Wednesday, December 24, 2008

Tafsir Al-Fatihah


TAFSIR SURAH AL-FATIHAH



MAKSUD AL-FATIHAH

v Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
v Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

v Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
v Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

v Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
v Tunjukilah kami jalan yang lurus

v Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


TAFSIRAN YANG DAQIQ (HALUS)

LATIFAH 1
Kenapa diperintahkan membaca (الإستعاذة)ketika membaca al-Quran?

Ja’far al-Sadiq berkata: (mesti membaca atta’awwuz ketika membaca al-quran, tidak pada amalan yang lain, (hikmahnya) ialah seseorang hamba itu kemungkinan lidahnya “ternajis” lantaran menipu, mengumpat, mengadu domba. Kerana itu Allah s.w.t. perintahkah supaya dibaca ta’awwuz supaya lidahnya bersih. Dengan itu, dia akan membaca kalam Allah yang suci dengan lidah yang suci.

LATIFAH 2
2. Al-quran dimulakan dengan bismillah menjadi isyarat kepada kita agar kita memulakan setiap perbuatan dan perkataan dengan bismillah. (hadis nabi (كل أمر ذي بال لا يبدأ فيه ببسم الله الرحمن الرحيم فهو أبتر)

Persoalan
Kenapa disebut (بسم الله) tidak (بالله)
Jawapan
Untuk membezakan antara sumpah (yamin) dan tayammun (التيمن) iaitu mengambil berkat (التبرك)

LATIFAH 3
3. Perbezaan antara lafaz (الله) dan (الإله)?
Jawapan;
Lafaz yang pertama merujuk kepada zat yang kudus, tidak boleh dikongsi (disekutu) dengan yg lain. Ia bermaksud: (yg disembah dengan sebenar-benar).
Lafaz yg kedua, digunakan merujuk kepada Allah dan juga lain. Sama ada sembahan itu benar atau tidak.

LATIFAH 4
Faedah (بسم الله الرحمن الرحيم)
1.Mengambil berkat (التبرك)
2.Mengagungkan Allah SWT (التعظيم)
3.Menghalau syaitan kerana ia lari apabila menyebut nama Allah
4.Menzahirkan pertentangan dengan orang musyrik (org bukan Islam)
5.Memberi ketenangan (أمان) kepada pembacanya dan menjadi petunjuk kebergantungan harap orang yang menyebutnya kepada Allah.
6.Pengakuan ketuhanan (إقرار ألوهية)
7.Pengakuan nikmat
8.Minta pertolongan Allah
9.Di dalamnya terdapat Dua (2) nama yg khusus untuk Allah iaitu (الله) dan (الرحمن).


LATIFAH 5
v أ dan ل yang berada pada kalimah (الحمد) bermaksud (لإستغراق الجنس) iaitu tidak ada yang berhak dipuji selayak-layaknya melainkan Allah. Dialah Allah yang bersifat dengan sifat sempurna yg layak dipuji, diagung dan disucikan.
v Ia juga bermaksud sifat yang ada itu adalah berkekalan, bukanya perkara baru.

LATIFAH 6
v Faedah menyebutkan (الرحمن الرحيم) selepas (رب العالمين).
v Jawapan:
kalimah (الرب) memberi maksud keegoan (الكبرياء), Kepemimpinan dan keangkuhan (القهر), dengan itu pendengar (pembaca) kemungkinan terlintas bahawa Allah yg begini sifatnya tidak akan merahmati hambaNya dengan itu mereka akan takut semacam, berputus asa, berputus azam. Justeru disebutkan kalimah (الرحمن الرحيم) untuk mengukuhkan bahawa Allah itu rahim yang meliputi tiap sesuatu.

LATIFAH 7
v (إياك نعبد وإياك نستعين), suatu gaya bahasa (suatu lencongan atau perubahan( daripada kata ganti nama ghaib kepada mukhatab.
v Ia berfungsi sebagai mempelbagaikan gaya bahasa.
v Ia lebih menarik perhatian, memikat hati.
v Ia merupakan salah satu bentuk balaghah (kedalaman (ketinggian) bahasa orang yg bertutur).

LATIFAH 8
v Bentuk lafaz datang dalam bentuk jamak/plural dalam dua jumlah (نعبد) dan (نستعين). Tidak datang dalam bentuk (إياك أعبد وإياك نستعين)?
v Ia sebenarnya suatu pengakuan hamba tentang kekkurangannya berhadapan di hadapan Allah SWT., serta meminta pertolongan dan hidayah berseorangan, tidak bersama hamba-hamba yg lain.
v Jadi maksudnya seolah-olah dia berkata: (Ya Allah! Aku adalah seorang hamba yg lemah, kerdil, tidak layak untukku berada dalam keadaan ini berseorangan, bermunajat kepadamu, dengan itu saya ber”sama” atau bergabung ke dalam manhaj (jalan) orang-orang yg mengesakanMu, serta aku berdoa bersama-sama mereka, maka kabulkanlah doaku, sesungguhnya kamu semua menyembahmu.

LATIFAH 9
v Kenapa dinisbahkan nikmat kepada Allah dalam ayat (أنعمت عليهم) tetapi tidak dinisbahkan kesesatan dan kemurkaan kepadaNya dalam ayat (غير المغضوب عليهم ولا الضالين). Iaitu tidak disebut (غضبت عليهم).
v Jawapannya:
Semua itu datang dalam konteks taaddub (beradab) dengan Allah SWT.
CTH lain Nabi Ibrahim ada menyebutkan: (الذي خلقني فهو يهدين والذي هو يطعمنى ويسقين وإذا مرضت فهو يشفين (سورة الشعراء: 78-79)



PENDIDIKAN HUKUM

1. ADAKAH (البسملة) SALAH SATU AYAT AL-QUR’AN?

Ulama sepakat bahawa (البسملة) dalam surah al-Namlu/I adalah sebahagian ayat dalam firmanNya: (إنه من سليمان وإنه بسم الله الرحمن الرحيم) ayat:30.
Tetapi mereka berselisih pendapat sama ada ia ayat ataupun tidak dalam surah al-Fatihah dan surah-surah yg lain:
1.Mazhab Syafie: ia merupakan satu ayat daripada al-Fatihah dan juga surah-surah yg lain.
2.Mazhab Maliki: Ia bukan satu ayat daripada al-Fatihah dan tidak juga daripada surah-surah yg lain.
3.Mazhab Hanafi: Ia bukan satu ayat daripada al-Fatihah, tetapi ayat yg lengkap daripada al-Quran yg diturunkan untuk membezakan antara surah-surah dlm al-quran.

Dalil yang digunakan

Mazhab Syafie:

1.Hadis Abu Hurairah r.a: (إذا قرأتم الحمد لله رب العالمين، فاقرؤوا بسم الله الرحمن الرحيم، إنها أم القرآن، وأم الكتاب، والسبع المثاني، وبسم الله الرحمن الرحيم أحد آياتها) (Hadis Dar al-qutni)
2.Hadis Ibn Abbas: (أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يفتتح الصلاة ببسم الله الرحمن الرحيم) Riwayat Tarmizi (isnad yg tidak kuat)
3.Hadis Anas:أنه سئل عن قراءة رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: كانت قراءته مدا...ثم قرأ (بسم الله الرحمن الرحيم...) (riwayat bukhari).
4.Hadis Anas: (أنه قال: (بينا رسول الله صلى الله عليه وسلم ذات يوم بين أظهرنا إذ أغفى إغفاءة، ثم رفع رأسه متبسما، فقلنا ما أضحكك يا رسول الله؟ قال: نزلت علىّ آنفا سورة، فقرأ: (بسم الله الرحمن الرحيم إنا آعطيناك الكوثر..) (Riwayat muslim, nasaie, tarmizi dan Ibn Majah).

Cara berhujah
v Hadis ini menunjukkan bahawa basmalah merupakan ayat pada setiap surah dalam al-Quran. Dalilnya Rasulullah juga membacanya dalam surah al-Kauthar.
5. Dalil akal: Mashaf al-Imam ditulis basmalah pada permulaan surah al-fatihah dan surah-surah yg lain, meliankan surah al-Baraah.Begitu juga mashaf-mashaf yg dihantar ke negeri-negeri lain. Diriwayatkan bahawa mereka (penulis al-Quran) tidak menulis apa-apa selain al-Quran sehingga nama surah.
Dengan itu. Apa yg didapati berada pada mashaf tersebut pada permulaan surah al-fatihah dan surah-surah yg lain,dapat dirumuskan sebagai basmalah merupakan ayat pada setiap surah al-quran.

Dalil Maliki

1.Hadis Aisyah r.a: (قالت: كان رسول الله يفتتح الصلاة بالتكبير، والقراءة بالحمد لله رب العالمين) (riwayat muslim)
2.Hadis Anas dalam Bukhari dan Muslim : (صليت خلف النبي صلى الله عليه وسلم وأبي بكر، وعمر، وعثمان، فكانوا يستفتحون بالحمد لله رب العالمين)
dalam riwayat muslim (لا يذكرون (بسم الله الرحمن الرحيم) لا في أول سورة ولا في آخرها.
3.Hadis Abu Hurairah r.a. (قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: (قال الله عزوجل: قسمت الصلاة بيني وبين عبدي نصفين، ولعبدي ما سأل.
فإذا قال العبد: (الحمد لله رب العالمين) قال الله تعالى: حمدني ربي
وإذا قال العبد: (الرحمن الرحيم) قال الله تعالى: أثنى عليّ عبدي
وإذا قال العبد: (مالك يوم الدين) قال الله تعالى: مجّدني عبدي-وقال مرة فوّض إليّ عبدي
فإذا قال: (إياك نعبد وإياك نستعين) قال: هذا بيني وبين عبدي، ولعبدي ما سأل.
فإذا قال: (إهدنا الصراط المستقيم صراط الذين أنعمت عليهم......) قال: (هذا لعبدي ولعبدي ما سأل.

Cara berhujah
v Solat dalam hadis ini bermaksud al-fatihah.
v Jika basmalah merupakan ayat dari al-fatihah, semestinya disebutkan di dalam hadis qudsi ini.
4. Jika basmalah sebahagian daripada al-Fatihah, nescaya berlaku pengulangan pada kalimah atau jumlah (الرحمن الرحيم). Ini akan menyebabkan keaiban (kepincangan dari sudut balaghah.
5. Ditulis pada permulaan ayat adalah dgn tujuan tabarruk, dan kerana menurut perintah (ada tuntutan mengenainya agar dimulakan pada setiap awal. Sekalipun sudah tawatur ditulis pada setiap mashaf tetapi tidak tawatur yg ia adalah sebahagian daripada al-Quran itu sndiri.

v Kata al-Qurtubi: pandangan yg sahih daripada pendangan-pandangan ini ialah pandangan Malik. Ini kerana al-Quran tidak sabit berdasarkan khabar ahad, tetapi hanya sabit berdasarkan khabar qat’ie yg tidak ada khilaf.
v Kata Ibn al-Arabi: memadai hujah (untuk anda semua), basmalah bukan daripada al-quran dgn adanya perselisihan ulama. Sedangkan al-Quran tidak diperselisihkan. Semua khabar (hadis) yg sahih menunjukkan bahawa ia bukan daripada al-quran melainkan pada surah al-Naml.

Dalil Hanafi:

v Basmalah itu ditulis di dalam mashaf menunjukkan yg ia adalah daripada al-Quran, tetapi tidak menunjukkan yg ia adalah ayat pada setiap surah.
v Hadith-hadith yg menunjukkan bahawa basmalah dibaca secara senyap jelas menunjukkan ia bukan daripada al-Fatihah. Denga itu mereka hukumkan bahawa ia adalah ayat yg lengkap-selain daripada surah al-Naml- yg diturunkan untuk memisahkan antara surah-surah.
v Dalil yg menyokong ialah kata-kata para sahabat: Kami tidak mengetahui penghujung satu-satu surah sehingga turunnya (بسم الله الرحمن الرحيم).
v Begitu juga riwayat dripada Ibn Abbas: bahawasanya Rasulullah tidakm mengetahui pemisah satu-satu surahm sehingga turunya (بسم الله الرحمن الرحيم)
v Hadis Nabi SAW: terdapat satu surah dalam al-Quran yang mempunyai 30 ayat, yg akan memberikan syafaat kepada temannya (pembacanya) sehingga diampunkan iaitu (تبرك الذي بيده الملك).
v Sedang, semua qurra sepakat bahawa ayatnya adalah sebanyak 30 ayat tidak termasuk (basmalah) begitu juga surah al-Kauthar 3 ayat, surah al-Ikhlas 4 ayat.

Tarjih: Syaikh Ali al-Sobuni

v Pendapat mazhab Hanafi adalah rajih

2.HUKUM MEMBACA BASMALAH DALAM SOLAT

v Terdapat perselisihan pendapat para ulama:-
1.Mazhab Malik:tidak boleh dibaca di dalam solat fardhu sama ada yg jahri atau yg sirri, tidak pada al-Fatihah atau mana-mana surah. Tetapi diharuskan membacanya dalam solat sunat.
2.Abu Hanifah: Org yg melaksanakan solat hendaklah membacanya secara sirri ketika membaca fatihah pada setiap rakaat. Jika dibawa pada setiap surah, maka ia adalah elok.
3.Mazhab Syafie:Org yg melaksanakan solat wajib membacanya, sama pada solat jahri atau sirri. Pada solat sirri dibaca secara sirri.
4.Imam Ahmad: org yg melaksanakan solat hendaklah membacanya secara sirri dan tidak disunatkan jahri

Sebab khilaf :
v Ada 2:
1.Khilaf menentukan basmalah sama ada ia ayat penuh dari al-fatihah ataupun tidak
2.Berbeza pendapat salaf (menurut ibn al-Jauzi dalam Zad al-Masir)
1) pendapat Ahmad: tidak sunat jahri, ini merupakan pendapat Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Ibn Mas’ud, Mazhab al-Thauri, Malik dan Abu Hanifah.
2) Pendapat Syafie: Membaca secara jahir adalah sunat, ia diriwayatkan daripada Mu’awiyah, ‘Ata dan Tawus.

3.ADAKAH WAJIB BACA FATIHAH DALAM SOLAT?

v Ulama berselisih pendapat kepada 2:
1.Jumhur ulama: Malik, Syafie dan Ahmad: Membaca al-Fatihah adalah syarat sah solat. Sesiapa yg tidak membacanya sedangkan dia mampu, solatnya tidak sah.
2.Mazhab al-Thauri dan Abu Hanifah: Solat sah tanpa membaca fatihah tetapi tidak elok. Menurut mereka yg wajib ialah membaca 3 ayat sama ada yg pendek atau yg panjang.

Dalil jamhur
1.Hadis Ubadah bin al-Somit: (لا صلاة لمن لم يقرأ بفاتحة الكتاب) (riwayat sittah selain malik).
2.Hadis abu Hurairah: (أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: من صلى صلاة لم يقرأ فيها بأم الكتاب فهي خداج، فهي خداج، فهي خداج غير تام).
3.Hadis Abi Said al-Khudri: ( أمرنا أن نقرأ بفاتحة الكتاب وما نيسر)


Cara berhujah:
v Kesemua hadis di atas menunjukan wajib membaca al-fatihah di dalam solat.
v 1) (لا صلاة لمن لا يقرأ بفاتحة الكتاب) menafikan sehahihan solat
v 2) (فهي خداج). Jelas menunjukkan kekurangan dan kefasadan.

Dalil Hanafi
v Al-Quran: (فاقرءوا ما تيسر من القرآن)
v Kata mereka: “ayat ini menunjukkan bahawa yg wajib dibaca ialah apa (شيء) yg termampu yg mudah.

v Al-Sunnah:
Hadis mengenai seorang lelaki yg sembahyang tidak sempurna: (عن أبي هريرة)

Yang Rajih :
v Pendapat jumhur ulama:
v Berdasarkan dalil-dalil lain yg cukup kuat:
1.Hadis Abu qatadah: ( كان رسول الله يصلي بنا فيقرأ في الظهر والعصر في الركعتين الأوليين بفاتحة الكتاب وسورتين، ويسمعنا الآية أحيانا، وكان يطول في الركعة الأولى من الظهر، ويقصر الثانية، وكذلك الصبح.
2.Kata al-Qurtubi: pendapat yg sahih daripada pendapat-pendapat ini ialah pendapat jumhur berdasarkan dalil (لا صلاة لمن لم يقرأ بفاتحة الكتاب).
3.Kata al-Imam al-Fakhrulrazi: baginda senantiasa melazimi membaca al-fatihah dalam solat, maka menjawi kepawipan kita untuk mengikutnya kerana firman Allah (واتبعوه لعلكم تهتدون) (al-A’raf:158)

4.HUKUM MAKMUM BACA FATIHAH DI BELAKANG IMAM

v Ulama sepakat bahawa apabila makmum sempat bersama imam ketika imam rukuk, maka imam akan menanggug bacaan fatihah, kerana mereka sepakat bahawa gugur bacaan fatihah dengan sebab rukuknya imam. Tetapi jika makmum sempat bersama imam ketika beliau sdng qiyam bagaimana?

v Syafie dan Ahmad: Wajib membaca fatihah di belakang imam sama ada pada sembahyang jahri atau sirri
v Imam Malik: Jika solat sirri, maka hendaklah dibaca, tetapi jika solat jahri, tidak boleh dibaca.
v Abu Hanifah: Tidak perlu membaca al-Fatihah sama ada solat sirri atau jahri.

Dalil yang digunakan

v Syafie:
1.Hadis (لا صلاة لمن لا يقرأ بفاتحة الكتاب)
Cara berhujah:
Hadis ini umum mencakupi imam dan makmum, sama ada pada solat sirri atau jahir. Dengan itu orang yang tidak membaca al-fatihah tidak sah solatnya.
v Imam Malik:
1) Wajib baca pada sirri berdasarkan hadis di atas.
2) Tidak boleh baca ketika jahri berdasarkan ayat al-Quran (وإذا قرئ القرآن فاستمعوا له وأنصتوا لعلكم ترحمون).( surah al-’A’raf: 204).
3) Al-Qurtubi menukilkan daripada Imam Malik bahawa beliau tidak membaca apa-apa dalam solat jahri dibelakang imam. Adapun dalam solat sirri, beliau akan membacanya. Tetapi sesiapa yang tidak membacanya maka ia tidak elok tetapi tidak membatalkan solat.

v Imam Abu Hanifah:
1.Al-quran: (وإذا قرئ القرآن فاستمعوا له وأنصتوا لعلكم ترحمون) (سورة الأعراف: 204)
2.Hadis: (من كان له إمام فقراءة الإمام له قراءة) hadis riwayat Ibn Abi Syaibah.
3.Hadis: (إنما جعل الإمام ليؤتم به، فإذا كبّر فكبروا، وإذا قرأ فانصتوا)

No comments:

Related Posts with Thumbnails

DOWNLOAD BAHAN ILMIAH

حيا بالعربية

محادثة
@ يـَــا عـَــائِــشـَــة ُ، هـَـٰــذِهِ صـَــدِيـْــقـَــتـِــى خـَــدِيـْــجـَــة

@ Hai Aisyah, ini temanku Khadijah.

& أ َهـْــلاً وَسـَــهـْــلاً، كـَــيـْــفَ حـَــالـُــكِ يـَــا خـَــدِيـْــجـَــة

& Semoga anda menjadi keluarga kami dengan segala kemudahan, bagaimana khabarmu hai Khadijah?

@ أ َنـَــا بـِــخـَــيـْــر ٍ اَلـْــحـَــمـْــدُ لـِــلـَّــه، وَمـَــا اسـْــمُــكِ؟

@ Saya baik alhamdulillah, siapakah nama awak?

& إ ِسـْــمـِــى مـَــرْيـَــمُ بـِــنـْــت ُ الـْــحـَــاج ِ حـَــسـَــنْ

& Nama saya Maryam binti Haji Hasan.

@ مـَــا شـَــاءَ الله إ ِسـْــمٌ جـَــمـِــيـْــلٌ، أ َيـْــن َ تـَــسـْــكـُــنـِــيـْــن َ يـَــا مـَــرْيـَــمُ؟

@ Masya Allah nama yang bagus, di manakah awak tinggal hai Maryam?

& أ َسـْــكـُــن ُ فـِى رَقـْــم ِ ٤٨ مـِــنْ شـَــار ِع ِ مـِــيـْــلاَوَاتـِــىْ

& Saya tinggal di nombor 48 Jalan Melawati.

@ إ ِذ َن ْ بـَــيـْــتـُــكِ قــَــر ِيـْــبٌ مـِــنْ هـُــنـَــا

@ Kalau demikian rumah awak dekat sahaja dari sini.

& أ َجـَــلْ، مـِــائَــتـَــان ِ وَخـَــمـْــسـُــوْن َ مـِــتـْــرًا تـَــقـْــر ِيـْــبـًــا

& Ya, lebih kurang 250 meter dari sini.

@ هـَــلْ تـَــسـْــمـَــحـِــيـْــن َ لـِــى بـِــز ِيـَــارَتـِــكِ يـَــا مـَــرْ يـَــمُ؟

@ Apakah awak membolehkan saya mengunjungi awak hai Maryam?

& بـِــكـُــلِّ السـُّــرُوْرِ

& Dengan segala senang hati.

MARI BELAJAR BAHASA ARAB =)

BERSAMA MYKRK

ARAB MADINAH

ARAB INDO