::1924::

SOLDIERS OF ALLAH - 1924
Found at bee mp3 search engine
" MAHASISWA PENDIDIK "
8:42 AM | Author: ain solehah






Calon FST : Herwana Herman





















Calon Fakulti Bahasa : Mohd Amin Mat Sidik







Bismillah walhamdulillah




Esok, 28 januari 2010, akan dijalankan pilihanraya kampus UPSI, oleh itu diharapkan kepada semua warga UPSI dapat menunaikan kewajipan memilih calon dan bakal MPP sesi akan datang yang berketrampilan, amanah, berakhlak dan bertanggungjawab. Selamat mengundi!
















Pendidik
9:14 AM | Author: ain solehah
Bismillah walhamdulillahAssalamualaikum warahmatullah....

Alhamdulillah syukur liLLAH kerana masih memberi nikmat iman, islam dan perjuangan kepada diri ini.

Syukur kepada ALLAH juga kerana masih memilih diri ini sebagai daie di medan yang cukup luas mad'unya, yakni sebagai guru, pendidik.

Menyentuh berkaitan amanah sebagai pendidik, bagi ana cukup berat, cukup murni. Bagaimana mahu melahirkan insan yang berakhlak mulia sekiranya diri sendiri tidak menjadi ikon kepada mad'u?. Oleh yang demikian, secara tidak langsung proses mendidik menjadikan kita berusaha untuk islah kepada yang lebih baik,InsyALLAH.

Teringat kepada 2 orang sahabat yang telah dijemput ILAHI dalam kemalangan 11 januari lepas, akh Fadhiri dan akh Faizol. Mereka dijemput ketika mana semangat membara dan istiqamah dalam perjuangan menegakkan islam. Alangkah bahagia mereka di sana..Ya Allah..." Matikanlah kami di saat kami sangat cintakan MU dan dalam perjuangan islam."

Bait Insyirah... Inilah nama rumah sewa kami di tempat praktikal, lumut, Perak. Rumah yang sederhana dari segi lahirnya, tetapi akan dipenuhi dengan tarbiyyah Islamiyyah, InsyALLAH...Bait Insyirah... Perkataan "Insyirah" di ambil sempena nama yang tidak pernah lekang kerana suatu yang sangat istimewa, iaitu ukhuwwah. Moga ianya terus berada dalam ingatan.

Alhamdulillah sekali lagi kerana sekolah praktikal kami ( acik,ucu,andak) diketuai oleh pengetua yang fikrah islamic. "Kita berada di lubuk yang banyak ikan" inilah kata-kata pengetua yang sedikit sebanyak merangsang untuk lebih bersemangat. AlhamduliLLAH...
Permulaan yang baik, kami harapkan moga ianya akan bertambah baik dan terus istiqamah, betulkan niat, liLLAHI TAALA, inilah yang sentiasa di ingat-ingatkan.
KEDUNIAAN YANG MERUGIKAN AKHIRAT

Bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana melahirkan kita ke alam dunia yang fana ini. Kita dihidupkan dan insyallah akan dimatikan dengan izinNya. Kita dipinjamkan jasad dan nyawa untuk beberapa ketika yang diizinkan yang kita sendiri tidak mengetahui kecuali diriNya. Hidup kita mengikut apa yang disabdakan oleh Baginda Rasul sebagai seorang pengembara yang sedang dalam perjalanan ke suatu destinasi yang jauh dan memerlukan banyak bekalan. Tentunya dalam perjalanan itu banyak halangan dan gangguan yang boleh menjejaskan matlamat untuk ke destinasi. Pengembara yang bijak tidak akan terpengaruh dengan keseronokan dan kebahagiaan sementara yang ditempuh dalam perjalanan kerana dia tahu bahawa dia sebenarnya adalah warga satu alam lagi. Manakala pengembara yang lupa daratan akan menikmati sepuas-puasnya apa sahaja yang ditempuh; seolah-olah iniah dunianya sehingga terlupa matlamat asal untuk menuju ke dunianya yang sebenar. Mereka terpedaya dengan kemanisan dunia dan menyangkakan apa yang dipungut itulah BEKALAN.

Sebagai seorang pengembara, kita seharusnya bijak melayarkan bahtera ke arah yang betul mengikut kompas yang dipiawaikan oleh Rasul. Untuk sampai ke destinasi AKHIRAT, pungutlah bekalan sebanyak mungkin. Anggaplah segala keseronokan duniawi sebagai BEBAN yang boleh menjejaskan perjalanan ke sana. Ingatlah pesanan orang tua : Kita sebenarnya adalah WARGA AKHIRAT - tempat yang kekal abadi; sementara dunia ini ialah rumah tumpangan sementara yang penuh kepalsuan dan tipu-daya. Oleh itu kita mestilah bijak memilih mana satu BEKALAN dan mana satu BEBAN. Barangan yang dikategori sebagai BEBAN akan menyusahkan perjalanan ke akhirat manakala barangan BEKALAN akan berfaedah untuk kehidupan di sana. Kutiplah bekalan sebanyak mungkin dan hindarkan memikul beban yang menyulitkan perjalanan.

Ingatlah: "Dunia ini sebagai tempat bercucuk tanam. Hasilnya kita akan kecapi di Akhirat nanti."

"Beramallah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Beramallah untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati keesokannya."

Ramai mentafsirkan dari segi keduniaan iaitu kerja bersungguh-sungguh kerana kita akan hidup lama di dunia. Tetapi dalam hal akhirat, kita akan mati esok - jadi terpaksalah buat persiapan dengan lengkap dan berhati-hati kerana kita akan mati esok. Tafsiran begini jarang diterangkan oleh umum terutama pemburu harta di dunia.

Islam tidak menghalang umatnya mencari harta-benda dan kekayaan; asalkan ia tidak menghalang dari melakukan pengabdian kepada Allah. Malahan orang Islam yang kaya adalah amat diperlukan kerana ia adalah sumber ekonomi negara dan sebagai juruwang bagi saudaranya yang miskin dan memerlukan bantuan. Orang kaya adalah pembantu orang msikin, orang kuat adalah pelindung golongan yang lemah, orang alim sebagai sumber cahaya dan ilmu kepada orang jahil. Begitulah golongan ini saling bantu-membantu antara satu dengan lain. Apa yang Islam larang ialah meletakkan keduniaan sebagai sasaran utama dalam hidup melebihi hal-hal keakhiratan dan pengabdian kepada Allah. Sekiranya keduniaan diberikan keutamaan dalam hidup bererti konsep syahadahnya terjejas. Intipati syahadah ialah mengaku dengan sebenar-benar pengakuan bahawa Tiada lain yang lebih besar selain Allah dan pengakuan bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah. Ini bererti tumpuan pengabdian hakiki ialah Allah dan BUKANNYA harta-benda dunia. Jika kekayaan dunia dijadikan asas hidup berertilah kita telah membesarkan dunia daripada Allah sendiri; atau dalam kata-kata lain kita bertuhankan harta bukannya Allah. Di sinilah terpesongnya aqidah orang-orang kebendaan.

Sangat beruntunglah mereka yang mempunyai harta kekayaan yang menjadikannya sebagai modal untuk akhirat. Wang ringgit dipertaruhkan sebagai saham akhirat dengan bersedekah, mendirikan masjid, membantu fakir miskin dan anak yatim, menyelesaikan masalah dan keperluan jiran dan masyarakat sekeliling. Mereka inilah yang berjaya menukar harta menjadikan sebagai pahala atau membeli akhirat dengan dunia. Sebaliknya amat rugi mereka yang mempunyai wang ringgit dan harta kekayaan tetapi membelanjakan untuk perkara-perkara yang tidak mendatangkan sebarang faedah untuk akhiratnya; atau lebih dahsyat jika digunakan untuk kerja-kerja maksiat dan hiburan semata. Di akhirat akan ditanya Allah ke mana wang ringgit kita dibelanjakan dengan begitu halus dan tereperinci.

Dalam Al-Quran banyak sekali ayat yang menjelaskan bahawa kehidupan akhirat adalah lebih penting dan lebih kekal. Oleh itu, perlulah bagi kita melebihkan kehidupan akhirat daripada dunia. Kehidupan di dunia hanya dalam tempoh terhad; jarang-jarang melebihi 90 tahun; tetapi akhirat tiada batasan waktu. Sudahlah begitu diriwayatkan satu hari di akhirat menyamai 1000 tahun di dunia. Jadi berapalah nilai umur dunia dibandingkah akhirat? Orang yang bijak tentunya berpandangan jauh iaitu untuk kehidupan akhirat. Ada di antara orang-orang alim dan para wali sangat mengambil berat tentang pengisian waktu dengan ibadat. Mereka tidak rela membuang masa begitu sahaja. Setiap saat bagi mereka adalah berharga dan mesti diisi dengan sesuatu ibadat supaya tidak terbuang begitu saja. Bagi mereka, setiap nafas yang turun naik akan dipersoalkan. Pada sebelah malam, mereka menggunakan masa untuk beribadat. Masa tidur mereka amat sedikit.

Sebaliknya mereka yang asyik mengumpul harta dunia untuk dunia adalah berfikiran sempit kerana tidak menjangkau alam abadi di akhirat. Ahli dunia saban masa memikirkan bagaimana nak mengumpul harta benda hingga menjadi kaya. Walaupun sudah kaya, mereka masih berusaha lagi supaya menjadi bertambah kaya; tanpa sedikit pun memikirkan bagaimana harta yang ada pada mereka hendak diinfaqkan di jalan Allah supaya hasilnya dapat dituai di akhirat kelak. Orang kaya begini pada hakikatnya adalah miskin kerana masih banyak memerlukan sesuatu.

Semasa perjalanan Israk Mikraj, Allah menunjukkan satu golongan yang menanam gandum dan kemudian menuainya. Baru lepas ditanam, terus berbuah dan dituai; begitulah seterusnya. Inilah ibarat orang yang membuat kebajikan sentiasa tak putus-putus menerima ganjaran pahala yang banyak di sisi Allah. Balasan pahala ini akan dinikmati kebahagiaannya di akhirat kelak.

Dinukilkan dalam sebuah kitab, seorang raja dihadiahkan orang sebuah piala minuman bertatahkan permata fairuz. Piala itu sangat cantik dan amat berharga. Raja sangat gembira menerima hadiah itu. Apabila seorang hukama datang berjumpa dengannya, raja itu bertanya kepadanya mengenai piala tersebut. Hukama itu berkata, "Aku tidak lihat apa-apa dari piala itu kecuali bala dan fakir." Raja tercengang dan berkata, "Mengapa kamu berkata begitu?" Hukama itu menerangkan, "Kalau piala itu pecah, sudah tentu ia tidak boleh dibaiki lagi dan hati menjadi susah atas bala yang menimpa. Kalau ia dicuri orang, tuanku akan bersedih atas kehilangan itu dan berasa seperti fakir. Bahkan sebelum tuanku dapat piala ini, tuanku tidak ada rasa apa-apa bahkan senang dengan keadaan begini, tetapi selepas ada piala ini, jika berlaku kehilangan tentu tuanku berasa amat sedih." Selang beberapa bulan, piala yang disayangi raja itu pecah berkecai. Raja itu menjadi sangat sedih dan hampa atas kehilangan piala itu. Dia kembali berjumpa hukama itu dan mengaku atas kebenaran kata-katanya. Kisah ini jelas membuktikan bahawa harta dunia yang kita sayangi tidak memberi apa-apa makna di dunia kecuali kesusahan dan kemiskinan. Bahkan dirasakan amat berat untuk meninggalkan harta itu semasa roh hendak kembali berjumpa Allah.

Sebagai kesimpulannya, kita hendaklah mempunyai pendirian berkaitan dengan penumpukan harta kekayaan. Yang lebih penting bagi kita ialah adakah kita akan diterima oleh Allah di akhirat kelak sebagai hambaNya yang soleh. Begitu juga adakah Nabi Muhammad saw akan mengaku atau mengiktiraf kita sebagai umatnya. Jika Allah tak mengaku hambaNya dan Nabi Muhammad saw tak mengaku kita sebagai umatnya, ke mana lagi kita nak pergi ketika itu? Ke mana tempat kita nak mengadu nasib? Di dunia bolehlah meminta bantuan dari kaum kerabat dan sebagainya tetapi di akhirat siapa lagi selain Allah dan rasulnya. Akhirnya sama-sama kita meminta taufiq dan hidayat semoga kita berada di landasan sebenar sebelum kita dipanggil oleh Allah. Kita pohonkan keselamatan dan taubat di atas dosa-dosa kita dan mudahan kita kembali menemuiNya dalam keadaan Allah meredhai kita, insyALLAH..
Hidup Untuk Islam
10:17 AM | Author: ain solehah
HIDUP UNTUK ISLAM

Bismillah walhamdulillah. Assalamualaikum warahmatullah...
Penggabungan diri dalam islam mewajibkan kita supaya hidup menurut cara hidup islam dalam bidang akidah, ibadah dan akhlak, iaitu menyeluruh seluruh aspek kehidupan. Penggabungan ini juga mewajibkan kita menyerahkan segala keupayaan dan kemampuan untuk sesuatu yang dapat mengagungkan kesultanan islam, yakni pemerintahan islam dan meningkatkan pembinaannya.

3 golongan manusia:
1) Golongan yang hidup untuk dunia. Golongan ini ingkar dengan kehidupan setelah kematian iaitu kehidupan akhirat, mereka ingkar dengan hisab iaitu bahawa segala amal perbuatan di dunia akan diperhitungkan kelak. Oleh yang demikian mereka hidup bermatlamatkan kehidupan dunia. Mereka akan terus mengejar kenikmatan dunia dan akhirnya karam dalam nafsu dan tewas untuk sampai ke destinasi akhirat.

2) Golongan yang sesat antara dunia dan akhirat. Golongan ini adalah kebanyakan orang di dunia ini. akidah mereka bergelra tetapi mereka sesat dalam menjalani kehidupan. Mereka mengaku beriman kepada Allah dan hari akhirat, tetapi mereka melanggar perintah dan larangan Allah. Akhirat adalah gambaran kulit sahaja. Mereka menampal dunia mereka dengan mengoyakkan agama.

3) Golongan yang mengganggap dunia sebagai ladang akhirat. Mereka adalah orang mukmin yang sebenarnya. Firman Allah: “ dan tiadalah kehidupan dunia daripada mainan dan senda gurau sahaja”.(Al-An’am:32). Orang yang benar-benar menganut islam menganggap dunia sebagai satu medan perlumbaan untuk melakukan ketaatan kepada Allah dan mencapai redhaNya. Keseluruhan kehidupan mereka dari segala sudut, ilmu, perniagaan, harga, rumahtangga, masa dan fikiran mereka kesemuanya digunakan untuk mencapai matlamat tersebut.

Rasulullah bersabda: “celakalah abdi dinar, celakalah abdi dirham, celakalah abdi qutaifah ( sejenis matawang).” ( hadis riwayat bukhari )

BAGAIMANA CARA HIDUP UNTUK ISLAM?

1) Mengetahui matlamat hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.Firman Allah dalam surah Adz-Dzariyat ayat 56 bermaksud, “tidak aku jadikan dari kalangan manusia dan jin itu melainkan untuk mengadikan diri kepadaKu”.

2)Mengetahui nilai dunia berbanding nilai akhirat.Hadis ada menyebut:“Pada suatu hari Rasulullah telah berdiri di pinggir tempat pembuangan sampah dan menyeru para sahabatnya dengan bersabda: “kejarlah dunia”. Kemudian baginda mengambil seketul sampah yang telah busuk dan seketul tulang yang telah reput lantas bersabda: “ inilah dunia”. (hadis riwayat ibn Abi Dunya dan Baihaqi).

3) Mengetahui maut suatu yang pasti dan mengambil pengajarannya.Firman Allah dalam surah Ali- Imran ayat 185 bermaksud: “tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahala kamu. Barangsiapa yang dijauhkan daripada neraka, mereka akan dimasukkan dalam syurga maka sesungguhnya ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan”.

4)Mengetahui hakikat Islam dengan mempelajari, mendalami dan mengetahui dasar-dasar Islam, hukum-hukumnya dan halal haramnya.Rasulullah bersabda: “Sesunguhnya ilmu itu hanya didapati daripada belajar dan kefahaman itu daripada mendalami, barangsiapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan, Allah akan memberikannya kefahaman tentang agama.” (hadis riwayat Askari daripada Anas bin Malik)“Sesungguhnya para anbia’ itu tidak meninggalkan pusaka berbentuk dinar dan dirham, tetapi mereka meninggalkan ilmu, barangsiapa yang menerimanya, beliau akan menerimanya dengan bahagian yang lumayan.” ( hadis riwayat Abu Daud)

5)Mengetahui hakikat jahiliyyah dengan mengenali aliran pemikiran, mazhab dan garis perjuangannya di samping mencari ketempangan dan kecacatannya.Perkara ini perlu diketahui supaya dapat mengetahui bahaya dan bencananya supaya dapat mengelakkan daripada penipuan dan sebagai persediaan untuk menghadapi dan memeranginya.

SIFAT-SIFAT ORANG HIDUP UNTUK ISLAM

1) Berpegang dengan islam secara praktik. Iman termetrai dalam hati dan dibuktikan dengan amalan. Firman Allah dalam surah As-saff ayat 3, “Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan suatu yang tidak kamu lakukan.”Rasulullah bersabda: “jadilah kamu pemelihara ilmu dan janganlah kamu jadi orang yang meriwayatkan ilmu.”

2) Mencari dan meneliti suatu yang mendatangkan maslahat kepada Islam. Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang bangun pagi dan tidak mengambil berat urusan orang Islam, beliau bukan dari golongan mereka.”

3) Merasa bangga dengan kebenaran dan kepercayaan kepada Allah. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 139, “ Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang beriman.”

4) Beriltizam dengan amal-amal Islam dan bekerjasama dengan orang-orang yang beramal untuk Islam. Apabila menganut agama islam kita diwajibkan oleh Islam untuk beramal dan bekerja bersama-sama jemaah. Islam mewajibkan kita bekerjasama dengan orang lain yang bekerja dalam medan dakwah kepada Allah, amar ma’ruf nahi mungkar dan membina individu muslim, keluarga muslim dan negara islam. Dalam surah Al-Maidah ayat 2, Allah berfirman:

“dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa dan janglah kamu tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.”Sabda Nabi SAW: “Bandingan seorang muslim dengan muslim yang lain adalah seperti binaan yang tersusun kukuh, sebahagiannya memperkuat yang lain.” (hadis riwayat Baukhari dan Muslim).

“Kamu mestilah bersama jemaah muslimin dan imam mereka.” (sebahagian hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

PENUTUP
Peluang hidup di dunia hanyalah sekali sahaja, rebutlah masa yang ada sekarang sebelum dijemput Ilahi selama-lamanya, untuk kita mengetahui, mendalami dasar-dasar islam serta mengamalkannya. W/A

حيا بالعربية

محادثة
@ يـَــا عـَــائِــشـَــة ُ، هـَـٰــذِهِ صـَــدِيـْــقـَــتـِــى خـَــدِيـْــجـَــة

@ Hai Aisyah, ini temanku Khadijah.

& أ َهـْــلاً وَسـَــهـْــلاً، كـَــيـْــفَ حـَــالـُــكِ يـَــا خـَــدِيـْــجـَــة

& Semoga anda menjadi keluarga kami dengan segala kemudahan, bagaimana khabarmu hai Khadijah?

@ أ َنـَــا بـِــخـَــيـْــر ٍ اَلـْــحـَــمـْــدُ لـِــلـَّــه، وَمـَــا اسـْــمُــكِ؟

@ Saya baik alhamdulillah, siapakah nama awak?

& إ ِسـْــمـِــى مـَــرْيـَــمُ بـِــنـْــت ُ الـْــحـَــاج ِ حـَــسـَــنْ

& Nama saya Maryam binti Haji Hasan.

@ مـَــا شـَــاءَ الله إ ِسـْــمٌ جـَــمـِــيـْــلٌ، أ َيـْــن َ تـَــسـْــكـُــنـِــيـْــن َ يـَــا مـَــرْيـَــمُ؟

@ Masya Allah nama yang bagus, di manakah awak tinggal hai Maryam?

& أ َسـْــكـُــن ُ فـِى رَقـْــم ِ ٤٨ مـِــنْ شـَــار ِع ِ مـِــيـْــلاَوَاتـِــىْ

& Saya tinggal di nombor 48 Jalan Melawati.

@ إ ِذ َن ْ بـَــيـْــتـُــكِ قــَــر ِيـْــبٌ مـِــنْ هـُــنـَــا

@ Kalau demikian rumah awak dekat sahaja dari sini.

& أ َجـَــلْ، مـِــائَــتـَــان ِ وَخـَــمـْــسـُــوْن َ مـِــتـْــرًا تـَــقـْــر ِيـْــبـًــا

& Ya, lebih kurang 250 meter dari sini.

@ هـَــلْ تـَــسـْــمـَــحـِــيـْــن َ لـِــى بـِــز ِيـَــارَتـِــكِ يـَــا مـَــرْ يـَــمُ؟

@ Apakah awak membolehkan saya mengunjungi awak hai Maryam?

& بـِــكـُــلِّ السـُّــرُوْرِ

& Dengan segala senang hati.

MARI BELAJAR BAHASA ARAB =)

BERSAMA MYKRK

ARAB MADINAH

ARAB INDO



DOWNLOAD BAHAN ILMIAH