Thursday, April 30, 2009

Draf cadangan penyelesaian

---rentetan di sebalik isu penukaran agama Mohd Ridzuan Abdullah

DRAF CADANGAN PENYELESAIAN ISU SAUDARA MOHD RIDZUAN ABDULLAH DAN KELUARGA

1. PENDAHULUAN

Isu pengislaman Saudara Mohd Ridzuan Abdullah atau K Patmanathan, 40, bekas penganut Hindu, telah menimbulkan satu polemik yang perlu dinilai dari sudut Syarak terhadap beberapa isu. Isu yang akan dibincangkan di sini adalah

1. Status agama tiga orang anak beliau iaitu Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun).
2. Hak penjagaan anak.
3. Status perkahwinan selepas pengislaman.

2. STATUS AGAMA ANAK-ANAK SELEPAS SALAH SEORANG PASANGAN SUAMI ISTERI MEMELUK AGAMA ISLAM

2.1 Pandangan Islam Terhadap Status Anak Apabila Hanya Salah Seorang Ibu Bapa Memeluk Islam.

Dalam menjelaskan status anak-anak selepas salah seorang ibu bapa memeluk Islam sedangkan pihak yang kedua tetap berada dalam agama asal, para fuqaha Islam telah berselisih pandangan kepada beberapa pandangan:

Pandangan Pertama:

Anak-anak adalah mengikut agama Islam sama ada yang memeluk Islam adalah bapa ataupun ibu.

Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh kebanyakan para fuqaha Islam daripada mazhab al-Hanafiyyah, al-Syafi`iyyah dan al-Hanabilah[1].

Maka berdasarkan kes yang berlaku, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) adalah diiktibar sebagai beragama Islam kerana mengikut agama yang dianuti oleh bapanya.

Hujah pandangan pertama ini adalah hadith Rasulullah yang bermaksud:
Daripada A'idz bin Amr Almuzani, daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Islam tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya."

Pandangan Kedua:

Anak-anak adalah mengikut agama Islam apabila yang memeluk Islam adalah bapa. Sekiranya yang memeluk Islam adalah ibu, anak-anak tidak dianggap beragama Islam.

Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh al-Imam Malik.

Hujah yang dipegang oleh al-Imam Malik adalah seseorang anak adalah dinasabkan kepada si ayah dan bukannya dinasabkan kepada si ibu. Maka kerana itulah keislaman si ayah sahaja yang akan menyebabkan si anak turut beragama Islam sebagai mengikut agama si ayah[2].

Maka berdasarkan kes di atas, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) adalah tetap diiktibar sebagai beragama Islam kerana mengikut agama yang dianuti oleh bapanya.

2.2 Cadangan Terhadap Penyelesaian Isu Ini

Berdasarkan kajian ringkas di atas, dapatlah disimpulkan bahawa anak-anak kepada saudara Mohd Ridzuan Abdullah adalah beragama Islam kerana mengikut agama Islam yang telah dianuti oleh beliau.

Namun disebabkan pihak isteri beliau masih beragama Hindu yang berkeras untuk menjaga anak-anaknya dan membesarkannya dalam agama Hindu, semestinya kenyataan kita untuk mengekalkan status ketiga-tiga anak mereka berdua sebagai beragama Islam akan menimbulkan satu ketegangan antara masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam secara umumnya.

Atas dasar ingin mencari jalan yang paling baik dengan meraikan pandangan-pandangan para ulama, kami mencadangkan perkara-perkara di bawah:

a) Menerangkan kepada masyarakat di Malaysia bahawa maksud anak-anak tersebut berstatuskan agama Islam adalah mereka bertiga dianggap sebagai seorang Islam sepanjang tempoh mereka belum lagi mencapai umur baligh. Status keislaman mereka sebelum tempoh baligh akan berkait rapat dengan pembahagian harta pusaka khususnya[3].

b) Apabila anak-anak tersebut telah mencapai umur baligh, mereka akan diberikan hak untuk memilih sama ada ingin memeluk agama Islam ataupun memeluk agama Hindu. Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh al-Imam al-Thauriyy ( ?????? ) .[4]

c) Kami tidak mendapati sebarang masalah sekiranya nama ketiga-tiga anak saudara Mohd Ridzuan Abdullah dikekalkan dengan nama asal melainkan sekiranya makna nama mereka mengandungi unsur-unsur syirik dan makna-makna yang buruk.

3. HAK PENJAGAAN ANAK

3.1 Pendapat Ulamak

Para ulama di dalam keempat-empat mazhab membincangkan tentang perkara ini . Para ulama bermazhab Syafie dan Hanbali rahimahumullah meletakkan bahawa hak penjagaan mestilah kepada seorang Islam. Orang bukan Islam tidak layak untuk mendapat hak penjagaan anak tersebut.

Manakala para ulama bermazhab Hanafi dan sebahagian ulama Maliki rahimahumullah tidak meletakkan Islam sebagai syarat untuk penjagaan. Ini bermakna jika penjaga tersebut (ibu atau bapa) salah seorang daripada mereka masih di dalam agama asal (non muslim) maka mereka masih boleh mempunyai hak untuk menjaga.

Ini berdasarkan kepada hadis Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud , al-Nasa'ie , Ibn Majah , Ahmad bin Hambal , al-Baihaqi , al-Hakim Naisaburi, Ibn Abi Syaibah rahimahumullah dan para ulama hadis yang lain . Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam membenarkan untuk budak tersebut memilih dengan siapakah dia ingin tinggal, sama ada dengan ayahnya yang Muslim atau Ibunya yang Non-Muslimah. Ini kerana hak penjagaan adalah atas rasa belas kasihan dan ianya tidak menjadi masalah walaupun berbeza agama.

Nas hadis tersebut bermaksud:
Maksud: Diriwayatkan daripada Saidina Abdul Humaid bin Salamah radhiyallahu anhuma bahawa datuknya telah memeluk Islam pada zaman Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam, tetapi neneknya enggan. Hasil perkahwinan mereka, dikurniakan seorang anak. Mereka berdua datang mengadu kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam (berkenaan hak penjagaan terhadap budak tersebut). Sabda Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam kepada mereka berdua : Jika kamu berdua mahu, budak tersebut akan diberikan pilihan untuk memilih kamu berdua. Kata Abdul Humaid bin Salamah : Si ayah diletakkan di suatu sudut, dan si ibu juga diletakkan di suatu sudut, maka budak tadi diberi pilihan . Didapati budak tersebut bergerak ke arah ibunya.Maka Baginda sallallahu alaihi wasallam berdoa: Ya Allah berikanlah hidayah kepadanya. Kata Abdul Humaid bin Salamah :Maka budak tersebut kembali kepada ayahnya (mengikut ayahnya).

Tetapi para ulama di dalam mazhab Hanafiyah dan Malikiyah berbeza pendapat pula berapa lamakah tempoh budak tersebut perlu berada di bawah penjaganya yang bukan Islam:

1) Ulama Hanafiyah berpendapat : Kanak-kanak tersebut boleh berada di bawah jagaan penjaga yang bukan Islam sehinggalah dia mampu berfikir tentang keagamaan(iaitu setelah mencapai umur 7 tahun). Hak penjagaan juga akan tamat jika budak tersebut tidak terjamin keselamatan agamanya jika berada bersama penjaga tersebut(seperti dibawa ke tempat ibadah mereka, budak tersebut mempelajari perkara berkaitan agama penjaga tersebut, diberi minum arak atau memakan makanan yang haram)

2) Ulama Malikiyah berpendapat: Kanak-kanak tersebut boleh berada di bawah jagaan penjaga yang bukan Islam tersebut sehinggalah tamat waktu hak penjagaan[6]. Tetapi penjaga tersebut perlu menjaga hak-hak penjagaan terhadap budak tersebut seperti tidak memberi makanan yang haram dan memberi minum arak kepadanya. Tetapi jika dikhuatiri akan berlaku perkara tersebut maka hak penjagaan tersebut perlulah diberikan kepada golongan Muslimin demi menjaga budak tersebut daripada kesesatan[7].

3.2 Cadangan Terhadap Kes Yang Berlaku

1) Berdasarkan pendapat para ulama yang kita telah bincangkan, anak kepada Mohd Ridzuan bin Abdullah @ K Patmanathan, 40 tahun iaitu Tevi Darsiny (12 tahun) dan Karen Danish ( 11 tahun ) tidaklah dibenarkan untuk berada dibawah penjagaan si isteri yang enggan memeluk Islam. Ini kerana, keadaan kedua-dua anak mereka jika berada di bawah jagaan ibu sahaja dibimbangi persekitaran yang tidak baik akan mempengaruhi mereka.

2) Manakala anak yang ketiga iaitu Prasana Diksa (1 tahun), dibenarkan untuk berada di bawah jagaan si ibu (dengan syarat diadakan giliran antara ibu dan bapa) berdasarkan pendapat yang disebutkan oleh Mazhab Hanafiyah dan Malikiyah. Ini kerana Prasana Diksa masih kecil dan belum mencapai umur yang memungkinkan untuknya berfikir tentang keagamaan. Ini juga menunjukkan bahawa Islam bukanlah agama yang bersikap kuku besi yang menghalang secara semberono hak individu.

4. STATUS PERKAHWINAN SELEPAS PENGISLAMAN SALAH SEORANG SUAMI ISTERI

4.1 Pendapat Para Ulama

Syariah Islam menetapkan, apabila seorang suami memeluk Islam, maka si isteri juga perlu diminta untuk memeluk Islam. Jika si isteri memeluk Islam di dalam tempoh ‘iddahnya, maka perkahwinan tersebut boleh diteruskan seperti biasa(tanpa perlu diperbaharui akad nikahnya). Islam bukanlah satu agama yang memecah belahkan institusi kekeluargaan, bahkan Islam itu sendiri mengajar ummatnya untuk membina sebuah keluarga yang bahagia. Perbezaan agama antara suami dan isteri bukanlah penghalang kepada ikatan pernikahan mereka, tetapi keengganan si isteri untuk berbuat demikian menyebabkan berlakunya perpisahan [8].

Keempat-empat mazhab Islam iaitu Hanafi, Maliki, Syafie, dan Hambali menetapkan perkahwinan mereka berdua akan terfasakh[9]. Para ulamak hanya berselisih pendapat dari sudut bilakah waktu fasakh itu berlaku, samaada daripada saat pengIslaman suami atau saat isteri enggan memeluk Islam. Perpisahan tersebut akan berlaku melalui kuasa qadhi[10].

Fasakh atau perpisahan tersebut bukan bermakna si suami meninggalkan tanggungjawabnya ke atas isteri dan anak-anaknya dari sudut nafkah dan perbelanjaan. Islam sangat menjaga hak setiap manusia samaada Muslim atau Non Muslim. Perpisahan yang berlaku di antara pasangan suami isteri disebabkan perbezaan agama tidak menggugurkan kewajipan suami kepada isterinya dan anak-anaknya.

4.2 Hak Pemberian Nafkah[11]

1. Nafkah kepada anak
1. Si ayah wajib memberikan nafkah dan keperluan kepada anak-anaknya selagi mana mereka masih kecil sehingga mampu berdikari sendiri jika anak tersebut adalah anak lelaki. Manakala bagi anak perempuan, bapa perlu memberi nafkah kepadanya sehingga anak tersebut berkahwin sahaja.
2. Nafkah kepada isteri
1. Suami wajib memberi nafkah kepada isteri tersebut selama mana di dalam tempoh ‘iddah sahaja.

Ini jelas menunjukkan hujah yang mengatakan bertukar agama adalah satu cara untuk lari daripada tanggungjawab adalah hujah yang amat dangkal. Ini kerana Islam sama sekali tidak memberikan ruang kepada penganutnya untuk lari atau cuai menunaikan tanggungjawab masing-masing.



Disediakan oleh;

Fellow MANHAL PMRAM 2009

Hasil kajian:

1. Saudara Syed Abdul Qadir Al-Jofree

2. Saudara Abd Rahman Mohd Tharin

3. Saudara Mohd Nazrul Abd Nasir

4. Saudara Hairul Nizam Mat Husain

[1] Sila lihat al-Mawsu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah 4/270.

[2] Sila lihat al-Mawsu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah 4/270.

[3] Sebagaimana yang dimaklumi, apabila anak-anak tersebut berstatuskan Islam, mereka berhak mewarisi harta saudara Mohd Ridzuan Abdullah kerana persamaan agama antara pihak ayah dan anak-anak. Walau bagaimanapun sekiranya anak-anak tersebut meninggal dunia sebelum mereka mencapai umur baligh, maka berdasarkan pandangan Islam jenazah mereka akan diuruskan sebagai seorang Muslim. Ini dijangka akan menimbulkan satu lagi masalah perebutan jenazah antara si isteri yang beragama Hindu dan si ayah yang beragama Islam.

[4] Sila lihat al-Mawsu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah 4/271. Para pembaca perlu menyedari bahawa pandangan yang kami pilih ini bukanlah pandangan majoriti ulama Islam.

Adapun pandangan majoriti ulama Islam, anak-anak tersebut secara automatik akan menjadi seorang muslim sebaik sahaja si ayah memeluk agama Islam. Sekiranya anak-anak tersebut setelah baligh memilih untuk tidak beragama Islam, berdasarkan pandangan majoriti ulama, mereka akan menjadi murtad.

Pandangan al-Thauri yang kami pilih ini adalah semata-mata memikirkan situasi masyarakat non Muslim di Malaysia yang mungkin tidak akan dapat menerima keputusan bahawa kesemua anak-anak terbabit hendaklah beragama Islam. Sekurang-kurangnya dengan berpegang pandangan al-Thauri, masyarakat non Muslim dapat menerima keputusan kerana hak untuk memilih agama diserahkan kepada anak-anak tersebut selepas mereka baligh.

[5] Musnad al-Imam Ahmad bin Hambal, hadis 23807 jilid 5 mukasurat 446 Darul Nasyr, Muassasah Qurtubah

[6] Bagi budak perempuan, hak penjagaan terhadapnya ialah sehingga dia berkahwin, manakala bagi budak lelaki pula hak penjagaan terhadapnya ialah sehingga dia baligh.

[7] Fiqh al-Islami wa Adillatuhu jilid 7 mukasurat 727-728 cetakan Darul Fikr Cetakan Kedua 1985

[8] Bada'ie Sana'ie, Imam al-Kasani, m.s 1558 jilid 3.

[9] Mughniyul Muhtaj, Khotib as-Syarbini, m.s 244 jilid 3.

[10] Fiqhul Islami Wa Adilatuh, Dr. Wahbah Az-Zuhaili, m.s 7163 jilid 9.

[11] Al-Mughni, Imam Ibn Qudamah, m.s 402 - 409, jilid 7.


sumber <PMRAM>



(Klik untuk baca selanjutnya)

Wednesday, April 29, 2009

Siti Khadijah


Engkaulah serikandi
yang sangat setia
membantu RasuluLlah dalam suka dan duka
isteri solehah yang penyayang

dan penuh kesabaran
wahai siti khadijah
sungguh besar jasamu
berkorban apa saja kerana Tuhanmu
memperjuangkan Islam
walau penuh dugaan

engkaulah wanita
pertama beriman
pendorong perjuangan RasuluLlah
dari mula lahir zuriat Nabi
penerus perjuangan hinggalah kini
digelar ummul mukminin
ibu orang beriman
penyumbang harta fikiran untuk perjuangan RasuluLlah

kau idola kami
kau wanita utama
pejuang contoh sepanjang zaman
kau dicintai Rasul
kau disayangi ummat
kerana dirimu pencinta Tuhan
wahai siti khadijah
engkaulah tauladan
wahai siti khadijah
engkaulah ikutan

engkaulah wanita pertama beriman
pendorong perjuangan RasuluLlah
dari mula lahir zuriat Nabi
penerus perjuangan hinggalah kini
digelar ummul mukminin ibu orang beriman
penyumbang harta fikiran untuk perjuangan RasuluLlah

kau idola kami
kau wanita utama
pejuang contoh sepanjang zaman
kau dicintai Rasul
kau disayangi ummat
kerana dirimu pencinta Tuhan
wahai siti khadijah
engkaulah tauladan
wahai siti khadijah
engkaulah ikutan


<Mawaddah>



(Klik untuk baca selanjutnya)

Siti Aisyah

Siti Aisyah kau ummahatul mu’minin
Lahirmu dari keluarga terpimpin
Terpilih menjadi isteri RasuluLLAH
Yang merupakan kekasih ALLAH 2x

Kebijaksaan terserlah
Sewaktu usiamu masih mentah
Menyelesaikan masalah
Ketika ketiadaan RasuluLLAH

Siti Aisyah, kau peribadi contoh
Sayap kiri perjuangan
Membantu perjuangan Rasul yang mulia
Ujian mendatang penyubur jiwa 2x

Engkaulah idola kami
Pengorbanan dan perjuanganmu
Menjadi ikutan menjadi panduan
Hebatnya buah hati Nabi..
Humaira’…

Siti Aisyah, kau peribadi contoh
Sayap kiri perjuangan
Membantu perjuangan Rasul yang mulia
Ujian mendatang penyubur jiwa

Siti Aisyah kau ummahatul mukminin
Lahirmu dari keluarga terpimpin
Terpilih menjadi isteri RasuluLLAH
Yang merupakan kekasih ALLAH 3x


<Mawaddah>



(Klik untuk baca selanjutnya)

Guru


Assalamualaikum warahmatullah..

Menyingkap peranan dan tanggungjawab sebagai seorang bakal guru, merasakan diri dan sahabat seperjuangan amat bertuah berada dalam medan ini....
Menjadi pendidik, murabbi, muaddib,mudarris, muallim dan perkataan seerti dengannya mengambarkan kepada kita bahawa seorang insan yang berusaha sedaya upaya untuk membantu orang lain, samada daripada segi akademiknya, akhlaknya dan lain-lain.
Mulianya profesion perguruan. Saya menyeru dan mengajak sahabat dan teman seperjuangan menggunakan platform ini sepenuhnya semaksima mungkin, supaya mendidik makna kata merangkumi akhlak, seiring akademik mencapai kecemerlangan dan dapart melahirkan generasi insan rabbani. RasuluLLAH merupakan contoh tauladan dalam kita mencapai matlamat ini haruslah dijadikan role model kepada kita semua.

Melihat kepada gejala sosial yang "meribut" di negara kita, sedih, marah yang dapat kita rasakan. Kepada bakal guru... persiapkanlah dirimu, persiapkanlah dirimu dengan ilmu agama supaya dapat menghadapi ujian di "medan persekolahan" akan datang. Akhlakmu mesti yang terbaik selaku guru, ilmumu juga mesti cemerlang. Didiklah, didiklah, didiklah pelajar mu dengan ilmu keagamaan...kembalikan nilai agama dalam diri pelajar...xkiralah samada guru Matematik, Sains, Sejarah, Geografi dan lain-lain, tetapi guru mesti ingat bahawa agama pada dirimu senantiasa diperlukan oleh orang lain..selamatkan dunia yang semakin meruntuh akhlaknya..Selamatkan mereka.. mereka kontang, ketandusan dengan ketenangan abadi tetapi mereka mewah dengan tipu daya dunia... Muaddib, muallim, mudarris...dirimu AMAT-AMAT diperlukan...

Sekian..


(Klik untuk baca selanjutnya)

Wanita dan Dakwah

Hukum amal dakwah wajib syarie, tidak gugur selagi tidak wujud kerajaan bertanggungjawab terhadap mempraktikkan dan mempertahankan Islam, malah setelah penubuhan negara Islam pun masih wajib untuk mempertahankan negara Islam. Sebarang kecuaian tidak melakukannya adalah dosa.

Status kewajipannya adalah Fardu `ain, bukan kifayah. Kalau kifayah pun ia masih wajib dilakukan kerana persoalan berkaitan pelaksanaan Islam dan penegakan negara Islam belum selesai.

Apa pun status kewajipan berdakwah, mukmin mestilah melakukannya, kerana jika benar ia fardu `ain dan kita tidak melakukannya kita akan berdosa, jika kita melakukannya kita telah melangsaikan kewajipan di samping mendapat ganjaran. Kalau benar ia fardu kifayah dan kita melakukannya kita akan mendapat pahala. Dalam semua keadaan melakukannya adalah laba. Dalam keadaan tertentu tidak melakukannya mungkin akan mendapat dosa.

Timbul pula persoalan samaada ada perbezaan hukum di antara lelaki dan wanita dalam berdakwah. Apakah ianya hanya wajib kepada lelaki sahaja dan tidak perempuan? Berdasarkan hakikat yang boleh dikutip daripada al-?Quran surat at-Taubah ayat 71;

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma’ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Dapat dilihat kesepaduan kerjasama antara lelaki dan wanita dalam melakukan amal dakwah ke arah Islam dan pengukuhan hukum-hukumnya.

Penjelasan di atas menunjukkan bahawa tidak syak lagi wanita Islam mempunyai peranan istimewa dan amat penting dalam melaksanakan amal dakwah bagi melengkapkan peranan kaum lelaki. Bahkan dalam sesetengah keadaan peranan mereka lebih penting, malah mengatasi peranan lelaki, terutama dalam bidang yang didominasi oleh kaum wanita. Ini kerana kaum wanita mempunyai beberapa keistimewaan tersendiri dari sudut kesediaan, kemampuan, sifat-sifat keperibadian, kejiwaan dan perasaan yang berbeza daripada kaum lelaki.

Jelas bahawa kewajipan dakwah sama sahaja antara lelaki dan wanita. Semua hujah yang mewajibkan dakwah terpakai ke atas wanita. Semua hujah wajib amal jama`ie terpakai ke atas wanita. Kewajipan wala’ `ammah dan khassah juga wajib ke atas wanita. Hakikat masa kini menunjukkan bahawa penglibatan wanita dalam dakwah dan kerja-kerja kemasyarakatan amat penting, kerana wanita adalah salah satu dari sumber kekuatan Islam. Tidak menggunakan kekuatan ini adalah satu pembaziran ke atas kekuatan yang ada. Selain dari itu masuk Islam menggunakan wanita dalam usaha menentang Islam, malah melihat wanita sebagai pintu masuk paling penting dalam usaha merosakkan Islam, oleh itu kaum wanita mesti disedarkan. Dalam hubungan ini wanitalah yang paling sesuai menyedarkan wanita.

Masyarakat Islam terawal memberikan contoh yang praktikal mengenai peranan wanita di dalam dakwah. Ummu ‘Atiyyah al-Ansariyyah umpamanya menjadikan rumahnya tempat tumpuan kaum lelaki di dalam menimba ilmu. Beliau begitu terkenal kerana keaktifannya di dalam memberi nasihat dan menyampaikan ajaran Islam di kalangan pelbagai qabilah pada zaman Nabi s.a.w. Baliau pernah diseksa dan dipenjarakan. Namun semangatnya tidak patah.

Menurut Zainab al-Ghazali di dalam bukunya yang berjudul Ila Ibnati, keadaan umat masa kini sangat memerlukan kaum wanita memainkan peranan yang aktif di dalam dakwah. Ini disebabkan penjajah Barat mengeksploitasi wanita di dalam menabur benih-benih kejahatan dan keruntuhan nilai-nilai akhlak dan kemanusiaan. Wanita Islam yang lemah pegangan agamanya serta cetek ilmunya akan terus menjadi alat propaganda syaitan di dalam melariskan kemungkaran yang ditajanya melalui media massa, sama ada media cetak mahupun media elektronik.

Menurut penelitian beliau, wanita adalah orang yang paling layak diketengahkan untuk menjalankan operasi dakwah di kalangan kaum sejenis mereka. Mereka lebih memahami tabiat, kedudukan dan permasalahan yang dihadapi kaum sejenis mereka. Dengan itu mereka lebih berupaya menembusi hati-hati mad’u dengan pendekatan yang bersesuaian serta lebih serasi dengan fitrah mereka.

Dengan penegasan oleh nas syarak mengenai kewajipan dakwah yang tidak membatasi gencer , pengamalan wanita di awal Islam, kenyataan dan amalan wanita Islam kini tiada lagi alasan bagi wanita untuk tidak terlibat dalam kerja-kerja dakwah. Alasan untuk memfokuskan usaha mendidik anak di rumah tidak boleh lagi dijadikan hujah untuk tidak terlibat dalam kegiatan dakwah di luar rumah. Dalam hubungan yang sama amatlah songsang jika ada wanita yang tidak sedia terlibat dalam kegiatan dakwah di luar rumah dengan berbagai hujah syar`ie sedangkan dalam masa yang sama mereka bekerja di luar rumah dengan menjawat jawatan-jawatan kerajaan.

Medan-medan Dakwah

Dakwah bukan terbatas pada menyampaikan ceramah di masjid-masjid, memberi tazkirah di dalam liqa’ mingguan atau memberi syarahan di dalam suatu perhimpunan. Sebaliknya dakwah merangkumi usaha-usaha membentuk tingkah laku dan gaya hidup seseorang; membentuk manusia yang memiliki akhlak mulia, tutur kata yang baik, kasih sayang yang mendalam, persaudaraan yang jujur, kegigihan dalam bekerja, sabar ketika bencana, teguh setia menanggung suka dan derita.

Jelas kepada kita, medan dakwah cukup luas dan pelbagai. Setiap orang boleh dan berhak malah wajib memainkan peranan dalam mana-mana medan dakwah. Beliau bertanggungjawab menyesuaikan diri, kemampuan, kesesuaian masa, tempat, kebolehan serta kelebihan yang dimiliki untuk kerja-kerja dakwah. Seseorang wanita tidak harus memenjarakan dirinya di dalam permasalahan keluarga dan rumah tangganya yang sempit, sehinggakan seolah-olah rumah itulah sahaja dunianya, suami dan anak-anaknya sahajalah segala-galanya dalam hidup ini. Akhirnya dia menjadi seorang ukhti yang tidak mempunyai wawasan, tidak mengendahkan masa depan agama dan dakwahnya. Lama kelamaan dia menjadi wanita biasa yang larut di dalam masyarakat, lupa pada tanggungjawab serta cita-cita untuk membangunkan rumah tangga dan masyarakat Muslim yang soleh.

Pengimbangan Antara Keluarga dan Dakwah.

Jadi, perseimbangan antara tanggungjawab dakwah dengan urusan rumah tangga amatlah dituntut. Sebagai da’iah yang memiliki kesedaran yang mendalam tentang tanggungjawab, ukhti mestilah mengatur kehidupannya secara seimbang. Rumah tangga tidak harus diabaikan kerana dakwah. Begitu juga sebaliknya dakwah tidak harus dikorbankan kerana sibuk melayani suami serta kerenah anak-anak. Ukhti mesti memahami keutamaan bagi setiap perkara, masa dan keadaan. Ketika anak-anak masih kecil, tumpuan mesti diberikan kepada mereka,didik mereka supaya menjadi pelapis yang bakal meneruskan risalah. Namun pada masa yang sama ukhti tidak boleh meninggalkan medan dakwah sepenuhnya atas alasan mendidik anak. Tindakan ini akan membawa kerugian kepada ukhti dari segi pendedahan, pengalaman dan pahala.

Dalam membuat pengimbangan antara kegiatan dakwah dan urusan rumah tangga wanita mestilah benar-benar mengetahui takat kemampuan maksimum yang boleh atau mampu diberikannya kepada kegiatan dakwah. Dia juga mesti benar-benar tahu takat maksimum urusan rumah tangga yang boleh dikongsi dengan kegiatan dakwah. Dia mesti tahu takat yang kalau dilanggar rumah tangganya akan mengalami kemudaratan. Dia juga mesti tahu takat kegiatan dakwah yang kalau ditinggalkannya akan memudaratkan dakwah. Dalam menentukan kedua-dua takat ini wanita mesti jujur terhadap dirinya, keluarganya dan dakwah yang dipikulnya. Pertimbangannya juga akan dipengaruhi bantuan dan kerjasama suami.

Kerjasama Suami.
Seperti penjelasan di atas, kegiatan dakwah adalah kewajipan lelaki dan wanita. Pengurusan rumah tangga, termasuk mendidik anak-anak juga adalah tanggungjawab bersama lelaki dan wanita, cuma sifat semula jadi wanita membuatkannya lebih berkesan dalam mengurus rumah tangga, terutama mendidik anak-anak. Oleh itu menyerahkan 100% urusan rumah tangga dan mendidik anak-anak kepada isteri di samping memintanya memainkan peranan aktif dalam kegiatan dakwah di luar rumah adalah satu ketidakadilan kepada wanita. Berdasarkan hakikat ini maka:
1. Suami mestilah peka dan sadar tentang peranan dan hak isteri dalam kegiatan dakwah dan kemasyarakatan.
2. Suami mestilah membuang sikap dan pendirian bahawa oleh kerana peranan asasi dan terpenting wanita ialah membentuk generasi Muslim maka wanita mestilah berfungsi dan berperanan dalam rumah tangga sahaja.
3. Suami mestilah membenarkan isteri terlibat dalam kegiatan dakwah dan kemasyarakatan
4. Suami mestilah memberikan kerjasama yang secukupnya bagi menjamin isteri dapat memainkan peranan yang sempurna dalam urusan rumah tangga dan kegiatan dakwah.
5. Suami mestilah sedia berkorban dan bertolak ansur dalam hal-hal mengenai hak dan kewajipan dalam rumah tangga.
6. Isteri tidak mengambil kesempatan ke atas sikap kerjasama, tolak ansur dan kesediaan suami berkorban.

Sesungguhnya kita sangat berhajat kepada ukhti Muslimat da’iah yang memahami betapa umat ini amat memerlukan dakwahnya, sumbangan tenaga serta kepakaran yang ada padanya bagi membimbing wanita-wanita Islam dan mendidik mereka agar beriltizam dengan ajaran Islam. kita sangat berhajat kepada ukhti Muslimat da’iah yang prihatin terhadap hal ehwal masyarakat dan umat Islam, yang memahami tugas yang diamanahkan kepadanya, yang bercita-cita untuk mengangkat dirinya ke martabat du’at yang berjuang dan berjihad mendaulat serta mempertahankan din yang agung ini.

Contoh-contoh Penglibatan Wanita di Dalam Masyarakat di Zaman Nabi s.a.w.

Contoh-contoh ini telah dibentangkan oleh Dr Layth Su’ud Jasim di dalam bukunya Khidmat Masyarakat, Peranan Wanita di Zaman Rasulullah s.a.w.,

Rasulullah s.a.w. meninggalkan kepada kita suatu manhaj dan sumbernya yang terpelihara. Ia menjadi asas pembinaan tamadun Islam yang menjadi agama penutup kepada agama-agama langit terdahulu. Tamadun ini mengadaptasi tabiat manhaj rabbaniy tersebut. Iaitu suatu manhaj yang sifatnya sentiasa menyumbang dan memenuhi keperluan manusia sehingga hari kiamat.

Menerusi hakikat inilah kaum wanita menjalankan aktivitinya dalam kehidupan masyarakat Islam. Ia bertindak sebagai satu komponen penting dalam sistem dan tamadun Islam. Kaum wanita turut menyertai anggota masyarakat lain dalam memperkayakan sudut-sudut amali bagi tamadun yang hebat ini. Penyertaan kaum wanita berlaku dalam paksi-paksi berikut:

Paksi Pertama : Menubuhkan dan Mengaktifkan Institusi Khidmat Kemasyarakatan
Paksi Kedua : Pembiayaan Program Institusi Kemasyarakatan

Paksi Pertama : Menubuhkan dan Mengaktifkan Institusi Khidmat Kemasyarakatan

i. Penubuhan Badan Kebajikan (Suffah Wanita)

Orang pertama yang mengeluarkan idea ini ialah Asma’ binti Yazid bin al-Sakan al-Ansariyyah. Beliau pernah menjadi wakil bagi kaum wanita menemui Rasulullah s.a.w. bagi bertanyakan tentang kewajipan wanita dalam masyarakat dan peranan mereka dalam kerja-kerja kemasyarakatan. Ini dapat difahami daripada kata-kata beliau: “Aku adalah utusan kepada seluruh kumpulan kaum wanita yang berada di belakangku. Mereka semua sependapat denganku.” Rasulullah s.a.w. memuji beliau kerana kepintaran dan keprihatinannya terhadap agama. Semua ini menunjukkan kaum wanita dibenarkan berpersatuan sendiri dan mengeluarkan pendapat dalam permasalahan-permasalahan penting, terutama yang bersangkutan dengan kaum wanita, kepentingan agama dan kepentingan dakwah.

Antara aktiviti yang mereka jalankan:
a. Menuntut ilmu
b. Aktiviti Pekerjaan
c. Aktiviti memelihara alam sekitar
d. Mengadakan Perayaan, Sambutan, Bernasyid dan Menyanyi
e. Menghadiri Perhimpunan Tergempar dan Penting

ii. Membina Rumah Tamu dan Membiayainya

Antara wanita yang memberikan sumbangan dalam pembinaan rumah tetamu dan mengeluarkan biaya terhadap tetamu negara Islam ialah Ramlah binti al-Harith bin Tha’labah yang dikenali dengan Umm Thabit. Rumah beliau mempunyai ruang yang besar dan dikelilingi dengan taman luas yang dipenuhi pohon tamar. Rasulullah s.a.w. pernah mengurung Bani Quraizah yang berjumlah 400 orang atau lebih menurut sesetengah riwayat di dalam rumah tersebut.

Delegasi-delegasi yang pernah menghuni rumah tersebut antara lain:
- Delegasi Salman yang terdiri daripada tujuh orang
- Delegasi Bani Kilab yang berjumlah 13 orang
- Delegasi Bani Murrah yang terdiri daripada 13 orang
- Delegasi Bani Fuzarah
- Delegasi Bani ‘Abd Qays
- Delegasi Bani Tamim
- Delegasi Bani Hanifah
Kesemua delegasi tersebut menjadi tetamu di rumah itu pada masa yang sama.

Paksi Kedua : Pembiayaan Program/Projek Institusi Kemasyarakatan

Allah s.w.t. menyifatkan harta sebagai paksi serta asas kehidupan masyarakat Islam. Lantaran itu Islam meletakkan antara matlamat syara’ ialah memelihara harta. Islam juga memperundangkan hukum-hukum tertentu berkaitan dengan pemeliharaan harta seperti zakat,sedekah, wasiat, waqaf dan sebagainya.

Perundangan ini tidak khusus kepada lelaki sahaja, malah turut melibatkan kaum wanita. Terlalu banyak contoh-contoh yang terkandung di dalam sirah mengenai keterlibatan wanita secara langsung di dalam memberi sumbangan material sama ada zakat, sedekah, hadiah pembebasan hamba dan lain-lain.

Institusi Khidmat Kesihatan

Dr. Lyth juga menyebutkan bahawa institusi khidmat kesihatan merupakan salah satu institusi yang berkaitan dengan masjid. Dan para sejarawan dalam bidang perubatan menganggap khemah yang didirikan oleh Rufaydah binti Ka’ab al-Aslamiyyah merupakan hospital pertama dalam Islam. Beliau mempunyai ilmu tentang perubatan dan mewakafkan dirinya untuk membantu umat Islam yang memerlukan. Ketika Sa’ad bin Mu’az r.a cedera dalam satu peperangan, Rasulullah s.a.w. membina khemah untuknya di kawasan masjid bagi memudahkan baginda sentiasa melawatnya. Semua ini membawa banyak manfaat dari aspek perundangan dan kemajuan:

1. Wanita dibolehkan mempelajari ilmu perubatan. Bahkan kadangkala hukumnya menjadi wajib dalam keadaan tertentu.
2. Keperluan untuk membina hospital-hospital atau pusat-pusat perubatan di masjid atau di kawasan sekitarnya.
3. Wanita dibolehkan bekerja di dalam sebarang bidang pengkhususan yang membawa manfaat kepada masyarakat.
4. Doktor wanita boleh mengubati pesakit lelaki sekiranya tidak wujud doctor lain atau mana-mana pakar yang lain.
5. Wanita dibolehkan mendalami ilmu kejururawatan. Contohnya Ku’aibah yang membantu saudaranya Rufaydah.
6. Doktor Muslimah atau pembantunya wajib memakai pakaian yang menutup aurat. Ia tidak bertentangan dengan tugas yang diberi.
7. Perlunya mengambil berat terhadap ketua turus tentera dengan diberikan perhatian khusus terhadapnya. Contohnya Sa’ad bin Mu’az.
8. Mengganjari doctor wanita yang cemerlang dan pakar. Rasulullah s.a.w. memberikan sejumlah harta rampasan perang Khaybar kepada Rufaydah sebagaimana ia diberikan kepada kaum lelaki.
9. Orang-orang Islam begitu maju dalam penubuhan hospital-hospital yang merangkumi pelbagai pengkhususan.

Medan Aktiviti Wanita Kini

Dari apa yang dibentangkan di atas, jelas kepada kita bagaimana wanita berperanan memberikan saham kepada masyarakat menerusi institusi dan aktivitinya tanpa merosakkan nilai dan etika yang ditetapkan syarak. Ia telah dikembangkan menerusi pelbagai usaha dalam ruang lingkup yang seimbang dan difahami dengan sebaiknya oleh wanita Islam. Mereka memberikan komitmen sebagaimana komitmen mereka terhadap amal ibadat yang lain.

Wanita hari ini mengikut segala pemikiran dan perilaku yang diimport sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga akhirnya membawa kepada pelanggaran batas serta sempadan yang telah digariskan Allah dan Rasul.

Lantaran itu wanita Islam memerlukan badan atau institusi kemasyarakatan yang berkaitan dengan aspek-aspek kewanitaan. Melaluinya tenaga mereka dapat disalurkan kepada masyarakat secara tersusun menurut konsep Islam.

Saling bertukar pengaman kejayaan di kalangan institusi-institusi wanita Islam juga merupakan satu perkara yang amat diperlukan. Begitu juga tolong menolong secara berterusan bagi memberikan galakan kepada institusi yang baru muncul meneruskan khidmat baktinya.

sumber <Dakwah-Info>


(Klik untuk baca selanjutnya)

Tuesday, April 28, 2009

Solat (2)

Dalam buku Wahyul Qalam, Ar-Rafi’ mengatakan, “Dengan melarikan diri dan memfokuskan niat ke arah solat, seorang muslim akan merasakan dirinya seakan melintasi batas – batas kebumian – baik masa mahupun ruang – untuk kemudiannya keluar menuju alam rohani di mana tiada yang difikirkan selain Allah azzawajalla. Inilah saat – saat istimewa setiap hari dalam kehidupan di mana dia lepas dari urusan – urusan dunia, tatkala dia menghimpun segala syahwat dan keinginan, lalu mengekangnya dari masa ke masa dengan gerakan – gerakan solat. Dia juga mengoyak kefanaan jiwa sebanyak lima kali sehari, sehingga dia dapat melihat hakikat keabadian. Jiwanya pun terasa tumbuh dan mengembang. Itulah solat yang lima, solat yang juga merupakan saat di mana hati terbebas dari isi – isi dunia. Tiada yang lebih indah dan lebih tepat dari sabda Rasulullah s.a.w.

yang bermaksud,

“Pusat kebahagianku dijadikan terletak dalam solat.” (HR Muslim)

Beginilah pandangan dan kepekaan seorang muslim mengenai solat. Apakah anda juga memiliki kepekaan sedemikian?

Betapa peri pentingnya solat telah jelas bagi anda. Meskipun begitu, anda belum juga merasakan makna – makna yang mendalam ini, dan anda pun tetap menganggap solat sebagai sesuatu yang berat. Anda memang layak mengalami hal tersebut, dan alasan anda sememangnya boleh diterima. Allah berfiman (bermaksud),

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang – orang yang khusyu’.” (Al – Baqarah:45)

Ya, anda belum melaksanakan solat secara khusyu’, sehingga solat pun teasa berat, sulit dan menjadi beban.

Oleh itu, khusyu’ menjadi tema utama dalam permasalahan solat. Tanpa khusyu’, anda akan merasakan solat sebagai beban berat yang tidak berpengaruh, dan hanya merupakan gerakan – gerakan mekanik sahaja.

Marilah saudaraku yang tercinta! Siapkan hati dan jiwamu dengan sungguh – sungguh, sebab tema ini teramat penting!


Engkau Belum Mengenal Tuhanmu!

Nilai dan jiwa sesebuah solat terletak dalam kekhusyu’kan. Tetapi tahukah anda, apakah erti solat itu yang sebenarnya? Solat adalah mengadap Allah azzawajalla. Sebaik saja anda mengatakan “Allahu Akhbar”, Allah akan menyambut dan memperhatikan anda. Pernahkah anda memikirkan hal itu sebelum ini? Pernahkah anda melaksanakan solat dengan penuh perasaan dan kepekaan ini?

Saudaraku, nilai solat terletak pada peranannya sebagai cara utama untuk mengenal Allah azzawajalla. Solat diwajibkan agar kita mengenal Sang Pencipta. Tanpa solat, kita tidak akan mengenal Allah secara benar. Maka, jika anda ingin mengenal Allah, laksanakanlah solat, dan berusahalah untuk melaksanakannya sekhuyu’ mungkin, sebab inilah faktor utama dalam perkara ini.

Nilai solat terletak pada peranannya sebagai pintu masuk untuk mengenal tuhan. Kerananya, engkau belum mengenal tuhanmu, wahai orang yang meninggalkan solat!

Meninggalkan solat, tidak begitu saya risaukan, kerana saya yakin anda termasuk yang melaksanakan solat. Akan tetapi perlu diketahui, sekadar melaksanakan solat tidaklah cukup. Tanpa rasa khusyu’, anda tidak akan berhasil mengenal tuhan. Padahal tahukah anda, mengenal tuhan adalah matlamat dan tujuan kehidupan?!

Mengapa kita diciptakan?

Ramai orang yang tidak mampu menjawab pertanyaan ini. Padahal, bagi seorang muslim, jawapannya begitu mudah. Jawapannya ada bersama firman Allah azzawajalla (bermaksud);

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” (Adz- Dzariyat: 56)

Inilah kenyataan yang diketahui oleh setiap muslim yang betul – betul memahami hakikat keberadaannya di dunia. Allah azzawajalla tidak menciptakan kita hanya untuk makan, minum, menikah, dan meninggal semata- mata. Namun, Dia menciptakan kita agar kita mengenal dan beribadah kepada-Nya. Kehidupan dunia tidak bererti tanpa perlaksanaan tujuan utama ini. Sungguh kasihan orang yang menyangka kehidupan dunia adalah semata – mata mainan, kesenangan, dan hanya untuk kepuasan syahwat!

Gerbang pertama kita supaya boleh memasuki ruang kekhusyu’kan dalam solat adalah memahami dengan benar, ‘mengapa kita diciptakan’.

Hakikat Dunia

Nabi s.a.w. pernah bersabda;

(bermaksud)

“Sesungguhnya perumpamaan dunia dan diriku adalah seperti seorang yang beristirehat sejenak dibawah sepohon pokok pada siang yang amat panas, kemudian ia pergi dan meninggalkannya.” (HR Ahmad)


Beliau juga bersabda;

(bermaksud)

“Dunia itu terlaknat, dan terlaknat pula segala yang ada di dalamnya, kecuali dzikrullah (menyebut dan mengingati Allah) serta hal – hal yang mendukungnya, seorang alim (tahu dan berilmu), atau seorang yang belajar (menuntut ilmu).” (HR Ibnu Majah dan At – Tarmizi)


Juga bersadba,

(bermaksud)

“Apakah erti dunia bagiku? Apakah ertinya dunia dan hartaku?” (HR Ad –Darimi)


Beliau juga bersabda,

(bermaksud)

“Setiap manusia berangkat dipagi hari untukmenjual dirinya. Maka terserah ia hendak membebaskan ataukah menahannya.” (HR Muslim, At – Tarmizi, Ibnu Majah, dan Imam Ahmad)


Bahkan beliau pun bersabda juga,

(bermaksud)

“Kalaulah dunia di sisi Allah senilai dengan sayap nyamuk, pastilah Dia tidak akan pernah memberi minum seorang kafir walau setitis pun.” (HR Ibnu Majah)

Subhanllah! Beginikah hakikat dunia yang ada dalam hati kita? Ingat – ingatlah, saudaraku, kita di dunia ini semata menyembah Tuhan kita.

Dalam menggambarkan dunia, seorang ulama’ soleh mengatakan, “Dunia itu ibarat sepatu.” Orang ramai pun kehairanan, tapi sang ulama ini tetap berkeras dan mengatakan, “Ya, dunia layaknya sepasang sepatu. Meskipun kita tidak begitu memerlukan sepatu, kita tentu tidak boleh berjalan tanpa alas kaki. Begitu juga dunia, kita tidak begitu memerlukannya. Namun pernahkan anda mendengar rasa cinta yang terjalin antara seseorang dengan sepatunya?”

(dipetik daripada Ibadah Sepenuh Hati;Amru Khalid, dalam bab Solat)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Suatu hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dalam kitab hadis mereka adalah seperti yang berikut: “Nabi Muhammad saw masuk masjid. Lalu, seseorang masuk (pada waktu itu Rasulullah saw berada di salah satu sudut masjid). Kemudian, orang itu pun menunaikan solat (dua rakaat). Rasulullah saw memerhatikan solat lelaki tersebut, selesai sahaja solat, lelaki tersebut pun mendekati Rasulullah saw lalu mengucapkan salam. Rasulullah saw menjawabnya, ‘Wa ‘alaika as-salam. Ulangilah solatmu kerana sesungguhnya engkau belum solat!’

Orang itu pergi dan melakukan solat seperti yang telah ia lakukan. Rasulullah saw memerhatikan solat yang dilakukan oleh lelaki tersebut. Setelah selesai, lelaki itu pun sekali lagi datang bertemu Rasulullah saw sambil mengucap salam kepada baginda. Rasulullah saw bersabda kepadanya, ‘Wa ‘alaika as-salam. Pergilah dan ulangi lagi solatmu, kerana engkau belum melakukan solat. Ia melakukan solat sampai tiga kali. Setiap kali selesai melakukannya, ia datang kepada Rasulullah saw dan mengucapkan salam kepada baginda, lalu baginda bersabda, ‘Wa ‘alaika - yakni ‘Wa ‘alaika as-salam ulangilah solatmu, kerana sesungguhnya engkau belum melakukan solat.’

Lalu berkatalah lelaki itu (setelah melakukan solat yang terakhir), Demi Tuhan yang mengutusmu dengan hak, aku tidak dapat melakukan solat yang lebih baik daripada ini. Kerana itu, perlihatkanlah kepadaku dan ajarlah aku kerana sesungguhnya aku ini manusia biasa, kadang-kadang aku benar dan kadang aku salah.’


Rasulullah saw bersabda, ‘Ketika akan mendirikan solat, bertakbirlah kemudian bacalah ayat Al-Quran yang mudah bagimu. Dalam satu riwayat yang sahih disebut, ‘Kemudian bacalah Umm al-Qur’an (al-Fatihah). Lalu, bacalah apa saja (ayat al-Quran) yang engkau mahu, kemudian rukuklah sehingga engkau tenang dalam rukukmu. Lalu, bangkitlah (i’tidal) sampai engkau tegak berdiri. Setelah itu sujudlah sehingga engkau sujud dengan thuma’ninah (tenang). Kamu tempatkan dahimu secara tepat – pada tempat sujud – sehingga persendianmu tenang atau thuma’ninah. Kemudian, bangkitlah sehingga engkau duduk dengan thuma’ninah (dudukmu harus tegak pada tempat duduk dan tegak pula tulang punggungmu). Kemudian, sujudlah sampai thuma’ninah dalam sujud (jika engkau duduk di tengah-tengah solat, duduklah dengan thuma’ninah lalu bentangkan pahamu yang kiri dan tasyahud lah). Lakukanlah seperti itu dalam solatmu semuanya.’ Dalam suatu riwayat, ‘kemudian berbuatlah seperti itu pada setiap rakaat.’”


Berdasarkan hadis ini, Imam al-Hafizh Ibn Hajar al-‘Asqalani mengatakan bahawa, “Sabda Rasulullah saw, ‘Pergilah dan ulangilah solatmu, kerana engkau belum solat,’ mengandungi pengertian bahawa perbuatan atau ibadah yang dilakukan tanpa ilmu tidak boleh dianggap sempurna.


Berdasarkan hadis nabi di atas juga, dapat diambil kesimpulan bahawa terdapat ramai dalam kalangan masyarakat Islam yang baru mampu melakukan solat secara lahiriah belaka, tetapi ia belum mampu “mendirikan”nya secara yang sempurna.


Dengan kata lain, sebenarnya mereka belum melakukan solat. Ia terjadi berkemungkinan disebabkan oleh tidak menyiapkan diri untuk mempelajari perkara-perkara yang berkaitan dengan solat secara benar dan lengkap, sehingga tidak melakukan sebahagian rukun solat atau tidak membaca sebahagian zikir solat yang semestinya dibaca di dalam solat sesuai dengan tuntutan syariat.


Justeru, solat yang sebegitu sebenarnya dikira rosak dan oleh kerananya ia seakan-akan belum mengerjakan solat. Ibadah yang dilakukan tidak cukup dengan jiwa yang ikhlas sahaja, tetapi memerlukan pengetahuan tentang tatacaranya yang benar yang wajib dipenuhi.


*muhasabah solat...


(Klik untuk baca selanjutnya)

Al-Qur'an dan Hadits di PC anda

AL-QUR'AN DIGITAL





AL-HADIS



(Klik untuk baca selanjutnya)

Malaysia-Apa Sudah Jadi??

KUALA LUMPUR, 27 April (Hrkh) - Demi 'survival' politik, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak sanggup mengadai kepentingan agama Islam.

Keputusan kabinet yang membenarkan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama merupakan petanda jelas Umno sanggup mengadaikan agama semata-mata kerana mahu mendapatkan sokongan masyarakat bukan Melayu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menegaskan selama ini Najib dan pemimpin Umno yang lain sering menuduh PAS mengadaikan agama Islam bila bekerjasama dengan DAP tetapi keputusan kabinet itu membuktikan sebaliknya.

"Ini bukti bahawa yang mengadaikan agama Islam untuk kepetingan politik adalah Umno bukan PAS kerana kita (PAS) komited dengan perjuangan menegakkan Islam.

"Mereka (Umno) menuduh kita (PAS) mengadaikan agama di Perak bila memberi tanah kepada penduduk Kampung Baru yang terdiri masyarakat Cina dan juga kepada sekolah Cina sedangkan apa yng kita lakukan itu adalah demi keadilan yang dituntut oleh Islam," tegas beliau.

Mahfuz juga menegaskan keputusan kabinet itu bertentang dengan pasal 12(4) perlembagaan persekutuan yang mengizinkan salah seorang ibubapa menentukan agama anak.

Keputusan tersebut tegas beliau menafikan hak bapa atau ibu untuk menentukan agama anak-anak mereka jika berlaku perpisahan.

Mahfuz juga menegaskan keputusan kebinet itu mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab kerajaan untuk memberi perlindungan terhadap orang yang menukar agama.

Sehubungan dengan itu beliau mendesak agar kerajaan segera membatalkan keputusan tersebut untuk menghormati perlembagaan negara.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mendesak supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Jamil Mohd Khir yang dipertanggung jawabkan menjaga hal ehwal agama Islam agar segara tampil membuat pembelaan dalam isu ini.

Pada 23 April lalu, kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kabinet pada tarikh tersebut.-mks


Sumber < Harakahdaily>

Samb...

PULAU PINANG, 26 April: Keputusan kabinet bahawa kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas seorang pasangan itu menukar agamanya dibantah oleh majoriti daripada NGO Islam, parti politik dan majoriti rakyat apabila ia diputuskan tanpa diambil kira pandangan pihak yang arif dalam bidang syarie.

Keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat Kabinet itu adalah sebagai langkah panjang dalam isu yang melibatkan pertikaian status agama kanak-kanak berkenaan apabila ibu atau bapa mereka menukar agama.

Menurut Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr.Mujahid Yusof Rawa,tindakan kabinet ini adalah membelakangkan mahkamah kerana kes yang disabitkan oleh kabinet adalah merujuk kepada isu yang berlaku di Perak yang membabitkan seorang lelaki bukan Islam yang telah memeluk Islam dan kemudian mengislamkan tiga anaknya tanpa pengetahuan isteri beliau.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang berkata kabinet berpendapat ketiga-tiga anak pasangan ini perlu mendapat hak serta penjagaan menurut ajaran asal kerana ia agama kedua-dua ibu bapanya ketika perkahwinan,tambahan pula pasangan tersebut belum bercerai.

"Dalam isu ini kabinet tidak boleh campur tangan. Perkara ini masih lagi dalam perbicaraan mahkamah.Oleh kerana itu kabinet sepatutnya mendapat pandangan daripada Jakim, NGO Islam dan para ulama. PAS juga sanggup untuk memberi pandangan dalam perkara yang menyentuh sensitiviti umat Islam ini.

"Sepatutnya kabinet harus mendapat consent daripada mahkamah dahulu sebelum membuat keputusan.Tindakan mereka ini juga melambangkan seolah-olah mereka tidak menghormati hak mahkamah syariah.Hak ini telah dirampas oleh mereka tanpa mempedulikan para ilmuan dan ulama serta peguam syarie yang mahir dalam bidang tersebut," katanya.

Penolong Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Pulau Pinang,Rosidi Hussain berkata pandangan Presiden Persatuan Peguam Syarie,Mohamad Isa Abd Ralip bahawa kabinet seharusnya mempertimbangkan dan membawa perkara ini kepada perbincangan dengan NGO Islam sebelum membuat keputusan adalah satu tindakan yang wajar dilakukan oleh kabinet sebelum membuat keputusan yang bercanggah dan menyentuh sensitiviti umat Islam ini.


Beliau yang juga seorang peguam berkata tindakan kabinet ini seperti menolak kewujudan pakar agama,ulama dan ilmuan Islam yang ada dalam negara.

Beliau juga mendesak kabinet supaya mengambil pandangan golongan profesional seperti pakar agama,mufti dan seumpamanya sebelum membuat keputusan.

"Perkara 12(4)Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa agama seseorang yang dibawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan ibu atau bapanya atau penjaganya.Berdasarkan perkara ini persetujuan satu pihak memadai dalam penentuan agama seorang kanak-kanak kerana perkataan yang digunakan dalam Perkara 12(4)adalah 'parents or guardian' bukannya 'parents or guardians'."

Sumber <Siasahdaily>


(Klik untuk baca selanjutnya)

Kamus di PC anda


Kamus Arab-Indo


Download di sini




Kamus English-Indo

Download Di sini


(Klik untuk baca selanjutnya)

Saturday, April 25, 2009

Tukar tulisan Rumi -> Jawi




Assalamualaikum...

Untuk menukar rumi kepada tulisan Jawi laman web ini sangat bermanfaat lg memudahkan.. lagi2 tuk asgment yang dapat bonus klw wat tulisan jawi (^_^)..huhu..

E-jawi.net

Contoh seperti di bawah..



selamt mencuba :)







(Klik untuk baca selanjutnya)

Friday, April 24, 2009

Youtube Downloader



..utk download utube lbh dripada 1 dalam 1 masa, try dis software....:)

Moyea Youtube Downloader



(Klik untuk baca selanjutnya)

Magic Photo Editor








Assalamualaikum, di sini ingin dikongsikan software tuk edit gambar, very nice...sila ke site di bawah..download full version k:)..


Download here


selamat mencuba..





(Klik untuk baca selanjutnya)

Monday, April 20, 2009

Salam Imtihan







Salam imtihan buat semua sahabat sahabiah yang akan menduduki final exam.. be da best among da best.. usaha + doa+ tawakkal =kejayaan (InsyALLAH).....



(Klik untuk baca selanjutnya)

Install Digital Qur'an di PC anda

Assalamualaikum warahmatullah..perisian yang sangat bermanfaat. Anda boleh membaca dan mendengar ayat2 suci Al-Quran di PC anda.. Download dan install shj...slmt mencuba..

Download di sini



atau Mawarsoft Digital Furqan

Download di sini




(Klik untuk baca selanjutnya)

Sunday, April 19, 2009

Halaqah Tafaqquh Fiddeen

Assalamualaikum..

Jemputan kepada semua daripada Masjid Wilayah ke Program Halaqah Tafaqquh Fiddeen oleh Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki, pada :

Hari : Ahad

Tarikh : 26 April 2009

Masa : 7pg-12 tghari

Semua muslimin muslimat dijemput hadir.

Kuliah Online di Al-Muttaqin TV




(Klik untuk baca selanjutnya)

Saturday, April 18, 2009

HINT FINAL EXAM TMP 3043, TMP 2023, KPT 2063

HINT TMP 3043

1. Kenapa kita kena buat literature review. Berikan 5 sebab (huraikan n beri contoh)..

2. How do you define a quality research

3. If u want cinstruct your own questionnaire, what you must do

4. Internal validity – apakah effect (quanti)

5. How do you measure realibility. What are the test procedure..



Hint KPT

Kuliah 1 : 5,6,8,9,10,11,13,14,15,19,21,31

Kuliah 2 : 7,8,9,10,14,20,22,23,24,27,29,34,58,61,6263,64,65,66,67,68,69,70

Kuliah 3a :3,6,11

Kuliah 3b : 5,6,9,11,14,21

Kuliah 4a : 5,25,26,31,42,49,50,55

Kuliah 4b : 4,9,10,11,12,13,14,15,16

Kuliah 5a: 7,9,15,18,31,33,35,37,38,39,40

Kuliah 5b : 10

Kuliah 6a: 3,7,8,9,12

Kuliah 6b : 3

Kuliah 6c : 6.9.15.16.17.18.20

Kuliah 7a : 7.8.13.14

Kuliah 7b : 7,8,9,10,11,19,20,21,26,27

Kuliah 7c: 16,17,18,29,30,31

Kuliah 8 : 3,4,7,8,10,11,12,13

Kuliah 9a : 14,18,19,20,21,22

Kuliah 10 : 8 to 12, 15 to 20

Kuliah 11a : 6,7,9,10,12

kuliah 11b : 1,3,4,5,9,11,14

number slide dlm buku p.point


HINT TMP 2023

Bace kurikulum

Sukatan pljrn-obj,mtlmt

Bloom taksonomi

Obj kbsm

Fungsi-set induksi, assessment, closure



1. Bg 5 obj ICSSM
2. 5 obj add maths
3. Compare n cntrast obj of ICCSM & add math
4. List core & elctive pckage for add maths
5. Utk lesson plan, dia akn bg learning outcome kemudian die srh kite buat set induction n xtiviti yg sesuai dgn learning outcome yg dberi.
6. Bc tjk set, rflection, indces etc
7. Bc jg m/s 212 buku tmp yg psl bloom.


(Klik untuk baca selanjutnya)

Saturday, April 11, 2009

Solat Hajat di KHAR, UPSI


Hari: Sabtu
Tarikh: 11 April 2009
Tempat: Foyer Kolej Harun Aminurrashid

Tentatif:
7.00 pm : Ketibaan pelajar dan tetamu jemputan
7.15 pm : Solat Maghrib
Bacaan Yasin dan solat hajat
8.30 pm : Solat Isyak berjemaah
9.00 pm : Forum Pendidikan Perdana (Tajuk: Pendidikan Masa Depan)

Moderator: En. Nizamuddin Bin Alias (Pensyarah UPSI)
Ahli panel:
1.Ustaz Dzulkhairi Bin Mohd Nor (Pendakwah Bebas)
2.Ustaz Fauzi Bin Bain (Mantan YDP MPP UPSI 04/05)

10.00 pm : Pembahagian cenderahati
10.30 pm : Jamuan VIP dan bersurai




Anjuran:
Biro Latihan dan Pembangunan Sahsiah Majlis Perwakilan Pelajar
Dengan kerjasama:
Biro Latihan dan Pembangunan Sahsiah KHAR
Persatuan Mahasiswa Sains, UPSI

*Semua dijemput hadir


(Klik untuk baca selanjutnya)

Thursday, April 9, 2009

Perkara Yang membatalkan Puasa

KEMUSYKILAN TENTANG PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

Soalan; ustaz, saya ada satu kemusykilan; adakah perkara-perkara ini membatalkan puasa:
-menelan kahak atau hingus yang turun dari hidung
-tertelan air liur selepas bersahur yang masih mengandungi sisa-sisa makanan selepas masuknya azan subuh
-mengorek hidung dan mengorek tahi telinga menggunakan putik kapas
-air masuk ke dalam telinga dan melalui dubur sewaktu menyelam di sungai
-mandi atau menggosok gigi selepas gelincir matahari
sekian terima kasih.

Jawapan;

Dalam masalah perkara yang membatalkan puasa, ada di antaranya yang disepakati oleh ulamak dan ada yang menjadi khilaf. Menurut Imam Ibnu Ruysd; secara amnya ada tiga perkara yang diijmakkan ulamak (yakni telah disepakati sekelian ulamak) bahawa ia membatalkan puasa, iaitu;[1]
1. Makan
2. Minum
3. Jimak (bersetubuh)

Selain dari itu, terdapat khilaf di kalangan ulamak termasuk perkara-perkara yang disebut dalam soalan di atas. Bagi masalah menelan gelema, dahak dan hingus; para ulamak berbeza pandangan; ada yang berkata ia membatalkan puasa dan ada yang berkata ia tidak membatalkan puasa.[2] Menurut mazhab Syafi’ie; gelema/dahak yang dikeluarkan dari dalam tekak, jika diludahkan keluar tidaklah membatalkan puasa. Namun jika gelema/dahak itu ditelan kembali selepas berada dalam mulutnya, maka batallah puasa. Adapun menyedut gelema dari kepala/hidung, jika terus masuk ke dalam kerongkong tanpa melalui perantaraan mulut, tidaklah membatalkan puasa. Namun jika disedut masuk ke mulut, kemudian ditelan maka batallah puasa. Jika diluahkan, maka tidak batallah puasa.[3] Menurut ulamak-ulamak yang lain; menelan gelema tidaklah membatalkan puasa kerana ia biasa berada dalam mulut dan datangnya dari dalam badan bukan dari luar, jadi diumpamakan seperti air liur.[4]

Mengenai sisa makanan dalam air liur; hendaklah dilihat pada dua keadaan;

1. Jika sisa-sisa makanan itu amat sedikit, sukar untuk dipisahkan dari air liur dan diludahkan, maka telah disepakati oleh ulamak bahawa ia tidak membatalkan puasa jika tertelannya. Hukumnya sama seperti menelan air liur sendiri yang sukar untuk dielakkan.

2. Adapun jika sisa-sisa makanan itu banyak, boleh dipisahkan dari air liur dan diludahkan, maka jika diluahkan tidaklah membatalkan puasa. Jika ditelan, batallah puasa mengikut jumhur ulamak. Menurut mazhab Abu Hanifah; batal puasa jika kadarnya melebihi sebiji kacang. Jika kurang darinya, menelannya tidaklah membatalkan puasa, namun makruh.[5]

Setakat mengorek hidung tidaklah membatalkan puasa. Yang membatalkan puasa ialah jika dimasukkan sesuatu ke dalam hidung hingga melepasi bahagian akhir hidung (yakni hingga sampai ke kepala) atau hingga masuk ke kerongkong.

Mandi adalah harus bagi orang berpuasa dengan syarat tidak berlebihan hingga air memasuki ke dalam rongga tubuh yang terbuka (iaitu rongga halqum (kerongkong), lubang telinga, lubang dubur dan saluran zakat/faraj).[6] Menurut mazhab Syafi’ie; termasuk dalam pengertian berlebihan ketika mandi ialah mandi dengan menyelam. Jika seseorang menyelam lalu masuk air ke dalam rongga tubuhnya tadi, batallah puasanya. Seorang yang mengetahui bahawa kebiasaannya jika ia menyelam akan masuklah air ke dalam rongga tubuhnya, baginya haram mandi dengan menyelam ketika berpuasa.[7] Adapun mengikut mazhab Abu Hanifah; masuk air ke dalam telinga kerana menyelam tidaklah membatalkan puasa.[8]

Menurut mazhab Syafi’ie; memasukkan kayu ke dalam telinga akan membatalkan puasa. Menurut Imam Abu Hanifah; tidaklah batal puasa. Jadi, mengikut mazhab Syafi’ie; tidak harus mencuci telinga dengan putik kapas pada siang hari di bulan Ramadhan kerana ia boleh merosakkan puasa. Adapun mengikut mazhab Hanafi, perbuatan tersebut tidak ada halangan kerana ia tidak membatalkan puasa, cuma yang sebaiknya ialah meninggalkannya (untuk mengelak dari pertikaian ulamak). [9]

Mengenai mandi sebelum berbuka puasa, hukumnya makruh mengikut mazhab Syafi’ie kerana ia mengembalikan kesegaran pada badan, lalu menghilangkan hikmah puasa iaitu merasai kepayahan menahan lapar kerana Allah. Begitu juga, dimakruhkan orang yang sedang berpuasa berseronok/bersenang dengan perkara-perkara harus seperti mencium bau-bauan harum, kerap masuk bilik air, mendengar bunyi-bunyi yang menyenangkan dan sebagainya kerana ia berlawanan dengan hikmah dan kehendak puasa tersebut.[10] Namun, ramai ulamak menolak alasan tersebut berdalilkan hadis dari beberapa orang sahabat yang menceritakan; “Kami telah melihat Rasulullah s.a.w. ketika berada di satu kampong Arab bernama al-‘Araj, baginda mencurah air ke atas kepalanya ketika baginda sedang berpuasa untuk meredakan dari lapar atau dari kepanasan” (HR Imam Abu Daud dan al-Hakim). Menurut mazhab Abu Hanifah; tidak makruh mandi dan menyelimuti badan dengan kain yang basah untuk menyejukkan badan.[11]

Mengenai bersugi selepas masuk waktu zohor, menurut mazhab Syafi’ie; hukumnya makruh kerana ia akan menghilangkan bau mulut yang dinyatakan di dalam hadis bahawa bau mulut itu lebih baik di sisi Allah dari bau kasturi. Namun sebahagian ulamak yang lain tidaklah memakruhkannya kerana bersugi telah disunatkan oleh Nabi s.a.w. pada setiap kali hendak solat secara umum tanpa baginda mengecualikannya pada bulan Ramadhan. Lagi pun terdapat hadis dari ‘Amir bin Rabi’ah r.a. menceritakan; “Banyak kali aku melihat Nabi s.a.w. bersugi ketika beliau sedang berpuasa” (HR Imam at-Tirmizi. Kata beliau; hadis hasan).[12]

Dalam mengemukakan perkara-perkara yang membatalkan puasa (malah juga ibadah-ibadah yang lain), di kalangan ulamak ada yang mengambil pendekatan ihtiyat (berhati-hati) dan ada yang mengambil pendekatan berpada dengan sekadar yang disebut di dalam nas. Mazhab-mazhab Fiqh yang masyhur (Hanafi, Syafi’ie, Maliki dan Hanbali) kelihatannya mengambil pendekatan pertama, kerana itu huraian tentang perkara-perkara yang membatalkan puasa dalam kitab-kitab mazhab cukup panjang berjela walaupun nas-nas yang berkaitan dengannya sedikit sahaja. Beberapa ulamak terkenal – seperti Imam Ibnu Hazm, Imam Ibnu Taimiyyah, Imam as-Syaukani dan sebagainya- cenderung mengambil pendekatan kedua. Menurut Imam Ibnu Hazm; Memasukkan ubat melalui lubang dubur, menitik air/ubat melalui saluran kencing atau telinga, menyedut ubat melalui hidung, bercelak, merawati luka yang menembus ke perut dan luka yang sampai ke dalam kepala; semuanya tidak membatalkan puasa kerana ia tidak tergolong dalam pengertian makan dan minum. Kata beliau; “Sesungguhnya kita ditegah Allah ketika sedang berpuasa dari makan, minum, jimak, sengaja muntah dan melakukan maksiat. Tidak pernah kita mengetahui bahawa makan dan minum boleh melalui dubur atau saluran kencing atau telinga atau mata atau hidung atau luka yang menembusi ke perut dan ke kepala. Kita tidak ditegah sekali-kali dari memasukkan sesuatu ke rongga dalam –selain dari makan dan minum- selama ia tidak diharamkan (oleh nas Syarak) ke atas kita”. (al-Muhalla, 4/348).

Pada khilaf ulamak ada keluasan bagi umat Islam. Berkata Umar bin Abdul-‘Aziz; “Aku tidak gembira jika sahabat-sahabat Nabi tidak berbeza pandangan, kerana jika mereka semua sepakat atas satu pandangan, sesiapa menyalahinya, ia akan sesat. Namun jika mereka berbeza pandangan, lalu seorang memakai satu pandangan dan seorang yang lain memakai satu pandangan lain, maka terdapat keluasan/kelonggaran bagi urusan tersebut”.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, jil. 3.
2. Bidayatul-Mujtahd, Imam Ibnu Ruysd, jil. 1.
3. Rahmatul-Ummah Fi Ikhtilaf al-A,immah, Syeikh Abi Abdillah Muhammad bin Abdirrahman ad-Dimasyqi.
4. Fiqh al-Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub.
5. Al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu, Dr. Wahbah az-Zuhaili, jil. 2.
6. Al-Wajiz Fi al-Fiqh al-Islami, jil. 1.
7. Panduan Puasa, Us. Ahmad Adnan Fadzil.

Nota Kaki;

[1] Bidayatul-Mujtaihid, 1/381.
[2] Fiqh al-‘Ibadat, Hasan Ayyub, hlm. 436.
[3] Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, 3/77.
[4] Al-Fiqh al-Islami, Wahbah az-Zuhaili, 2/657, al-Wajib, Wahbah Zuhaili, 1/342, Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, 3/77.
[5] Rahmatul-Ummah, hlm. 92, Fiqh al-Ibadat, hlm. 436, Al-Fiqh al-Islami, 2/658.
[6] Al-Mughni, 2/78.
[7] Al-Mughni, 2/78.
[8] Al-Fiqh al-Islami, 2/657.
[9] Al-Wajiz, 1/343, al-Fiqh Islami, 2/657.
[10] Al-Wajiz, 1/339, al-Fiqh al-Islami, 2/636, 638.
[11] Al-Fiqh al-Islami, 2/637.
[12] Al-Fiqh al-Islami, 2/637, 640.


(Klik untuk baca selanjutnya)

Wednesday, April 8, 2009

Wudhu' ketika Haid

Wudhuk Ketika Haid

assalamualaikum.....

saya nk tanya ...apakah hukum perbuatan berwudhuk bagi seorang wanita yang sedang haid?

apakah hukum jika wudhuknya bertujuan untuk mengikut sunnah Nabi S.A.W seperti sebelum tidur ataupun ketika hendak menghilangkan marah?

bagaimana cara terbaik untuk menyampaikan perkara ini kepada saudara baru yang bertanya?

sekian terima kasih...

jawapan :

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد

Mana-mana wanita yang didatangi Haid atau Nifas terhalang daripada melakukan tujuh perkara ibadat;

1) Mandi Haid/Nifas atau berwuduk
2) Solat
3) Puasa
4) Tawaf
5) Membaca Al-Quran, menyentuh dan membawanya
6) Masuk Masjid
7) Brsetubuh dengan suami walaupun dengan lapik

Ini merupakan tujuh larangan yang diharamkan kepada wanita yang didatangi Haid atau Nifas untuk melakukannya. Wanita yang didatangi Haid dan Nifas hanya diberi kelonggaran untuk mandi sunat Ihram sahaja, bahkan sunat.

Mandi junub, mandi sunat ihram, mandi haid @ nifas dan selainnya sama sahaja. Hanya berbeza pada sudut niat.

BERWUDUK KETIKA HAID/NIFAS

Berhubungan dengan persoalan penanya menjurus kepada bahagian pertama. Kemungkinan kemusykilan yang ingin ditanya, apakah larangan berwuduk (bersuci) itu secara mutlak tanpa pengecualian?

Berkata Syafieyah dan Hanabilah: Mandi Haid@Nifas dan berwuduk hanya dikhususkan kepada mereka yang tidak berhalangan. Perempuan yang sedang didatangi Haid/Nifas tidak akan terangkat hadas mereka dengan mandi atau berwuduk tersebut. Jika dilakukannya dengan tujuan bermain-main, perbuatan ini boleh membawa kepada Riddah.

Hanafiah berpendapat: Haid hanya menghalang dari sah bersuci tetapi tidak mengharamkannya. Bahkan disunatkan bagi wanita di dalam keadaan Haid berwuduk setiap kali solat dan duduk di tempat solatnya untuk bertasbih dan tahlil sekadar waktu solat dilaksanakan. Perbuatan ini dilakukan supaya dia tidak melupakan adat kebiasaannya.

DAKWAH KEPADA NON-MUSLIM

Kurang pasti apa yang cuba dimaksudkan oleh penanya berkenaan “perkara ini”. Adakah perkara ini yang dimaksudkan berwuduk ketika haid atau berwuduk dengan tujuan meniru sunah nabi. Sekadar beberapa prinsip dengan Non Muslim apabila kita ingin membicarakan soal ibadat;

1) Perkenalkan kedudukan hamba dibandingkan tuan pada hak dan tuntutan. Semua hamba wajib mentaati perintah tuannya.

2) Zahirkan hikmah dan logik yang ada pada sesuatu perintah yang dituntut oleh syarak.

3) Pamerkan Islam merupakan agama yang suci dan bersih. Setiap menitik beratkan kebersihan pada semua keadaan. Walaupun wuduk wanita haid tidak sah akan tetapi sikap meninggalkan perbuatan tersebut juga merupakan pahala kerana mentaati perintah Allah.

KESIMPULAN

1) Khilaf di antara Ulama sama ada membenarkan berwuduk atau tidak, bergantung pada niat individu yang melakukannya.

2) Diharamkan wanita yang didatangi Haid/Nifas berwuduk jika bertujuan untuk mengangkat hadas dalam keadaan dia mengetahui tidak sah wuduknya, ini kerana dia bermain-main dengan hukum.

3) Jika tujuan berwuduk atau mandi junub dengan tujuan membersihkan diri atau menyejukkan badan atau apa-apa saja niat yang tidak melanggar syarie, maka tidak menjadi masalah. Ini pendapat yang dipegang oleh Auzaie, Malik, Thauri dan Abu Thaur.

4) Wajar mempertahankan pendapat salaf soleh agar berterusan dengan mengambil waktu solat tersebut dengan berwuduk dan berzikir agar kebiasaan itu tidak dilupakan.

5) Para wanita banyak yang dirasuk jin dan menjadi lemah kerana mengabaikan ibadat di waktu uzur. Keuzuran bukan alasan untuk meninggalkan semua ibadat kerana meninggalkan solat pada waktu uzur juga merupakan satu ibadat. Perbanyakan zikir dan wirid pada waktu uzur sebagai menampung kekurangan ibadat di waktu ini.

6) Tidak menjadi kesalahan untuk berwuduk sebelum tidur atau pada ketika marah walaupun dalam keadaan uzur.

Hadis diriwayatkan oleh Muslim daripada Aisyah;

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَنَامَ وَهُوَ جُنُبٌ تَوَضَّأَ وُضُوءَهُ لِلصَّلَاةِ قَبْلَ أَنْ يَنَامَ

Maksudnya: Baginda Nabi apabila ingin tidur di dalam keadaan beliau berjunub, baginda akan berwuduk seperti hendak melaksanakan solat sebelum masuk tidur.

7) Berbicara dengan Non Muslim dengan logik dan menzahirkan hikmah perintah Allah disyariakan.

Allahu A’lam

Disediakan:
Muhammad Aidil Azwal Bin Zainudin


(Klik untuk baca selanjutnya)
Related Posts with Thumbnails

DOWNLOAD BAHAN ILMIAH

حيا بالعربية

محادثة
@ يـَــا عـَــائِــشـَــة ُ، هـَـٰــذِهِ صـَــدِيـْــقـَــتـِــى خـَــدِيـْــجـَــة

@ Hai Aisyah, ini temanku Khadijah.

& أ َهـْــلاً وَسـَــهـْــلاً، كـَــيـْــفَ حـَــالـُــكِ يـَــا خـَــدِيـْــجـَــة

& Semoga anda menjadi keluarga kami dengan segala kemudahan, bagaimana khabarmu hai Khadijah?

@ أ َنـَــا بـِــخـَــيـْــر ٍ اَلـْــحـَــمـْــدُ لـِــلـَّــه، وَمـَــا اسـْــمُــكِ؟

@ Saya baik alhamdulillah, siapakah nama awak?

& إ ِسـْــمـِــى مـَــرْيـَــمُ بـِــنـْــت ُ الـْــحـَــاج ِ حـَــسـَــنْ

& Nama saya Maryam binti Haji Hasan.

@ مـَــا شـَــاءَ الله إ ِسـْــمٌ جـَــمـِــيـْــلٌ، أ َيـْــن َ تـَــسـْــكـُــنـِــيـْــن َ يـَــا مـَــرْيـَــمُ؟

@ Masya Allah nama yang bagus, di manakah awak tinggal hai Maryam?

& أ َسـْــكـُــن ُ فـِى رَقـْــم ِ ٤٨ مـِــنْ شـَــار ِع ِ مـِــيـْــلاَوَاتـِــىْ

& Saya tinggal di nombor 48 Jalan Melawati.

@ إ ِذ َن ْ بـَــيـْــتـُــكِ قــَــر ِيـْــبٌ مـِــنْ هـُــنـَــا

@ Kalau demikian rumah awak dekat sahaja dari sini.

& أ َجـَــلْ، مـِــائَــتـَــان ِ وَخـَــمـْــسـُــوْن َ مـِــتـْــرًا تـَــقـْــر ِيـْــبـًــا

& Ya, lebih kurang 250 meter dari sini.

@ هـَــلْ تـَــسـْــمـَــحـِــيـْــن َ لـِــى بـِــز ِيـَــارَتـِــكِ يـَــا مـَــرْ يـَــمُ؟

@ Apakah awak membolehkan saya mengunjungi awak hai Maryam?

& بـِــكـُــلِّ السـُّــرُوْرِ

& Dengan segala senang hati.

MARI BELAJAR BAHASA ARAB =)

BERSAMA MYKRK

ARAB MADINAH

ARAB INDO