Sunday, December 20, 2009

keduniaan yang merugikan akhirat :: Ambillah iktibar

KEDUNIAAN YANG MERUGIKAN AKHIRAT

Bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana melahirkan kita ke alam dunia yang fana ini. Kita dihidupkan dan insyallah akan dimatikan dengan izinNya. Kita dipinjamkan jasad dan nyawa untuk beberapa ketika yang diizinkan yang kita sendiri tidak mengetahui kecuali diriNya. Hidup kita mengikut apa yang disabdakan oleh Baginda Rasul sebagai seorang pengembara yang sedang dalam perjalanan ke suatu destinasi yang jauh dan memerlukan banyak bekalan. Tentunya dalam perjalanan itu banyak halangan dan gangguan yang boleh menjejaskan matlamat untuk ke destinasi. Pengembara yang bijak tidak akan terpengaruh dengan keseronokan dan kebahagiaan sementara yang ditempuh dalam perjalanan kerana dia tahu bahawa dia sebenarnya adalah warga satu alam lagi. Manakala pengembara yang lupa daratan akan menikmati sepuas-puasnya apa sahaja yang ditempuh; seolah-olah iniah dunianya sehingga terlupa matlamat asal untuk menuju ke dunianya yang sebenar. Mereka terpedaya dengan kemanisan dunia dan menyangkakan apa yang dipungut itulah BEKALAN.

Sebagai seorang pengembara, kita seharusnya bijak melayarkan bahtera ke arah yang betul mengikut kompas yang dipiawaikan oleh Rasul. Untuk sampai ke destinasi AKHIRAT, pungutlah bekalan sebanyak mungkin. Anggaplah segala keseronokan duniawi sebagai BEBAN yang boleh menjejaskan perjalanan ke sana. Ingatlah pesanan orang tua : Kita sebenarnya adalah WARGA AKHIRAT - tempat yang kekal abadi; sementara dunia ini ialah rumah tumpangan sementara yang penuh kepalsuan dan tipu-daya. Oleh itu kita mestilah bijak memilih mana satu BEKALAN dan mana satu BEBAN. Barangan yang dikategori sebagai BEBAN akan menyusahkan perjalanan ke akhirat manakala barangan BEKALAN akan berfaedah untuk kehidupan di sana. Kutiplah bekalan sebanyak mungkin dan hindarkan memikul beban yang menyulitkan perjalanan.

Ingatlah: "Dunia ini sebagai tempat bercucuk tanam. Hasilnya kita akan kecapi di Akhirat nanti."

"Beramallah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Beramallah untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati keesokannya."

Ramai mentafsirkan dari segi keduniaan iaitu kerja bersungguh-sungguh kerana kita akan hidup lama di dunia. Tetapi dalam hal akhirat, kita akan mati esok - jadi terpaksalah buat persiapan dengan lengkap dan berhati-hati kerana kita akan mati esok. Tafsiran begini jarang diterangkan oleh umum terutama pemburu harta di dunia.

Islam tidak menghalang umatnya mencari harta-benda dan kekayaan; asalkan ia tidak menghalang dari melakukan pengabdian kepada Allah. Malahan orang Islam yang kaya adalah amat diperlukan kerana ia adalah sumber ekonomi negara dan sebagai juruwang bagi saudaranya yang miskin dan memerlukan bantuan. Orang kaya adalah pembantu orang msikin, orang kuat adalah pelindung golongan yang lemah, orang alim sebagai sumber cahaya dan ilmu kepada orang jahil. Begitulah golongan ini saling bantu-membantu antara satu dengan lain. Apa yang Islam larang ialah meletakkan keduniaan sebagai sasaran utama dalam hidup melebihi hal-hal keakhiratan dan pengabdian kepada Allah. Sekiranya keduniaan diberikan keutamaan dalam hidup bererti konsep syahadahnya terjejas. Intipati syahadah ialah mengaku dengan sebenar-benar pengakuan bahawa Tiada lain yang lebih besar selain Allah dan pengakuan bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah. Ini bererti tumpuan pengabdian hakiki ialah Allah dan BUKANNYA harta-benda dunia. Jika kekayaan dunia dijadikan asas hidup berertilah kita telah membesarkan dunia daripada Allah sendiri; atau dalam kata-kata lain kita bertuhankan harta bukannya Allah. Di sinilah terpesongnya aqidah orang-orang kebendaan.

Sangat beruntunglah mereka yang mempunyai harta kekayaan yang menjadikannya sebagai modal untuk akhirat. Wang ringgit dipertaruhkan sebagai saham akhirat dengan bersedekah, mendirikan masjid, membantu fakir miskin dan anak yatim, menyelesaikan masalah dan keperluan jiran dan masyarakat sekeliling. Mereka inilah yang berjaya menukar harta menjadikan sebagai pahala atau membeli akhirat dengan dunia. Sebaliknya amat rugi mereka yang mempunyai wang ringgit dan harta kekayaan tetapi membelanjakan untuk perkara-perkara yang tidak mendatangkan sebarang faedah untuk akhiratnya; atau lebih dahsyat jika digunakan untuk kerja-kerja maksiat dan hiburan semata. Di akhirat akan ditanya Allah ke mana wang ringgit kita dibelanjakan dengan begitu halus dan tereperinci.

Dalam Al-Quran banyak sekali ayat yang menjelaskan bahawa kehidupan akhirat adalah lebih penting dan lebih kekal. Oleh itu, perlulah bagi kita melebihkan kehidupan akhirat daripada dunia. Kehidupan di dunia hanya dalam tempoh terhad; jarang-jarang melebihi 90 tahun; tetapi akhirat tiada batasan waktu. Sudahlah begitu diriwayatkan satu hari di akhirat menyamai 1000 tahun di dunia. Jadi berapalah nilai umur dunia dibandingkah akhirat? Orang yang bijak tentunya berpandangan jauh iaitu untuk kehidupan akhirat. Ada di antara orang-orang alim dan para wali sangat mengambil berat tentang pengisian waktu dengan ibadat. Mereka tidak rela membuang masa begitu sahaja. Setiap saat bagi mereka adalah berharga dan mesti diisi dengan sesuatu ibadat supaya tidak terbuang begitu saja. Bagi mereka, setiap nafas yang turun naik akan dipersoalkan. Pada sebelah malam, mereka menggunakan masa untuk beribadat. Masa tidur mereka amat sedikit.

Sebaliknya mereka yang asyik mengumpul harta dunia untuk dunia adalah berfikiran sempit kerana tidak menjangkau alam abadi di akhirat. Ahli dunia saban masa memikirkan bagaimana nak mengumpul harta benda hingga menjadi kaya. Walaupun sudah kaya, mereka masih berusaha lagi supaya menjadi bertambah kaya; tanpa sedikit pun memikirkan bagaimana harta yang ada pada mereka hendak diinfaqkan di jalan Allah supaya hasilnya dapat dituai di akhirat kelak. Orang kaya begini pada hakikatnya adalah miskin kerana masih banyak memerlukan sesuatu.

Semasa perjalanan Israk Mikraj, Allah menunjukkan satu golongan yang menanam gandum dan kemudian menuainya. Baru lepas ditanam, terus berbuah dan dituai; begitulah seterusnya. Inilah ibarat orang yang membuat kebajikan sentiasa tak putus-putus menerima ganjaran pahala yang banyak di sisi Allah. Balasan pahala ini akan dinikmati kebahagiaannya di akhirat kelak.

Dinukilkan dalam sebuah kitab, seorang raja dihadiahkan orang sebuah piala minuman bertatahkan permata fairuz. Piala itu sangat cantik dan amat berharga. Raja sangat gembira menerima hadiah itu. Apabila seorang hukama datang berjumpa dengannya, raja itu bertanya kepadanya mengenai piala tersebut. Hukama itu berkata, "Aku tidak lihat apa-apa dari piala itu kecuali bala dan fakir." Raja tercengang dan berkata, "Mengapa kamu berkata begitu?" Hukama itu menerangkan, "Kalau piala itu pecah, sudah tentu ia tidak boleh dibaiki lagi dan hati menjadi susah atas bala yang menimpa. Kalau ia dicuri orang, tuanku akan bersedih atas kehilangan itu dan berasa seperti fakir. Bahkan sebelum tuanku dapat piala ini, tuanku tidak ada rasa apa-apa bahkan senang dengan keadaan begini, tetapi selepas ada piala ini, jika berlaku kehilangan tentu tuanku berasa amat sedih." Selang beberapa bulan, piala yang disayangi raja itu pecah berkecai. Raja itu menjadi sangat sedih dan hampa atas kehilangan piala itu. Dia kembali berjumpa hukama itu dan mengaku atas kebenaran kata-katanya. Kisah ini jelas membuktikan bahawa harta dunia yang kita sayangi tidak memberi apa-apa makna di dunia kecuali kesusahan dan kemiskinan. Bahkan dirasakan amat berat untuk meninggalkan harta itu semasa roh hendak kembali berjumpa Allah.

Sebagai kesimpulannya, kita hendaklah mempunyai pendirian berkaitan dengan penumpukan harta kekayaan. Yang lebih penting bagi kita ialah adakah kita akan diterima oleh Allah di akhirat kelak sebagai hambaNya yang soleh. Begitu juga adakah Nabi Muhammad saw akan mengaku atau mengiktiraf kita sebagai umatnya. Jika Allah tak mengaku hambaNya dan Nabi Muhammad saw tak mengaku kita sebagai umatnya, ke mana lagi kita nak pergi ketika itu? Ke mana tempat kita nak mengadu nasib? Di dunia bolehlah meminta bantuan dari kaum kerabat dan sebagainya tetapi di akhirat siapa lagi selain Allah dan rasulnya. Akhirnya sama-sama kita meminta taufiq dan hidayat semoga kita berada di landasan sebenar sebelum kita dipanggil oleh Allah. Kita pohonkan keselamatan dan taubat di atas dosa-dosa kita dan mudahan kita kembali menemuiNya dalam keadaan Allah meredhai kita, insyALLAH..


(Klik untuk baca selanjutnya)

Tuesday, December 15, 2009

Hidup Untuk Islam

HIDUP UNTUK ISLAM

Bismillah walhamdulillah. Assalamualaikum warahmatullah...
Penggabungan diri dalam islam mewajibkan kita supaya hidup menurut cara hidup islam dalam bidang akidah, ibadah dan akhlak, iaitu menyeluruh seluruh aspek kehidupan. Penggabungan ini juga mewajibkan kita menyerahkan segala keupayaan dan kemampuan untuk sesuatu yang dapat mengagungkan kesultanan islam, yakni pemerintahan islam dan meningkatkan pembinaannya.

3 golongan manusia:
1) Golongan yang hidup untuk dunia. Golongan ini ingkar dengan kehidupan setelah kematian iaitu kehidupan akhirat, mereka ingkar dengan hisab iaitu bahawa segala amal perbuatan di dunia akan diperhitungkan kelak. Oleh yang demikian mereka hidup bermatlamatkan kehidupan dunia. Mereka akan terus mengejar kenikmatan dunia dan akhirnya karam dalam nafsu dan tewas untuk sampai ke destinasi akhirat.

2) Golongan yang sesat antara dunia dan akhirat. Golongan ini adalah kebanyakan orang di dunia ini. akidah mereka bergelra tetapi mereka sesat dalam menjalani kehidupan. Mereka mengaku beriman kepada Allah dan hari akhirat, tetapi mereka melanggar perintah dan larangan Allah. Akhirat adalah gambaran kulit sahaja. Mereka menampal dunia mereka dengan mengoyakkan agama.

3) Golongan yang mengganggap dunia sebagai ladang akhirat. Mereka adalah orang mukmin yang sebenarnya. Firman Allah: “ dan tiadalah kehidupan dunia daripada mainan dan senda gurau sahaja”.(Al-An’am:32). Orang yang benar-benar menganut islam menganggap dunia sebagai satu medan perlumbaan untuk melakukan ketaatan kepada Allah dan mencapai redhaNya. Keseluruhan kehidupan mereka dari segala sudut, ilmu, perniagaan, harga, rumahtangga, masa dan fikiran mereka kesemuanya digunakan untuk mencapai matlamat tersebut.

Rasulullah bersabda: “celakalah abdi dinar, celakalah abdi dirham, celakalah abdi qutaifah ( sejenis matawang).” ( hadis riwayat bukhari )

BAGAIMANA CARA HIDUP UNTUK ISLAM?

1) Mengetahui matlamat hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.Firman Allah dalam surah Adz-Dzariyat ayat 56 bermaksud, “tidak aku jadikan dari kalangan manusia dan jin itu melainkan untuk mengadikan diri kepadaKu”.

2)Mengetahui nilai dunia berbanding nilai akhirat.Hadis ada menyebut:“Pada suatu hari Rasulullah telah berdiri di pinggir tempat pembuangan sampah dan menyeru para sahabatnya dengan bersabda: “kejarlah dunia”. Kemudian baginda mengambil seketul sampah yang telah busuk dan seketul tulang yang telah reput lantas bersabda: “ inilah dunia”. (hadis riwayat ibn Abi Dunya dan Baihaqi).

3) Mengetahui maut suatu yang pasti dan mengambil pengajarannya.Firman Allah dalam surah Ali- Imran ayat 185 bermaksud: “tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahala kamu. Barangsiapa yang dijauhkan daripada neraka, mereka akan dimasukkan dalam syurga maka sesungguhnya ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan”.

4)Mengetahui hakikat Islam dengan mempelajari, mendalami dan mengetahui dasar-dasar Islam, hukum-hukumnya dan halal haramnya.Rasulullah bersabda: “Sesunguhnya ilmu itu hanya didapati daripada belajar dan kefahaman itu daripada mendalami, barangsiapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan, Allah akan memberikannya kefahaman tentang agama.” (hadis riwayat Askari daripada Anas bin Malik)“Sesungguhnya para anbia’ itu tidak meninggalkan pusaka berbentuk dinar dan dirham, tetapi mereka meninggalkan ilmu, barangsiapa yang menerimanya, beliau akan menerimanya dengan bahagian yang lumayan.” ( hadis riwayat Abu Daud)

5)Mengetahui hakikat jahiliyyah dengan mengenali aliran pemikiran, mazhab dan garis perjuangannya di samping mencari ketempangan dan kecacatannya.Perkara ini perlu diketahui supaya dapat mengetahui bahaya dan bencananya supaya dapat mengelakkan daripada penipuan dan sebagai persediaan untuk menghadapi dan memeranginya.

SIFAT-SIFAT ORANG HIDUP UNTUK ISLAM

1) Berpegang dengan islam secara praktik. Iman termetrai dalam hati dan dibuktikan dengan amalan. Firman Allah dalam surah As-saff ayat 3, “Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan suatu yang tidak kamu lakukan.”Rasulullah bersabda: “jadilah kamu pemelihara ilmu dan janganlah kamu jadi orang yang meriwayatkan ilmu.”

2) Mencari dan meneliti suatu yang mendatangkan maslahat kepada Islam. Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang bangun pagi dan tidak mengambil berat urusan orang Islam, beliau bukan dari golongan mereka.”

3) Merasa bangga dengan kebenaran dan kepercayaan kepada Allah. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 139, “ Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang beriman.”

4) Beriltizam dengan amal-amal Islam dan bekerjasama dengan orang-orang yang beramal untuk Islam. Apabila menganut agama islam kita diwajibkan oleh Islam untuk beramal dan bekerja bersama-sama jemaah. Islam mewajibkan kita bekerjasama dengan orang lain yang bekerja dalam medan dakwah kepada Allah, amar ma’ruf nahi mungkar dan membina individu muslim, keluarga muslim dan negara islam. Dalam surah Al-Maidah ayat 2, Allah berfirman:

“dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa dan janglah kamu tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.”Sabda Nabi SAW: “Bandingan seorang muslim dengan muslim yang lain adalah seperti binaan yang tersusun kukuh, sebahagiannya memperkuat yang lain.” (hadis riwayat Baukhari dan Muslim).

“Kamu mestilah bersama jemaah muslimin dan imam mereka.” (sebahagian hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

PENUTUP
Peluang hidup di dunia hanyalah sekali sahaja, rebutlah masa yang ada sekarang sebelum dijemput Ilahi selama-lamanya, untuk kita mengetahui, mendalami dasar-dasar islam serta mengamalkannya. W/A


(Klik untuk baca selanjutnya)

Mana satu kita???

MANA SATU KITA???

Bismillah walhamdulillah, Assalamualaikum warahmatulah…

Daripada wahab bin Munabbih beliau berkata bahawa iblis telah menemui yahya bin zakaria dan lantas yahya berkata kepada iblis: “ceritakan tabiat anak-anak adam di sisi kamu”, iblis pun berkata: “segolongan mereka itu seperti kamu. Kami tidak mampu sedikit pun menggoda mereka dan golongan dua adalah golongan yang menjadi seperti bola di tangan anak-anak kamu, hawa nafsu mereka menolong kami menawan mereka, dan golongan ketiga pula adalah golongan yang amat sukar bagi kami, kami menemui seorang dari mereka hinggalah kami berjaya mencapai apa yang kami kehendaki, tetapi kemudian beliau beristighfar, dengan istighfar itu beliau telah merosakkkan apa yang kami dapati darinya. Kami tidak pernah putus asa dari menggodanya dan kami tidak akan mendapat kehendak kami darinya.”

Manusia itu terbahagi kepada 3 golongan:
1)Golongan pertama adalah adalah golongan orang-orang maksum, seperti Allah, para Rasul dan Nabi.

2)Golongan kedua ialah golongan yang ditewaskan oleh hawa nafsu mereka. Golongan ini tunduk kepada kepada dunia dan melupakan Allah.firman Allah SWT dalam surah Al-Jaatsiyah: 23 bermaksud:"maka pernahkah kamu melihat orang-orang yang menjadikan hawa nafsu mereka sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya. maka siapakah yang akan memberinya petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat), maka mengapa kamu tidak mengambil pengajaran?"

3)Golongan ketiga adalah golongan yang berjihad melawan hawa nafsu. Kadangkala menang kadangkala kalah. Apabila bersalah mereka menyesal dan bertaubat. Sebagaimana nabi SAW bersabda : “semua anak adam itu berslah dan yang paling baik adalah mereka yang bertaubat.” (hadis riwayat tirmizi dan Ibn Majah)

SENDI-SENDI KEKUATAN

1)Hati.
Ali bin abi talib berkata: “ Allah mempunyai bejana di bumi ini iaitu hati. Hati yan paling Allah kasihi adalah hati yang paling lembut, paling bersih, paling cekal.kemudian Ali menerangkan maksudnya: “ paling cekal dalam beragama, paling bersih dalam keyakinannya dan paling lembut dengan saudaranya”. Allah menggambarkan hati-hati orang yang beriman dalm surah al-anfal:bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang Yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka Yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.
Manakala hati orang kafir pula digambarkan dalam surah Al-Hajj iaitu “ sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi yang buta adalah hati yang didalam dada.”

2) Akal.
Akal menjadi sendi kemenangan sekiranya ia dapat melihat, mengetahui dan membezakan yang hak dan yang batil. Firman Allah dalm surah faathir: bermaksud "... sebenarnya Yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang Yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.
Oleh sebab demikian kita dituntut oleh islam untuk menuntut ilmu, mendalami agama supaya akal dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk di sisi Allah dan agama Islam.

Sabda rasulullah SAW:“kelebihan orang yang berilmu berbanding dengan orang beribadat samalah dengan kelebihanku dibandingkan dengan orang yang paling rendah di kalangan sahabatku.”
Juga sabda Nabi lagi kepada Ali: “jika manusia menghampirkan diri kepada Allah dengan melakukan pelbagai amal kebajikan, hampirkanlah dirimu kepada Allah dengan ilmu.”
“Sesunguhnya ilmu itu hanya didapati daripada belajar dan kefahaman itu daripada mendalami, barangsiapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan, Allah akan memberikannya kefahaman tentang agama.” (hadis riwayat Askari daripada Anas bin Malik)

Cahaya akal tidak dapat dipadamkan oleh sesuatu pun kecuali maksiat, kekal dalam maksiat, terang-terangan melakukan maksiat dan tidak bertaubat setelah melakukan maksiat, kerana Rasulullah pernah memberitahu bahawa sesiapa yang melakukan dosa, akal akan berpisah daripadanya dan tidak akan kembali kepadanya buat selama-lamanya.

Sabda rasulullah SAW: “sesungguhnya syaitan itu berlari dalam diri anak adam seperti mengalirnya darah, oleh itu sempitkanlah laluan syaitan dengan berlapar.” ( hadis riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim.)

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa syaitan bagi orang mukmin bertemu dengan syaitan bagi orang kafir dan didapati syaitan bagi orang mukmin kurus dan syaitan orang kafir gemuk. Lantas syaitan orang kafir menanyakan syaitan mukmin kenapa kamu kurus dan dukacita, jawab syaitan orang mukmin: “ aku mendampingi seseorang untuk menggodanya, apabila hendak makan dia menyebut nama Allah, jadi aku berlapar, apabila handak minum dia menyebut nama Allah, jadi aku kehausan dan apabila beliau memakai pakaian beliau menyebut nama Allah, dengan itu aku bertelanjang. Apabila dia memakai munyak rambut dia menyebut nama Allah, sebab itulah aku kusut masai. Syaitan kafir pun terus menjawab : “tetapi aku mendampingi orang tidak melakukan sedikitpun apa yang kamu sebutkan itu. Oleh itu aku berkongsi dengannya makananya, minumannya, pakaiannya.”

Benteng pertahanan orang islam yang beriman kepada Allah adalah dengan beristighfar, berzikir, membaca Al-Quran, menjauhi sifat tergesa-gesa dan berhati-hati dalam dalam semua perkara. Rasulullah pernah bersabda: “ terburu-buru itu daripada syaitan dan berhati-hati itu daripada Allah.”

PENUTUP
Oleh yang demikian, sahabat-sahabiah sekalian, rakan taulan, marilah kita muhasabah diri, di mana kita sebenarnya, adakah hari ini lebih baik daripada semalam? Adakah iman kita bertambah atau berkurang? Atau di tahap yang sama?... “perbaikilah dirimu dan serulah orang lain”.. W/A


(Klik untuk baca selanjutnya)

Tuesday, December 8, 2009

Islam dan Demokrasi : Suatu Pencerahan

ISLAM DAN DEMOKRASI

Assalamualaikum warahmatullah

Bismillah walhamdulillah...

Seringkali menjadi persoalan di minda, adakah demokrasi adalah suatu yang diasaskan oleh Aristotle itu adalah demokrasi yang diamalkan kini di Malaysia, adalah haram? Perbincangan ringkas di bawah menjawab persoalan demokrasi yang di amalkan di Malaysia.

Politik islam

Konsep politik Islam adalah dengan memahami kaedah syarak mengikut prinsipnya. Konsep pelaksanaannya perlu bijaksana mengikut situasi dan realiti yang hasrus dipraktikkan dan ketegasan pada tempatnya yang sewajarnya.

Imam Ibnu Al-Qayyim menjelaskan;
Imam Syafei menegaskan, “tiada politik melainkan menepati hukum syara’.”
Ibnu Uqail menyatakan, “politik itu adalah tindakan yang menghampirkan kepada maslahat yakni membawa kebaikan dan menjauhkan daripada keburukan, sekalipun tidak dinyatakan oleh Nabi SAW, dan tidak ada wahyu mengenainya. Apabila bermaksud ‘melainkan menepati hukum syara’, bermaksud tidak menyalahi hukum syara’. Itu adalah betul. Kalau dikatakan bahawa tiada politik itu, melainkan mestilah disebut syara’ iaitu secara nas, maka salah dan menyalahkan para sahabat, kerana berlaku perkara-perkara ini di kalangan para khulafa’ Ar-Rasyidin dan disertai para sahabat.

Kita lihat contoh:
Semasa pemerintahan khalifah Umar, pemilikan tanah kepada para petani bukan islam di wilayah yang diperintahkan pleh orang islam, yang sebelumnya mereka hanya menjadi petani kepada tanah milik bangsawan. Bagi orang islam mereka dikenakanzakat pertanian, bagi yang bukan islam pula mereka dikenakan ‘usyur. Beliau juga menukar imbuhan kesamarataan yang dilakukan pada zaman Nabi dan Abu Bakar.

Khalifah Uthman pula memerintahkan supaya azan jumaat dilakukan 2x kerana masyarakat di zamannya lambat datang ke masjid. Imam Abu hanifah meletakkan syarat meneroka tanah wajib mendapat kebenaran kerajaan, walaupun hadis ada menyebut :

“sesiapa yang meneroka tanah yang mati (tanpa milik) menjadi haknya”

Hadis ini wurud kerana Nabi SAW berada di bumi hijaz yang tidak ramai penduduk dan tanahnya yang sukar diteroka kerana keadaan berpad ang pasir.

Politik Islam melibatkan cara pelaksanaan hukum supaya lebih cermat, bijaksana dan adil serta menghadapi perkara baru yang muncul dalam masyarakat. Ia memerlukan penterjemahan pelaksanaan hukum Allah yang memberi kebahagiaan di dunia dan di akhirat.



Demokrasi barat

Demokrasi tercetus apabila pemerintah berkuasa mutlak (diktator) dan mengamalkan teokrasi. Kebencian rakyat kepada pemerintah, kezaliman secara fitrah dan dengan itu lahirlah fikrah betapa perlunya rakyat diberi hak dalam urusan pemerintahan.

Demokrasi diamalkan oleh negara-negara barat termasuklah perancis, England, Switzerland dan lain-lain. Demokrasi terbahagi kepada 3 jenis iaitu:
• Demokrasi langsung: (Athen)Rakyat yang berhak bersuara hanya di kalangan lelaki merdeka dan cukup umur yang ditetapkan dikumpulkan beberapa kali dalam setahun secara berkala bagi membincangkan kepentingan umum, membuat undang-undang, berbincang berkaitan peperangan, perdamaian, perjanjian, melanti hakim dan sebagainya. Tetapi ia hanya berlaku secara teori bukan praktikal.
• Demokrasi perwakilan: Demokrasi berparlimen melalui pilihanraya iaitu rakyat memilih wakil-wakil mereka dan seterusnya wakil-wakil yang berjaya dipilih membentuk kerajaan.
• Demokrasi secara langsung dan tidak langsung: rakyat memilih wakil mereka melalui pilihanraya dan pengutan suara diadakan dengan rakyat mengundi bagi menyatakan persetujuan.

Prinsip demokrasi

Prinsip demokrasi yang diamalkan adalah kekuasaan rakyat termasuklah kebebasan dan hak, dan kesamarataan.
Ia tidak lain tidak bukan iaitu meletakkan kuasa pemilihan pemimpin oleh rakyat yang dipimpin itu sendiri.

Demokrasi yang diamalkan sedikit demi sedikit mengalami perubahan mengikut kesesuaian keadaan dan situasi. Walaupun demikian mereka ditelan dengan ujian duniawi. Demokrasi barat lebih memperjuangkan hak individu dan kebebasan serta masih memberi kebebasan beragama walaupun agak terhad dan kebanyakkannya telah diselewengkan. Bagi komunis pula, ia lebih menumpukan kepada ekonomi dan kebendaan dan hilangnya hak rohani dan individualistik menyebabkan kehidupan tidak seimbang.



Islam dan demokrasi

Demokrasi yang dibawa oleh barat ini menunjukkan persaamaan dengan apa yang dianjurkan oleh Islam dan sifat fitrah iaitu berkehendakkan kebebasan, membenci penindasan dan kekejaman.Persamaan ini boleh dilihat dalam agama kristian yang dianuti barat kerana masih ada saki-baki agama samawi oleh mereka. Allah mengurniakan akal kepada manusia akal dan meletakkannya di tempat yang mulia, sementara Islam menentukan kenijaksanaan akal dengan panduan syara’.

Islam bersifat terbuka kepada sebarang kebijaksanaan walaupun ia datang daripada idea luar. Nabi SAW bersabda :
“ kebijaksanaan itu barang tercicir kepunyaan orang beriman, maka di mana sahaja dia menemuinya, dialah yang berhak mengambilnya”

Pada zaman jahiliyyah, Nabi SAW menerima peristiwa yang berlaku di rumah Abdullah bin Jud’an di Mekah yang dihadiri bapa saudara Nabi iaitu pakatan membela orang-orang Islam yang dizalimi, iaitu Halful Fudhul. Nabi bersabda: “ sekiranya Halful Fudhul ini dilakukan di zaman Islam, saya menyertainya.”

Ketika pemerintahan khalifah Umar, Islam berjaya menjatuhkan dua kuasa besar iaitu Rom dan Parsi. Umar mendapati ada beberapa perkara dalam pentadbiran kedua-dua negara itu boleh dijadikan contoh baik seperti pembahagian jabatan dan sistem imbuhan dan Umar mengambil keputusan menirunya.
Perubahan yang baik adalah hudayah daripada Allah kepada Rasul yang dilantik di kalangan manusia terbaik pada zaman masing-masing.

Peristiwa menggali parit ketika perang Ahzab adalah pandangan Salman Al-Farisi.

Peristiwa Hijrah Nabi ke kota madinah juga menggunakan penunjuk jalannya adalah orang musyrik.

Kerajaan islam madinah oleh Rasulullah memberi hak kebebasan kepada rakyat secara mesyuarat,nasihat, mengajak kepada kebaikan dan menghalang kejahatan, tiada paksaan dalam beragama, memberi perlindungan kepada orang-orang yang dizalimi.

Semua ciri-ciri ini wujud dalam demokrasi barat, yang sebenarnya telah lama diterapkan dalam sistem Islam.

Sikap umat islam terbahagi kepada 3 golongan terhadap demokrasi :
1) golongan yang menerima secara mendadak kerana dipengaruhi pemikiran sekular
2)golongan yang menolak secara mendadak kerana menganggap semua yang asing wajib ditolak.
3)golongan yang berijtihad dengan gerakan Islam termasuklah gerakan ikhwanul muslimin,parti Islam di Turki, pakistan, indonesia,pas di malaysia dan lain-lain lagi.

Demokrasi ini diakui diterima menjadikannya sebagai wasilah untuk menegakkan Islam. Ini kerana amalan demokrasi ini banyak persamaan (dengan zaman kerasulan)dan ia boleh dinilai secara pembaharuan dan islah mengikut prinsip Islam yang jitu. Secara lahiriahnya banyak persamaan dengan islam dari segi hukum, objektif dan sejarah. Tetapi ideologi ciptaan manusia ini dipengaruhi oleh kelemahan pelaksananya, manusia yang tidak lari daripada sifat tidak sempurna. Oleh sebab itulah ia mengalami perubahan demi perubahan.

Persamaan antara demokrasi dengan islam adalah merangkumi:
1) Menolak diktator
2)Permesyuaratan
3)Kebasan bersuara
4)Hisbah
5)pilihanraya- Tidak ada dalil pemilihan khalifah selepas wafatnya Nabi SAW mengenainya. Cara pemilihan khulafa’ rasyidin berubah mengikut keadaan dan mendapatkan pendapat umum.
• Khalifah Abu bakar dibaiah setelah belaku musyawwarah dan sepakat kerana paling berilmu, berpengaruh dan mempunyai pengaruh yang kuat.
• Khalifah Umar pula dicalonkan oleh Abu Bakar sebelum beliau meninggal dunia
• Khalifah Uthman dan khalifah Ali bi Abu Talib pula secara musyawwarah yang berlainan sedikit mengikut keadaan dan situasi yang telah berubah.

6)pendapat majoriti-tetapi bagi islam, pendapat minoriti juga tidak di sia-siakan.


Manakala perbezaan demokrasi dan islam pula adalah:
1)Hubungan agama dan politik. Islam tidak sama sekali memisahkan politik dengan agama berbanding demokrasi barat memisahkan kuasa pemerintahan dengan kuasa paderi(agama).
2)Permesyuaratan. Dalam demokrasi barat hanya menekankan aspek politik sahaja. Manakala dalam islam ditekankan seluruh aspek termasuk ibadah.
3)Ketuanan atau kekuasaan rakyat. Dalam islam tiada kuasa mutlak, kerana ia hanya milik Allah.
4)Demokrasi barat tidak terikat dengan agama dan akhlak, bahkan dikuasai hawa nafsu.
5)Hanya menghormati pandangan majoriti, tetapi Islam mengambil berat juga dengan pandangan minoriti yang berilmu.

Gerakan Islam dan demokrasi

Seluruh para pemimpin dan sarjana Islam, gerakan islam di seluruh dunia yang lahir melalui gerakan pembaharuan, berijtihad menyertai pilihanraya melalui demokrasi. Menolak mudharat kecil bagi manfaat yang besar. Islam meletakkan perkara ini dalam skop ijtihad yang perlu dikaji secara mendalam bagi menentukan hukum dan hendaklah berpandukan kaedah para sarjana Islam usul.
“menghukum sesuatu perkara itu adalah cabang yang lahir daripada tasawufnya hakikatnya secara terperinci.”

Secara kasarnya kita dapat melihat kelemahan yang berlaku dalam sistem pilihanraya dalam demokrasi, namun gerakan islam masih menyertainya kerana kelemahan itu adalah perkara sampingan yang boleh diatasi bukan sifat demokrasi. Penyertaan ini kerana terdapat beberapa perkara dalam sistem demokrasi yang memestikan gerakan islam masuk ke gelanggangnya.

Antaranya adalah :
Kaedah berdepan secara damai : Kaedah ini ditunjukkan dalam Al-Quran dan sunnah Nabi SAW. Pendekatan secara kekerasan dilakukan apabila tiada ruang lagi untuk bersuara. Demokrasi memberi peluang untuk umat Islam bersuara dan peluang ini perlulah dimanfaatkan sebaik-baiknya.
Menyeru kepada kebaikan dan menentang kemungkaran : Demokrasi memberi ruang berperlembagaan dan undang-undang. Ia mengajak masyarakat menegakkan kuasa pemerintahan dengan menubuhkan kerajaan yang mampu mengubah dengan tangan melalui perlaksanaan undang-undang atau menjadi pembangkang yang dapat menyatakan dengan lidah dan tulisan.
“jihad yang paling afdal adalah mengucap keadilan kepada kerajaan yang zalim”
Pelaksanaan Islam: Beberapa perkara di dalam demokrasi dapat dicontohi dan memberi peluang dakwah memperbaiki dengan petunjuk Ilahi. Dalil-dalil yang umum dan perkara yang tiada dalil perlu menggunakan ruang ijtihad menangani perkara baru. Peristiwa pemilihan khulafa’ Rasyidin menunjukkan syura mengalami pembaharuan dan meninggalkan bahan hukum islam yang kaya untuk diolah sepanjang zaman. Nabi SAW dan para khulafa’ rasyidin menerima dengan terbuka dalam urusan duniawi yang tidak ada dalil qat’ie atau thawabit. Ijtihad dilakukan sejak zaman nabi lagi, contohnya seperti apabila dihantar Muaz bin jabal ke yaman untuk menyampaikan Islam, apabila beliau tidak mendapatkan hukum daripada Allah dan rasul, beliau berijtihad dan Nabi SAW menerimanya. Imam malik juga menegaskan di tempat lain, semua pendapat boleh diterima dan diolak kecuali pendapat Nabi SAW. Imam malik jga menegaskan Nabi dan para sahabat maerantau ke seluruh pelosok, masing-masing dengan ilmu tersendiri, kalau dipaksa berpegang pada satu pendapat sahaja munkin membawa bencana besar. Demokrasi memberi ruang untuk memilih pemimpin dan kebebasan bersuara bagi memilih kerajaan yang adil dan memberi peluang kepada pendukung Islam bagi mencapai cita-cita islam.

Penutup

Oleh yang demikian, jelaslah kepada kita bahawa demokrasi adalah sepakat para sarjana islam , gerakan islam yang bercita-cita tinggi mahu menegakkan negara islam, sebagai wasilah untuk mencapai matlamat tersebut. Tanggungjawab kita semua yang memahami tugas ini adalah tidak lain tidak bukan adalah untuk bersama-sama bergerakerja dengan gerakan ini untuk sama-sama mencapai cita-cita murni untuk islam. Urusan politik adalah sebahagian daripada kewajipan yang dilaksanakan oleh para rasul dengan perintah Allah, kita semua adalah penyambung rantai perjuangan yang ditinggalkan oleh Rasulullah. Ayuh kita bersama-sama berjuang menegakkan kebenaran dan meruntuhkan kebatilan, mendirikan negara islam, menjatuhkan negara thagut. ALLAHUKBAR3X!!!.

*ringkasan daripada buku "islam dan demokrasi" oleh TG Haji Abdul Hadi Awang..
sebarang perbincangan amat dialu2kan, letakkan ilmu mendahului emosi...W/A..


(Klik untuk baca selanjutnya)

Saturday, November 14, 2009

:: Walimatul Urus ::




Bismillah walhamduliLLAH, agak sudah lama tidak update blog ini..Alhamdulillah posting kali ini khas ditujukan kepada bakal-bakal pengantin baru yang bakal melangsungkan pernikahan pada musim cuti ini pada kali ini...Selamat menempuh kehidupan baru yang lebih mencabar dan semoga berada dalam redhaNYA selalu...

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "
- Ar-Rum : Ayat 21

RasuluLLAH bersabda:
"Apabila berkahwin seseorang itu, maka sempurnalah separuh agamanya, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah S.W.T untuk selebihnya."

Apabila telah berkahwin antara kaum adam dan hawa, beerti dibahunya terpikulnya suatu beban yang berat,iaitu tanggungjawab mengurus rumahtangga,tanggungjawab sebagai suami/isteri,tanggungjawab sebagai ibu/ayah dan tanggungjawab supaya didikan agama diterapkan dan diamalkan dalam keluarga.


Kewajipan Suami

1. Suami adalah ketua kelualga, pelindung isteri dan anak-anak. Sebagai pelindung keluaiga dan ketua unit masyarakat yang kecil ini, suami berkewajipan mengawal, membimbing, menentukan tugas, menyelaraskan kewangan, berusaha mencari keperluan hidup keluarga dan berusaha menyediakan faktor-faktor kebahagiaan dan keselamatan keluarganya.


2. Dia wajib menyediakan rumah kediaman, pakaian dan makan minum keluarga. Dia wajib mengajar anak isterinya dengan hukum-hukum agama. Kalau tidak mampu mengajar sendiri dia wajib menanggung biayanya. Dalam hal ini suami yang bijak awal-awal lagi akan memilih isteri yang beragama. Dengan itu dapat meringankan beban dan kewajipannya mengajar agama kepada isterinya. Isteri yang beragama itu, pasti dapat bekerjasama mendidik anak-anak dalam kehidupan beragama.


3. Pentadbiran suami di dalam iumahtangga hendaklah berdasarkan rahmah (kasihan belas) berakhlak dan contoh yang baik. la bertanggungjawab di hadapan Allah S.WT. terhadap keluarganya. Bersikap baik dan adil di dalam mengendalikan nunahtangga adalah penting. Rasulullah s.a.W mensifatkan orang yang baik ialah orang yang baik kepada ahli rumahnya.


4. Suami hendaklah mengasuh isteri dengan baik. Rasulullah s.a.w. menyifatkan kaum wanita sebagai amanah Allah S.W.T. Amanah itu hendaklah dijaga dengan cermat. Misalnya jika kita diamanahkan sesuatu barang dan barang itu rosak di tangan kita, tentulah ia akan melibatkan nama baik kita. Sebab itu Rasulullah s.a.w. berpesan supaya bersikap baik terhadap wanita dan sentiasa memesan mereka supaya berkelakuan baik.


5. Tanggungjawab suami adalah penting di dalam membina keluarga. Tidak sah pernikahan orang yang tidak boleh mengendalikan urusan rumahtangga seperti pernikahan kanak-kanak dan orang gila. Adapun orang yang gila (safah) yang ditahan dari mengurus harta benda dan dirinya, tidak sah berkahwin melainkan dengan izin walinya. Orang yang mempunyai keinginan berkahwin tetapi tidak sanggup menyediakan mahar dan nafkah tidak digalakkan berkahwin, kata AI-Syafiyyah, sunat tidak berkahwin bahkan hendaklah berpuasa kerana puasa itu penahan keinginan.


Demikian juga orang yang tidak mempunyai keinginan dan hendak menumpukan perhatian kepada ibadah tidak digalakkan berkahwin. Ulama berselisih pendapat mengenai orang yang tidak mempunyai keinginan yang mampu menyediakan makan dan nafkah dan tidak Dula hendak menumpukan seluruh hidupn-y-a- kepada ibadat sahaja. Menurut satu pendapat, tidak disunatkan. Menurut pandapat lain sunat ia berkahwin.


Kita dapat melihat dengan jelas bahawa perkahwinan itu hanya digalakkan bagi mereka yang sanggup menunaikan tanggungjawab. Apabila berkahwin, menunaikan tanggungjawab kepada keluarga adalah wajib.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Kewajipan Isteri
Apabila suami sebagai ketua di dalam lumahtangga, maka isteri itu timbalannya yang mempunyai tugas dan tanggungjawab tertentu. Di antara tanggungjawab isteri ialah:


1. Bergaul dengan suami secara baik. Menurut ulama Mazhab As-Shafie, wajib bagi isteri menggauli suaminya dengan baik.


2. Mengendalikan kerja-kerja rumah. Menurut riwayat Janzani, Rasulullah s.a.w menentukan kewajipan anaknya Fatimah mengurus rumah dan Ali mengurus kerja-kerja di luar rumah. (AI Mar'ah fi Tasawwuri Islam, m.s 105, oleh Abdul Muta'al AI Jibry).


3. Berhias untuk suami. Isteri hendaklah sentiasa berada di hadapan suami dalam keadaan menarik dan kemas. Dengan itu suami menjadi terhibur ketika di sampingnya. Tugas ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik oleh isteri kecuali mereka yang faham dan benar-benar perihatin.


4. Pujuk memujuk adalah penting dalam kehidupan rumahtangga. Ibn al-Aswad AI-Dualy berkata kepada isterinya:
'Apabila kamu melihat aku marah, tenangkanlah aku. Apabila aku melihat kamu marah, aku pula menenangkan kamu. Jika tidak janganlah kita bersama-sama. '


5. Isteri hendaklah taat kepada suami. Di dalam sesuatu tindakan, jangan sekali-kali membelakangkan suami, kerana dia ketua rumah-tangga. Jika hendak keluar rumah mestilah mendapat izin dari suami terlebih dahulu. Isteri pula hendaklah memahami tugas dan kewajipan suami di luar. Sekiranya ke@a itu untuk Allah S.W.T. dan RasuINya, ia mestilah menyokongnya, memberi galakan dan semangat dan menasihatinya supaya tidak berputus asa.


6. Wanita hendaklah sentiasa menjaga kehormatan diri dan nama suami. Wanita yang menjaga kehormatannya dianggap oleh Rasulullah S.A.W. sebagai wanita yang baik dan patut menjadi ukuran bagi lelaki yang hendak memilih isteri.


Inilah di antara kewajipan isteri terhadap suami. Apabila setiap pihak menunaikan tanggungjawab, akan berkembanglah mawaddah atau kasih sayang. Batas-batas dan tanggungjawab suami isteri ini ditetapkan oleh Islam sebagai peraturan yang bertujuan mengukuhkan kehidupan dan hidup di dalam suasana ibadah kepada Allah S.WT. Rumahtangga akan hancur jika sekiranya setiap pihak mengabaikan tanggung-jawabnya. Dengan mengamalkan prinsip agama dengan betul, akan wujudlah keluarga bahagia yang merupakan tahap pertama pembentukan masyarakat Islam.

“ Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “
Doa Nabi Muhammad pada hari pernikahan puterinya Fatimah Azzahra dengan Ali bin Ali Talib


Selamat Pengantin baru kepada kakakku Nurulasiah binti Mohd Razali & pasangannya Hafizuddin bin Hassan
InsyALLAH 4/12/2009 & 12/12/2009...
Moga kekal hingga akhirnya dan berada dalam redhaNYA..amiin.

p/s : InsyALLAH Solehah akan balik secepat mungkin tuk bantu persiapan di rumah...Asif jiddan..("_")











Pengantin Baru - DeHearty


(Klik untuk baca selanjutnya)

Sunday, November 1, 2009

Salam Imtihan


Assalamualaikum semua..

Disini, ana menyusun 10 jari, minta maaf jika ada slh silap sepanjang pershbtan,perkenalan dan sebagainya...dan salam Imtihan, moga dipermudahkan, lapang dada, tenang fikiran menghadapi dan menduduki final exm... All da bEst!!...




(Klik untuk baca selanjutnya)

Tuesday, October 27, 2009

U will be shocked!


(Klik untuk baca selanjutnya)

Saturday, October 24, 2009

Quran toilet paper Roll?????





AstaghfiruLLAHal 'azim....




(Klik untuk baca selanjutnya)

Saturday, October 17, 2009

Hint Final Exm (Numerical Method)

BismiLLAh walhamduliLLAH..

Ni sedikit hint utk mmbntu dlm kursus numerical method (TMC3043)

-paper ni mengambil masa slma 2jm 30 min
- jawab semua soalan (jawapan dlm 3 dp)

1) Finding roots
-newton
-secant
-bisection :tebhgi kepada (a) dan(b)

*be ready with formula derivation


2)Integration
-riemann Rf,Lf,Mf
-Trapezizoidal
-Simpons : (a) dan (b)

*ready with formula derivation

3)Numerical Differential Eq
-ODE
-RK4
-EM
-IEM

*step size

4)Polynomial interpolation
-lagrange polynomial


~hrp ianya membantu..slmt menempuh final exm kpd smua bakal mghadapinya~


(Klik untuk baca selanjutnya)

Tuesday, September 29, 2009

Jangan tanyakan tentang kehidupanku..



لا تسألوني عن حياتي
فهي أسرار الحياة
هي منحة .. هي محنة
هي عالم من أمنيات
قد بعتها لله ثم
مضيت في ركب الهداة


أما طريقي فهوا
قرآن .. وسيف .. وابتلاء
الله باركه وسار عليه قبلي الأنبياء
و مواكب الشهداء روته بأنهار الدماء
فإذا به روض ذكي في إطار من ضياء


أما مصيري فهو
مايرضي الإله وما يريد
الفوز بالنصر المبين
أو الشهادة والخلود
فإذا وجدت على الثرى
والعمر محدود الحدود
فكن البطولة والهداية
أو فيا بئس الوجود

Jangan tanyakan aku tentang kehidupanku
Ia adalah rahsia sebuah kehidupan
Ia adalah anugerah
Ia adalah ujian
Ia adalah dunia yang penuh dengan cita-cita.
Aku telah menjualnya kepada ALLAH,
Kemudian aku berjalan dalam barisan para pembawa petunjuk.

Jalan hidupku adalah Al-Qur’an,
Pedang dan ujian,
Allah telah memberkatinya dan para Nabi terdahulu telah melaluinya,
Para syuhada’ telah menyirami jalan ini dengan darah mereka,
Maka jadilah ia taman indah yang dikelilingi cahaya.

Sedangkan penghujung perjalananku adalah apa yang meredhakan Allah dan apa yang diinginkanNya,
Keuntungan dengan kemenangan nyata atau kesyahidan dan keabadian,
Jika engkau telah berada di muka bumi dan engkau tahu bahawa umurmu terbatas,
Maka jadilah pahlawan dan pembawa petunjuk,
Jika tidak alangkah buruknya kewujudanmu..

by: Muhammad Husayyan



(Klik untuk baca selanjutnya)

Wednesday, September 16, 2009

Salam Eid Fitri


Hari raya hari kemenangan buat ummat Islam

Salam Eid Fitri buat semua....salam kemaafan dari hujung rambut hingga hujung kaki...

maaf zahir batin





(Klik untuk baca selanjutnya)

Thursday, September 10, 2009

RabbAni : cAri pAsangAN



Cari Pasangan
Album :
Munsyid : Rabbani
http://liriknasyid.com


Mari-marilah
Dengarlah ini kisah silam oh kawan
Sangatlah berguna
Moga hidup aman bahagia

Di malam pertama jumpa mertua
Tersintak si jejaka di beritakan
Istrinya tidak sempurna rupa
Anggota zahirnya lumpuh semua
Tiada upaya mengurus diri

Terkejut si jejaka penuh persoalan di hatinya
Mungkinkah sudah jodoh itulah istrinya
Ibanya rasa hati
Namun tetap redha pada takdir

Asalkan punya iman itulah paling penting
Saat-sata perjumpa
Terpesona memandang
Benarkah istrinya Menawan sungguh cantik

Reff :
Cari-cari... carilah
Pasangan hidup betul-betul oh kawan
Bahagia berseri
Rumah tangga akan harmoni

Terhurai dijawablah oleh mertua
Zahirnya tak sempurna kiasan saja
Memberi makna sucinya diri
Wanita sholehah terpelihara

Terharu si jejaka tunduk bersyukur
Jangan mudah percaya harta pangkat dan rupa
Indahnya di mata berawaslah
Rasul sudah bersabda insan punya agama
Akhlaknya mulia fahamilah


(Klik untuk baca selanjutnya)

Sunday, September 6, 2009

AWAS!!.."The true Furqan" by american

Kitab ini adalah kitab palsu yang diterbitkan oleh org Amerika...




-Mengandungi 77 surah
Chapter A .............. The Blessing
Chapter 1 .............. The Opening
Chapter 2 ............... Love
Chapter 3 ............... Light
Chapter 4 ............... Peace
Chapter 5 ............... Faith
Chapter 6 ............... Truth
Chapter 7 ............... Oneness
Chapter 8 ............... The Messiah
Chapter 9 ............... The Crucifixion
Chapter 10 ............. The Spirit
Chapter 11 ............. The True Furqan
Chapter 12 ............. The Triune God
Chapter 13 ............. The Sermon
Chapter 14 ............. The Disciples
Chapter 15 ............. The Challenge
Chapter 16 ............. Predestination
Chapter 17 ............. The Apostates
Chapter 18 ............. The Believers
Chapter 19 ............. Repentance
Chapter 20 ............. Righteousness
Chapter 21 ............. The Purification
Chapter 22 ............. The Idols
Chapter 23 ............. Charity
Chapter 24 ............. Women
Chapter 25 ............. Marriage
Chapter 26 ............. Divorce
Chapter 27 ............. Adultery
Chapter 28 ............. The Table Spread
Chapter 29 ............. The Miracles
Chapter 30 ............. The Hypocrites
Chapter 31 ............. Murder
Chapter 32 ............. The Tribute
Chapter 33 ............. Lying
Chapter 34 ............. The Lost
Chapter 35 ............. The Brotherhood
Chapter 36 ............. Fasting
Chapter 37 ............. The Treasure
Chapter 38 ............. The Prophets
Chapter 39 ............. The Conspirators
Chapter 40 ............. The Illiterates
Chapter 41 ............. The Slanderers
Chapter 42 ............. Prayer
Chapter 43 ............. The Kings
Chapter 44 ............. The Evil One
Chapter 45 ............. Abrogation
Chapter 46 ............. The Shepherds
Chapter 47 ............. The Testimony
Chapter 48 ............. The Guidance
Chapter 49 ............. The Gospel
Chapter 50 ............. The Polytheists
Chapter 51 ............. The Judgement
Chapter 52 ............. The Threat
Chapter 53 ............. The Atrocities
Chapter 54 ............. The Sacrifice
Chapter 55 ............. Fairy Tales
Chapter 56 ............. Paradise
Chapter 57 ............. The Instigators
Chapter 58 ............. False Witnesses
Chapter 59 ............. Prosperity
Chapter 60 ............. The Poor
Chapter 61 ............. Inspiration
Chapter 62 ............. The Rightly-Guided
Chapter 63 ............. The Beatitudes
Chapter 64 ............. The Allies
Chapter 65 ............. The Recitation
Chapter 66 ............. The Infidels
Chapter 67 ............. The Seal
Chapter 68 ............. The Assertion
Chapter 69 ............. The Revelation
Chapter 70 ............. Plagiarism
Chapter 71 ............. The Diligent
Chapter 72 ............. The Marvels
Chapter 73 ............. The Argument
Chapter 74 ............. The Scale
Chapter 75 ............. The Spark of Intelligence
Chapter 76 ............. The Excellent Names
Chapter 77 ............. The Martyr
Chapter Z .............. Epilogue

kitab palsu

Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.( 17:88)

W/A..




(Klik untuk baca selanjutnya)

Thursday, September 3, 2009

Quranflash




(Klik untuk baca selanjutnya)

Download dari imeem?

Assalamualaikum...

sedikit perkongsian, macamana tuk download lagu-lagu daripada imeem..

1)install orbit downloader(paling mudah) ->download lagu menggunakan Internet Explorer

2)guna file2HD.com
manual penggunaan seperti dalam utube dibawah..selamat mencuba



syukran..W/A..


(Klik untuk baca selanjutnya)

Kemuliaan Ramadhan


(Klik untuk baca selanjutnya)

Tuesday, August 18, 2009

Ahlan Ya Ramadhan

Kemuliaan Ramadhan
Album :
Munsyid : UNIC feat In-Team
http://liriknasyid.com


# Ramadhan bulan ibadah
bulan kerahmatan dan keampunan
para malaikat merendahkan sayap
untuk menghitung pahala berganda

ramadhan bulan berpuasa
bulan kesabaran dan keinsafan
lapar dan dahaga mendidik jiwa
menundukkan nafsu
mengawal indera

*Pintu syurga dibukakan
ditutup pintu neraka
dibelenggu syaitan yang durjana
dihentikan azab di pusara

**bersyukurlah pada rahmat-Nya
(Ya ramadhan)
dikurnia bulan yang mulia (ya ramadhan)
beruntunglah bagi mereka yang
mendapat keredhaan-Nya(ya ramadhan)
tiap satu pahala ibadah
tujuh puluh ia digandakan
10 akhir ramadhan
dikurniakan lailatul Qadar
malam yang terbaik
diumpamakan seribu bulan

ulang #
ulang *
ulang**


(Klik untuk baca selanjutnya)

Monday, August 17, 2009

Pendidik VS hiburan melalaikan ..

Assalamualaikum warahmatullah...

Majlis Konvokesyen ke -11 terus berlangsung seperti yang dirancangkan dan pada hari ini 13 Ogos 2009, penganjur menampilkan Faizal Tahir sebagai artis jemputan. Sangat melucukan dan memalukan apabila institusi yang bakal melahirkan pendidik menjadikan artis Faizal Tahir sebagai idola. Wajarkah??..IDOL dalam bahasa Inggeris membawa maksud patung; berhala; pujaan; orang atau benda yang terlampau disanjung. Beginilah jadinya apabila minda kita sudah ditawan dan boleh dikatakan Barat sudah berjaya menjajah pemikiran kita sekarang. Lihatlah betapa artis disanjung bahkan dijadikan sebagai idola. Mahukah guru sekalian melahirkan artis atau generasi yang rosak akhlaknya?..atau guru-guru sekalian mahu melahirkan jurutera?,peguam?,doktor? Ahli falsafah?alim ulama’? ..
jawapannya ditangan guru-guru sekalian..




Inikah idola kita????

Kesan daripada hiburan melampau inilah membuatkan bangsa kita gagal melahirkan golongan profesional, jika ada pun, hanya segelintir sahaja dan majoritinya lalai dalam alam keseronokan dunia yang hanya sementara.


Memetik kenyataan Presiden Persatuan Pengguna UPSI dalam blog peribadi beliau (http://www.myahmadfathi.blogspot.com/) yang bertajuk Minda ditawan hedonisme, pembunuh nilai intelektual pendidik yang banyak menyentuh berkaitan kesan budaya hedonisme khususnya buat bakal pendidik.


“Hedonisme berasal dari perkataan Yunani iaitu hedone bererti kesenangan (keseronokan) dan isme beerti fahaman. Lalu disimpulkan maksudnya sebagai suatu kefahaman yang dimiliki individu sehingga perilakunya dimotivasi oleh keinginan untuk mencapai keseronokan iaitu hedone yang perkembangan selanjutnya menyebabkan seseorang mengambil jalan keseronokan dan mengelakkan kesusahan dan kesengsaraan.

Ramai menggunakan hujah bahawa hiburan dalam bentuk konsert seperti semalam bukanlah sesuatu melampau. Saya tidak mahu menghuraikan perihal itu namun sebaliknya apa yang mahu dinyatakan ialah kesan keatas pemikiran dari budaya tersebut menyebabkan berlaku doktrin terhadap budaya dan pemikiran untuk mengambil kesenangan dan takut serta mengelakkan dari mengambil kesusahan. Sejak beradanya saya selama dua tahun di UPSI ini , budaya (konsert) ini berterusan setiap tahun dan sesi konvokesyen sehingga hari ini. Maknanya doktrin (konsert) ini sudah agak lama bertapak dan sudah menjadi budaya.

Hasil doktrin untuk sentiasa berada dalam keselesaan, mendengar muzik, bersantai, ber ’couple’, berkonsert, maka natijahnya melahirkan golongan yang mewah dan sentiasa selesa dengan kehidupan. Minda tawanan seperti ini akan mengakibatkan seseorang itu seakan-akan ular sawa yang kekenyangan lantas duduk berlingkar tanpa menghiraukan sekelilingnya’.
Jika kita predicting the future (anggarkan masa depan) apa yang akan berlaku jika minda tawanan hedonisme ini berada disekolah yang beraksi sebagai seorang guru? Lantas minda untuk membebaskan diri dari kesusahan ini akan diteruskan akibat doktrin hedonisme di universiti sudah menawan pemikiran mereka.

Lalu, natijahnya sikap tidak peduli itu timbul, asalkan aku selesa dapat gaji, biarkan pelajar mahu jadi apa sekali pun. Kesedaran atau consciousness tidak lagi wujud dalam minda untuk membebaskan remaja dari keruntuhan sosial pemikiran kerosakan akhlaq yang menggebu-gebu kini. Penangan budaya seronok ini amat dashyat dan kesannya bukan bersifat fizikal tetapi sebaliknya berbentuk pemikiran.

Kerana hakikat untuk membebaskan pelajar dari masalah sosial memerlukan pengorbanan yang tinggi, terpaksa sentiasa dalam kesusahan, membebaskan diri dari keseronokan dan terkadang mengorbankan kewangan. Kerana tidak cukup seorang guru hanya menjadi seorang pengajar tetap bukan pendidik.
Lalu akibat pemikiran hedonis ini, lahirlah guru yang senantiasa mengelak dari kesusahan mendidik maka kesannya lahirlah pelajar yang pandai tetapi tiada nilai (akhlaq atau moral), lahirlah pelajar yang semakin meningkat gejala sosialnya dari hari ke hari. Masakan seorang guru yang mindanya juga hedonis mampu melahirkan pelajar yang baik! Tidak logik kan .”



Bersama-sama kita fikirkan dan memartabatkan profesion perguruan.

Wassalam.


(Klik untuk baca selanjutnya)

Tuesday, August 11, 2009

UPSI mengundang bala ALLAH

Bismillah walhamdulillah..

Assalamualaikum warahmatuLLAH..

Tidak cukup dengan Bala H1N1, peringatan daripada ALLAH itu seperti tidak diambi iktibar dan pengajaran, sempena majlis konvokesyen kali ini, UPSI telah menjemput Jaclyn Victor (10 ogos) dan Faizal Tahir (13 ogos) untuk membuat persembahan... Inilah yang dikatakan mengundang bala Allah kembali..

Alhamdulillah, kumpulan kebajikan UPSI telah menunjukkan bantahannya pada malam td yang dimulai dengan solat hajat. Moga ia mendapat berkat dan redha ALLAH dalam usaha amar ma'ruf nahi mungkar. Wassalam.


Bantah konsert : Pro Kebajikan memenangi kemenangan moral <Upsikini>

Tanjong Malim, 11 Ogos – Siri bantahan pimpinan Pro Kebajikan bersama penyokongnya yang berusaha untuk melihat persembahan Jaclyn Victor malam semalam dibatalkan disifatkan di kalangan pemerhati sebagai kemenangan moral bagi mereka meskipun gagal merealisasikannya.

Pandangan itu dikeluarkan oleh pemerhati politik UPSI yang sebelum ini pernah menjadi komentator di beberapa artikel UPSIkini, saudara Ihsan.

Beliau yang menghubungi UPSIkini melalui e-mel mengatakan Pro Kebajikan telah memperoleh kemenangan moral dalam isu ini yang memperlihatkan bagaimana mereka berjaya mencetuskan suasana bimbang dan risau di kalangan penganjur.

Beliau turut mengulas tindakan penganjur yang terpaksa mengerah pengawal keselamatan dan pihak polis untuk memberi lebih perhatian kepada perjalanan program tersebut meskipun pada hakikatnya tidak ada sebarang bentuk provokasi yang berlaku.

Dalam pada itu, ulasnya, Pro Kebajikan berjaya mewujudkan suasana bimbang pada pihak penganjur apabila wujud cakap-cakap mengatakan sesuatu bakal berlaku semasa program tersebut berlangsung dan kesannya, pihak penganjur terpaksa membuat garis panduan dan pesanan berulang-ulang kali supaya semua hadirin menjaga tingkah-laku.

Sementara itu, tindakan protes senyap dengan beredar daripada tempat duduk sejurus penyanyi jemputan, Jaclyn Victor naik ke pentas juga dilihat memberi kesan kepada tetamu VIP yang hadir apabila ramai di kalangan mereka menyedari tindakan tersebut sebagai tanda protes.

Walau bagaimanapun, di akhir coretannya, Ihsan menganggap Pro Kebajikan masih belum mampu melahirkan individu yang berani untuk bersuara secara lantang dalam isu-isu yang dibangkitkan.


(Klik untuk baca selanjutnya)

Wednesday, July 29, 2009

H1N1(3)

Bismillah walhamduliLLAH..

Assalamualaikum warahmatuLLAH..

Semakin hari, semakin bertambah jumlah pesakit, orang yang demam, batuk, muntah-muntah dan sebagainya. Bertambah juga universiti tempatan ditutup, diberikan cuti dan dikuarantin(termasuk UPSI yang diisytihar kuarantin pada 1.00am 29/7/09, dan terbaru UPSI akan ditutup daripada 29 julai-9 ogos) sebagai langkah berjaga-jaga.

Pernah tak kita terfikir kenapa Allah menimpakan influenza ini?..tepuk dada tanya iman...jawapannya tidak lain dan tidak bukan adalah kerana bala ALLAH ke atas hambaNYA atas kemungkaran, kezaliman dan kemaksiatan yang dilakukan dan juga sebagai kifarah atas dosa-dosa tersebut.

Di riwayatkan bahawa ketika turun ayat : Man ya’mal suuán yujza bihi
( Siapa yang berbuat dosa pasti dibalas menurut dosa itu. ) Abu Bakar r.a. berkata : Ya Rasulullah , bagaimana akan dapat bergembira setelah ayat ini ? Rasulullah s.a.w. menjawab : Semoga Allah mengampunkan bagimu hai Abu Bakar.

Hai Abu Bakar ! Tidakkah kau sakit, tidakkah kau menderita kerana gangguan, tidakkah kau lelah, tidakkah kau berduka-cita, maka itu semua dari apa yang akan di balas.( Semua yang terkena padamu adalah sebagai penebus dosa ( Kifarah ).

Ali bin Abi Thalib r.a. berkata : Ketika ayat ini turun maka Nabi s.a.w. keluar dan bersabda yang bermaksud : Telah turun kepada Ku ayat yang bagi ummat-Ku lebih baik dari mendapat dunia seisinya, Lalu Nabi s.a.w. membaca : Man ya’mal suuán yujza bihi. ( Sesiapa berbuat dosa pasti dibalas menurut dosa itu. ) Kemudian Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya seorang hamba jika berbuat dosa, lalu menderita bala’ dunia, maka Allah tidak akan menyiksanya kedua kali.( Ya’ni kemurahan Allah tidak menyeksa hambanya dua kali ).


Fikir-fikirkanlah..betapa mendadaknya gejala sosial di negara kita sekarang, dan xmustahil penyakit dan virus ini sebagai kifarah atas dosa-dosa..

Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanad dari Ibnu Abbas r.a . Rasulullah SAW bersabda maksudnya :
Hai anak !Sukakah saya ajarkan kpd mu beberapa kalimat semoga Allah memberi man faat bagimu. Jawab Ibnu Abbas : Baiklah ya Rasulullah. Nabi s.a.w. bersabda :Jagalah perintah Allah nescaya Allah menjaga mu, dan jagalah larangan Allah kerana Allah selalu dihadapanmu, dekatkanlah diri kepada Allah diwaktu ringan dan senang, nescaya Allah menolongmu diwaktu kesukaran, Jika engkau minta maka mintalah kepada Allah, dan jika engkau minta tolong maka mintalah tolong dengan Allah. Telah kering apa yang telah ditulis oleh kalam dalam LAUH MAHFUDH tentang apa yang terjadi hingga hari qiyamat.Maka jika ada makhluk akan berbuat sesuatu yang berguna bagimu yang tidak ditakdirkan Allah bagimu,mereka tidak dapat berbuat itu, Demikian pula jika mereka berusaha akan mengganggu engkau dgn sesuatu yang tidak ditakdirkan Allah atasmu,tidak dapatr mereka berbuat itu. Beramallah kepada Allah dengan syukur dan yakin dan ketahuilah bahawa sabar menghadapi sesuatu yang tidak menyenangkan itu sangat baik. Dan kemenangan ituberserta kesabaran, Dan kelapangn itu berserta kesukaran Dan bahawasanya tiap-tiap kesukaran itu pasti akan ada kelapangan dan keringanan…


Dan juga peringatan buat kita semua, supaya bersangka baik (Husnu dzon) dengan ALLAH..
Marilah sama-sama kita mengesan, menganalisis, mengenalpasti, memuhasabah diri kita, bagaimana hubungan kita dengan ALLAH (Hablum minaLLAH) dan supaya sabar dengan ujian ALLAH, dan itu adalah tandanya ALLAH sayang kepada hambaNYA.

1) Jika si kaya berkata : Kekayaan itulah yang menyebabkan aku sibuk sehingga tidak sempat ibadah. Maka dijawab : Enkau tidak lebih kaya dari Sulaiman a.s. tetapi kekayaannya tidak melupakannya dari ibadah.
2) Jika hamba sahaya berkata : Kerana saya sebagai hamba sahaya maka tidak dapat bebas beribadah kepada Mu. Maka dijawab : Yusuf a.s. menjadi hamba sahaya tetapi kehambaannya tidak menghalangi untuk melakukan ibadah.

3) Jika si miskin berkata : Kemiskinanku itulah yang menghalangi aku dari beribadah kepada Mu. Maka dijawab : Engkau tidak lebih miskin dari Isa a.s. Tetapi Isa tidak terhalang dari melakukan beribadah.
4) Jika si sakit berkata : Penyakitku itulah yang menghalangi aku untuk beribadah. Maka dijawab : Penyakitmu tidak lebih berat dari penyakit Ayyub a.s., Tetapi ia tidak terhalang untuk beribadah kepada Ku.

Sehingga tidak ada alasan bagi orang yang akan beralasan di sisi Allah pada hari qiamat…

waLLAHu Taala 'a'lam...


(Klik untuk baca selanjutnya)

Tuesday, July 28, 2009

H1N1 (2)

Berita daripada Kementerian kesihatan malaysia

Pada 27 Julai 2009 sejumlah 49 kes baru influenza A(H1N1) dengan 1 kematian telah dilaporkan, semua kes adalah kes tempatan di kalangan warga negara Malaysia. Daripada 49 yang dilaporkan hari ini, 29 kes merupakan kejadian dari 9 kluster baru dan tiga belas (13) kes merupakan kejadian dari 4 kluster sedia ada. Tujuh (7) kes yang lain termasuk 1 kematian yang dilaporkan merupakan kes-kes sporadikatau terpencil.

Jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) di Malaysia sehingga 27 Julai 2009 adalah sebanyak 1,124 kes dengan 2 kematian. Daripada 1,124 kes yang dilaporkan tersebut, 574 (51%) merupakan kes import dan 550 (49%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1103 kes (98%) telah sembuh hanya 10 kes atau 1% sahaja yang sedang menerima rawatan anti-viral di hospital. Lapan (8) kes atau 1% mendapat rawatan antiviral di rumah.

Maklumat berkaitan 29 kes daripada 9 kejadian kluster baru influenza-like illness (ILI) adalah seperti berikut:

  1. Lima (5) kes daripada kluster di kalangan pelajar Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Kuala Sungai Baru, Melaka. Seramai 58 dari 1,477 orang pelatih dan kakitangan institut berkenaan telah dikesan mengalami gejala ILI sejak 23 Julai 2009. Sebanyak 11 sampel telah diambil secara rawak dan 5 (46%) daripadanya didapati positif jangkitan influenza A(H1N1). Kolej tersebut telah ditutup dari 25 hb Julai 2009 sehingga 1 Ogos 2009.

  2. Dua (2) kes dari kluster Sek Men Kebangsaan Batu Laut ,Tanjung Sepat, Kuala Langat, Selangor. Terdapat 18 pelajar dari keseluruhan 625 pelajar dan kakitangan yang mempunyai gejala ILI bermula dari 23 hb Julai 2009. Keputusan 5 sampel yang diuji untuk influenza A(H1N1) telah didapati 2 (40%) adalah positif dan susulan itu, sekolah tersebut telah ditutup bermula dari 23 hb Julai sehingga 30 Julai 2009.

  3. Empat (4) kes daripada kluster pelajar UiTM, Shah Alam, Selangor. Terdapat 282 pelajar mempunyai gejala ILI yang bermula dari 21hb Julai 2009. Sembilan (9) sampel diuji dan empat (4) (44%) didapati positif influenza A(H1N1). Universiti tersebut telah ditutup secara memberikan cuti semester lebih awal bermula dari 25 hb Julai sehingga 2 hb Ogos 2009

  4. Tiga (3) kes dari kluster Sekolah Menengah Kebangsaan Bako, Kuching, Sarawak. Terdapat 41 orang daripada 1549 warga sekolah yang mempunyai gejala ILI bermula dari 17 hb Julai 2009. Enam (6) sampel diuji dan 3 (50%) didapati positif influenza A(H1N1). Pejabat Kesihatan Daerah sedang meneruskan pemantauan kejadian ILI di sekolah ini.

  5. Tiga (3) kes positif dari sebuah kelas 5S3, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Katholik, Petaling Jaya, Selangor. Terdapat 4 pelajar daripada 49 pelajar yang mempunyai gejala ILI bermula dari 21 hb Julai 2009. Empat (4) sampel diuji dan 3 (75%) didapati positif influenza A(H1N1).

  6. Lima (5) kes didapati positif daripada kluster Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru, Johor. Terdapat 59 (6%) daripada 994 pelajar dan guru mempunyai gejala ILI bermula dari 22 hb Julai 2009. Sepuluh (10) sampel diuji dan 5 (50%) didapati positif influenza A(H1N1). Sekolah ini telah ditutup bermula dari 24hb Julai hingga 30hb Julai 2009

  7. Empat (4) kes didapati positif daripada kluster Sekolah Menengah Kebangsaan Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah. Terdapat 23 daripada 240 pelajar asrama yang mempunyai gejala ILI bermula dari 25 hb Julai 2009. Empat (4) sampel diuji dan kesemuanya (100%) didapati positif influenza A(H1N1). Sekolah ini telah ditutup bermula dari 26hb Julai hingga 2hb Ogos 2009.

  8. Satu (1) kes didapati positif daripada kluster Sekolah Menengah Agama, Kota Kinabalu, Sabah. Terdapat 6 daripada 470 warga sekolah yang mempunyai gejala ILI bermula dari 25 hb Julai 2009. Enam (6) sampel diuji dan satu (17%) didapati positif influenza A(H1N1). Sekolah ini telah ditutup bermula dari 26 hb Julai hingga 2 hb Ogos 2009.

  9. Dua (2) kes didapati positif daripada kluster Sekolah Menengah La Salle, Tg Aru, Sabah. Terdapat 4 daripada 800 pelajar yang mempunyai gejala ILI bermula dari 21 hb Julai 2009. Tiga (3) sampel diuji dan dua (67%) didapati positif influenza A(H1N1). Pejabat Kesihatan Daerah sedang meneruskan pemantauan kejadian ILI di sekolah ini.

Sementara 13 kes yang yang lain adalah seperti berikut;

  1. Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada yang melibatkan pelajar Sekolah Menengah Sains Lahad Datu, Sabah. Setakat ini terdapat 111 daripada 553 pelajar yang mempunyai gejala ILI. Sekolah telah mula beroperasi pada 27 Julai 2009. Pelajar-pelajar yang disahkan positif ini mempunyai gejala ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.

  2. Enam (6) kes daripada kluster sedia ada melibatkan pelajar Sekolah Menengah Sains Kota Kinabalu, Sabah. Setakat ini terdapat 106 daripada 562 pelajar yang mempunyai gejala ILI. Sekolah masih ditutup sehingga 31 Julai 2009. Pelajar-pelajar yang disahkan positif ini hanya mempunyai gejala ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.

  3. Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada melibatkan pelajar Institut Perguruan Tun Abd Razak (IPTAR), Samarahan, Sarawak. Setakat ini terdapat 60 daripada 1,055 warga kampus yang bergejala ILI. Pelajar-pelajar yang disahkan positif ini hanya mempunyai gejala ringan dan dirawat sebagai pesakit luar. Pengajian di kampus ini berjalan seperti biasa di bawah pemantauan Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan.

  4. Satu (1) kes daripada kluster sedia ada melibatkan peserta perkemahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 3 di Kem Pengakap Tehel Jasin, Melaka yang bermula dari 19hb Julai hingga 25hb Julai 2009. Setakat ini terdapat 274 daripada 1,500 peserta yang bergejala ILI. Kesemua kes dirawat sebagai pesakit luar.

Tujuh (7) kes yang lain dikategorikan sebagai sporadik atau terpencil di mana ia termasuk 1 kematian.

  1. Kes kematian yang dimaksudkan adalah merupakan lelaki, warga Malaysia berumur 46 tahun yang bekerja di Belgium dan telah berada di Malaysia pada 4 Julai 2009. Pada mulanya beliau sihat sehingga beliau bercuti bersama keluarga di Langkawi pada 13 Julai 2009 dan telah telah mula mengalami demam serta batuk. Sekembali dari Langkawi beliau telah mendapat rawatan di hospital swasta di Petaling Jaya pada 16 Julai 2009. Pemeriksaan x-ray dada telah menunjukkan beliau mengalami pneumonia. Kes telah dirujuk ke hospital swasta yang lain di Subang Jaya pada 19 Julai 2009 untuk rawatan di Unit Rawatan Rapi. Ujian sampel tekak telah buat pada 22 Julai 2009 dan sahkan positif influenza A(H1N1) oleh Institut Penyelidikan Perubatan pada 23 Julai 2009. Kes tersebut yang telah mengalami berbagai komplikasi telah meninggal dunia pada 26 Julai 2009 jam 12.35pm, dan penyebab kematian dicatatkan sebagai `Severe pneumonia with respiratory failure with septicaemic shock and acute renal failure’ setelah 7 hari mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi hospital swasta berkenaan. Seramai 18 kontak kes telah dikenal pasti dan hanya seorang sahaja yang bersimptom tonsilitis.

  2. Enam (6) kes tempatan yang lain yang dikategorikan sebagai sporadik terdiri daripada 3 kes yang dimasukkan ke hospital iaitu 1 kes pneumonia, 1 kes wanita hamil 5 bulan dan 1 kes pelajar remaja. Manakala 3 kes lagi mendapat rawatan pesakit luar terdiri daripada ahli keluarga yang sama. Kesemua kes ini dalam keadaan stabil.

Merujuk kepada situasi global, sehingga 27 Julai 2009, sejumlah 159,223 kes dengan 987 kematian telah dilaporkan daripada 158 negara. Peningkatan sebanyak 1,200 kes dengan 12 kematian berbanding dengan hari sebelumnya. Tiada pertambahan negara baru.

Untuk makluman talian hotline telah menerima sebanyak 35 pertanyaan pada 26 Julai 2009. Dua jenis pertanyaan yang paling kerap diajukan adalah seperti berikut untuk makluman orang awam.

  1. Vaksin influenza A (H1N1) belum dihasilkan lagi dan hanya dijangka akan berada di pasaran pada penghujung tahun ini. Tidak bermakna tanpa vaksin kita tidak boleh melindungi diri daripada jangkitan influenza A(H1N1). Cara yang paling berkesan untuk melindungi diri daripada jangkitan influenza A(H1N1) adalah mengamalkan kebersihan diri yang baik, seperti yang sering disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

  2. Orang awam terutamanya ibu-bapa masih ragu-ragu dan tidak jelas dengan gejala H1N1 dan tindakan yang perlu diambil oleh mereka. Tanda-tanda utama jangkitan influenza A(H1N1) adalah demam, batuk dan sakit tekak di mana kebiasaannya simptom adalah ringan dan boleh sembuh dengan sendiri. Walau bagaimana pun bagi mereka yang mempunyai tanda-tanda jangkitan yang semakin teruk seperti sakit dada, sesak nafas, demam yang tinggi serta perubahan pada tahap kewarasan hendaklah segera mendapat rawatan dan pemeriksaan di klinik berdekatan. Mereka yang bersimptom hendaklah sentiasa mengasingkan diri dan memakai mask muka di rumah untuk mengelakkan penularan penyakit.

Nasihat kepada orang ramai:

Kementerian Kesihatan akan terus memantau kejadian kes yang dimasukkan ke hospital dan juga kejadian kluster ILI. Orang awam termasuk institusi pendidikan dan tempat kerja diminta memberi kerjasama dengan melaporkan kejadian kes ILI (influenza-like illness) yang menunjukkan simptom selesema, batuk atau sakit tekak. Mereka yang mendapat gejala yang teruk atau berisiko tinggi perlu segera mendapatkan rawatan di hospital yang berdekatan.

Bagi memperlahankan penularan wabak ini, kerjasama orang ramai amatlah diperlukan untuk melaksanakan langkah-langkah berikut:

  1. Orang ramai diminta untuk terus dan sentiasa mengamalkan kebersihan diri terutamanya membasuh tangan secara rutin dan etika batuk. Mereka juga perlu mengamalkan social distancing (menjarakkan kedudukan sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu lain serta mengurangkan majlis perjumpaan).

  2. Mereka yang mempunyai tanda-tanda penyakit dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan daripada klinik-klinik yang berdekatan. Kes-kes yang bergejala ringan boleh berehat di rumah dengan sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran di tahap yang optimum. Mereka juga dinasihatkan memakai mask dan jika gejala bertambah teruk untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah telah di muat naik ke laman web Kementerian Kesihatan sebagai rujukan orang awam.

  3. Kejadian-kejadian jangkitan influenza-like illness (ILI) atau jumlah ketidakhadiran (absenteeism) di sekolah atau di tempat kerja yang luar biasa, hendaklah dilaporkan ke Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat untuk siasatan lanjut.

  4. Bagi pelajar yang terlibat dengan penutupan kelas atau sekolah termasuk intitusi pengajian tinggi, perlu dimaklumkan bahawa hanya mereka yang tiada bersimptom sahaja dibenarkan kembali ke tempat pengajian mereka. Mereka yang masih bersimptom perlu terus berehat di kediaman masing-masing sehingga sembuh atau tiada bersimptom. Tindakan ini perlu kerana mereka yang bersimptom masih mempunyai risiko untuk menularkan virus influenza kepada rakan karib mereka.

Maklumat influenza A(H1N1) termasuk aktiviti pencegahan boleh didapati melalui laman web Kementerian Kesihatan iaitu http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my ataupun melalui Talian Hotline influenza A(H1N1) Kementerian Kesihatan 03-88810200, 03-88810300, yang beroperasi antara 8.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari termasuk hari cuti dan kelepasan am.

Kementerian Kesihatan yakin dengan kerjasama dan penglibatan semua pihak, penularan influenza A(H1N1) di Malaysia dapat dibendung dengan sebaik mungkin untuk kesejahteraan semua.

Sekian dan terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR HAJI MOHD ISMAIL MERICAN

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Tarikh: 27 Julai 2009


(Klik untuk baca selanjutnya)
Related Posts with Thumbnails

DOWNLOAD BAHAN ILMIAH

حيا بالعربية

محادثة
@ يـَــا عـَــائِــشـَــة ُ، هـَـٰــذِهِ صـَــدِيـْــقـَــتـِــى خـَــدِيـْــجـَــة

@ Hai Aisyah, ini temanku Khadijah.

& أ َهـْــلاً وَسـَــهـْــلاً، كـَــيـْــفَ حـَــالـُــكِ يـَــا خـَــدِيـْــجـَــة

& Semoga anda menjadi keluarga kami dengan segala kemudahan, bagaimana khabarmu hai Khadijah?

@ أ َنـَــا بـِــخـَــيـْــر ٍ اَلـْــحـَــمـْــدُ لـِــلـَّــه، وَمـَــا اسـْــمُــكِ؟

@ Saya baik alhamdulillah, siapakah nama awak?

& إ ِسـْــمـِــى مـَــرْيـَــمُ بـِــنـْــت ُ الـْــحـَــاج ِ حـَــسـَــنْ

& Nama saya Maryam binti Haji Hasan.

@ مـَــا شـَــاءَ الله إ ِسـْــمٌ جـَــمـِــيـْــلٌ، أ َيـْــن َ تـَــسـْــكـُــنـِــيـْــن َ يـَــا مـَــرْيـَــمُ؟

@ Masya Allah nama yang bagus, di manakah awak tinggal hai Maryam?

& أ َسـْــكـُــن ُ فـِى رَقـْــم ِ ٤٨ مـِــنْ شـَــار ِع ِ مـِــيـْــلاَوَاتـِــىْ

& Saya tinggal di nombor 48 Jalan Melawati.

@ إ ِذ َن ْ بـَــيـْــتـُــكِ قــَــر ِيـْــبٌ مـِــنْ هـُــنـَــا

@ Kalau demikian rumah awak dekat sahaja dari sini.

& أ َجـَــلْ، مـِــائَــتـَــان ِ وَخـَــمـْــسـُــوْن َ مـِــتـْــرًا تـَــقـْــر ِيـْــبـًــا

& Ya, lebih kurang 250 meter dari sini.

@ هـَــلْ تـَــسـْــمـَــحـِــيـْــن َ لـِــى بـِــز ِيـَــارَتـِــكِ يـَــا مـَــرْ يـَــمُ؟

@ Apakah awak membolehkan saya mengunjungi awak hai Maryam?

& بـِــكـُــلِّ السـُّــرُوْرِ

& Dengan segala senang hati.

MARI BELAJAR BAHASA ARAB =)

BERSAMA MYKRK

ARAB MADINAH

ARAB INDO