Monday, May 2, 2011

Tak takutkah dengan hukuman Allah?


Bismillah wal hamdulillah

Syukur lillah kerana ya Rabbi kerana memberi ruang dan peluang untuk saya "recharge"..muhasabah kembali di mana tahap kita sekarang. Selama 3 jam dalam dewan yang indah bersama2 dengan motivator fi sabilillah, memberi suntikan semangat untuk terus bersama dalam arena dakwah ini. InsyAllah.

Apa yang dapat dikongsikan adalah 2 perkara penting untuk kita semua,umat islam yang mana sentiasa mengharapkan mardhatillah. Moga mendapat manfaat bagi semua tetamu di sini.

Jika kita singkap perjuangan umat islam yang telah lepas, para pimpinan penggerak perjuangan islam, dari usia remaja sehinggalah sekarang (70 lbh),masih teguh bersama memperjuangkan negara kita untuk membina daulah islamiyyah. Bagaimana dengan kita pada hari ini, di mana letaknya sayang kita pada agama islam, pada Nabi SAW dan perjuangan baginda? Siapa lagi penerus mata rantai perjuangan Nabi SAW, kalau bukan kita? Tepuk dada, tanya Iman.

Hari ini kita terlibat dengan gejala-gejala yang di larang keras oleh Allah, Nabi dan agama islam. Gejala zina berleluasa di semua peringkat se muda di bangku sekolah hinggalah golongan tua. Lihat sahaja statistik pembuangan anak luar nikah setinggi 6 angka! Ini kes yang didaftarkan, yang tidak didaftarkan beribu-ribu lagi...Allah...Bala apakah yang selayaknya buat hambamu yang derhaka ini... Berikan lah taufiq dan hidayahMU kepada mereka ya Allah...Selamatkan keluarga kami, keturunan kami ya Allah daripada isi nerakaMU ya Allah...Kembalilah mengingati Sang penciptamu wahai manusia.

Gejala lain termasuklah dadah, gothic, black metal, merokok, punk, skinhead, gay, lesbian, lepak, gangstarisme, fitnah, rasuah, judi dan sebagainya. Betapa banyaknya yang rosak akhlaknya daripada yang mulia akhlaknya, termasuklah mereka yang meninggalkan perintahNYA. Benarlah Sabda Nabi SAW :

“Sesungguhnya Islam itu pada mulanya datang dengan asing (tidak umum), dan akan kembali dengan asing lagi seperti pada mulanya datang. Maka berbahagialah bagi orang-orang yang asing“. Beliau ditanya, “Ya Rasulullah, siapakah orang-orang yang asing itu ?”. Beliau bersabda, “Mereka yang memperbaiki dikala rusaknya manusia”. Dan di lain riwayat beliau ditanya (tentang orang-orang yang asing), beliau menjawab, “Yaitu orang-orang yang menghidup-hidupkan apa-apa yang telah dimatikan manusia daripada sunnahku”.
[HR. Muslim, Ibnu Majah dan Thabrani]

Bila kita renung dan fikirkan, kenapa gejala ini semakin membuak-buak? jawapannya hanyalah satu, kerana segala salahlaku ini tidak dihukumkan dengan hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Itulah hududullah.

Hukuman tetapan daripada Sang Khaliq. Bukanlah bermakna tidak akan ade satupun masalah/ gejala yang berlaku, tetapi itulah yang diajarkan kepada para anbiya' untuk menyelesaikan masalah ini, berhukumlah dengan hukum daripada Allah. Hukum ciptaan manusia pasti ade banyak kelemahan. Kenapa ia tidak dilaksanakan?Antara hukuman yang ditetapkan oleh Allah SWT ialah sebatan dan rejam sampai mati, mengikut kesalahannya dan ia mesti dipertontonkan kepada segolongan manusia sebagai pengiktibaran. Ketahuilah bahawa selayak hukuman adalah hukuman daripada Allah SWT. Dalamilah hukum jenayah mengikut landasan islam.

Cuba lihat, video di bawah. Contoh hukuman sebat...Siapakah yang tidak takut/gelap hatinya untuk terus melakukan kesalahan, dan akan menerima nasib yang sama?








Oleh itu, kita fikir sejenak bagaimana caranya untuk hukum Allah itu tertegak di bumi kita? Semuanya terletak pada pemimpin negara untuk menggubal undang-undang, jika beliau pemimpin yang taat pada perintah Allah dan bertqwa kepadaNYA, pastinya beliau memilih hududullah. Berilah sokongan sedikit, walau tidak banyak untuk perjuangan memartabatkan agama Islam ini, sebagai saham kita di akhirat kelak. Perjuangkanlah.

ALLAHUAKBAR!!!

NASMR
3.57 PM
Kuala Terengganu


(Klik untuk baca selanjutnya)

Wednesday, April 20, 2011

Bait Ad-Dakwah



Bismillah walhamdulillah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdulillah wa syukur lillah atas nikmat islam, nikmat iman, nikmat kesihatan dan segala nikmat kurniaan Allah SWT. Syukur jg kerana di masa ini dilapangkan masa untuk serba sidikit berkongsi berkaitan alam rumahtangga. Nasihat ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang singgah di sini, InsyAllah.

Bagaimana hendak mencapai kebahagiaan dalam rumahtangga? Pasti beribu jawapan diberikan dalam konteks berbeza, di siniana ingin menyentuh dari konsep keimanan dan ketaatan. Bahagia itu hak milik Allah SWT, maka mintalah daripadaNya untuk kebahagiaan rumahtangga kita. Bagaimana mungkin Allah SWT ingin mengurniakan kebahagiaan itu kepada hambanya sedangkan hambanya tidak taat, patuh kepadaNya?Tepuk dada tanya iman. Diberikan kita 3 fasa iaitu sebelum perkahwinan, semasa perkahwinan dan selepas perkahwinan. Tempuhilah fasa-fasa ini dengan tidak melanggar syariat Allah SWT. Mujahadahlah untuk mencapai Mardatillah.

Fasa sebelum perkahwinan

Fasa ini termasuklah dari mengenali calon pasangan, merisik dan bertunang. Fasa yang perlu ditempuh dengan penuh keimanan dan taqwa kepada Allah SWT. Allah menjadikan kita manusia ini berbilang kaum dan menyuruh supaya berkenal-kenalan. Tetapi kita perlu ingat bagaimana cara pergaulan yang dibenarkan dan dilarang dalam agama Islam. Jangan biarkan ikatan suci pernikahan yang bakal didirikan dikotori dengan maksiat-maksiat, tegahan-tegahan daripada Allah SWT. Jangan biarkan dirimu wahai muslim yang beriman kepada ALLAH, sama perilakunya perbuatannya dengan orang yang tidak beriman. Jauhilah daripada keluar berdua-duaan (tanpa mahram yang dibenarkan syara') tanpa sebarang sebab munasabah. Jauhilah jua sebarang perbuatan-perbuatan yang melalaikan, kemungkaran, dosa-dosa kecil,apatah lagi dosa besar dan perkara-perkara yang menyebabkan syaitan/iblis memperoleh kemenangan hasil cucukan jarumnya.


Hendak ditekankan juga di sini bahawa semasa fasa ini, muslimin muslimat hendaklah persiapkan diri dengan ilmu rumahtangga seperti perlengkapkan dengan ilmu tanggungjawab sebagai suami, sebagai istri, sebagai ibu bapa dan sebagainya. Antaranya di sini:

Sebagai seorang suami:
1) Sebagai pemimpin, dengan ertikata memikul amanah sebagai ketua keluarga dan bertanggungjawab atas pimpinannya
2) Menyediakan nafkah
3) Sebagai pendidik dalam institusi keluarga, memberi nasihat dan bimbingan kepada isteri.
4)Memberi perlindungan, penjagaan dan kegembiraan kepada si isteri.
5)Menggauli isteri dengan baik

Sebagai seorang isteri:
1)Taat pada suami
2) Melayani suami dengan baik
3)Mengurus rumahtangga
4) Menjaga maruah diri, suami dan keluarga
5)Menyenangkan hati suami
6) Sebagai pendorong dan pemberi motivasi kepada suami

Dan juga ilmu-ilmu lain yang dituntut untukperkemaskan institusi kekeluargaan.


Fasa perkahwinan

Semasa fasa ini kita hendaklah menjaga batasan syariat yang telah digariskan supaya perkahwinan yang asalnya suci dicemari dengan dosa-dosa kemungkaran seperti tabarruj. Pada masa ini, perempuan ingin sekali kelihatan cantik kerana dialah raja pada hari tersebut. Sekali seumur hidup. Tetapi ingatlah bagi kita yang beriman kepada Allah dan Rasul, hari mulia ini bukan untuk dipertontonkan kecantikan. Automatik dikreditkan dosa kepada si suami dan si suami mendapat title "dayus" kerana isteri bertabarruj ini. Termasuk juga persandingan yang menjadi adat orang melayu, kenapa ianya haram, mari kita lihat sepintas lalu, ringkasan daripada kuliah Ustaz Azhar Idrus dan lain-lain :

1 - Bercampur lelaki dan perempuan
2 - Memperlihatkan aurat
3 - Menimbulkan riak
4 - Mengikut adat hindu
5 - Terdapat unsur khurafat (tepung tawar)
6 - Tabarruj

Tetapi jikalau untuk bergambar dengan keluarga ditempat tertutup maka ianya harus. Perlu diingat, kecanggihan kini hanya dengan satu klik foto-foto boleh tersebar luas. Bergambar ditempat tertutup tapi fotonya merata-rata di internet?? Tepuk dada tanya iman. Serupalah dengan orang-orang lain.

Perkara lain yang perlu diperhatikan semasa fasa ini ialah acara walimah tersebut. Adakah hari tersebut berlaku percampuran lelaki dan perempuan yang bebas,nyayian, tarian dan sebagainya yang dilarang syara'. Sebagai seorang muslim, mu'min, berhati-hatilah, jangan sampai hari mulia ini dikotori dengan kemaksiatan.

Fasa selepas perkahwinan

Pada fasa ini suami isteri perlulah saling mempercayai, tunaikan amanah sebagai suami, sebagai isteri, sebagai ibubapa sebaiknya. Setting niat perkahwinan untuk mencapai Mardhatillah, jadi jika apa-apa yang berlaku dalam rumahtangga kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Semuanya amanah daripada Allah SWT dan jangan lupa, selalulah berdoa untuk kekal bahagia hingga ke syurga. Amiin.


Semoga perkongsian di atas dapat memberi manfaat sedikit sebanyak kepada kita dalam menempuhi kehidupan sebagai mukmin yang ingin mencari keredhaan Allah SWT. Sakinah, Mawaddah Wa Rahmah. Amiin. Wallahua'lam.



(Klik untuk baca selanjutnya)

Sunday, March 20, 2011

Tugas & Peranan Mahasiswa Muslim



Pandangan hidup yang islami pada diri seseorang Muslim akan tergambar pada pelbagai tugas (kewajiban) yang harus dilaksanakannya dalam kehidupan seharian. Tugas-tugas itu hakikatnya adalah hukum-hukum syarak yang digali dari nas-nas syarak, yang berkaitan dengan realiti kehidupan yang dihadapinya dalam pelbagai interaksi yang dilakukan.


Memahami hukum syarak yang berkaitan dengan aktiviti seharian, adalah fardhu ‘ain bagi seorang Muslim. Namun mempelajari hukum syarak yang tidak berkaitan dengan aktiviti sehari-hari, adalah fardhu kifayah (An Nabhani, 1953). Seorang petani wajib memahami hukum-hukam syarak tentang tanah, penyewaan tanah pertanian, musaqat dan sebagainya. Seorang doktor pula wajib memahami hukum syarak tentang perubatan, pembedahan mayat, pengguguran janin, pemindahan organ tubuh, pengklonan dan sebagainya. Seorang tentera pula harus mema-hami hukum tentang jihad, tawanan, perdamaian, perjanjian, harta rampasan perang, dan sebagainya.

Demikian pula seorang mahasiswa, dia seharusnya memahami hukum syara’ yang berkaitan dengan kegiatannya sehariannya sebagai mahasiswa. Disamping itu, seorang mahasiswa Muslim adalah secara de facto adalah seorang Muslim, maka dia wajib memahami kewajibannya yang utama dalam kedudukannya sebagai Muslim.

Atas dasar itu, ke atas seseorang mahasiswa Muslim, tugas utama yang wajib dipikulnya setidak-tidak-nya ada 3 (tiga): Pertama, menuntut ilmu-ilmu yang diperlukan dalam kehidupan bermasyarakat. Tugas ini berkaitan dengan posisinya sebagai mahasiswa yang aktiviti utamanya sehari-hari adalah belajar. Dalam hal ini nabi Muhammad saw telah bersabda:

“Menuntut ilmu adalah fardu bagi setiap muslim” [HR. Abu Dawud]

Lafaz “al ‘ilm” di atas bersifat umum, iaitu meliputi ilmu-ilmu berasaskan wahyu, seperti ulumul Qur`an, ulumul hadits, usul fiqh, juga ilmu-ilmu yang tidak berasaskan wahyu, seperti ilmu perubatan, kejuruteraan, dan ilmu-ilmu keprofesional lain yang dipelajari di institusi pendidikan, yang wajib ada demi berputarnya roda kehidupan. Jelaslah sebagai mahasiswa, tugasnya yang utama adalah belajar dalam rangka meraih ilmu sebagai bekalan hidup. Hendaklah tugas ini dilaksanakan semaksimum mungkin sehingga menghasilkan manfaat dunia dan akhirat setinggi-tingginya.

Kedua, mengkaji Tsaqofah Islamiyah (ilmu-ilmu keislaman). Tugas ini berkaitan dengan posisinya sebagai seorang Muslim yang wajib mempunyai pandangan hidup Islam. Tanpa kajian Tsaqofah Islam yang mendalam, sukar membayangkan seorang Muslim mampu mempunyai pandangan hidup yang Islami malah bertambah sukar pula mem-bayangkan dia mampu berfikir dan berperilaku secara Islami.

Tsaqofah Islamiyah adalah pengetahuan Islam yang dasar pembahasannya adalah Aqidah Islamiyah. Contohnya adalah pembahasan Aqidah Islamiyah, ilmu tauhid, tafsir, hadits, bahasa Arab, dan sebagainya. Tugas kedua ini tidak kurang pentingnya dengan tugas pertama kerana tugas ini sebenarnya adalah tugas mendasar setiap Muslim, sama ada mahasiswa ataupun bukan. Setiap Muslim wajib mempunyai pengetahuan Islam yang memadai agar dapat menjalani kehidu00pan sesuai dengan Islam. Jadi, jika tugas pertama tadi tujuannya adalah untuk hidup, maka tugas kedua ini tujuannya agar: saya dapat hidup dengan benar.

Ketiga, memikul dakwah Islamiyah. Tugas ini berkaitan dengan statusnya sebagai seorang Muslim dan sebahagian dari keseluruhan umat Islam seantero dunia. Dia wajib mempunyai sikap mengambil tahu keadaan dan realiti umat dan berjuang untuk mengubah keadaan agar lebih baik. Mahasiswa Muslim tidak seharusnya hanya memikirkan dirinya sendiri sahaja, sebab sikap ego dan mementingkan diri ini jauh terpesong dari nilai-nilai Islam yang menghendaki adanya sensitiviti kepada manusia lain. Rasulullah saw bersabda:

“Barangsiapa pada pagi hari tidak memperhatikan urusan kaum muslimin, maka dia tidak termasuk golongan mereka.” [HR. Al Hakim]

Di samping itu, Islam menuntut setiap Muslim untuk melakukan taghyir (perubahan) apabila dia melihat suatu penyimpangan atau kemungkaran. Tidak boleh dia hanya berdiam diri dan berpeluk tubuh, apalagi pasrah dan menyerah. Rasulullah saw bersabda lagi:

“Barangsiapa di antara kamu melihat ke-mungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya (fizikal). Jika tidak mampu, hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya (perkataan). Jika tidak mampu, hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya (tidak redha) dan itulah selemah-lemah iman.” [HR. Muslim]

Oleh yang demikian, mahasiswa Muslim seharusnya sedar akan tanggungjawabnya melakukan perubahan dan bersama-sama menyeru kepada Islam, sebagaimana telah dicontohkan Rasulullah saw ketika baginda memikul dakwah Islam untuk mengubah masyarakat Jahiliyah menjadi masyarakat Islamiah.Saat ini, tugas melakukan perubah-an seperti ini wajib digerakkan, kerana waktu ini kita hidup dalam sebuah masyarakat yang tidak Islami, yakni masyarakat yang tidak berdiri di atas kalimah tauhid. Kita wajib men’taghyir’ secara keseluruhan menuju masyarakat Islam yang menerapkan Islam secara kaffah.

Oleh kerana itu, tidak seharusnya seorang mahasiswa Muslim berdiam diri menyaksikan kekufuran dan kemaksiatan menggila disekelilingnya dan berdiam diri sahaja menyaksikan ideologi kapitalisme yang kafir menguasai dunia. Nabi saw mencela orang yang hanya berpeluk tubuh dan berdiam diri terhadap kemaksiatan sebagai syaitan yang bisu. Sudahlah syaitan, bisu lagi! Na’uzhu billah min dzalik! Nabi Saw bersabda:

“Orang yang berdiam diri dari kebenaran (tidak mahu mengingatkan atau berusaha membuat perubahan), adalah seperti syaitan yang bisu.” [HR. Al Hakim]

Dikaitkan dengan tugas kedua, maka tugas ketiga ironinya seperti berikut: jika tugas kedua tujuannya adalah: saya dapat hidup dengan benar, maka tugas ketiga ini tujuannya adalah: saya dan saudara-saudara umat Islam saya dapat hidup dengan benar.

Penutup

Mahasiswa Muslim yang mempunyai pandangan hidup Islam adalah generasi harapan umat. Di bahu merekalah (bersama lapisan umat yang lain) terpikul tanggung jawab melakukan perubahan masyarakat menuju masyarakat yang diredhai Allah swt.Bukan saatnya lagi untuk bersikap keanak-anakan dengan ego dan mementingkan diri sahaja, sementara umat Islam dibiarkan begitu sahaja terkontang-kanting hidup sengsara dan hina dina di bawah hegemoni ideologi kapitalisme yang bathil yang dipimpin oleh US dan sekutu-sekutunya. Tugas ini sememangnya berat, namun kemuliaan menunggu dihadapan. Marilah kita singsingkan lengan baju dan menyahut seruan untuk menyongsong kejayaan Islam!





(Klik untuk baca selanjutnya)

Tuesday, March 1, 2011

Kem Siswa Cemerlang



Objektif program:

> Memberi pendedahan kepada pelajar untuk melaksanakan ibadah dengan lebih sempurna.

> Melahirkan rasa cinta kepada Allah, Rasulullah, ibu bapa, ummah dan kecemerlangan dunia serta akhirat .

>Membimbing para pelajar dalam mengenal tanggungjawab sebagai seorang anak, pelajar, ahli masyarakat dan hamba Allah.

>Membentuk pelajar yang mempunyai sahsiah yang seimbang dan bersepadu dalam segenap aspek.

> Melahirkan remaja yang sihat, cergas dan cerdas ke arah melahirkan pekerja-pekerja Islam yang produktif.

>Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama saudara seislam dan menghargai persahabatan.


~~Moga program ini berjalan dengan lancar..Amiiin Ya Robb...


(Klik untuk baca selanjutnya)

Monday, February 14, 2011

Maulidurrasul vs Valentine day

Bismillah walhamdulillah…

Assalamualaikum warahmatullah wbt…

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan dengan limpah dan kurnianya dapat kami keluarkan risalah sempena peristiwa yang diperingati oleh kebanyakan daripada kita sekarang. Maulidur rasul pada tahun ini telah jatuh pada 15 Februari 2011. Dan sepertimana kebiasaannya mereka yang menyambut valentine day ini jatuh pada 14 februari 2011. Maulidur Rasul yang bakal tiba ini adakah dipeduli oleh anak-anak muda? Adakah anak muda ghairah untuk meraikannya? Adakah mereka ingin dalami akhlak dan keperibadian Nabi SAW? Mahukah anak muda untuk mendalami dan mengingati sejarah perjuangan Nabi SAW? Cuti umum yang diberikan oleh kerajaan, adakah anak muda benar-benar manfaatkannya demi kasih dan cinta kepada Nabi SAW? Kita tepuk dada dan tanyalah iman.

Begitu banyak sebenarnya landasan-landasan yang disediakan oleh banyak pihak untuk anak muda ini mendalami sejarah Nabi SAW, bagaimana untuk mencintai Nabi SAW dan sebagainya. Banyak bukan? Tetapi sebenarnya keadaan anak muda kini boleh menjadi satu ukuran bagaimana sambutan maulidurrasul nanti, adakah ia ditunggu-tunggu atau sebaliknya.

Dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah (s.a.w) telah bersabda yang bermaksud:"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada anak, ibu bapa dan manusia seluruhnya."

Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh Bukhari Rasulullah (s.a.w) berkata:"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku kamu lebih cintai daripada diri kamu sendiri." Dan Sayyidina 'Umar berkata,"Ya Rasulullah aku mencintaimu lebih daripada diriku sendiri.”

Kesempurnaan iman seseorang itu amat bergantung pada kecintaannya terhadap Rasulullah (s.a.w) dan para Malaikat sentiasa memuji baginda sebagaimana yang dimaksudkan didalam ayat al-Quran yang berbunyi: "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa bersalawat keatas Nabi" (33:56).

Banyak dalil-dalil yang menekankan kepada kita akan kewajipan kepada kita untuk mencintai nabi SAW. Namun apakah kita tidak sedar ataupun buat-buat tidak sedar.

Berbanding dengan valentine day, pada hari inilah berlakunya hari “maksiat sedunia” yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan anak muda pada hari ini. Bagaimanakah keadaan generasi akan dating sekiranya anak muda pada hari ini telah rosak akhlaknya? Bagaimanakah umat Islam akan datang sekiranya kita pada hari ini lemah mengikut arus perubahan acuan barat? Pada tanggal 14 Februari inilah anak muda keluar bersukaria melepaskan hawa nafsu dengan pasangan masing-masing. Sedarkah anda, ianya satu dosa dan kemaksiatan di sisi agama Islam? Sedarkah bahawa “valentine day” itu sendiri haram disambut bagi kita ummat islam?


Menurut sejarah, ada beberapa kisah berkaitan asal usul sambutan Hari ‘Valentine’ ini. Antaranya ialah

Pada 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'

Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.

Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis' kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.

Masyarakat Rom juga meraikan Hari ‘Valentine’ pada 14 Februari setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka. Dalam sambutan itu, mereka mengorbankan anjing dan kambing betina, kemudian darahnya dilumur pada tubuh dua orang pemuda. Tubuh yang berlumuran darah itu dibasuh pula dengan susu sebelum diarak ke tengah-tengah Kota Rom.

Ketika perarakan berlangsung, pemuda itu memegang kulit anjing dan kambing betina yang masih berdarah dan memalit darah berkenaan kepada sesiapa saja yang mereka jumpa. Gadis-gadis Rom amat gembira jika mereka dipalit darah oleh pemuda terbabit, kerana mereka percaya darah itu dapat menghalang mereka daripada menjadi mandul.

Betapa Dasyatnya valentine ini. Namun apakah tindakan kita? Apakah kita hanya mampu melihat dan hanya melihat ramai anak-anak gadis terkorban di hari kononnya kekasih ini.? Tepuk dada tnya iman. Moga kita semua selamat daripada tipudaya iblis laknatullah dan agenda musuh-mush islam. Wallahua’lam.

PERINGATAN BAGI YANG LUPA!!!

AMARAN BAGI YANG BERDUA-DUAAN DAN BERSENTUHAN DENGAN ORANG YANG BUKAN MUHRIM

  1. Rasulullah s.a.w bersabda : barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka janganlah ia bertemu muka bersendirian disuatu tempat yang dengan wanita/lelaki yang tidak beserta mahramnya kerana sesungguhnya yang ketiga itu adalah iblis
  2. Nabi bersabda : barangsiapa yang berjabat tangan/salam dengan seorang lelaki/wanita bukan mahramnya, maka diakhirat kelak ia akan dirantai denagn rantai api neraka.
  3. Nabi bersabda : Jikalau ia menciumnya (wanita /lelaki yang bukan muhrimnya), maka di akhirat kelak kedua2 bibirnya akan digunting dengan gunting api neraka.
  4. Rasulullah bersabda : sesungguhnya jika kepala seseorang kamu ditikam dengan jarum besi, itu lebih baik baginya dari ia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya. (H.R.Baihaqi, Tabrani)
  5. Sesungguhnya sekiranya seseorang lelaki menyentuh (berpelukan) dengan seekor babi yang berlumuran darah @ lumpur, itu adalh lebih baik dari ia menyentuh bahunya pada bahu seorang wanita yang tidak halal baginya. (maksud hadis nabi, H.R Tabrani)








(Klik untuk baca selanjutnya)

Saturday, February 12, 2011

Soal jawab (sekitar persoalan haid)

Bismillah walhamdulillah...

Assalamualaikum warahmatullah...

1) Hukum mengambil wudhu' bagi perempuan haid

jawapan :
Wanita yang haidh, dan masih dalam belum putus darahnya, haram mengambil wudhu' dgn niat ibadah wudhu' itu sendiri. Begitulah yg disebutkan oleh para fuqaha'. Imam Nawawi menegaskan perkara ini di dalam Majmuknya dan begitu juga para Fuqaha' lain. Ini kerana sudah pasti wudhu'nya tidak sah atau terbatal ketika berwudhu' tersebut, maka jadilah ia satu tala'ub (bermain-main). Adapun yg sudah terputus tetapi belum lagi mandi, maka sunnah baginya utk berwudhu' sebelum tidur dan sebagainya. Kalau nak basuh muka, tangan, kepala dan kaki tanpa niat wudhu' tu silakanlah ya bila2 pun. Wallahu A'lam
{rujuk}

2) Hukum ziarah kubur bagi perempuan haid

jawapan :

Ziarah kubur bagi kaum laki-laki disepakati kesunnahannya. Adapun ziarah kubur bagi wanita, maka para ulama berbeda pendapat tentangnya.

Pendapat pertama mengatakan bahwa ziarah kubur disyariatkan bagi wanita sebagaimana kaum laki-laki, karena keumuman perintah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam (ini adalah pendapat mayoritas pengikut Mazhab Hanafiyyah dan lainnya). Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُوْرِ فَزُوْرُوْهَا

“Dahulu aku melarang kalian berziarah kubur, maka sekarang lakukanlah ziarah kubur.” (HR. Muslim: 1406)

Pendapat kedua mengatakan bahwa ziarah kubur bagi wanita adalah makruh, karena dalil-dalil yang ada tampaknya kontradiktif (saling bertentangan –ed), sehingga untuk menggabungkannya maka dikatakan makruh (ini adalah pendapat yang diriwayatkan dari Imam Ahmad).

Pendapat ketiga mengatakan bahwa ziarah kubur haram bagi wanita (ini adalah pendapat sebagaian pengikut Mazhab Malikiyyah dan lainnya). Pendapat ini didasari oleh laknat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bagi wanita yang berziarah kubur. Dalam sebuah hadits disebutkan:

لَعَنَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ زَائِرَاتِ الْقُبُوْرِ

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melaknat wanita yang berziarah kubur.” (HR. al-Hakim: 1/374)

Pendapat terkuat adalah pendapat pertama, yaitu wanita disyariatkan berziarah kubur sebagaimana keumuman perintah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam hadits riwayat Muslim di atas. Hal ini dikuatkan oleh:

- Di antara tujuan ziarah kubur adalah untuk melunakkan hati, dan ini dibutuhkan oleh kaum laki-laki dan perempuan.

- Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah mengizinkan Aisyah menziarahi kuburan saudaranya, Abdurrahman bin Abi Bakar.

- Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak mengingkari seorang wanita yang duduk di samping kubur dalam keadaan bersedih (HR. al-Bukhari dan Muslim).

Adapun hadits tentang laknat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka hadits tersebut berderajat lemah sehingga tidak dapat dijadikan sebagai hujjah (argumentasi) untuk melarang wanita melakukan ziarah kubur. Hadits tersebut lemah karena dalam sanadnya terdapat Badzam Abu Shalih, yang menurut kebanyakan pakar hadits adalah rawi lemah.

Perhatian:

Akan tetapi, wanita disyariatkan berziarah kubur dengan syarat tidak boleh sering-sering melakukannya, karena terdapat hadits shahih yang menunjukkan larangan wanita terlalu sering berziarah kubur. Abu Hurairah berkata,

لَعَنَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ زَوَّارَاتِ الْقُبُوْرِ

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melaknat wanita yang sering berziarah kubur.” (HR. at-Tirmidzi: 1056, Ibnu Majah: 1576, dan dinilai hasan oleh al-Albani dalam Irwa’ al-Ghalil: 762)

Kesimpulan:

Hukum wanita berziarah kubur diperselisihkan oleh para ulama, dan yang lebih kuat adalah yang menyatakan bahwa ziarah kubur bagi wanita adalah disyariatkan, tetapi tidak boleh sering. Adapun wanita yang sedang haid, maka dia tidak terhalangi untuk berziarah kubur, karena dalam berziarah kubur, seseorang tidak disyariatkan berada dalam keadaan suci dari hadats kecil maupun besar.

Wallahu a’lam.

{rujuk}

Dijawab oleh Ustadz Abu Ibrohim Muhammad Ali pada Majalah Al-Furqon, edisi 11, tahun ke-8, 1430 H/2009 M.





(Klik untuk baca selanjutnya)

Thursday, January 6, 2011

Beer tanpa alkohol

Bismillah walhamdulillah...

InsyALLAH di sini ingin saya kongsikan berkaitan dengan beer tanpa alkohol (menjawab persoalan pelajar saya).

Dalam Surah Al-Maidah ayat 90-91 bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (90) Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? (91) "

Sesunguhnya arak itu perbuatan syaitan, yang mana daripada arak, seorang ahli ibadah (abid )bernama barsisa telah ingkar pada perintah ALLAH, daripada meminum arak, dia telah merogol dan membunuh.

Berkaitan dengan arak tanpa alkohol yang telah berada di pasaran, ia keluaran daripada syarikat arak yang popular iaitu carlsberg. Berikut adalah maklumat yang berkaitan:

--------------------------------------------------------------------------------------

Carlsberg keluarkan beer tanpa alcohol untuk pasaran Negara islam.
Carlsberg Brewery Malaysia Bhd yang beroperasi di Shah Alam, Selangor telah bertekad untuk meluaskan pasaran mereka khususnya ke negara Arab di Asia Barat bagi produk Beer tanpa alkohol.
Menurut Pengarah Urusan Carlsberg yang baru, Soren Holm Jensen dalam temubual bersama wartawan The Edge FinancialDaily, beer tanpa alkohol ini akan disasarkan kepada masyarakat Islam disana. Tiada sebarang logo halal akan diletakan pada pelekat botol minuman berkenaan, kerana ianya dikeluarkan dari kilang yang sama yang memproses minuman beralkohol yang lain keluaran syarikat ini.

Perkara ini sekaligus dilihat sebagai strategi untuk mempromosikan jenama Carlsberg di dunia arab dan tidak mustahil pada masa akan datang permintaan terhadap arak Carlsberg akan wujud di sana.
Langkah Kerajaan Malaysia menaikkan cukai minum keras, langsung tidak menjejaskan prestasi jualan syarikat ini yang kini mensasarkan Malaysia sebagai induk bagi pengeluaran produk minum syarikat Carlsberg untuk pasaran seluruh dunia.

Di mata dunia, umat Islam seluruh dunia melihat bahawa negara yang mempengerusikan OIC ini sebagai contoh 'negara Islam' yang berjaya. Hakikatnya Islam di negara ini berjaya menjadikan Malaysia sebagai pusat pengeluaran arak yang terbesar di rantau ini.
Seluruh Umat Islam dinegara ini akan berdosa sekiranya negara ini terus menerus menjadi negara pengeluar arak yang merosakkan umat Islam dan umat lain diseluruh dunia.
Di akui bahawa arak adalah kegemaran bagi beberapa golongan di Malaysia ini dan itu adalah hak asasi mereka. Walaubagaimana pun semua agama yang ada di Malaysia menolak arak atau beer sebagai minuman kerana ianya lebih banyak mendatangkan mudarat dari kebaikan.
Jumlah pengeluaran arak di Malaysia sudah melebihi dari jumlah keperluan pasaran dalam negara. Tindakan Carlsberg yang ingin meluaskan pasarannya benar-benar mencabar prinsip agama Islam .

--------------------------------------------------------------------------


Jumhur ulama' bersepakat menyatakan bahawa khamar (arak) tetap haram sekalipun dalam jumlah yang sedikit, samada ia memabukkan atau tidak.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Apa sahaja minuman yang kadar banyaknya memabukkan, maka kadar yang sedikit adalah haram. (HR Abu Daud)

Para ulama empat mazhab sepakat mneyatakan arak itu adalah najis berdasarkan hadis di bawah:

Dan dari hadith oleh Abu Tha`laba al-Khushani di dalam sohih al-Bukhari dan Muslim:

"Wahai Nabi Allah, kami tinggal di tanah Ahli Kitab, bolehkah kami makan & minum di dalam bekas mereka?" Nabi membalas : "Sekiranya kamu mendapati bekas selain bekasan mereka, maka jangan menggunakannya, sekiranya kamu gagal mendapatkan selainnya, maka hendaklah kamu basuh bekas itu dahulu dan kemudian makanlah menggunakannya "

Imam An-Nawawi (Syarah Sohih Muslim 13/14:86) dan Imam As-Shawkani ( Naylul Awtar, 1/71) menyebut "Maksud larangan makan menggunakan bekas-bekas mereka menunjukkan apa yang mereka masak dan minum menggunakan arak adalah kernana ia dihukum sebagai najis"

Rasulullah SAW juga bersabda bahawa baginda melaknat tentang arak, 10 golongan iaitu :

(1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya. " (HR At-Tarmizi)

Jika kita lihat dari sudut takrifan non-alcoholic, di United States mereka menggunakan istilah ini kepada low alcoholic beer. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Apa sahaja minuman yang kadar banyaknya memabukkan, maka kadar yang sedikit adalah haram. (HR Abu Daud)

Dalam satu hadis riwayat Ahmad, Nabi SAW bersabda Maksudnya: "Pasti benar-benar akan ada orang-orang daripada umatku yang meminum khamr, mereka itu menamakannya dengan nama lain. "

Orang-orang kafir sentiasa mencari jalan supaya kita umat islam dikaburi dan untuk keuntungan pihak mereka. Minuman yang memabukkan itu selain namanya khamr dikenali juga dengan berbagai-bagai nama lain yang disesuaikan dengan kehendak, citarasa dan kepentingan mereka, sama ada untuk mengelirukan umat Islam atau bagi tujuan promosi untuk mencari keuntungan dalam dunia pemiagaan mereka.

Dan kita sebagai umat islam perlulah berhati-hati dalam memilih makanan, minuman supaya kita tergolong dalam golongan yang tidak layak ke syurga ALLAH SWT...

Nabi SAW bersabda: "Setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka api neraka lebih layak baginya. (HR thabrani).

Dalam satu hadis lagi, Nabi SAW menyebut " Tidak akan masuk syurga , daging yang tumbuh daripada yang haram". (HR Ahmad)

Sebagai pengakhiran, sentiasalah waspada dengan pemakanan kita seharian, dan jika kita telah termakan/terminum apa-apa yang telah diharamkan samada dalam keadaan tidak tahu makanan /minuman tersebut halal atau tidak, atau tahu, kita masih mempunyai ruang untuk bertaubat...Mohonlah ampun dengan Allah, Sesungguhnya ALLAH MAHA PENGAMPUN...

Wallahua'lam...



(Klik untuk baca selanjutnya)

Wednesday, January 5, 2011

Perfume Beralkohol

Hukum ‘Perfume' Alkohol

sumber: Ust Zaharuddin

SOALAN

hamka rashid wrote:

salam..
1. mohon penjelasan hukum penggunaan minyak wangi beralkohol dalam solat..


JAWAPAN ( HUKUM PERFUME BERALKOHOL)

Jawapan seperti berikut :-

1) Harus dan sah solat, walaupun menggunakan minyak wangi beralkohol. Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis. Para Ulama menyebut alkohol najis berdasarkan hadith nabi yang memberi isyarat bahawa arak itu najis. Ia diambil dari ayat al-Quran yang menyebut :

"Arak, tenung dan tilik nasib, lemparan kayu nasib adalah kekotoran ('rijs') dari hasil kerja Syaitan " (Al-Maidah; 90).

Dan dari hadith oleh Abu Tha`laba al-Khushani di dalam sohih al-Bukhari dan Muslim:

"Wahai Nabi Allah, kami tinggal di tanah Ahli Kitab, bolehkah kami makan & minum di dalam bekas mereka?" Nabi membalas : "Sekiranya kamu mendapati bekas selain bekasan mereka, maka jangan menggunakannya, sekiranya kamu gagal mendapatkan selainnya, maka hendaklah kamu basuh bekas itu dahulu dan kemudian makanlah menggunakannya "

Imam An-Nawawi (Syarah Sohih Muslim 13/14:86) dan Imam As-Shawkani ( Naylul Awtar, 1/71) menyebut "Maksud larangan makan menggunakan bekas-bekas mereka menunjukkan apa yang mereka masak dan minum menggunakan arak adalah kernana ia dihukum sebagai najis"

Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah Najis.

1) Mazhab Hanafi, menurut kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuh (6/158) menyebut bahawa jika terdapat setitik arak sebesar syiling di baju seseorang, maka solatnya menjadi batal.

2) Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam Bidayat al-mujtahid (2/125); "Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh digunakan kecuali untuk tujuan perubatan"

3) Mazhab Shafi`i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam An-nawawi di dalam al-Majmu` 2/569-570 (dipetik dari Imam al-Ghazali);

4) Demikian juga menurut mazhab Hanbali ( Ibn Quddama, al-Mughni, 9/152).

Benar 70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis "Denatured alcohol" yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Sila rujuk Denatured Alcohol . Adapun, alkohol yang ada di dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan ‘Absolute ethanol' iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barangsiapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu ke alam barzakh dengan segera ! dan bukannya mabuk.

Kesimpulannya, menggunakan minyak wangi beralkohol adalah dikira suci dan tidak menjejaskan solat seseorang. Itulah pendapat saya berdasarkan hujjah di atas dan demikian juga pandangan yang diberi oleh guru-guru saya seperti Prof. Dr Abd Fatah Idris melalui kitabnya dan Syeikh Prof Dr Fadhal Hassan Abbas melalui kuliahnya.

BAGAIMANAPUN, AKHIR-AKHIR INI SAYA MENDAPAT INFOMASI TIDAK RASMI BAHAWA TERDAPAT PERFUME DARI BARAT YANG JUGA MEMPUNYAI ELEEMN 'LARD' ATAU BABI DI DALAMNYA. JIKA BENAR, MAKA ia adalah diharamkan dan tidak sah di bawa di dalam solat.

Cuma sumber yang menyatakannya adalah masih tidak kukuh dan saya tidak menumpukan kajian terhadap hal babi dalam minyak wangi. jawapan saya hanya menumpukan isu hukum alkohol.




(Klik untuk baca selanjutnya)

Memaafkan Orang lain

Bismillah walhamdulillah...

Assalamualaikum warahmatullah...

Alhamdulillah setelah sekian lama blog ni xdiupdate, pd waktu ini ALLAH memberikan kesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu yang perlu dipraktikkan supaya hidup kita lebih tenang dan diredhaiNYA..insyALLAH...

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Musa bin Imran as pernah berkata, “Wahai Tuhanku, siapakah orang yang paling mulia pada pandanganMu? Allah swt menjawab: Barangsiapa yang memberi maaf meskipun dia memiliki kemampuan untuk membalas dendam.”(HR Baihaqi)

Disebut dalam hadis tersebut bahwa orang yang paling mulia pada pandangan ALLAH adalah orang memberi maaf pada orang yang telah berbuat salah padanya, walaupn dia mampu untuk membalas dendam. Oleh yang demikian, sama-samalah kita muhasabah untuk kita sentiasa dalam keadaan bisa memaafkan kesalahnan orang lain, kerana yang hanya layak menghukum adalah ALLAH SWT. Adalah mustahil untuk kita sebagai manusia tidak melakukan kesalahan, kadang2 kita berbuat salah pada orang lain, jadi ambil sikap memaafkan supaya kesalahan yang kita lakukan juga akan dimaafkan...biizniLLAH...

Dari Muaz r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa menelan kemarahannya sedangkan dia berkuasa untuk membalas kemarahannya itu, maka pada hari kiamat kelak Allah akan memanggilnya di hadapan seluruh makhluk dan dia diberi peluang untuk memilih bidadari mana sahaja yang dia sukai.”(HR Abu Daud)

Banyak kelebihan bagi orang2 yang memaafkan kesilapan orang lain, bukan hanya ketenangan di dunia ia perolehi, malahan akan mendapat kelebihan di hari akhirat kelak. Berusahalah kita untuk mencari dan mendapatkan peluang2 kelebihan yang telah ALLAH sediakan.


Dari Atta bin Abdullah Khurasani r.a meriwayatkan bahawa, Rasulullah saw bersabda: “Berjabat tanganlah di antara kamu kerana ia akan menghapuskan kebencian, dan berilah hadiah antara satu sama lain kerana ia akan menimbulkan kasih sayang dan menjauhi permusuhan.”
(HR Muwatta Imam Malik)

Sikap memaafkan juga dapat menimbulkan kasih sayang sesama manusia, menjauhkan kebencian, menjatuhkan nafsu amarah dan juga menjauhi daripada permusuhan dan pertelingkahan.

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.
(HR Bukhari dan Muslim)

Sebagai seorang muslim, berusahalah kita sedaya upaya untuk menjauhi sifat2 mazmumah seperti berdendam dan sebagainya dan eratkan silaturrahim kerana ia juga merupakan tanda seorang itu beriman dengan sebenar-benarnya...sama-samalah kita muhasabah..menilai semula diri kita untuk perbaiki kepada yang lebih baik...insyALLAH...


(Klik untuk baca selanjutnya)
Related Posts with Thumbnails

DOWNLOAD BAHAN ILMIAH

حيا بالعربية

محادثة
@ يـَــا عـَــائِــشـَــة ُ، هـَـٰــذِهِ صـَــدِيـْــقـَــتـِــى خـَــدِيـْــجـَــة

@ Hai Aisyah, ini temanku Khadijah.

& أ َهـْــلاً وَسـَــهـْــلاً، كـَــيـْــفَ حـَــالـُــكِ يـَــا خـَــدِيـْــجـَــة

& Semoga anda menjadi keluarga kami dengan segala kemudahan, bagaimana khabarmu hai Khadijah?

@ أ َنـَــا بـِــخـَــيـْــر ٍ اَلـْــحـَــمـْــدُ لـِــلـَّــه، وَمـَــا اسـْــمُــكِ؟

@ Saya baik alhamdulillah, siapakah nama awak?

& إ ِسـْــمـِــى مـَــرْيـَــمُ بـِــنـْــت ُ الـْــحـَــاج ِ حـَــسـَــنْ

& Nama saya Maryam binti Haji Hasan.

@ مـَــا شـَــاءَ الله إ ِسـْــمٌ جـَــمـِــيـْــلٌ، أ َيـْــن َ تـَــسـْــكـُــنـِــيـْــن َ يـَــا مـَــرْيـَــمُ؟

@ Masya Allah nama yang bagus, di manakah awak tinggal hai Maryam?

& أ َسـْــكـُــن ُ فـِى رَقـْــم ِ ٤٨ مـِــنْ شـَــار ِع ِ مـِــيـْــلاَوَاتـِــىْ

& Saya tinggal di nombor 48 Jalan Melawati.

@ إ ِذ َن ْ بـَــيـْــتـُــكِ قــَــر ِيـْــبٌ مـِــنْ هـُــنـَــا

@ Kalau demikian rumah awak dekat sahaja dari sini.

& أ َجـَــلْ، مـِــائَــتـَــان ِ وَخـَــمـْــسـُــوْن َ مـِــتـْــرًا تـَــقـْــر ِيـْــبـًــا

& Ya, lebih kurang 250 meter dari sini.

@ هـَــلْ تـَــسـْــمـَــحـِــيـْــن َ لـِــى بـِــز ِيـَــارَتـِــكِ يـَــا مـَــرْ يـَــمُ؟

@ Apakah awak membolehkan saya mengunjungi awak hai Maryam?

& بـِــكـُــلِّ السـُّــرُوْرِ

& Dengan segala senang hati.

MARI BELAJAR BAHASA ARAB =)

BERSAMA MYKRK

ARAB MADINAH

ARAB INDO