Tuesday, February 12, 2008

Valentine day

VALENTINE DAY???

Tidak akan selama-lamanya redha orang2 yahudi dan nasrani ( ke atas kamu) sehinggalah kamu ikut mereka. Katakanlah : “sesungguhnya petunjuk Allah itu petunjuk yang benar”. “Dan sesungguhnya jika kamu mengikut kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”. ( surah A-Baqarah : 120)


Kisah disebalik valentine day.....................
Nama ‘valentine day’ diambil sempena nama seorang paderi iaitu st. Valentino. Dikisahkan bahawa st.valentino adalah kononnya memahami jiwa remaja. Pada zaman itu peperangan sedang melanda kerajaan rom. Bagi menyediakan kelengkapan ketenteraan serta pahlawan2 yang gagah, kerajaan rom telah mengeluarkan arahan melarang pemuda2 rom berkahwin dan memaksa pemuda2 rom menyertai latihan ketenteraan. Dalam keadaan yang menekan, pemuda2 rom telah mengadu kepada st.valentino, satu2nya paderi yang dikira rapat dengan golongan ini. Berikutan itu, st.valentino telah mengahwinkan ramai pasangan di rom yang terdiri dari pemuda-pemudi tersebut dengan senyap2, tanpa pengetahuan kerajaan rom. Dipendekkan cerita, perbuatan mereka akhirnya diketahui oleh kerajaan rom. St.valentino telah ditangkap dan dibicarakan atas tuduhan mengingkari arahan raja rom. Dan pada tarikh 14 feb st. valentino telah dijatuhi hukuman bunuh oleh raja rom atas kesalahannya. Berikutan itu, sambutan valentine day telah diadakan bagi memperingati peristiwa tersebut dengan menganggap st.valentino sebagai wira remaja2 di rom.

Kisah ini diceritakan oleh bekas seorang paderi roman katholik yang sekarang telah menganut islam (Tn hj Ayob bn Abd. Rahman ).

Wajarkah kita sebagai seorang yang mengaku umat islam turut memperingati kematian seorang paderi?????? Sudah tentu seorang yang beriman menjawab tidak....................








PERINGATAN BAGI YANG LUPA!!!

AMARAN BAGI YANG BERDUA-DUAAN DAN BERSENTUHAN DENGAN ORANG YANG BUKAN MUHRIM




1.Rasulullah s.a.w bersabda : barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka janganlah ia bertemu muka bersendirian disuatu tempat yang dengan wanita/lelaki yang tidak beserta mahramnya kerana sesungguhnya yang ketiga itu adalah iblis

2.Nabi bersabda : barangsiapa yang berjabat tangan/salam dengan seorang lelaki/wanita bukan mahramnya, maka diakhirat kelak ia akan dirantai denagn rantai api neraka.

3.Nabi bersabda : Jikalau ia menciumnya (wanita /lelaki yang bukan muhrimnya), maka di akhirat kelak kedua2 bibirnya akan digunting dengan gunting api neraka.

4.Rasulullah bersabda : sesungguhnya jika kepala seseorang kamu ditikam dengan jarum besi, itu lebih baik baginya dari ia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya. (H.R.Baihaqi, Tabrani)

5.Sesungguhnya sekiranya seseorang lelaki menyentuh (berpelukan) dengan seekor babi yang berlumuran darah @ lumpur, itu adalh lebih baik dari ia menyentuh bahunya pada bahu seorang wanita yang tidak halal baginya. (maksud hadis nabi, H.R Tabrani)


(Klik untuk baca selanjutnya)

Sunday, January 27, 2008

Ucap 'Assalamualaikum'

Assalamu’alaikum bermaksud ‘selamat sejahtera ke atas kamu’, ini sebagai doa kita kepada orang yang kita ketemui dan berhubung. Bagi yang mengucapnya mendapat pahala. Dalam bahasa melayu, dinamakan ‘salam’ tetapi sekiranya kita tidak mengucapkannya, ia tidak memberi apa-apa makna dan tidak pula mendapat pahala, oleh itu untuk mengucapkan salam itu perlulah sebut ‘Assalamualaikum’ dan menulis perkataan itu.

Berdasarkan hadith daripada Imran ibn Hussin ra yang berkata, "Telah datang seorang sahabat lelaki kepada Baginda saw lalu memberi salam dengan berkata, "Assalamualaikum," maka dijawab oleh Baginda saw lalu sahabat itu pun duduk dalam majlis Baginda saw. maka bersabdalah Baginda saw, "Sepuluh." kemudian datanglah lagi sahabat yang lain lalu memberi salam, "Assalamualaikum warahmatullah," maka dibalas salam tersebut sambil Baginda saw bersabda, " Dua puluh." kemudian datanglah lagi sahabat yang lain, "Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh," lalu dibalas salamnya oleh Baginda saw sambil bersabda, "Tiga puluh, iaitu ganjaran pahala sebanyak tiga puluh kali ganda." (hadith sahih riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Oleh yang demikian, ucapkan salam itu sebaik2nya...dan tulis perkataan itu sebaik2nya . Semoga diredhai ALLAH..


(Klik untuk baca selanjutnya)

Saturday, January 26, 2008

Mengapa Oh Mengapa

Mengapa oh mengapa

Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya...
...tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan pengganas?

Mengapa seseorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan diri kepada Tuhannya...
...tetapi bila seseorang Muslimah melakukan begitu, dia ditekan?

Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah, dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya...
...tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, "dia mesti dibebaskan!"

Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan...
...tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke universiti?

Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakan punyai bakat...

...tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan tak berguna?
Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh, agamanya tidak dikaitkan... tetapi baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan jenayah, nama Islam turut diadili!

Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain hidup, dia amat disanjungi...

...tetapi bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk menyelamatkan diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya, dia dikenali sebagai seorang pengganas?

Mengapa bila seseorang memandu kereta mewah dengan cara bahaya, keretanya tidak pernah dipertikaikan...
...tetapi bila seseorang Muslim melakukan kesalahan, orang kata ia adalah kerana agama Islamnya!

Mengapa kita terlalu percaya kepada akhbar...

...tetapi selalu persoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quranul Karim?


Mengapa ia berlaku?????...luangkanlah sedikit masa...fikir2kanlah....


(Klik untuk baca selanjutnya)

BERCOUP;E BUKAN BUDAYA UMAT ISLAM YANG BERIMAN

BERCOUPLE BUKAN BUDAYA UMAT ISLAM YANG BERIMAN

BERCOUPLE,setiap kali kita mendengarnyaakanterlintas di benak kita sepasang insan yangsedang mabuk cinta dan dilandaasmara. Salingmengungkapkan rasa sayang serta rindu, yangkemudiannya memasuki sebuah bidukpernikahan.Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankahcinta itu fitrah setiap anak adam?Bukankah setiaporang memerlukan masa penyesuaian sebelumpernikahan?

CINTA, Fitrah Setiap Manusia,MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT denganmembawa fitrah (insting) untuk mencintailawanjenisnya. Sebagaimana firman-NYA; Dijadikanindah pada (pandangan) manusia kecintaankepada apa-apa yang diingini, iaituwanita-wanita,anak-anak, harta yang banyak dari jenisemas,perak, kuda pilihan, binatang-binatangternak dansawah lading.

Itulah kesenangan hidup didunia,dan di sisi ALLAH lah tempat kembaliyang baik(Syurga). (Ali Imran: 14).Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulaidengan wanita kerana kebanyakan manusiamenginginkannya, juga kerana merekamerupakanjerat-jerat syaitan yang menjadi fitnahbagi kaumlelaki, sebagaimana sabda RasulullahSAW;
Tiadalah aku tinggalkan setelahkuselainfitnah yang lebih berbahaya bagi lelakidaripadawanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim,Tirmidzi,Ibnu Majah)

Oleh kerana cinta merupakan fitrahmanusia, makaALLAH SWT menjadikan wanita sebagaiperhiasandunia dan nikmat yang dijanjikan bagiorang-orangberiman di syurga dengan bidadarinya.Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata;
Rasulullah SAW bersabda; Dunia ini adalahperhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalahwanita yang solehah. (Hadis Riwayat Muslim,NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)ALLAH berfirman; Di dalam syurga-syurgaitu adabidadari-bidadari yang baik-baik lagicantik-cantik.(ar-Rahman: 70)

Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itumengembara tanpa batasannya. Islam telahmengatur dengan tegas bagaimana menyalurkancinta, juga bagaimana batasan pergaulanantaradua insan berlawanan jenis sebelumnikah, agarsemuanya tetap berada pada landasanetika dannorma yang sesuai dengan syariat.

ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DIANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.

1.Menundukkan pandangan:
ALLAH memerintahkan kaum lelaki untukmenundukkan pandangannya, sebagaimanafirman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki yangberiman: Hendaklah mereka menahanpandangannya dan memelihara kemaluannya.(an-Nuur: 30)Sebagaimana hal ini juga diperintahkankepadakaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dankatakanlah kepada wanita yangberiman: Hendaklah mereka menahanpandangannya dan memelihara kemaluannya.(an-Nuur: 31)

2.Menutup Aurat;
ALLAH berfirman dan jangan lah merekamennampakkan perhiasannya, kecuali yangbiasanampak daripadanya. Dan hendaklah merekamelabuhkan kain tudung ke dadanya.(an-Nuur: 31)Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepadaisteri-isterimu, anak-anak perempuanmudan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah merekamelabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuhmereka.Yang demikian itu supaya mereka lebih mudahdikenali, kerana itu mereka tidakdiganggu.
DanALLAH adalah Maha Pengampun lagi MahaPenyayang. (an-Nuur: 59).Perintah menutup aurat juga berlaku bagisemuajenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a.berkata:Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseoranglelaki memandang aurat lelaki, begitujuga denganwanita jangan melihat aurat wanita.

3.Adanya pembatas antara lelakidengan wanita;
Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaumyangberbeza jenis, harus disampaikan daribalik tabirpembatas.Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalianmeminta sesuatu kepada mereka (para wanita)maka mintalah dari balik hijab.(al-Ahzaab: 53)

4.Tidak berdua-duaan Di Antara LelakiDan Perempuan;
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengarRasulullah SAW bersabda: Janganlah seoranglelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanitakecuali bersama mahramnya. (Hadis RiwayatBukhari & Muslim)Dari Jabir bin Samurah berkata;Rasulullah SAWbersabda: Janganlah salah seorang darikalianberdua-duan dengan seorang wanita, keranasyaitan akan menjadi ketiganya. (HadisRiwayatAhmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

5.Tidak Melunakkan Ucapan(Percakapan):
Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannyaketika berbicara selain kepada suaminya.FirmanALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamusekaliantidaklah seperti wanita yang lain, jika kamubertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalamberbicara (berkata-kata yang menggoda)sehinggaberkeinginan orang yang ada penyakit didalamhatinya tetapi ucapkanlahperkataan-perkataanyang baik. (al-Ahzaab: 32)

Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalahbeberapaetika yang diperintahkan oleh ALLAHkepada paraisteri Rasulullah SAW serta kepada parawanitamukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalauberbicara dengan orang lain tanpa suaramerdu,dalam pengertian janganlah seorang wanitaberbicara dengan orang lain sebagaimana diaberbicara dengan suaminya. (Tafsir IbnuKathir3/350)

6.Tidak Menyentuh Kaum BerlawananJenis;
Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata;Seandainyakepala seseorang ditusuk dengan jarumbesi itumasih lebih baik daripada menyentuh kaumwanitayang tidak halal baginnya. (Hadis HasanRiwayatThabrani dalam Mujam Kabir)Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalamhadis ini terdapat ancaman kerasterhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halalbaginya. (Ash-Shohihah 1/448)

Rasulullah SAWtidak pernah menyentuh wanita meskipun dalamsaat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH,tangan Rasulullah tidak pernah menyentuhtanganwanita sama sekali meskipun saat membaiat.(Hadis Riwayat Bukhari)Inilah sebahagian etika pergaulan lelakidan wanitaselain mahram, yang mana apabila seseorangmelanggar semuanya atau sebahagiannya sajaakan menjadi dosa zina baginya, sebagaimanasabda Rasulullah SAW;
Dari Abu Hurairahr.a. dariRasulullah SAW bersabda: SesungguhnyaALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannyadari zina, yang pasti akan mengenainya.Zina matadengan memandang, zina lisan denganberbicara,sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan ataumendustakan semuanya. (Hadis RiwayatBukhari,Muslim & Abu Daud)

Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatanzina dan segala sesuatu yang boleh mendekatikepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman-NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatanyang keji dan jalan yang buruk.(al-Isra: 32)

Hukum Bercouple

SETELAH memerhatikan ayat dan hadistadi, makatidak diragukan lagi bahawa bercoupleitu haram,kerana beberapa sebab berikut:

1.Orang yang bercouple tidak mungkinmenundukkan pandangannya terhadapkekasihnya.

2.Orang yang bercouple tidak akanboleh menjaga hijab.

3.Orang yang bercouple biasanyasering berdua-duaan dengan pasangankekasihnya, baik di dalam rumah atau diluar rumah.

4.Wanita akan bersikap manja danmendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.

5.Bercouple identik dengan salingmenyentuh antara lelaki dan wanita,meskipun ituhanya berjabat tangan.

6.Orang yang bercouple, bolehdipastikan selalu membayangkan orang yangdicintainya.Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebutadalahlumrah dilakukan, padahal satu hal sajacukupuntuk mengharamkannya, lalu apatah lagikesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?

Fatwa UlamaSyaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaiminditanyatentang hubungan cinta sebelum nikah.Jawab beliau; Jika hubungan itu sebelumnikah,baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnyaadalah haram, kerana tidak bolehseseorang untukbersenang-senang dengan wanita asing (bukanmahramnya) baik melalui ucapan, memandang,atau berdua-duaan.

SebagaimanaRasulullah SAWbersanda: Janganlah seorang lelakibedua-duaandengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan janganlah seseorangwanita berpergian kecuali bersama mahramnya.Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrinditanya; Jika ada seseorang lelaki yangberkoresponden dengan seorang wanita yangbukan mahramnya, yang pada akhirnya merekasaling mencintai, apakah perbuatan ituharam?Jawab beliau; Perbuatan itu tidakdiperbolehkan,kerana boleh menimbulkan syahwat di antarakeduanya, serta mendorongnya untukbertemu danberhubungan, yang mana koresponden semacamitu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkandalam hati seseorang untuk mencintaipenzinaanyang akan menjerumuskan seseorang padaperbuatan yang keji, maka dinasihatikepada setiaporang yang menginginkan kebaikan bagidirinyauntuk menghindari surat-suratan, pembicaraanmelalui telefon, serta perbuatansemacamnya demimenjaga agama dan kehormatan dirinya.

Syaikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnyakalauada seorang pemuda yang belum menikahmenelefon gadis yang juga belum menikah?Jawab beliau; Tidak boleh berbicara denganwanita asing (bukan mahram) denganpembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat,seperti rayuan, atau mendayukan suara (baikmelalui telefon atau lainnya).

Sebagaimana firmanALLAH SWT;
Dan janganlah kalian melembutkansuara, sehingga berkeinginan orang-orangyangberpenyakit di dalam hatinya.(al-Ahzaab: 32).

Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuahkeperluan, maka hal itu tidak mengapaapabilaselamat daripada fitnah, akan tetapihanya sekadarkeperluan.Syubhat Dan Jawapan Yang SebenarnyaKeharaman bercouple lebih jelas darimatahari disiang hari. Namun begitu masih ada yangberusaha menolaknya walaupun dengandalil yangsangat rapuh, antaranya:

Tidak Boleh dikatakan semua carabercouple ituharam, kerana mungkin ada orang yangbercouplemengikut landasan Islam, tanpa melanggarsyariatJawabnya: Istilah bercouple berlandaskanIslamitu Cuma ada dalam khayalan, dan tidakpernahada wujudnya. Anggap sajalah mereka bolehmenghindari khalwat, menyentuh serta menutupaurat.

Tetapi tetap tidak akan bolehmenghindaridari saling memandang, atau salingmembayangkan kekasihnya dari masa ke semasa.Yang mana hal itu jelas haramberdasarkan dalilyang kukuh.Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan,perlu untuk mengenal terlebih dahulu calonpasangan hidupnya, fizikal, karaktor,yang manahal itu tidak akan boleh dilakukan tanpabercouple,kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum menikah akan jauh lebih ringan daripadakalauterjadi setelah menikah.

Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dankaraktorcalon isteri mahupun suami merupakansatu halyang diperlukan sebelum memasuki alampernikahan, agar tidak ada penyesalan dikemudianhari. Namun, tujuan ini tidak bolehdigunakan untukmenghalalkan sesuatu yang telah sediaharamnya.

Ditambah lagi, bahawa orang yang sedangjatuhcinta akan berusaha bertanyakan segalayang baikdengan menutupi kekurangannya di hadapankekasihnya. Juga orang yang sedang jatuhcintaakan menjadi buta dan tuli terhadapperbuatankekasihnya, sehingga akan melihat semua yangdilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat.Sebagaimana diriwayatkan dari AbuDarda; Cintamu pada sesuatu membuatmu butadan tuli.

Fenomena CoupleDalam situasi terkini,

fenomenapergaulan bebasdan pengabaian terhadap nilai-nilaimurni Islamberlaku pada tahap yang amat membimbangkan.Kebanyakan umat Islam kini tidak lagimenitikberatkan nilai-nilai dan adab-adab sopanyangdianjurkan oleh Islam melalui al-Qurandan sunnahrasul-NYA.

Mereka bukan setakatmengabaikannya dan menganggap perkara itutidak penting, bahkan merekamenganggapkannyasebagai satu perkara yang menyusahkanaktivitimereka yang menurutkan nafsu dan perasaansemata-mata itu. NauzubillahMarilah kita sama-sama menjauhi perkara yangseumpama itu dan mejauhi hal-hal yang telahdilarang (haram). Tegakkanlah yang benar dankatakanlah salah kepada yang batil.Janganlahberhujah untuk membenarkan perkara yang telah terang haramnya di sisi ALLAH.


(Klik untuk baca selanjutnya)

Masalah haid + masjid

Pencerahan Berkenaan Hukum Wanita (HAID) Memasuki Masjid

Pendapat Para Ilmuan Dalam Persoalan Ini.Jika dikaji kitab fiqh dari keempat-empat mazhab, akan ditemui bahawa kebanyakan mereka (jumhur) berpandangan bahawa wanita yang didatangi haid tidak boleh memasuki masjid dan mendiaminya.

Dalilnya adalah sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:لاَ أُحِلُّ الْمَسْجِدَ لِحَائِضٍ وَلاَ جُنُبٍ.Aku tidak menghalalkan masjid bagi (wanita yang didatangi) haid dan tidak (halal juga) bagi orang yang junub.

Hadis tersebut dikeluarkan oleh Imam Abu Daud dalam kitab Sunannya, hadis no: 220 (Kitab al-Thaharah, Bab berkenaan orang junub yang memasuki masjid). Selain itu ia juga dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir (Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut, 2001), perawi no: 1710 (Bab Alif: Aflat bin Khalifah), Imam Ibn Khuzaimah dalam Shahihnya (tahqiq: M. Musthafa al-‘Azhami; al-Maktab al-Islami, Beirut, 1996), hadis no: 600 (Kitab himpunan bab keutamaan masjid, Bab tegahan duduk bagi orang yang junub dan haid dalam masjid) dan Imam al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (tahqiq: M. ‘Abd al-Qadir ‘Atha; Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut, 1999), hadis no: 4323 (Kitab al-Solat, Bab orang junub melalui masjid dan tidak berdiam di dalamnya).

Kesemuanya melalui jalan sanad yang berpangkal kepada Aflat bin Khalifah, dari Jasrah binti Dajajah, dari ‘Aisyah radhiallahu 'anha. Kedua-dua perawi di atas, Aflat bin Khalifah dan Jasrah binti Dajajah, diperselisihkan kedudukan mereka dari sudut al-Jarh wa al-Ta’dil.

Sebahagian ahli hadis ada yang menilai mereka lemah dan ada yang menilai mereka lebih kuat dari sekadar lemah. Ada yang menolak hadis-hadis yang mereka sampaikan, ada yang menerimanya jika ia memiliki penguat yang lain dan ada yang menerimanya secara mutlak.Oleh itu sekali pun pada zahirnya keempat-empat mazhab bersepakat menggunakan hadis yang mereka sampaikan berkenaan larangan bagi wanita yang didatangi haid dan orang junub dari memasuki masjid, telaah yang cermat terhadap pelbagai kitab para ahli hadis dan fiqh menemukan tiga perselisihan pendapat berkenaan darjat hadis tersebut:

Ada yang menilai hadis tersebut adalah dha‘if (lemah). Ini adalah penilaian Imam al-Bukhari, Imam Ibn Hazm, Imam Ibn al-Rif‘ati (ابن الرفعة), Imam al-Khaththabi, Imam ‘Abd al-Haq dan Imam Ibn Rusyd.Ada yang menilai hadis tersebut adalah hasan. Ini adalah penilaian Imam Ibn al-Qaththan, Imam Abu Daud dan Imam al-Zayla’e.Ada yang menilai hadis tersebut adalah shahih. Ini adalah penilaian Imam Ibn Khuzaimah dan Imam al-Syaukani.Lebih lanjut rujuk:· al-Tarikh al-Kabir oleh Imam al-Bukhari, perawi no: 1710.· al-Muhalla bi al-Atsar oleh Imam Ibn Hazm (tahqiq: ‘Abd al-Ghaffar Sulaiman; Dar al- Kutub al-Ilmiah, Beirut, tp.thn.), jld. 1, ms. 400-401, masalah no: 262.· Talkhish al-Habir fi Takhrij Ahadits al-Rafi’e al-Kabir oleh Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani (Maktabah Musthafa al-Baz, al-Riyadh, 1996), jld. 1, ms. 212, hadis no: 185.· Bidayah al-Mujtahid oleh Imam Ibn Rusyd (tahqiq: ‘Adil Ahmad ‘Abd al-Maujud & ‘Ali Muhammad Ma‘awwadh; Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut, 1996), jld. 1, ms. 541.· al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab oleh Imam al-Nawawi (tahqiq: M. Najib Ibrahim; Dar Ihya’ al-Turats al-‘Arabi, Beirut 2001), jld. 2, ms. 129.· Nasbu al-Rayah fi Takhrij al-Ahadits al-Dirayah oleh Imam al-Zayla’e (Dar al-Hadits, Kaherah, 1995), jld. 1, ms, 276-277.· Shahih Ibn Khuzaimah, hadis no: 600.· Nail al-Authar min Asrar Muntaqa al-Akhbar oleh Imam al-Syaukani (tahqiq: ‘Adil Ahmad ‘Abd al-Maujud & ‘Ali Muhammad Ma‘awwadh; Dar al-Kitab al-‘Arabi), jld. 1, ms. 344.

Perselisihan dalam menilai darjat hadis ini berterusan sehingga di kalangan para ilmuan masa kini. Di antara mereka ada yang mendha‘ifkannya dan ada yang menghasankannya. Di antara dua penilaian ini, yang manakah yang lebih tepat?Lazimnya saya sendiri suka mengkaji lebih lanjut untuk mencari penilaian yang lebih tepat. Akan tetapi dalam bab ini ada sebuah hadis lain yang tidak diperselisihkan, sehingga dengan itu tumpuan kita tidak perlu ditujukan kepada hadis di atas yang diperselisihkan.

Persoalan ini kerapkali ditimbulkan oleh muslimat terutamanya apabila diadakan program atau aktiviti di masjid seperti kuliah, ceramah, tamrin, usrah dan sebagainya yang melibatkan mereka. Persoalan ini memerlukan jawapan yang jelas supaya tidak timbul sebarang kesamaran mengenainya.

Bagi menyelesaikan persoalan ini, dikemukakan pandangan beberapa orang ulama’ beserta hujjah-hujjah mereka.

Terdapat pandangan yang berbeza mengenai hukum perempuan haid duduk atau berhenti di dalam masjid. Ada yang mengatakan hukumnya haram dan ada yang mengatakan harus

Pendapat yang mengatakan hukumnya haram;

Pertama:
الشيخ محمد أرشد بن عبد الله البخارى di dalam kitabnya سبيل المهتدين للتفقه فى أمر الدين
Mengatakan:
“Bermula haram sebab haid dan nifas barang yang haram sebab janabah daripada sembahyang, tawaf dan sujud tilawah dan sujud syukur dan khutbah Jumaat dan menyentuh mashaf dan berhenti di dalam masjid dan membaca al-Quran dan dengan qasad al-Quran.

Adapun lalu sahaja di dalam masjid jika takut bertitik darah haid, maka hukumnya haram kerana memelihara kesucian masjid daripada terkena najis, tetapi jika sekiranya tidak takut menitik darah haid, maka tiada haram cuma hukum makruh sahaja. (hal. 136)

Mengenai orang yang berjunub:

Syahadan bahawa haram atas orang yang berjunub yang Islam lagi baligh berhenti dalam masjid atau berjalan berulang di dalamnya, jikalau pada serambinya sekalipun, melainkan kerana dharurat seperti ada ia dalam masjid maka ihtilam (bermimpi) pada malam itu, jika takut ia akan kebinasaan harta atau dirinya, maka harus dia berhenti di dalamnya. (hal. 79)

Kedua:
الشيخ العلامة زين الدين بن عبد العزيز الملبارى di dalam kitabnya فتح المعين
Meriwayatkan diharamkan ke atas perempuan haid apa yang diharamkan ke atas orang yang berjunub.

Ketiga:
الشيخ محمد الشربينى الخطيب di dalam kitab الإقناع فى حل الألفاظ أبى شجاع
Mengatakan diharamkan ke atas perempuan haid memasuki masjid, duduk atau berulang alik di dalamnya berdasarkan firman Allah s.w.t:
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لاَ تَقْرَبُوا الصَّلاَةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَى حَتَّى تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلاَ جُنُبًا إِلاَّ عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّى تَغْتَسِلُوا..} (النساء:آية 43) Maksudnya:
“Wahai orang yang beriman janganlah kamu menghampiri sembahyang (mengerjakannya), sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (menghampiri masjid), sedang kamu dalam keadaan junub, berhadas besar kecuali kamu hendak melintas sahaja – hingga kamu mandi bersuci”.

Dan Hadis Rasulullah s.a.w:
"لَا أُحِلُّ الْمَسْجِدَ لِحَائِضٍ وَلَا جُنُبٍ". (رواه أبو داود عن عائشة رضى الله عنها) Maksudnya:
“Tidak aku halalkan (duduk) di dalam masjid bagi perempuan haid dan orang yang berjunub”.

Keempat:
محمد اسماعيل داود فطانى di dalam kitab مطلع البدرين ومجمع البحرين
Menyatakan: “ Bermula haram dengan sebab haid dan nifas itu dengan barang yang diharamkan atas orang yang junub sekaliannya (dan) ditambahkan pula haram lalu di dalam masjid jika takut titik darahnya. (Maka jika) tiada takut maka makruh jua. (hal. 27)

Kelima:
الإمام زكريا يحى محى الدين بن شرف النووى di dalam kitab المجموع شرح المهذب للشيرازى، الجزء الثانى
Menyatakan, pengarang kitab ini berkata haram duduk perempuan haid di dalam masjid berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:
"لَا أُحِلُّ الْمَسْجِدَ لِجُنُبٍ وَلَا حَائِضٍ". Maksudnya:
“Tidak aku halalkan masjid (duduk di dalam masjid) bagi orang yang berjunub dan perempuan haid”.

Adapun melintas sahaja di dalamnya dengan yakin tidak menitis darah haid, maka harus hukumnya, disebabkan ia memakai pakaian yang mencegah daripada darah menitis (seperti cawat, tuala wanita dan sebagainya) kerana yang dilarang duduk ialah orang yang berhadas besar, maka tidaklah dilarang sebagaimana larangan ke atas orang yang berjunub. Kata Imam Syafie: “Adapun lalu perempuan haid tanpa berhenti duduk di dalam masjid hukumnya adalah makruh”.

Berkata guru kami, “Jika perempuan haid takut mengotori masjid, kerana ketiadaan pakaian cawat yang kalis titisan darah atau limpahan darah yang boleh menitik maka haram melintas di dalam masjid tanpa khilaf lagi”. (hal. 288 – 289)

Keenam:
الدكتور عبد الكريم زيدان di dalam kitab المفصل فى أحكام المرأة والبيت المسلم فى الشريعة الإسلامية، الجزء الأول
Fasal 298 – Hukum perempuan haid masuk ke dalam masjid dan berhenti duduk di dalamnya.
Tidak harus perempuan haid duduk di dalam masjid. Diharuskan baginya masuk dan lalu di dalamnya kerana ada sesuatu hajat, umpamanya untuk mengambil sesuatu atau menjadi laluannya. Dalilnya ialah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda kepada isteri baginda Aisyah r.a:
" نَاوِلِينِي الْخُمْرَةَ مِنْ الْمَسْجِدِ فَقُلْتُ إِنِّي حَائِضٌ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ حَيْضَتَكِ لَيْسَتْ فِي يَدِكِ ".
(أخرجه أبو داود) (حسن صحيح)
Maksudnya:
“Unjukkan aku tikar sembahyang (sejadah) daripada masjid. Kataku bahawasanya aku dalam keadaan haid. Sabda Rasulullah s.a.w: bahawa haidmu tiada pada tanganmu”.

Di dalam hadis lain Nabi s.a.w. bersabda:
"لَا أُحِلُّ الْمَسْجِدَ لِحَائِضٍ وَلَا جُنُبٍ". Maksudnya:
“Tidak aku halalkan duduk dalam masjid bagi perempuan haid dan orang yang berjunub”.
Sementara di dalam hadis yang dikeluarkan oleh Ibnu Majah, Nabi s.a.w bersabda:
"وأن المسجد لا يحل لحائض ولا جنب".
Maksudnya:
“Sesunggunya masjid itu tidak halal (duduk di dalam masjid) bagi perempuan haid dan orang yang berjunub”.

Berkata al-Faqih al-Shaukani bahawa kedua-dua hadis tersebut menunjukkan tidak boleh duduk bagi orang yang berjunub dan perempuan haid. Inilah pendapat di kalangan kebanyakan ulama’. (hal. 168-169)

Ketujuh:
الإمام أبو الفداء اسماعيل ابن كثير القرشى الدمشقى di dalam kitab تفسير ابن كثير di dalam mentafsirkan ayat:
{وَلاَ جُنُبًا إِلاَّ عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّى تَغْتَسِلُوا..} قال: لا تدخلوا المسجد وأنتم جنب إلا عابرى سبيل قال تمر به مرا ولا تجلس.
Maksudnya:
“Janganlah pula (menghampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub berhadas besar, kecuali kamu hendak melintas sahaja – hingga kamu mandi bersuci”. Dia berkata jangan kamu masuk ke dalam masjid , sedangkan kamu dalam keadaan berjunub, kecuali untuk lalu sahaja, bukan duduk di dalamnya.

Sebab turun ayat ini ialah berkenaan dengan orang-orang lelaki dari golongan Ansar yang berjunub, tidak ada air di rumah mereka untuk mandi, sedangkan pintu rumah mereka menghala ke dalam masjid dan untuk mendapatkan air kena lalu di dalam masjid, maka turun ayat ini.

Para Imam Mujtahid berhujjah dengan ayat ini, bahawa haram bagi mereka yang berjunub duduk di dalam masjid. Sementara lalu di dalamnya hukumnya harus. Begitu juga hukumnya bagi perempuan haid dan nifas. (hal. 502)

Kelapan:
Prof. Dr. Hamka, Tafsir al-Azhar, Juzuk 5.
Menyatakan: Bagi perempuan ditambah lagi, iaitu sedang berhaid atau sedang mengeluarkan darah kotor sehabis beranak (nifas), waktu itu namanya diri sedang berhadas besar, sedang kotor. Barulah suci sesudah mandi, yang dinamai mandi junub atau mandi wajib, belum boleh sembahyang atau mendekati tempat sembahyang iaitu masjid pun jangan, kecuali orang-orang yang melintasi jalan di dalam masjid, iaitu terpaksa melintasi masjid atau menyeberanginya, kerana dengan menyeberangi dalam masjid itu akan cepat sampai ke tempat yang ditujui di luar masjid. Dengan demikian dijagalah kebersihan dan kesucian masjid. Hanya boleh menyeberang dan tidak boleh tetap di dalamnya misalnya buat i’tikaf. (hal. 1229)

Kesembilan:
بحر المازى شرح باكى مختصر صحيح الترمذى:

1) باب الحائض تتناول من المسجد.
Dari al-Qasim bin Muhammad, katanya: berkata Aisyah r.a:
قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ "نَاوِلِينِي الْخُمْرَةَ مِنْ الْمَسْجِدِ فَقُلْتُ إِنِّي حَائِضٌ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ حَيْضَتَكِ لَيْسَتْ فِي يَدِكِ." (حسن صحيح) Maksudnya:
Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepadaku “Unjukkan aku tikar sembahyang (sejadah) daripada masjid. Kataku bahawasanya aku dalam keadaan haid. Sabda Rasulullah s.a.w: bahawa haidmu tiada pada tanganmu”.

Nabi s.a.w. sedang beri’tikaf di dalam masjid meminta Siti Aisyah r.aunjuk tikar daun tamar, lapik sembahyang, Siti Aisyah r.a kata ia dalam keadaan haid dan tahu haram masuk masjid, maka bagaimana hendak unjuk tikar kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w bersabda bahawa haidmu itu bukannya pada tanganmu, maka apa salahnya engkau mengunjukkan dari luar masjid dan Rasulullah s.a.w di dalamnyabahkan jangan dengan badan kamu masuk masjid maka tiadalah berdosa kamu.

2) باب جاء فى خروج النساء فى العيدين.
عن أم عطية أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يخرج الابكار والعواتق وذوات الخدور والحيض فى العيدين. فأما الحيض فيعتزلن المصلى ويشهدن دعوة المسلمين. قالت إحداهن: يا رسول الله إن لم يكن لها جلباب قال فلتعرها أختها من جلابيها. (حسن صحيح) Maksudnya:
Daripada Ummu ‘Athiah bahawa Rasulullah s..a.w adalah ia mengeluarkan gadis-gadis dan perempuan muda dan semua yang ditabirkan dan perempuan-perempuan haid pada dua hari Raya, maka adapun perempuan-perempuan haid, maka jauh mereka akan tempat sembahyang dan hadir sekalian akan seruan mukmin. Kata seorang daripada mereka, “wahai Rasulullah s.a.w. jika tidak ada bagi mereka kain tudung (jilbab)”. Sabdanya: “Berilah pinjam akan dia oleh saudaranya daripada kami tudungnya (jilbabnya)”.


Pendapat yang mengharuskan perempuan haid duduk berhenti di dalam masjid;

Merupakan pendapat daripada sebahagian ulama’, di antara mereka ialah داود الظاهرىdanالمزنى . Mereka berhujjah dengan mengatakan mereka yang melarang perempuan haid duduk atau berhenti di dalam masjid tidak mempunyai hujjah yang sah.
(Lihat, الدكتور عبد الكريم زيدان، المفصل فى أحكام المرأة والبيت المسلم فى الشريعة الإسلامية، الجزء الأول
Halaman 168-169)

Ulasan:
Para ulama’ berbeza pendapat mengenai hukum perempuan haid yang masuk ke dalam masjid dan duduk di dalamnya. Ada yang mengatakan haram dan ada yang mengatakan harus.
Pendapat yang mengatakan haram lebih ramai dan lebih kuat hujjah mereka berbanding dengan pendapat yang mengatakan harus.

Pendapat yang mengatakan haram beralasan kerana perempuan haid adalah berhadas besar seperti juga orang yang berjunub. Sedangkan orang yang berjunub jelas dilarang duduk atau berhenti di dalam masjid. Al-Quran dan al-Hadis jelas melarangnya.

Perempuan haid hanya boleh melintasi, menyeberang dan melalui dalam masjid dengan syarat ia yakin dan pasti darah haidnya tidak menitis dengan memakai cawat atau pakaian yang kalis daripada menitis atau melimpah darah haid.

Perempuan haid hanya boleh duduk atau berhenti di dalam masjid dalam keadaan dharurah dan terpaksa. Seperti menjaga keselamatan dirinya dan harta bendanya daripada bahaya. Apakah duduk di dalam masjid menyertai program dan aktiviti itu dharurat dan terpaksa?
Kebersihan dan kesucian hendaklah dijaga, samada dari segi zahirnya mahupun batinnya.
Jika sekiranya seseorang perempuan sedang beriktikaf di dalam masjid, tiba-tiba dia datang haid, maka dia hendaklah keluar dan meninggalkan masjid. Jika dikiaskan dengan ibadat lain sama juga hukumnya.

Konklusi:
Daripada pendapat yang diutarakan, sepertimana penulis asal,saya juga lebih cenderung dan bersetuju dengan pendapat ulama’ yang mengharamkan perempuan haid berhenti dan duduk di dalam masjid, memandangkan hujjah mereka jelas dan kuat berdasarkan al-Quran dan al-Hadis jika dibandingkan dengan pendapat yang mengharuskannya. Adapun menyertai program atau aktiviti tidak semestinya boleh dilakukan dengan duduk di dalam masjid dan tidaklah ianya sampai ke tahap dharurat atau terpaksa kerana boleh dilakukan cara lain sesuai dengan kemudahan-kemudahan lain seperti duduk di dalam dewan, markas, khemah dan dengan menggunakan skrin layar, tv litar dan lain-lain kemudahan IT berdasarkan kaedah fikah:
"درء المفاسد مقدم على جلب المصالح"
Maksudnya:
“Membendung kerosakan diutamakan daripada menarik kemaslahatan”.

Sekian, wallahu a’lamu bissowab.
Adaptasi dari tulisan Ustaz Hj.Abu Bakar Abdullah


(Klik untuk baca selanjutnya)

Friday, December 28, 2007

Syuhada' Pertama

"Wanita mempunyai kedudukan yang tinggi di dalam Islam. Ramai tokoh-tokoh wanita tercatat di dalam sejarah Islam di antaranya Siti Khadijah r.a, Siti Aisyah r.a., Sumaiyyah binti Khaiyat, Ummu Aiman dan banyak lagi nama besar lain yang boleh menjadi suri teladan dan panduan kita semua. Malah wanita diberikan penghormatan sebagai syahid pertama umat Islam di bumi Makkah.

Berdasarkan sejarah Islam, Syuhada' pertama penganut Islam ialah seorang wanita iaitu Sumaiyah binti Khaiyat yang merupakan isteri kepada Yasir bin Amin Al-Ansi dan juga ibu kepada Muammar bin Yasir.

Sumaiyah bin Khaiyat adalah hamba perempuan Abu Huzaifah bin al-Mughirah Abdullah bin Umar al-Ansi. Beliau dikahwinkan dengan Yasir bin Amin Al-Ansi seorang pendatang dari Yaman yang mengikat janji setia dengan Huzaifah. Mereka dikurniakan anak lelaki bernama Ammar. Yasir juga dikenali sebagai Abu Ammar.

Sumaiyah dimerdekakan pada hari perkahwinannya dan tinggal bersama Huzaifah dibawah naungan Bani Makhzum.

Keluarga Yasir adalah di antara keluarga yang terawal memeluk Islam di Makkah ketika seruan dakwah baru sahaja di bawa oleh Rasulullah SAW. Mereka terpaksa menempuh penderitaan dan penyiksaan dari golongan musyrikin Makkah.

Bani Makhzum yang masih belum memeluk Islam ketika itu sangat marah apabila mengetahui keluarga Yasir memeluk Islam. Keluarga Yasir pun diseksa dengan pelbagai jenis seksaaan supaya mereka kembali kepada agama asal nenek moyang mereka yang menyembah berhala.

Sumaiyah, Yasir dan Ammar telah di heret ke padang pasir dan dijemur dibawah pancaran matahari yang amat panas, mereka dipukul dan tidak diberi makan dan minum. Kaki dan tangan mereka diikat dengan rantai.

Pada suatu hari Rasulullah SAW lalu di tempat keluarga Yasir disiksa. Rasulullah SAW berkata " Bersabarlah, wahai keluarga Yasir. Balasan untuk kamu adalah Syurga".Kata-kata Rasulullah SAW itu telah menenagkan hati dan jiwa raga mereka, Iman mereka jadi bertambah teguh walaupun mereka disiksa dengan kejam dan zalim oleh Musyrikin dari Bani Makhzum.

Pada suatu hari datanglah Abu Jahal ke tempat penyeksaan tersebut sambil menghina dan mencerca sumaiyah dan turut sama menyeksa Sumaiyah. Abu Jahal memaksa Sumaiyah supaya meninggalkan Islam. Tetapi mereka menolaknya dan tetap beriman dengan Allah SWT dan tidak sekali-kali akan meninggalkan Islam. Sumaiyah diikat di antara dua ekor unta.

Abu Jahal sangat marah dengan Sikap Sumaiyyah yang tidak mahu tunduk dengan kemahuannya dan musyrikin Makkah. Abu Jahal pun mengambil lembing lalu menusukkan lembing tersebut di dada Sumaiyyah. Sumaiyyah pun gugurlah sebagai Syahid Pertama di bumi Makkah. Suaminya Yasir juga turut Syahid kemudiannya.

Nama Sumaiyah binti Khaiyat tercatat dalam sejarah Islam sebagai Syahid pertama umat Islam yang mati kerana mempertahankan aqidah dan keimanannya kepada Allah SWT.Setelah Sumaiyyah dan Yasir gugur sebagai syuhada', Ammar yang masih kecil dipaksa menyebut dipaksa menyebut nama-nama berhala kaum musyrikin. Dalam keadaan terpaksa, Ammar terpaksa menuruti kehendak kaum musyrikin dengan menyebut nama-nama berhala. Ammar hanya menyebut dilidah semata-mata tetapi dihatinya terus memuji Allah SWT.

Dalam keadaan darurat ini Ammar terpaksa memilih antara rukshah dan azimah. Musyrikin Makkah pun melepaskan Ammar kerana disangkanya sudah mengikut kehendak mereka.

Selepas dilepaskan dari seksaan Ammar pun menemui Rasulullah SAW menceritakan perbuatannya tadi. Rasulullah SAW bertanya bagaimana dengan hatimu? jawab Ammar saya tetap beriman dengan Allah. Rasulullah SAW membenarkan tindakan Ammar tersebut yang memilih rukshah.wallahua'lam...


(Klik untuk baca selanjutnya)

Penyesalan terlewat

Suatu hari seorang alim yang sangat takwa kepada Tuhan bermaksud untuk pergi ke Tanah Suci mengerjakan ibadah haji. Waktu dia meminta izin kepada ibunya, ternyata perempuan tua itu sangat keberatan. Menurut ibunya, tunda dahulu keberangkatanmu sampai tahun depan. Ia merasa bimbang terhadap keselamatan anaknya, kerana orang alim itu adalah satu-satunya anak yang hidup dari hasil perkahwinan dengan almarhum suaminya.

Rupanya orang alim yang soleh itu sudah tidak dapat menahan keinginannya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Maka, walaupun tidak mendapat restu dari ibunya, dia berkemas-kemas lalu berangkat menuju ke Tanah Haram. Jelas keputusannya ini bertentangan dengan ajaran Nabi. Kerana redha Allah bergantung kepada redha orang tua, begitu pula murka Allah terletak dalam murka orang tua.

Ketika menyaksikan anaknya yang pergi juga, ibu yang sudah tua itu tergopoh-gapah mengejar anaknya. Akan tetapi anaknya itu sudah telalu jauh. Dia tidak mendengar suara ibunya yang memanggil-manggil sambil berlari-lari itu. Dalam marahnya ibu yang sangat cinta kepada anaknya tersebut menadahkan kedua tangannya lalu berdoa: “Ya Allah, anakku satu-satunya telah membakar diriku dengan panasnya api perpisahan. Kumohon pada-Mu, balaslah dia dengan seksaan yang setimpal. Sebagai ibunya, aku merasa sakit hati, ya Allah.”

Doa ini jelas tidak pada tempatnya bagi seorang ibu yang seharusnya bijaksana. Sebab di antara doa-doa yang dikabulkan adalah doa seorang ibu terhadap anaknya. Bumi seolah-olah bergoyang mendengar doa ini. Namun orang alim tadi terus juga berjalan. Pada sebuah kota kecil sebelum sampai tempat tujuannya, orang alim itu berhenti melepaskan lelah. Menjelang Maghrib dia berangkat ke masjid dan solat sampai Isyak. Sesudah itu ia terus mengerjakan solat-solat sunat dan wirid hingga jauh malam.

Secara kebetulan di sudut kota yang lain, pada malam itu terjadi peristiwa yang menggemparkan. Ada seorang pencuri yang masuk ke dalam rumah salah seorang penduduk. Orang yang punya rumah terjaga dan bersuara. Tiba-tiba pencuri itu terjatuh kerana terlanggar suatu benda di kakinya. Ketika terdengar bunyi sesuatu yang jatuh itu, maka orang yang punya rumah pun memekik-mekik sambil berkata: “pencuri! pencuri.”

Seisi kampung terbangun semuanya. Dengan ketakutan pencuri itu lari sekuat tenaga. Orang-orang kampung terus mengejarnya. Pencuri itu lari ke arah masjid dan masuk ke halaman masjid tersebut. Orang-orang pun mengejar ke sana. Ternyata pencuri itu tidak ditemukan di dalam rumah Allah itu.

Salah seorang di antara mereka memberitahu kepada pemimpinnya: “Kita sudah mencari di sekeliling masjid, namun tidak ada bekas-bekasnya sedikitpun.”
Yang lainnya pula berkata: “Tidak mungkin dia ditelan bumi, aku yakin dia belum lari dari sini. Kalau di luar masjid tidak ada, mari kita cari ke dalam masjid. Berkemungkinan dia bersembunyi di situ.”

Maka orang-orang pun masuk ke dalam masjid. Ternyata betul, di dekat mimbar ada seorang asing sedang duduk membaca tasbih. Tanpa bertanya-tanya lagi orang itu ditarik keluar. Tiba di halaman masjid, orang tadi sudah terkulai dan pengsan kerana dipukul beramai-ramai.
Penguasa hukum di kota tersebut malam itu juga memutuskan suatu hukuman yang berat kepadanya atas desakan masyarakat yang marah. Maka orang tersebut diikat pada tiang dan dicambuk badannya.

Keputusan dari hakim ini jelas menyalahi ajaran Nabi, bahawa seorang hakim seharusnya menyelidiki hingga hujung suatu perkara, dan tidak boleh menjatuhkan keputusan berdasarkan hawa nafsu. Begitu juga walaupun lelaki itu dituduh menodai kesucian masjid kerana bersembunyi di dalamnya, dengan berpura-pura bersembahyang dan membaca wirid, padahal dia adalah pencuri.

Pagi-pagi lagi seluruh penduduk kota itu sudah berkumpul di pasar menyaksikan jalannya hukumam qisas itu. Selain algojo melaksanakan tugasnya, orang-orang pun bersorak-sorak melihat si alim dicambuk hingga pengsan. Mereka tidak lagi mematuhi ajaran Islam untuk berbuat adil terhadap siapa saja, termasuk kepada pencuri yang jahat sekalipun. Darah memercik ke sana ke mari, orang-orang kelihatan semakin puas.

Semakin siang semakin ramai orang yang berkumpul menonton dan meludahi pencuri yang terkutuk itu. Dalam kesakitannya, orang alim yang dihukum sebagai pencuri itu mendengar salah seorang penduduk yang berkata: “Inilah hukuman yang setimpal bagi pencuri yang bersembunyi di dalam masjid!” Sambil meludah muka orang alim tersebut. Orang yang dihukum yang dianggap pencuri ini dengan suara yang tersendat-sendat membuka mulutnya berkata: “Tolong jangan katakan demikian. Lebih baik beritahukanlah kepada orang ramai bahawa saya ini adalah hamba Allah yang ingin mengerjakan ibadah haji, tapi tidak mendapat restu dari orang tua.”

Mendengar ucapan ini, orang yang mendengar jadi terkejut dan menanyakan siapakah dia sebenarnya. Orang alim tadi membuka rahsianya, dan masyarakat jadi serba salah. Akhirnya mereka terpaksa memberitahukan hal itu kepada hakim.

Setelah hakim itu datang dan tahu duduk perkara yang sebenarnya, maka semua mereka menyesal. Mereka kenal nama orang alim itu, iaitu orang yang soleh dan ahli ibadah. Cuma belum pernah tahu rupanya. Ibu-ibu yang hadir serta orang tua lainnya ramai yang merasa sedih tidak dapat menahan diri, tapi sudah tidak ada gunanya.

Malamnya, atas permintaan orang alim itu setelah dibebaskan dari seksaannya, dihantarkan ke rumah ibunya. Pada waktu orang alim tersebut akan dihantar, ibunya telah berdoa: “Ya Allah, jika anakku itu telah mendapatkan balasannya, maka kembalikanlah dia kepadaku agar aku dapat melihatnya.”

Begitu selesai doa si ibu, orang yang membawa anaknya pun sampai. Orang alim itu minta didudukkan di depan pintu rumah ibunya, dan mempersilakan orang yang mengantarnya itu pergi. Sesudah keadaan sunyi kembali, tidak ada orang lain, maka orang alim itupun berseru dengan suara yang pilu: “Asalamualaikum.”

Maka terdengarlah suara oang tua yang menjawab salamnya dari dalam. Bergetar hati si alim mendangar suara itu: “Saya adalah musafir yang terlantar. Tolonglah beri saya roti dan air sejuk,” kata orang alim itu menyamar diri.

“Mendekatlah engkau ke pintu. Hulurkan tanganmu melalui celah pintu,” jawab suara tadi dari dalam.

“Maaf, saya tidak boleh mendekati pintu kerana kedua kaki saya sangat kaku. Saya juga tidak dapat menghulurkan tangan melalui celah pintu, kerana tangan saya terasa letih.”
“Jadi bagaimana caranya?” Si ibu mengeluh kehilangan akal. “Antara kita ada pemisah yang tidak boleh dilanggar. Engkau lelaki yang tidak saya kenal, dan saya, walaupun sudah tua, adalah seorang perempuan.”

“Jangan bimbang wahai puan,” kata orang alim tersebut. “Saya tidak akan membuka mata kerana kedua mata saya sangat pedih, jadi saya tidak akan melihat ke arah puan.”

Mendengar jawapan itu, tidak beberapa lama kemudian perempuan itu pun keluar membawa sepotong roti dan segelas air sejuk. Orang alim itu begitu saja merasakan kehadiran ibunya, sudah tidak mampu lagi menahan diri. Ia memeluk kaki ibunya dan menjerit sambil menangis: “Ibu, saya adalah anak ibu yang derhaka.” Ibunya pun merasa sedih. Dipandangnya orang cacat di mukanya itu lalu ia menjerit ternyata adalah anaknya. Mereka berdua saling berpelukan dalam tangisan.

Ketika itu juga perempuan tersebut menadahkan tangannya memohon ampun kepada Allah: “Ya Allah, kerana telah jadi begini sungguh saya menyesal atas kemarahan saya kepada anak sendiri, saya bertaubat untuk tidak mengulangi lagi perkara ini, ampunilah saya ya Allah, serta ampunilah dosa orang-orang yang menyeksanya kerana kami semua telah disesatkan oleh godaan iblis dengan nafsu marah.”


(Klik untuk baca selanjutnya)
Related Posts with Thumbnails

DOWNLOAD BAHAN ILMIAH

حيا بالعربية

محادثة
@ يـَــا عـَــائِــشـَــة ُ، هـَـٰــذِهِ صـَــدِيـْــقـَــتـِــى خـَــدِيـْــجـَــة

@ Hai Aisyah, ini temanku Khadijah.

& أ َهـْــلاً وَسـَــهـْــلاً، كـَــيـْــفَ حـَــالـُــكِ يـَــا خـَــدِيـْــجـَــة

& Semoga anda menjadi keluarga kami dengan segala kemudahan, bagaimana khabarmu hai Khadijah?

@ أ َنـَــا بـِــخـَــيـْــر ٍ اَلـْــحـَــمـْــدُ لـِــلـَّــه، وَمـَــا اسـْــمُــكِ؟

@ Saya baik alhamdulillah, siapakah nama awak?

& إ ِسـْــمـِــى مـَــرْيـَــمُ بـِــنـْــت ُ الـْــحـَــاج ِ حـَــسـَــنْ

& Nama saya Maryam binti Haji Hasan.

@ مـَــا شـَــاءَ الله إ ِسـْــمٌ جـَــمـِــيـْــلٌ، أ َيـْــن َ تـَــسـْــكـُــنـِــيـْــن َ يـَــا مـَــرْيـَــمُ؟

@ Masya Allah nama yang bagus, di manakah awak tinggal hai Maryam?

& أ َسـْــكـُــن ُ فـِى رَقـْــم ِ ٤٨ مـِــنْ شـَــار ِع ِ مـِــيـْــلاَوَاتـِــىْ

& Saya tinggal di nombor 48 Jalan Melawati.

@ إ ِذ َن ْ بـَــيـْــتـُــكِ قــَــر ِيـْــبٌ مـِــنْ هـُــنـَــا

@ Kalau demikian rumah awak dekat sahaja dari sini.

& أ َجـَــلْ، مـِــائَــتـَــان ِ وَخـَــمـْــسـُــوْن َ مـِــتـْــرًا تـَــقـْــر ِيـْــبـًــا

& Ya, lebih kurang 250 meter dari sini.

@ هـَــلْ تـَــسـْــمـَــحـِــيـْــن َ لـِــى بـِــز ِيـَــارَتـِــكِ يـَــا مـَــرْ يـَــمُ؟

@ Apakah awak membolehkan saya mengunjungi awak hai Maryam?

& بـِــكـُــلِّ السـُّــرُوْرِ

& Dengan segala senang hati.

MARI BELAJAR BAHASA ARAB =)

BERSAMA MYKRK

ARAB MADINAH

ARAB INDO