Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum warahmatuLLah
Alhamdulillah , kita rafa'kan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT, kerana masih lagi memberi kekuatan dan nikmat islam dan iman..
Sebagai pendahuluan, di sini ingin ana perkenalkan kepada sekalian, mulai pengambilan sesi julai 09/10 pelajar UPSI akan diwajibkan menyertai Rakan Penggerak Addin (RPA). RPA adalah cetusan idea oleh pusat islam UPSI dengan kelulusan dan kerjasama HEP, pengetua-pengetua kolej dan semua pihak-pihak yang terbabit.
RPA adalah halaqah antara adik-adik baru (10-15 orang) bersama-sama naqib/ah yang telah dipilih khas bg menjayakan program ini. Modul yang digunakan berdasarkan bahan yang telah dibekalkan khas daripada Pusat Islam Upsi dan naqib/ah ini akan menghadiri sesi percambahan ilmu dahulu yang akan dipimpin oleh Ust Dasuki Rani.
Modul RPA
1)tanggungjawab dan peranan mahasiswa dalam memahami aqidah seorang muslim
2)tanggungjawab dan peranan mahasiswa dalam memahami fiqh islam
3)kewajipan mahasiswa berakhlak dengan akhlak seorang muslim
4)tanggungjawab dan peranan mahasiswa sebagai warga pendidik
Matlamat dan halatuju RPA
1)taaruf
2)tafahum
3)takaful
Manfaat kepada peserta
1)peluang untuk mengenali diri (muhasabah)
2)peluang memperbaiki diri
3)peluang untuk melakukan perubahan hidup
4)peluang membina keyakinan diri
Peranan naqib/ah
1) sentiasa mempertingkatkan ilmu, persiapkan diri dengan ilmu-ilmu duniawi dan ukhrawi
2)membina ukhuwwah yang erat dengan peserta
3)memberi kefahaman kepada peserta berdasarkan modul,asas-asas islam dan perkara berkaitan
4)sentiasa komunikasi 2 hala supaya halaqah tidak lesu dan terapkan aktiviti yang bersesuaian.
5) Sentiasa bersedia menghadapi golongan peserta yang pelbagai.
Sama-samalah kita pikul amanah dan wasilah yang terbaik ini untuk dakwah islam..hasilnya mungkin kita tidak akan nampak sekarang, tahun hadapan, tetapi kesannya mengambil masa bertahun-tahun, mudah-mudahan Allah mengurniakan taufik dan hidayahNYA kepada kita semua..amiin..
"membentuk generasi rabbani"
(Klik untuk baca selanjutnya)