menganggap diri mereka orang yang benar2 beriman.

Tolonglah berfikir dengan mendalam tentang sesuatu yang anda mahu lakukan. Adakah ianya berbaloi atau merosakkan imej agama itu sendiri. jangan disebabkan tindakan anda ini bukan islam menganggap islam adlah agama perpecahan dan ganas.

Tolonglah hentikan tindakan bodoh ini dari berulang lagi dan ingin saya katakan kepada semua ahli pro-kebajikan yang anda TIDAK BERJAYA anda hanya mengeruhkan lagi keadaan.

ain solehah said...

ok..kalau cara itu dirasakan tidak sesuai, ada cdgn cara lain x?..bleh kongsi..

syukran

Anonymous said...

saudara i am free dan saudara azmir abdullah...

Allah berfirman : serulah ke jalan Allah dgn berhikmah,dan pengajaran yg baik dan berdebatlah dgn berkesan.

Khatimah...
jgnlah kita attack peribadi sesiapa tidak kira sama ada muslim ataupun non-muslim krna ia boleh mnyebebkn pergaduhan...

cukup sudah dgn perpechn dan penderitaan umat Islam pada hari ini...jgnla kita mnmbh lagi perpechn ini...sekiranya ada perkara yg tidak setuju bolehlah menegur scra baik...insya'Allah

berkaitn dgn isu sosial,smmgnya terlalu teruk isu ini pada hari ini..
purata anak luar nikah yg berdaftar setiap hari adalah 83.3 org...ini yg berdaftar...
utk melihat sedikit penulisan berkaitan dgn isu sosial dan jenayah bolehlah lihat di http://ihsasulfikri.wordpress.com/

smoga kita sbg umat Islam(umat terbaik) cuba berusaha mncari solution...

apa yg baik utk manfaat kita bersama...insya'Allah

Nicholas Luka said...

untuk ihsasulfikri: siapa yg sebenarnya attack?

yang attack faizal tahir dan jacq 2 sepa pla?

kami ni ke yang attack dan boikot2 dorang 2?

ain solehah said...

untuk berita lanjut,lawati upsikini.blogspot.com

emotion device said...

Saya rasa saudara ihsasulfikri tersilap memandang kenapa perbincangan ini berlaku. Sedarkah saudara yang berkomen dalam ruangan ini bukan semuanya Islam. Maka untuk menyuruh mereka kembali kepada Islam agak tidak berapa sesui kerana mereka mempunyai kepercayaan sendiri.

Isu nya adalah mengapa kita menyokong lahirnya lagi Golongan Radikal agama? Agama bukan paksaan dan sepatutnya ianya mestilah di gambarkan dengan keiklasan dan kebijaksanaan. Paksaan akan membuatkan agama di persalahkan padahal golongan radikal yang berpanji agama kononnya berjuang menegakkan agama padahal tindakan mereka membuatkan tanggapan buruk agama lain memandang Islam itu menusahkan, radikal, tunjuk perasaan, emosi..

Jadi salah orang agama lain kah jika menuduh Islam itu agama pengganas?

ain solehah said...

hak non-muslim, org islam xleh ketepikan..kalo tidak xdapat bau syurga pun...tetapi..dalam kes konsert ni..sengaja dimomokkan untuk jaga hak non-muslim..iye ke..??..non-muslim ek yg memenuhi padang tu, atau muslim...? alasan tuk hormati hak non-muslim langsung xrelevan...tetapi kita smua perlu fhm hak mereka perlu dihormati,mgkin dengan cara yg lain..

W/A

Figueroa said...

haa..tak salah kan? so whats the point nak boikot2. sepatutnya korang bukan boikot artis. dorang tu tau apa sampai kat upsi. dia datang nak mnghibur kita. yang sepatut kena boikot is pelajar couple tu laa...adoihh boleh pikiaq satt kot...

Related Posts with Thumbnails

DOWNLOAD BAHAN ILMIAH

حيا بالعربية

محادثة
@ يـَــا عـَــائِــشـَــة ُ، هـَـٰــذِهِ صـَــدِيـْــقـَــتـِــى خـَــدِيـْــجـَــة

@ Hai Aisyah, ini temanku Khadijah.

& أ َهـْــلاً وَسـَــهـْــلاً، كـَــيـْــفَ حـَــالـُــكِ يـَــا خـَــدِيـْــجـَــة

& Semoga anda menjadi keluarga kami dengan segala kemudahan, bagaimana khabarmu hai Khadijah?

@ أ َنـَــا بـِــخـَــيـْــر ٍ اَلـْــحـَــمـْــدُ لـِــلـَّــه، وَمـَــا اسـْــمُــكِ؟

@ Saya baik alhamdulillah, siapakah nama awak?

& إ ِسـْــمـِــى مـَــرْيـَــمُ بـِــنـْــت ُ الـْــحـَــاج ِ حـَــسـَــنْ

& Nama saya Maryam binti Haji Hasan.

@ مـَــا شـَــاءَ الله إ ِسـْــمٌ جـَــمـِــيـْــلٌ، أ َيـْــن َ تـَــسـْــكـُــنـِــيـْــن َ يـَــا مـَــرْيـَــمُ؟

@ Masya Allah nama yang bagus, di manakah awak tinggal hai Maryam?

& أ َسـْــكـُــن ُ فـِى رَقـْــم ِ ٤٨ مـِــنْ شـَــار ِع ِ مـِــيـْــلاَوَاتـِــىْ

& Saya tinggal di nombor 48 Jalan Melawati.

@ إ ِذ َن ْ بـَــيـْــتـُــكِ قــَــر ِيـْــبٌ مـِــنْ هـُــنـَــا

@ Kalau demikian rumah awak dekat sahaja dari sini.

& أ َجـَــلْ، مـِــائَــتـَــان ِ وَخـَــمـْــسـُــوْن َ مـِــتـْــرًا تـَــقـْــر ِيـْــبـًــا

& Ya, lebih kurang 250 meter dari sini.

@ هـَــلْ تـَــسـْــمـَــحـِــيـْــن َ لـِــى بـِــز ِيـَــارَتـِــكِ يـَــا مـَــرْ يـَــمُ؟

@ Apakah awak membolehkan saya mengunjungi awak hai Maryam?

& بـِــكـُــلِّ السـُّــرُوْرِ

& Dengan segala senang hati.

MARI BELAJAR BAHASA ARAB =)

BERSAMA MYKRK

ARAB MADINAH

ARAB INDO