Monday, January 5, 2009

Sms Berantai = Surat berantai

Bismillah wal hamduliLLAH
Assalamualaikum warahmatuLLAH

AlhamduliLLAH, posting seterusnya membincangkan dan menjelaskan kepada kita semua mengenai SURAT BERANTAI dan juga MESEJ BERANTAI ( zaman ICT). Pernahkah anda menerima surat berantai? Mesej berantai? Atau hanya mendengar sekadar angin lalu?. Di bawah ini salah satu contoh surat berantai dan mesej berantai

Surat Berantai
Assalamualaikum,
Ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad S.A.W. iaitu Sheikh Ahmad Mokme (Saudi Arabia)
Pada suatu malam ketika hamba membaca Al-Quran di makam Rasulullah S.A.W. selepas membaca lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi di datangi Rasulullah S.A.W. lalu bersabda kepada hamba dalam 60,000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun matinya dalam keadaan yang beriman.


a) Isteri tidak lagi mendengar kata suami.
b) Orang kaya tidak lagi bertimbang rasa kepada orang miskin.
c) Orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.

Oleh itu whai Sheikh Ahmad hendaklah kamu menyebarkan kepada orang islam yakni supaya membuat kebajikan kerana hari penghabisan (Qiamat) akan tiba di masa bintang terbit dari langit. Sesudah itu pintu matahari akan turun di atas kepala.

Pesanan Hamba Ini.
a) BERSELAWATLAH “ Untuk junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
b) BERTAUBATLAH “ Dengan segera sementera pintu taubat masih terbuka.
c) BERSEMBAHYANGLAH “ Sebelum kamu disembahyangkan.
d) BERZAKATLAH “ Jangan ditinggalkan.
e) JANGAN MENDERHAKA KEPADA KEDUA IBU BAPA “ Hormatilah mereka.
f) MENUNAIKAN FARDU HAJI “ Bila berkemampuan.

UNTUK MAKLUMAT.
1. Seorang saudagar dari Bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencetak sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain. Dia kemudiannya dianugerahi oleh Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya. Seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidal mengindahkannya dan menganggap wasiat ini palsu. Maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia.
2. Tan Sri Ghazali Jawi, Bekas Menteri Besar Perak secara tidak langsung dipecat dari jawatannya kerana apabila menerima wasiat ini beliau terlupa mencetak sebanyak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain tetapi beliau tidak menyedari kesilapannya lalu beliau mencetak semula wasiat ini dan terus mengirimkannya kepada orang lain dan selang beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menjadi Menteri Kabinet Pendana Menteri.
3. Pada tahun 1997, Tun Dato Mustafa Bekas Ketua Menteri Sabah menerima wasiat ini kemudian mebgarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantarnya kepada orang lain maka selang beberapa hari kemudian dia telah mendapat hadiah pertama dari Kebajikan Masyarakat di Malaysia Timur.
4. Zulika Ali Bhuto telah menerima wasiat ini dan tidak percaya akan kebenarannya dan menganggap palsu, lalu dibuangkannya ke dalam tong sampah. Seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati.
5. Di Terengganu, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiat ini dari pengirim yang tidak dikenali yang datangnya dari Perak. Lalu beliau membuat cetakan sebanyak 20 salinan seperti yang dituntut. Alhandulillah dia dianugerahkan oleh Allah seorang gadis yang berakhlak mulia sepertimana dituntut oleh Islam. Baginya anugerah Allah ini paling Agong dan tidak ada tandingnya.
6. Di Terengganu juga, seorang hamba Allah telah menerima wasiat ini dari orang yang tidak dikenali lalu beliau tidak mengindahkannya. Beliau mengatakan yang ianya bohong belaka dan sengaja diada-adakan untuk menakut-nakutkan orang yang membacanya. Beberapa hari kemudian dia telah mendapat penyakit yang ganjl dan penderitaannya amat menyedihkan. Setelah 3 minggu mendapat rawatan rapi di hospital, penyakitnya masih sukar diubati oelh doctor. Akhirnya beliau teringat akan wasiat yang masih lagi disimpannya lalu menyuruh sepupunya mencetak 20 salinan dan diedarkan kepada orang lain. Semianggu kemudian barulah beliau beransur sembuh sehingga sekarang.
7. Banyak lagi contoh-contoh orang menerima wasiat ini dan tidak mempercayainya dan tidak mengedarkannya atau menyampaikannya kepada orang lain dimana mereka mendapat malapetaka. Setelah kejadian yang menggembirakan dan menakutkan ini, anda janganlah lupa mencetak 20 salinan wasiat ini dan disebarkan kepada orang lain dalam masa 96 jam di masa anda menerimanya, insyaAllah anda akan memperoleh sesuatu dari ALLAH YANG MAHA BERKUASA. Dengan penuh keyakinan pasti akan menerangi hidup anda dengan nikmat kebahagiaan hidup. INSYA ALLAH.

PERHATIAN
Setelah membaca wasiat ini hendaklah ianya ditulis atau dicetak dan disebarkan kepada orang lain sebanyak 20 salinan. Sekiranya telah dilakukan, anda akan dianugerahkan sesuatu nikmat atau hajat anda akan dikabulkan Allah, kata Sheikh Ahmad lagi. Jika apa yang hamba katakana ini tidak benar, biarlah hamba mati dalam kekufuran dan oleh itu, hendaklah ditulis atau dicetak dan disebarkan kepada orang lain. InsyakAllah dalam masa 2 minggu anda akan beroleh kebahagiaan dan ingatlah, lakukan dengan hati yang ikhlas dan janganlah wasiat ini diabaikan atau dibiarkan begitu sahaja.
Sekian, terima kasih; Wassalam

http://www.shukur.org/v4/component/option,com_smf/Itemid,105/topic,16441.0/


Mesej berantai
SubhanaLLAH, AlhamduliLLAH, ALLAHu Akbar, forwardkan mesej ini kepada 10 orang kawan anda nescaya anda akan memperoleh sesuatu kebaikan yang tidak disangka-sangka, jika anda mengabaikannya anda akan mendapat bala daripada Allah dalam masa terdekat. Tolang sampaikan jika anda sayang orang-orang islam sekeliling anda dan tidak mahu mendapat murka ALLAH. Ini adalah amanah.!

Maklumat di dalam surat berantai atau mesej berantai selalunya dikaitkan dengan islam dan menyuruh kepada kebaikan, TETAPI apa yang bahayanya dalam surat dan mesej ini adalah apabila menyatakan seseorang itu akan mendapat rahmat sekiranya menyebarkan dan mendapat bala Allah sekiranya mengabaikannya. Ini jelas-jelas menunjukkan kepincangan akidah umat Islam dan ianya bukan masalah kecil. Apabila bermain dengan akidah ia amat berat kerana apabila kita percaya dan takut selain daripada Allah, ia boleh membawa kepada syirik kepada ALLAH, dan ketahuilah dosa yang paling berat adalah syirik.

Pesanan kepada kita semua, supaya berhati-hati dengan hal-hal sebegini, ia nampak kecil tatapi impak kepada kepercayaan kita amat besar, ia bleh merosakkan akidah. Perlukah kita takut dengan sekeping kertas? Jawapannya tidak.

Sekiranya anda mengetahui kebenaran ini sampaikanlah kepada yang belum mengetahui, supaya umat Islam boleh diselamatkan kepercayaannya hanya kepada ALLAH. Mudah-mudahan kita semua dapat faham dalam penerangan yang ringkas ini dan sebelum mengakhiri posting ini ana ingin mengingatkan bahawa Prof Hamka mengucapkan “selamat tolol” kepada mereka-mereka yang mempercayai surat berantai.

Sekian, wALLAHu Taala a’lam.


(Klik untuk baca selanjutnya)
Related Posts with Thumbnails

DOWNLOAD BAHAN ILMIAH

حيا بالعربية

محادثة
@ يـَــا عـَــائِــشـَــة ُ، هـَـٰــذِهِ صـَــدِيـْــقـَــتـِــى خـَــدِيـْــجـَــة

@ Hai Aisyah, ini temanku Khadijah.

& أ َهـْــلاً وَسـَــهـْــلاً، كـَــيـْــفَ حـَــالـُــكِ يـَــا خـَــدِيـْــجـَــة

& Semoga anda menjadi keluarga kami dengan segala kemudahan, bagaimana khabarmu hai Khadijah?

@ أ َنـَــا بـِــخـَــيـْــر ٍ اَلـْــحـَــمـْــدُ لـِــلـَّــه، وَمـَــا اسـْــمُــكِ؟

@ Saya baik alhamdulillah, siapakah nama awak?

& إ ِسـْــمـِــى مـَــرْيـَــمُ بـِــنـْــت ُ الـْــحـَــاج ِ حـَــسـَــنْ

& Nama saya Maryam binti Haji Hasan.

@ مـَــا شـَــاءَ الله إ ِسـْــمٌ جـَــمـِــيـْــلٌ، أ َيـْــن َ تـَــسـْــكـُــنـِــيـْــن َ يـَــا مـَــرْيـَــمُ؟

@ Masya Allah nama yang bagus, di manakah awak tinggal hai Maryam?

& أ َسـْــكـُــن ُ فـِى رَقـْــم ِ ٤٨ مـِــنْ شـَــار ِع ِ مـِــيـْــلاَوَاتـِــىْ

& Saya tinggal di nombor 48 Jalan Melawati.

@ إ ِذ َن ْ بـَــيـْــتـُــكِ قــَــر ِيـْــبٌ مـِــنْ هـُــنـَــا

@ Kalau demikian rumah awak dekat sahaja dari sini.

& أ َجـَــلْ، مـِــائَــتـَــان ِ وَخـَــمـْــسـُــوْن َ مـِــتـْــرًا تـَــقـْــر ِيـْــبـًــا

& Ya, lebih kurang 250 meter dari sini.

@ هـَــلْ تـَــسـْــمـَــحـِــيـْــن َ لـِــى بـِــز ِيـَــارَتـِــكِ يـَــا مـَــرْ يـَــمُ؟

@ Apakah awak membolehkan saya mengunjungi awak hai Maryam?

& بـِــكـُــلِّ السـُّــرُوْرِ

& Dengan segala senang hati.

MARI BELAJAR BAHASA ARAB =)

BERSAMA MYKRK

ARAB MADINAH

ARAB INDO