Wednesday, April 20, 2011

Bait Ad-Dakwah



Bismillah walhamdulillah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdulillah wa syukur lillah atas nikmat islam, nikmat iman, nikmat kesihatan dan segala nikmat kurniaan Allah SWT. Syukur jg kerana di masa ini dilapangkan masa untuk serba sidikit berkongsi berkaitan alam rumahtangga. Nasihat ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang singgah di sini, InsyAllah.

Bagaimana hendak mencapai kebahagiaan dalam rumahtangga? Pasti beribu jawapan diberikan dalam konteks berbeza, di siniana ingin menyentuh dari konsep keimanan dan ketaatan. Bahagia itu hak milik Allah SWT, maka mintalah daripadaNya untuk kebahagiaan rumahtangga kita. Bagaimana mungkin Allah SWT ingin mengurniakan kebahagiaan itu kepada hambanya sedangkan hambanya tidak taat, patuh kepadaNya?Tepuk dada tanya iman. Diberikan kita 3 fasa iaitu sebelum perkahwinan, semasa perkahwinan dan selepas perkahwinan. Tempuhilah fasa-fasa ini dengan tidak melanggar syariat Allah SWT. Mujahadahlah untuk mencapai Mardatillah.

Fasa sebelum perkahwinan

Fasa ini termasuklah dari mengenali calon pasangan, merisik dan bertunang. Fasa yang perlu ditempuh dengan penuh keimanan dan taqwa kepada Allah SWT. Allah menjadikan kita manusia ini berbilang kaum dan menyuruh supaya berkenal-kenalan. Tetapi kita perlu ingat bagaimana cara pergaulan yang dibenarkan dan dilarang dalam agama Islam. Jangan biarkan ikatan suci pernikahan yang bakal didirikan dikotori dengan maksiat-maksiat, tegahan-tegahan daripada Allah SWT. Jangan biarkan dirimu wahai muslim yang beriman kepada ALLAH, sama perilakunya perbuatannya dengan orang yang tidak beriman. Jauhilah daripada keluar berdua-duaan (tanpa mahram yang dibenarkan syara') tanpa sebarang sebab munasabah. Jauhilah jua sebarang perbuatan-perbuatan yang melalaikan, kemungkaran, dosa-dosa kecil,apatah lagi dosa besar dan perkara-perkara yang menyebabkan syaitan/iblis memperoleh kemenangan hasil cucukan jarumnya.


Hendak ditekankan juga di sini bahawa semasa fasa ini, muslimin muslimat hendaklah persiapkan diri dengan ilmu rumahtangga seperti perlengkapkan dengan ilmu tanggungjawab sebagai suami, sebagai istri, sebagai ibu bapa dan sebagainya. Antaranya di sini:

Sebagai seorang suami:
1) Sebagai pemimpin, dengan ertikata memikul amanah sebagai ketua keluarga dan bertanggungjawab atas pimpinannya
2) Menyediakan nafkah
3) Sebagai pendidik dalam institusi keluarga, memberi nasihat dan bimbingan kepada isteri.
4)Memberi perlindungan, penjagaan dan kegembiraan kepada si isteri.
5)Menggauli isteri dengan baik

Sebagai seorang isteri:
1)Taat pada suami
2) Melayani suami dengan baik
3)Mengurus rumahtangga
4) Menjaga maruah diri, suami dan keluarga
5)Menyenangkan hati suami
6) Sebagai pendorong dan pemberi motivasi kepada suami

Dan juga ilmu-ilmu lain yang dituntut untukperkemaskan institusi kekeluargaan.


Fasa perkahwinan

Semasa fasa ini kita hendaklah menjaga batasan syariat yang telah digariskan supaya perkahwinan yang asalnya suci dicemari dengan dosa-dosa kemungkaran seperti tabarruj. Pada masa ini, perempuan ingin sekali kelihatan cantik kerana dialah raja pada hari tersebut. Sekali seumur hidup. Tetapi ingatlah bagi kita yang beriman kepada Allah dan Rasul, hari mulia ini bukan untuk dipertontonkan kecantikan. Automatik dikreditkan dosa kepada si suami dan si suami mendapat title "dayus" kerana isteri bertabarruj ini. Termasuk juga persandingan yang menjadi adat orang melayu, kenapa ianya haram, mari kita lihat sepintas lalu, ringkasan daripada kuliah Ustaz Azhar Idrus dan lain-lain :

1 - Bercampur lelaki dan perempuan
2 - Memperlihatkan aurat
3 - Menimbulkan riak
4 - Mengikut adat hindu
5 - Terdapat unsur khurafat (tepung tawar)
6 - Tabarruj

Tetapi jikalau untuk bergambar dengan keluarga ditempat tertutup maka ianya harus. Perlu diingat, kecanggihan kini hanya dengan satu klik foto-foto boleh tersebar luas. Bergambar ditempat tertutup tapi fotonya merata-rata di internet?? Tepuk dada tanya iman. Serupalah dengan orang-orang lain.

Perkara lain yang perlu diperhatikan semasa fasa ini ialah acara walimah tersebut. Adakah hari tersebut berlaku percampuran lelaki dan perempuan yang bebas,nyayian, tarian dan sebagainya yang dilarang syara'. Sebagai seorang muslim, mu'min, berhati-hatilah, jangan sampai hari mulia ini dikotori dengan kemaksiatan.

Fasa selepas perkahwinan

Pada fasa ini suami isteri perlulah saling mempercayai, tunaikan amanah sebagai suami, sebagai isteri, sebagai ibubapa sebaiknya. Setting niat perkahwinan untuk mencapai Mardhatillah, jadi jika apa-apa yang berlaku dalam rumahtangga kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Semuanya amanah daripada Allah SWT dan jangan lupa, selalulah berdoa untuk kekal bahagia hingga ke syurga. Amiin.


Semoga perkongsian di atas dapat memberi manfaat sedikit sebanyak kepada kita dalam menempuhi kehidupan sebagai mukmin yang ingin mencari keredhaan Allah SWT. Sakinah, Mawaddah Wa Rahmah. Amiin. Wallahua'lam.



(Klik untuk baca selanjutnya)
Related Posts with Thumbnails

DOWNLOAD BAHAN ILMIAH

حيا بالعربية

محادثة
@ يـَــا عـَــائِــشـَــة ُ، هـَـٰــذِهِ صـَــدِيـْــقـَــتـِــى خـَــدِيـْــجـَــة

@ Hai Aisyah, ini temanku Khadijah.

& أ َهـْــلاً وَسـَــهـْــلاً، كـَــيـْــفَ حـَــالـُــكِ يـَــا خـَــدِيـْــجـَــة

& Semoga anda menjadi keluarga kami dengan segala kemudahan, bagaimana khabarmu hai Khadijah?

@ أ َنـَــا بـِــخـَــيـْــر ٍ اَلـْــحـَــمـْــدُ لـِــلـَّــه، وَمـَــا اسـْــمُــكِ؟

@ Saya baik alhamdulillah, siapakah nama awak?

& إ ِسـْــمـِــى مـَــرْيـَــمُ بـِــنـْــت ُ الـْــحـَــاج ِ حـَــسـَــنْ

& Nama saya Maryam binti Haji Hasan.

@ مـَــا شـَــاءَ الله إ ِسـْــمٌ جـَــمـِــيـْــلٌ، أ َيـْــن َ تـَــسـْــكـُــنـِــيـْــن َ يـَــا مـَــرْيـَــمُ؟

@ Masya Allah nama yang bagus, di manakah awak tinggal hai Maryam?

& أ َسـْــكـُــن ُ فـِى رَقـْــم ِ ٤٨ مـِــنْ شـَــار ِع ِ مـِــيـْــلاَوَاتـِــىْ

& Saya tinggal di nombor 48 Jalan Melawati.

@ إ ِذ َن ْ بـَــيـْــتـُــكِ قــَــر ِيـْــبٌ مـِــنْ هـُــنـَــا

@ Kalau demikian rumah awak dekat sahaja dari sini.

& أ َجـَــلْ، مـِــائَــتـَــان ِ وَخـَــمـْــسـُــوْن َ مـِــتـْــرًا تـَــقـْــر ِيـْــبـًــا

& Ya, lebih kurang 250 meter dari sini.

@ هـَــلْ تـَــسـْــمـَــحـِــيـْــن َ لـِــى بـِــز ِيـَــارَتـِــكِ يـَــا مـَــرْ يـَــمُ؟

@ Apakah awak membolehkan saya mengunjungi awak hai Maryam?

& بـِــكـُــلِّ السـُّــرُوْرِ

& Dengan segala senang hati.

MARI BELAJAR BAHASA ARAB =)

BERSAMA MYKRK

ARAB MADINAH

ARAB INDO