Tuesday, April 7, 2009

Bulu Kucing-batal @ Tidak?

Assalamu'alaikum wbth.

BINATANG YANG TIDAK HALAL DIMAKAN DAGINGNYA

Jika bulu binatang yang tidak halal dimakan seperti kucing, monyet, musang dan sebagainya, terpisah daripada badannya ketika binatang itu masih hidup, maka bulu tersebut adalah najis apatah lagi sesudah binatang tersebut mati. Demikianlah juga anggota-anggotanya yang lain jika bercerai daripada binatang itu adalah dikira bangkai. (Mughni Al-Muhtaj, Kitab Ath-Thaharah, Bab An-Najasah ayat 1/115).

HUBUNGANYA DENGAN SEMBAHYANG

Menurut hukum syarak syarat sah mengerjakan sembahyang itu hendaklah bersih daripada segala najis baik pada pakaian, tubuh badan dan tempat sembahyang.

Oleh itu, jika terdapat bulu binatang yang hukumkan najis pada pakaian atau badan maka sembahyang itu tidak sah kerana menanggung sesuatu yang najis. Kecuali jika bulu yang najis itu sedikit, seperti sehelai atau dua helai, kerana ia dimaafkan. Melainkan bulu anjing atau babi kerana ia tetap najis walaupun hanya sedikit. (AL-Feqh Al-Islami Wa Adilatuh ayat 1/175).

Apakah yang harus dilakukan oleh orang yang sedang sembahyang mendapati ada bulu najis pada pakaiannya? Menurut Ashhab Asy Syafi’e, apabila orang yang sedang sembahyang itu mendapati ada najis yang kering pada pakaian atau badannya, maka pada saat itu juga hendaklah dia mengibas najis tersebut. Jika dia mendapati najis yang basah pula hendaklah dia segera menanggalkan atau mencarik pakaiannya yang bernajis itu tanpa menyentuh najis tersebut. Adapun jika dia tidak segera menanggalkan atau mengibas pakaian yang bernajis itu maka batal sembahyangnya.

Pakaian yang terkena bulu yang najis hendaklah terlebih dahulu dibersihkan. Cara membersihkannya ialah jika bulu itu kering dan pakaian atau anggota badan yang tersentuh bulu itu juga kering adalah memadai dengan menanggalkan najis itu sama ada dengan mengibas, mengibar atau menyapunya. Adapun jika bulu itu basah ataupun pakaian atau anggota badan yang terkena najis itu sahaja yang basah maka hendaklah ditanggalkan najis itu dan dibersihkan dengan air yang suci disekitar yang terkena najis. (Fath Al-‘Allam, Kitab Ath-Thararah, Bab Izalah An-Najasah ayat 1/347).

Oleh kerana persoalan memakai pakaian daripada bulu itu adalah berkaitan dengan persoalan hukum najis, maka perlulah kita berhati-hati dalam memilih dan memanfaatkannya supaya pakaian yang dipilih itu diyakini diperbuat daripada bulu yang suci dan boleh kita guna pakai seperti ketika sembahyang dan sebagainya.

Sumber : Mufti Brunei


(Klik untuk baca selanjutnya)

BUKIT GANTANG

BUKIT GANTANG, 7 April (Hrkh) - Keputusan rasmi, calon PAS, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meraih 21,860 undi, manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi, dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris hanya 62 undi. Dengan itu Nizar diisytihar menang dengan majoriti 2,789 undi.

9.20 malam : Keputusan tidak rasmi , calon PAS, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin menang dengan undi (21,860), mengalahkan BN (19,071) dan Bebas (62). Majoriti - 2,789 (majoriti dalam pilihan raya 2008 - 1,566).

8.51 malam:Keputusan tidak rasmi Nizar menang dengan undi 20,021, BN (17,076), Bebas (56). Majoriti - 2,945.

8.25 malam:Nizar masih mendahului dan majoriti telah meningkat lebih 3,000.

8.15 malam:Keputusan tidak rasmi sehingga 8.15 malam, PAS (16,316), BN (14,061), Bebas (40). Majoriti 2,255. Sehingga kini 64 peratus undi telah dikira.

7.30 malam:Keputusan tidak rasmi, sehingga kini calon PAS, Dato Seri Nizar masih mendahului:PAS (11,375), BN (8,998), Bebas (29). Majoriti 2,377.PAS menang!

7.20 malam: Keputusan tidak rasmi, sehingga kini jam 7.20 malam calon PAS, Dato Seri Nizar masih mendahului:PAS (9,423), BN (6,997), Bebas (25). Majoriti 2,426.

7.15 malam:Keputusan tidak rasmi, sehingga kini jam 7.15 malam calon PAS, Dato Seri Nizar masih mendahului:PAS (8,932), BN (6,584), Bebas (24). Majoriti 2,348.

7.05 malam: Keputusan tidak rasmi, sehingga kini calon PAS, Dato Seri Nizar masih mendahului:PAS (7,294), BN (4,670), Bebas (17). Majoriti 2,624.

6.55 petang:Keputusan tidak rasmi sehingga jam 6.55 petang seperti yang dilaporkan oleh petugas di pusat pengiraan undi adalah; PAS (5,568), BN (3,792) dan Bebas (10). Majoriti 1,776.

6.45 petang:Keputusan tidak rasmi berdasarkan laporan wakil Harakah dan petugas pilihan raya di Bukit melaporkan; PAS (4,929), BN (3,161) dan Bebas (9).Majoriti (1,768).

6.30 petang: Sehingga jam 6.30 petang tadi, calon PAS, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin masih mendahului dalam kiraan undi.

5.00 petang: Pusat pengundian telah ditutup.Dijangkakan proses kiraan di pusat berkenaan akan bermula jam 5.30 petang.

---->>>BERITA LANJUT DAN TERKINI<<<----


(Klik untuk baca selanjutnya)

Qunut Nazilah


AMALKAN....


(Klik untuk baca selanjutnya)

Monday, April 6, 2009

Kasihmu Amanahku




Kasihmu Amanahku
Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

C/o
Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnyaAlign Center
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya

*Didedikasikan buat kakak ng bakal abang iparku..huhu..:)...akan datang..


(Klik untuk baca selanjutnya)

MANSUH PPSMI

--->>>>Download<<<<---





(Klik untuk baca selanjutnya)

Sunday, April 5, 2009

PetUa Awet mUda menurUt Islam

Notes taken fm Ustazah Fatma's last lecture session taken by her closest
friend, Ani:-

Untuk awet muda both internal & external.

1.Zikir - Baca
" Ya Badiyah " 1 x
" Ya Nur " 1 x
" Ya Hadi " 1 x
" Ya Allah " 3 x

Baca dan tiup ke tapak tangan dan sapu ke raup muka kita pada tiap hari.

2.Baca ayat Al Waqiah , ayat ke 35,36,37 dan 38, pada tiap selepas
sembahyang subuh ke air dan minum. (air rawatan dalaman to look young
and feel young inside)

3.Baca Al Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur kita akan kaya dengan
ketenangan jiwa.

4.Baca Al Waqiah Ayat 19 untuk yang selalu sakit kepala. Moga-moga
boleh menghilang/meredakan.


(Klik untuk baca selanjutnya)

Saturday, April 4, 2009

Ayat2 manzil


AYAT AYAT MANZIL

Kitab Manzil adalah kumpulan pilihan ayat2 Alqur’an yang
dibacakan oleh Rasulullah, s.a.w. ke atas seorang Badui yang sedang mengalami sejenis penyakit gila. Selepas Rasulullah membacakan ayat2 itu, maka telah hilang penyakit gila orang Badui itu. Ayat2 kumpulan ini bagus juga dibuat amalan ratib harian dan bacaannya digunakan juga sebagai keperluan perobatan dari segenap penyakit Zahir dan Batin. Kehebatan ayat2 ini telah diconfirm oleh seorang sahabah Rasulullah, .s.a.w. bernama Ubai ibn Kaab, r.a. Hadith Sahih
mengenai kehebatan ayat2 Alqur’an kumpulan ini boleh dirujuk dalam kita "Hayatul Sahabah" jilid 3, mukasurat 374. Orang tua2 menasihatkan agar kita membacakan ayat2 ini untuk "mengobati" anak2 atau adik2 kita yang nakal (ataupun isteri/suami) agar menjadi orang baik dan taat kepada Allah, s.w.t. Testlah sendiri ! Wallahu a'lam. Di sini saya kirimkan sebagai Attachment salinan ayat2 Kitab Manzil itu. Kalau apa yang dikeluarkan melalui internet tidak
begitu terang tulisannya, semaklah sendiri dari AlQur’an anda menurut urutan di bawah ini:

Bacaan 1: AlFatihah
Bacaan 2: Surah AlBaqarah (Surah 2) ayat 15.
Bacaan 3: Surah AlBaqarah (Surah 2) ayat 163.
Bacaan 4: Surah AlBaqarah (Surah 2) ayat 255257.
Bacaan 5: Surah AlBaqarah (Surah 2) ayat 284286
Bacaan 6: Surah AlImran (Surah 3) ayat 18.
Bacaan 7: Surah AlImran (Surah 3) ayat 2627.
Bacaan 8: Surah AlA'raaf (Surah 7) ayat 5456.
Bacaan 9: Surah AlIsraa' (Surah 17) ayat 110111.
Bacaan 10: Surah Surah AlMuminuun (Surah 23) ayat 115118.
Bacaan 11: Surah AsySyafaat (Surah 37) ayat 111.
Bacaan 12: Surah ARahman (Surah 55) ayat 3340.
Bacaan 13: Surah AlHasyr (Surah 59) ayat 2124.
Bacaan 14: Surah AlJinn (Surah 72) ayat 14.
Bacaan 15: Surah AlKafiruun (Surah 109) ayat 16.
Bacaan 16: Surah AlIkhlas (Surah 112) ayat 14.
Bacaan 17: Surah AlFalaq (Surah 113) ayat 15.
Bacaan 18: Surah AnNas (Surah 114) ayat 16.

Contoh berdo'a: (Repeat: contoh saja) Ya, Allah.... jadikanlah
pembacaan
ayat2 Engkau ini sebagai obat untuk ..................(nama) agar dia
...................................... (misalnya: menjadi seorang yang
taqwa kepada Engkau ... ataupun mohon dibaikkan dari
penyakitnya, e.g.
nakal, suka bertengkar, malas sembahyang, dsb.) WALLAHU
A'LAM.

Maha benar ALLAH SWT atas semua Firman NYA


(Klik untuk baca selanjutnya)
Related Posts with Thumbnails

DOWNLOAD BAHAN ILMIAH

حيا بالعربية

محادثة
@ يـَــا عـَــائِــشـَــة ُ، هـَـٰــذِهِ صـَــدِيـْــقـَــتـِــى خـَــدِيـْــجـَــة

@ Hai Aisyah, ini temanku Khadijah.

& أ َهـْــلاً وَسـَــهـْــلاً، كـَــيـْــفَ حـَــالـُــكِ يـَــا خـَــدِيـْــجـَــة

& Semoga anda menjadi keluarga kami dengan segala kemudahan, bagaimana khabarmu hai Khadijah?

@ أ َنـَــا بـِــخـَــيـْــر ٍ اَلـْــحـَــمـْــدُ لـِــلـَّــه، وَمـَــا اسـْــمُــكِ؟

@ Saya baik alhamdulillah, siapakah nama awak?

& إ ِسـْــمـِــى مـَــرْيـَــمُ بـِــنـْــت ُ الـْــحـَــاج ِ حـَــسـَــنْ

& Nama saya Maryam binti Haji Hasan.

@ مـَــا شـَــاءَ الله إ ِسـْــمٌ جـَــمـِــيـْــلٌ، أ َيـْــن َ تـَــسـْــكـُــنـِــيـْــن َ يـَــا مـَــرْيـَــمُ؟

@ Masya Allah nama yang bagus, di manakah awak tinggal hai Maryam?

& أ َسـْــكـُــن ُ فـِى رَقـْــم ِ ٤٨ مـِــنْ شـَــار ِع ِ مـِــيـْــلاَوَاتـِــىْ

& Saya tinggal di nombor 48 Jalan Melawati.

@ إ ِذ َن ْ بـَــيـْــتـُــكِ قــَــر ِيـْــبٌ مـِــنْ هـُــنـَــا

@ Kalau demikian rumah awak dekat sahaja dari sini.

& أ َجـَــلْ، مـِــائَــتـَــان ِ وَخـَــمـْــسـُــوْن َ مـِــتـْــرًا تـَــقـْــر ِيـْــبـًــا

& Ya, lebih kurang 250 meter dari sini.

@ هـَــلْ تـَــسـْــمـَــحـِــيـْــن َ لـِــى بـِــز ِيـَــارَتـِــكِ يـَــا مـَــرْ يـَــمُ؟

@ Apakah awak membolehkan saya mengunjungi awak hai Maryam?

& بـِــكـُــلِّ السـُّــرُوْرِ

& Dengan segala senang hati.

MARI BELAJAR BAHASA ARAB =)

BERSAMA MYKRK

ARAB MADINAH

ARAB INDO