Wednesday, December 24, 2008

Tafsir Pendidikan Surah An-Nur (1-3)




TAFSIR PENDIDIKAN SURAH AN-NUR (AYAT 1-3)

Maksud ayat

1. ini ialah satu "surah" Yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan Yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).
2. perempuan Yang berzina dan lelaki Yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya Dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa Yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang Yang beriman.
3. lelaki Yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan Dengan perempuan Yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan Yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki Yang berzina atau lelaki musyrik. dan perkahwinan Yang demikian itu terlarang kepada orang-orang Yang beriman.

Analisis lafaz
1) Surah (سورة) dari sudut bahasa bermaksud kedudukan yang tinggi dan tempat yang tinggi,
v Istilah: ia merupakan himpunan ayat-ayat yg mulia yg mempunyai permulaan dan penghujung seperti surah al-Kausar.
v Dinamakan surah kerana kemuliaan dan ketinggiannya sebagaimana “pagar” disebut سور kerana ia tinggi.

2) أنزلناها bermaksud: Kami wahyukan kepada kamu wahai muhammad. Rahsia digunakan kalimah itu supaya kita dapat merasakan kemuliaan al-Quran dan al-Quran itu datangnya dari atas (Allah). Sekaligus mengisyaratkan bahawa al-Quran ini bukannya ciptaan Muhammad sebagaimana yg didakwa oleh org Musyrik.

3) وفرضناها bermaksud kami wajibkan hukum-hakamn di dalamnya secara tuntas.

4) Ayat (أية) bermaksud ayat al-Quran atau bermaksud tanda (العلامة أو الشاهد على قدرة الله)

5) Bayyinat (بينات) bermaksud jelas.
6) تذكرون bermaksud ingat (ingat bermaksud kembali kepada iangatan sesuatu yang telah luput) maksud di sini ialah semoga mengambil pengajaran dan iktibar.

7) مشركة( wanita yang tidak beragama samawi dan tidak beriman kepada Allah seprti Majusi, penyembah berhala.

KENAPA DINAMAKAN AN-NUR?

v Dinamakan surah ini surah al-Nur kerana di dalamnya terdapat percikan-percikan cahaya dengan pensyariatan hukum-hakam dan adab-adab islam yang bertujuan menjaga nasab dan maruah. Semua ini merupakan cahaya yang menerangi al-kainat dengan penurunan wahyu kepada para anbiya dan para rasul.
v Juga kerana terdapat kalimah nur pada ayat yang ke 35 dalam surah ini.(الله نور السموات والأرض مثل نوره كمشكوة مصباح)

Asbabun Nuzul Ayat

v Terdapat beberapa sebab nuzul yang diriwayatkan oleh para ulama. Yang paling asahnya ialah:
Diriwayatkan bahawa terdapat seorang lelaki yang dipanggil (Murthad al-Ghanawi), yang ditugaskan membawa tawanan dari Mekah ke Madinah. Di Mekah terdapat seorang perempuan jalang (pelacur) yang dikenali sebagai (‘Anaq). Perempuan ini adalah kawan kepada beliau. Beliau telah berjanji kepada seorang lelaki mekah untuk membawanya ke Madinah. Beliau menceritakan: Pada suatu malam, ketika aku berada dibawah bayangan tembok kota mekah.Tiba-tiba datang ‘Anaq dan ternampak bayang-bayangku yang berada dibawah tembok. Beliau berhenti dekat denganku dan mengenaliku. Beliau bertanya: Adakah kamu ini Murthad?. Aku menjawab: Ya. Beliau berkata lagi: Selamat datang, marilah bermalam di rumahku pada malam ini. Aku berkata: Wahai ‘Anaq! Allah SWT telah mengharamkan zina. ‘Anaq lantas memekik: Wahai penghuni khemah! Lelaki ini ingin membawa tawanan kamu. Cerita Murthad lagi: Lapan orang telah mengekoriku, sehingga aku berhenti di sebuah gua. Mereka datang dan berdiri di atas kepalaku lalu kencing di atas kepalaku.Mereka terus kencing. Kemudian mereka kembali ke (rumah masing2), manakala aku pula pergi mendapatkan kawanku dan membawanya ke Madinah. (di Madinah) Aku bertemu Rasulullah S.A.W. dan bertanya baginda: Wahai Rasulullah! Bolehkah aku berkahein dengan ‘Anaq?. Rasulullah S.A.W. tidakmmenjawab sedikitpun. Sehingga Allah menurunkan ayat (الزاني لا ينكح إلا زانية أو مشرمة). Lalu Rasulllah membacakan ayat itu kepadaku sambil berkata: Ya Murthad: Jangan kamu mengahwininya.

Mereka terus kencing. Kemudian mereka kembali ke (rumah masing2), manakala aku pula pergi mendapatkan kawanku dan membawanya ke Madinah. (di Madinah) Aku bertemu Rasulullah S.A.W. dan bertanya baginda: Wahai Rasulullah! Bolehkah aku berkahein dengan ‘Anaq?. Rasulullah S.A.W. tidakmmenjawab sedikitpun. Sehingga Allah menurunkan ayat (الزاني لا ينكح إلا زانية أو مشرمة). Lalu Rasulllah membacakan ayat itu kepadaku sambil berkata: Ya Murthad: Jangan kamu mengahwininya.

Diriwayatkan bahawa ayat ini turun mengenai ahli suffah yang merupakan golongan muhajirin. Mereka ini mempunyai tempat tinggal dan kaum kerabat. Mereka berada di Suffah masjid. Jumlah mereka seramai 400 orang. Pada waktu siang mereka akan keluar mencari rezeki dan pada waktu malam mereka akan kembali ke suffah (teduhan/ tempat teduhan yang mempunyai atap yang tinggi yang berada di masjid Nabi yang didiami mereka). Di madinah terdapat (pelacur-pelacur) yang terang-terangan melakukan perkara terkutuk, mereka mewah dengan makanan dan pakaian. Terdapat sebahagian ahli suffah yang ingin mengahwini mereka dengan tujuan boleh mendiami kediaman mereka dan memakan makanan mereka, maka turunlah ayat ini.



PENDIDIKAN HUKUM DARIPADA SURAH

1) Bagaimana hukuman zina pada peringkat awal islam?
i) Pada peringkat awal hukumannya adalah ringan (terdapat pandangan yang mengatakan bahawa hukuman ini berat) iaitu “mengurung” di dalam rumah dan tidak dibenarkan keluar darinya sehingga mati bagi wanita dan mengatakan perkataan buruk (memalukan) mereka.
Ini berdasarkan ayat:
(والتي يأتين الفاحشة من نسائكم فاستشهدوا عليهن أربعة منكم فإن شهدوا فأمسكوهن في البيوت حتى يتوفهن الموت أو يجعل الله لهن سبيلا والذان يأتينها منكم فئاذوهما فإن تابا وأصلحا فأعرضوا عنهما إن الله كان توابا رحيما. (

ii) Sehingga dinasakh oleh ayat (الزانية والزاني فاجلدوا كل واحد منهما مائة جلدة) (surah an-Nur:2).

Diriwayatkan daripada Ubadah bin Samit r.a. beliau berkata: Nabi s.a.w. apabila diturunkan wahyu kepadanya, akan kuriba dan beribah mukanya. Pada suatu hari, Allah telah menurunkan wahyu kepadanya dan baginda dalam keadaan begitu…Kata baginda: Ambillah dariku, Ambillah dariku, sesungguhnya Allah SWT telah memberikan jalan keluar kepada golongan wanita: Bikr dengan Bikr disebat seratus kali dan dibuang (negeri/ daerah) setahun. Thayyib dengan Thayyib, sebat seratus kali dan rejam.(hadis Muslim)

2) Hukum kepada bikr dan Muhsan

1) Bagi bikir: 100 kali sebatan
2) Bagi Muhsan: rejam dengan batu sehingga mati.

Sebat sabit daripada nas yang qat’ie
v Dalilnya ialah (الزانية والزاني فاجلدوا كل واحد منهما مائة جلدة)
v Ayat ini sekalipun umum tetapi hukumannya hanya kepada yg bikri (yg belum berkahwin) berdasarkan penerangan daripada hadis.

Rejam berdasarkan sunnah yang mutawatir
v Rejam sabit berdasarkan perbuatan Nabi s.a.w., kata-kata dan amalan baginda.
v Begitu juga berdasarkan ijmak para sahabat dan Tabien
v Sabit dalam banyak riwayat yg sahih yang tidak timbul sebarang keraguan bahawa baginda melaksanakan hukuman rejam kepada sebahagian sahabat seperti Ma’iz dan Ghamidiah.
v Para sahabat juga turut melaksanakan hukuman hudud ini sambil membuat pengumuman berkali-kali bahawa rejam adalah hukuman kepada penzina muhsan.

Golongan khawarij menafikan rejam
v Mereka berdalil berdasarkan tiga dalil yang cukup rapuh bagi menyokong pandangan mereka itu:
1) Rejam merupakan hukuman paling berat. Jika ia disyariatkan nescaya disebutkan di dalam alp-Quran. Apabila tidak disebutkan, jelas menunjukkan ia tidak disyariatkan.

2) Hukuman bagi hamba separuh hukuman orang merdeka (فعليهن نصف ما على المحصنات من العذاب) (surah an-nisa:25) sedangkan hukuman rejam tidak boleh dibahagikan.
3) Hukum sebat adalah umum kepada semua jenis penzina. Mengkhususkan (penzina muhsan) dari hukuman ini adalah bercanggah dengan al-Quran.

Bagaimana monolak dalil mereka

1) Tidak disebutkan di dalam al-Quran tidak bermaksud tidak disyariatkan. Berapa banyak hukum-hakam yang tidak disebutkan di dalam al-Quran tetapi dijelaskan oleh Sunnah Nabi s.a.w. Kita sememangnya diperintahkan supaya mengikut Nabi s.a.w (وما ءاتاكم الرسول فخذوه وما نهاكم عنه فانتهوا)
v Rasul merupakan penyampai bagi pihak Allah, semua yang datang daripada Rasulullah SAW merupakan wahyu (وما ينطق عن الهوى إن هو إلا وحي يوحي).
v Bagaimana kita boleh berkata rejam tidak disyariatkan sedangkan Rasulullah sa.w sendiri melaksanakannya.
v Selain itu juga, antara peranan Rasulullah s.a.w. ialah menjelaskan al-Quran (وأنزلنا إليك الذكر لتبين للناس ما نزّل إليهم ولعلهم يتفكرون). Bukahkah kata-kata Rasulullah dalam hadis (ambil dariku----) merupakan penjelasan yang dimaksudkan dalam ayat ini.
v Nabi juga bersabda: (ألا وإني أوتيت القرآن ومثله معه).

2) Manakala dakwaan (فإذا أحصن فإن أتين بفاحشة فعليهن نصف ما على المحصنات من العذاب)
Hukuman hamba separuh wanita merdeka sedangkan hukuman rejam tidak boleh dibahagi dua. Maka jawapannya ialah ayat di atas bukan bermaksud hukuman rejam tetapi hukuman sebatan.

3) Dakwaan yang mengatakan hukum dalam ayat ini adalah umum. Dengan itu mengkhususkan ayat ini adalah bertentangan dengan al-Quran merupakan dakwaan yang cukup jahil. Tidakkah mereka melihat banyak hukum-hakam datang dalam bentuk umum kemudian dikhususkan oleh Hadis? Sebagai contoh ayat mencuri (والسارق والسارقة....) ayat ini tidak menerangkan syarat jumlah harta yang dicuri sehingga mencakupi semua sekali termasuk yang sedikit. Ia kemudianya diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. (dengan jumlah sebanyak ¼ dinar atau 10 dirham).
Soalannya? Adakah ini juga dianggap bertentangan

Kata al-alusi dalam tafsirnya ruh al-ma’ani

v Para sahabat telah sepakat, begitu juga ulama salaf, ulama-ulama islam bahawa org muhsan akan direjam dengan batu sehingga mati (apabila melakukan kesalahan zina). Penafian atau pengingkaran yang dibuat oleh golongan khawarij itu terbatal. Ini berdasarkan beberapa alasan:
Jika mereka mengingkari kehujahan ijmak sahabat, maka itu suatu kejahilan yang berganda( jahil murakkab)
Jika didakwa bahawa hukuman rejam sabit berdasarkan hadis ahad, maka dalil mereka juga batal kerana ia sabit berdasarkan dalil mutawatir dari sudut Makna.
Peristiwa:
Ketika mereka cuba mengaibkan atau memandang serong kepada Umar bin Abd Aziz lantaran berpendapat adanya hukuman rejam, maka Umar telah bertanyakan mereka mengenai bilangan rakaat sembahyang dan miqdar zakat, adakah disebutkan di dalam al-Quran. Mereka menjawab: perkara itu sabit berdasarkan perbuatan Rasululah dan juga amalan org Islam. Jawab Umar: begitu juga dalam hal ini.

Pandangan jauh Umar r.a
v Beliau pernah berkhutbah:
(إن الله بعث محمدا بالحق وأنزل عليه الكتاب فكان فيما أنزل عليه آية الرجم يعني بها قوله تعالى: (الشيخ والشيخوخة إذا زنيا فارجموهما البتة نكالا من الله والله عزيز حكيم) فقرأناها ووعيناها ورجم رسول الله ورجمنا بعده وأخشي أن يطول بالناس زمان فيقول قائل: لا نجد الرجم في كتاب الله تعالى فيضلوا بترك فريضة أنزلها الله عز وجل في كتابه. ألا وإت الرجم حق على من زنى إذا أحصن من الرجال أو النساء وقامت البينة أو كان حمل أو اعتراف، والله لو لا أن يقول الناس زاد في كتاب الله لكتبتها).


Hadir dan menyaksikan hukuman sebat atau rejam
).وليشهد عذابهما طائفة من المؤمنين) surah an-nur:3.
Ulama berselisih pendapat mengenai jumlah yang dimaksudkan dengan kalimah (طائفة)
1) Mujahid: satu ke atas.
2) Ikrimah, ‘Ata dan ulama Maliki: dua orang
3) Al-Zuhri: Tiga ke atas
4) Ibn Abbas dan pendapat Ulama Syafie: empat ke atas sama dengan saksi dalam kes zina.


3. Hadir menyaksikan sebat @ rejam

v Hadir dan menyaksikan hukuman sebat atau rejam
v ).وليشهد عذابهما طائفة من المؤمنين) surah an-nur:3.
Ulama berselisih pendapat mengenai jumlah yang dimaksudkan dengan kalimah (طائفة)
1) Mujahid: satu ke atas.
2) Ikrimah, ‘Ata dan ulama Maliki: dua orang
3) Al-Zuhri: Tiga ke atas
4) Ibn Abbas dan pendapat Ulama Syafie: empat ke atas sama dengan saksi dalam kes zina.

Komentar al-Zamakhsyari

v Pandangan yang sahih, melihat kepada kesalahan ini merupakan salah satu dosa besar. Sehingga Allah menyebutkan sekali dengan syirik dan membunuh (والذين لا يدعون مع الله إلها ءاخر ولا يقتلون النفس التي حرّم الله إلا بالحق ولا يزنون) sehingga dikenakan hukuman sebat 100 kali dan rejam.Selain itu juga disyariatkan supaya menyaksikan hukuman itu dengan tujuan menghebohkan peristiwa itu (Tasyhir) sehingga diketahui. Dengan itu jumlah yang menyaksikannya mestilah jumlah yang boleh mencapai matlamat (tasyhir). Seorang atau dua tidak mencapai matlamat tersebut. Dengan itu ibn Abbas berpendapat 4-40 dari kalangan orang yang beriman kepada Allah (Islam).
v Selain itu juga yang melihat itu disyaratkan orang yang beriman kerana orang-orang fasik akan lebih malu dan lebih teruk perasaan jika dilaksanakan di hadapan mereka.

Pengajaran ayat
v Al-Quran merupakan perlembagaan (dustur) umat Islam. Dengan itu, menjadi kewajipan orang Islam untuk berpegang teguh dengan ajarannya yang lurus.
v Kuasa pensyariatan hanya milik Allah yang mensyariatkan hukum untuk kemaslahatan manusia.
v Hukum-hakam agama wajib dilaksanakan secara halus (teliti) dan sempurna.
v Hukuman hudud disyariatkan untuk menjaga maruah, menjaga nasab dan kemuliaan manusia
v Hukuman wajib dilaksanakan dengan disaksikan oleh orang dengan tujuan menakutkan orang-orang fasik dan maksiat.
v Pelaksanaan hukuman hudud menjadi kewajipan pemimpin Islam bagi membersihkan masyarakat dari fahishah.
v Hukuman kepada lelaki dan wanita adalah sama dalam hukuman hudud
v Zina merupakan jenayah terhadap agama, akhlak dan masyarakat dengan itu ia diharamkan Allah
v Tidak boleh membatalkan hukuman hudud, begitu juga memberi syafaat.

Adakah hukuman rejam dan sebat dilaksanakan serentak (bagi muhsan)
v Ulama berselisih pendapat kepada 2:
Ulama zahiri dan sati riwayat daripada Imam Ahmad: wajib (sebat dan rejam kedua-duanya)
Jumhur sahabat, tabien, ulama-ulama pada setiap masa dan satu riwayat Imam Ahmad: hukumannya hanyalah rejam

Dalil
v Ulama zahiri dan satu riwayat Imam Ahmad:
Umum ayat (الزانية والزاني). (ال) menunjukkan jenis yang bersifat umum. Dengan itu, ia merangkumi semua jenis penzina. Kemudian datang pula sunnah Nabi s.a.w. yang menambah hukuman kepada penzina muhsan iaitu rejam, sebagai tambahan hukuman sebat.
Hadis ubadah bin sabit yang lepas (الثيب بالثيب جلد مائة ورجم بالحجارة)
Diriwayatkan daripada saidina Ali k.w ketika beliau melaksanakan sebat kepada (Syarahah) kemudian beliau merejamnya, beliau berkata: aku sebatnya berdasarkan kitab Allah dan aku merejamnya berdasarkan sunnah rasulullah s.a.w.

v Jumhur ulama:
Hadis yang driwayatkan daripada shahih Bukhari dan Muslim:(أن أعرابيا أتي النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله: أنشدك بالله إلا قضيت لي بكتاب الله تعالى، فقال الخصم الآخر وهو أفقه منه-نعم فاقض بيننا بكتاب الله تعالى وائذن لي، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: قل: فقال: إن أبني كان عسيفا على هذا فزنى بامرأته، وإني أخبرت أن على ابني الرجم فافتديت منه بمائة شاة ووليدة، فسألت أهل العلم فأخبروني أن على ابني (جلد مائة وتغريب عام) وأن على امرأة هذا الرجم.
فقال صلى الله عليه وسلم: والذي نسي بيده لأقضيت بينكما بكتاب الله، الوليدة والغنم رد عليك وعلى ابنك جلد مائة وتغريب عام، واغد يا أنيس إلى امرأة هذا، فإن اعترفت فارجمها.
فغدا عليها فاعترفت فأمربها النبي صلى الله عليه وسلم فرجمت.
فقالوا: فأمره برجمها ولم يقل له اجلدها ثم ارجمها.

2) mereka juga berhujah berdasarkan perbuatan Nabi s.a.w. yang berkali-kali melaksanakan hukuman rejam pada zaman baginda. Baginda telah merejam Maiz dan al-Ghamidiah. Para sahabat turun melaksanakan hukuman rejam ini. Tidak seorangpun yang meriwayatkan bahawa mereka menghimpunkan pelaksanaan sebat dan rejam serentak. Dengan itu mereka putuskan bahawa hukuman kepada penzina muhsan hanyalah rejam.


Jawapan kepada Dalil Zahiri

Hadis ubadah bin somit;
munurut jumhur hadis ini telah dimansukhkan hukumnya berdasarkan perbuatan Rasulullah
2. Umum ayat:
Hujah mereka tidak boleh diterima. Ini kerana menurut jumhur ulama ayat ini khusus kepada penzina yang masih bikir, bukannya umum (sebagaimana yang didakwa oleh zahiri). Dalilnya ialah hamba lelaki dan perempuan terkecuali daripada maksud ayayatt ini. (hamba hanya 50 sebatan).
3. Hadis Ali:
Hadis ini hanyalah menggambarkan pendirian peribadi Ali k.w. dan tidak kukuh untuk menandingi hadis sahih yang sabit daripada Nabi s.a.w.. Ijmak para sahabat yang lain.
-Ada kemungkinan juga tidak dibuktikan yang wanita itu ihsan sewaktu melaksanakan hukuman sebat, kemudian dibuktikan bahawa wanita itu muhsanah. Ini sebagaimana yang berlaku sebagaimana yang diriwayatkan oleh Jabir bahawa seorang lelaki telah berzina dengan seorang perempuan. Maka Nabi memerintahkan lelaki itu disebat, maka merekapun melaksanakan hukuman sebat itu. Kemudian diberitahu beliau seorang muhsan. Maka Nabi perintahkan lelaki itu direjam. (hadis abu Daud)


(Klik untuk baca selanjutnya)

Tafsir Al-Fatihah


TAFSIR SURAH AL-FATIHAH



MAKSUD AL-FATIHAH

v Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
v Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

v Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
v Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

v Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
v Tunjukilah kami jalan yang lurus

v Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


TAFSIRAN YANG DAQIQ (HALUS)

LATIFAH 1
Kenapa diperintahkan membaca (الإستعاذة)ketika membaca al-Quran?

Ja’far al-Sadiq berkata: (mesti membaca atta’awwuz ketika membaca al-quran, tidak pada amalan yang lain, (hikmahnya) ialah seseorang hamba itu kemungkinan lidahnya “ternajis” lantaran menipu, mengumpat, mengadu domba. Kerana itu Allah s.w.t. perintahkah supaya dibaca ta’awwuz supaya lidahnya bersih. Dengan itu, dia akan membaca kalam Allah yang suci dengan lidah yang suci.

LATIFAH 2
2. Al-quran dimulakan dengan bismillah menjadi isyarat kepada kita agar kita memulakan setiap perbuatan dan perkataan dengan bismillah. (hadis nabi (كل أمر ذي بال لا يبدأ فيه ببسم الله الرحمن الرحيم فهو أبتر)

Persoalan
Kenapa disebut (بسم الله) tidak (بالله)
Jawapan
Untuk membezakan antara sumpah (yamin) dan tayammun (التيمن) iaitu mengambil berkat (التبرك)

LATIFAH 3
3. Perbezaan antara lafaz (الله) dan (الإله)?
Jawapan;
Lafaz yang pertama merujuk kepada zat yang kudus, tidak boleh dikongsi (disekutu) dengan yg lain. Ia bermaksud: (yg disembah dengan sebenar-benar).
Lafaz yg kedua, digunakan merujuk kepada Allah dan juga lain. Sama ada sembahan itu benar atau tidak.

LATIFAH 4
Faedah (بسم الله الرحمن الرحيم)
1.Mengambil berkat (التبرك)
2.Mengagungkan Allah SWT (التعظيم)
3.Menghalau syaitan kerana ia lari apabila menyebut nama Allah
4.Menzahirkan pertentangan dengan orang musyrik (org bukan Islam)
5.Memberi ketenangan (أمان) kepada pembacanya dan menjadi petunjuk kebergantungan harap orang yang menyebutnya kepada Allah.
6.Pengakuan ketuhanan (إقرار ألوهية)
7.Pengakuan nikmat
8.Minta pertolongan Allah
9.Di dalamnya terdapat Dua (2) nama yg khusus untuk Allah iaitu (الله) dan (الرحمن).


LATIFAH 5
v أ dan ل yang berada pada kalimah (الحمد) bermaksud (لإستغراق الجنس) iaitu tidak ada yang berhak dipuji selayak-layaknya melainkan Allah. Dialah Allah yang bersifat dengan sifat sempurna yg layak dipuji, diagung dan disucikan.
v Ia juga bermaksud sifat yang ada itu adalah berkekalan, bukanya perkara baru.

LATIFAH 6
v Faedah menyebutkan (الرحمن الرحيم) selepas (رب العالمين).
v Jawapan:
kalimah (الرب) memberi maksud keegoan (الكبرياء), Kepemimpinan dan keangkuhan (القهر), dengan itu pendengar (pembaca) kemungkinan terlintas bahawa Allah yg begini sifatnya tidak akan merahmati hambaNya dengan itu mereka akan takut semacam, berputus asa, berputus azam. Justeru disebutkan kalimah (الرحمن الرحيم) untuk mengukuhkan bahawa Allah itu rahim yang meliputi tiap sesuatu.

LATIFAH 7
v (إياك نعبد وإياك نستعين), suatu gaya bahasa (suatu lencongan atau perubahan( daripada kata ganti nama ghaib kepada mukhatab.
v Ia berfungsi sebagai mempelbagaikan gaya bahasa.
v Ia lebih menarik perhatian, memikat hati.
v Ia merupakan salah satu bentuk balaghah (kedalaman (ketinggian) bahasa orang yg bertutur).

LATIFAH 8
v Bentuk lafaz datang dalam bentuk jamak/plural dalam dua jumlah (نعبد) dan (نستعين). Tidak datang dalam bentuk (إياك أعبد وإياك نستعين)?
v Ia sebenarnya suatu pengakuan hamba tentang kekkurangannya berhadapan di hadapan Allah SWT., serta meminta pertolongan dan hidayah berseorangan, tidak bersama hamba-hamba yg lain.
v Jadi maksudnya seolah-olah dia berkata: (Ya Allah! Aku adalah seorang hamba yg lemah, kerdil, tidak layak untukku berada dalam keadaan ini berseorangan, bermunajat kepadamu, dengan itu saya ber”sama” atau bergabung ke dalam manhaj (jalan) orang-orang yg mengesakanMu, serta aku berdoa bersama-sama mereka, maka kabulkanlah doaku, sesungguhnya kamu semua menyembahmu.

LATIFAH 9
v Kenapa dinisbahkan nikmat kepada Allah dalam ayat (أنعمت عليهم) tetapi tidak dinisbahkan kesesatan dan kemurkaan kepadaNya dalam ayat (غير المغضوب عليهم ولا الضالين). Iaitu tidak disebut (غضبت عليهم).
v Jawapannya:
Semua itu datang dalam konteks taaddub (beradab) dengan Allah SWT.
CTH lain Nabi Ibrahim ada menyebutkan: (الذي خلقني فهو يهدين والذي هو يطعمنى ويسقين وإذا مرضت فهو يشفين (سورة الشعراء: 78-79)



PENDIDIKAN HUKUM

1. ADAKAH (البسملة) SALAH SATU AYAT AL-QUR’AN?

Ulama sepakat bahawa (البسملة) dalam surah al-Namlu/I adalah sebahagian ayat dalam firmanNya: (إنه من سليمان وإنه بسم الله الرحمن الرحيم) ayat:30.
Tetapi mereka berselisih pendapat sama ada ia ayat ataupun tidak dalam surah al-Fatihah dan surah-surah yg lain:
1.Mazhab Syafie: ia merupakan satu ayat daripada al-Fatihah dan juga surah-surah yg lain.
2.Mazhab Maliki: Ia bukan satu ayat daripada al-Fatihah dan tidak juga daripada surah-surah yg lain.
3.Mazhab Hanafi: Ia bukan satu ayat daripada al-Fatihah, tetapi ayat yg lengkap daripada al-Quran yg diturunkan untuk membezakan antara surah-surah dlm al-quran.

Dalil yang digunakan

Mazhab Syafie:

1.Hadis Abu Hurairah r.a: (إذا قرأتم الحمد لله رب العالمين، فاقرؤوا بسم الله الرحمن الرحيم، إنها أم القرآن، وأم الكتاب، والسبع المثاني، وبسم الله الرحمن الرحيم أحد آياتها) (Hadis Dar al-qutni)
2.Hadis Ibn Abbas: (أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يفتتح الصلاة ببسم الله الرحمن الرحيم) Riwayat Tarmizi (isnad yg tidak kuat)
3.Hadis Anas:أنه سئل عن قراءة رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: كانت قراءته مدا...ثم قرأ (بسم الله الرحمن الرحيم...) (riwayat bukhari).
4.Hadis Anas: (أنه قال: (بينا رسول الله صلى الله عليه وسلم ذات يوم بين أظهرنا إذ أغفى إغفاءة، ثم رفع رأسه متبسما، فقلنا ما أضحكك يا رسول الله؟ قال: نزلت علىّ آنفا سورة، فقرأ: (بسم الله الرحمن الرحيم إنا آعطيناك الكوثر..) (Riwayat muslim, nasaie, tarmizi dan Ibn Majah).

Cara berhujah
v Hadis ini menunjukkan bahawa basmalah merupakan ayat pada setiap surah dalam al-Quran. Dalilnya Rasulullah juga membacanya dalam surah al-Kauthar.
5. Dalil akal: Mashaf al-Imam ditulis basmalah pada permulaan surah al-fatihah dan surah-surah yg lain, meliankan surah al-Baraah.Begitu juga mashaf-mashaf yg dihantar ke negeri-negeri lain. Diriwayatkan bahawa mereka (penulis al-Quran) tidak menulis apa-apa selain al-Quran sehingga nama surah.
Dengan itu. Apa yg didapati berada pada mashaf tersebut pada permulaan surah al-fatihah dan surah-surah yg lain,dapat dirumuskan sebagai basmalah merupakan ayat pada setiap surah al-quran.

Dalil Maliki

1.Hadis Aisyah r.a: (قالت: كان رسول الله يفتتح الصلاة بالتكبير، والقراءة بالحمد لله رب العالمين) (riwayat muslim)
2.Hadis Anas dalam Bukhari dan Muslim : (صليت خلف النبي صلى الله عليه وسلم وأبي بكر، وعمر، وعثمان، فكانوا يستفتحون بالحمد لله رب العالمين)
dalam riwayat muslim (لا يذكرون (بسم الله الرحمن الرحيم) لا في أول سورة ولا في آخرها.
3.Hadis Abu Hurairah r.a. (قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: (قال الله عزوجل: قسمت الصلاة بيني وبين عبدي نصفين، ولعبدي ما سأل.
فإذا قال العبد: (الحمد لله رب العالمين) قال الله تعالى: حمدني ربي
وإذا قال العبد: (الرحمن الرحيم) قال الله تعالى: أثنى عليّ عبدي
وإذا قال العبد: (مالك يوم الدين) قال الله تعالى: مجّدني عبدي-وقال مرة فوّض إليّ عبدي
فإذا قال: (إياك نعبد وإياك نستعين) قال: هذا بيني وبين عبدي، ولعبدي ما سأل.
فإذا قال: (إهدنا الصراط المستقيم صراط الذين أنعمت عليهم......) قال: (هذا لعبدي ولعبدي ما سأل.

Cara berhujah
v Solat dalam hadis ini bermaksud al-fatihah.
v Jika basmalah merupakan ayat dari al-fatihah, semestinya disebutkan di dalam hadis qudsi ini.
4. Jika basmalah sebahagian daripada al-Fatihah, nescaya berlaku pengulangan pada kalimah atau jumlah (الرحمن الرحيم). Ini akan menyebabkan keaiban (kepincangan dari sudut balaghah.
5. Ditulis pada permulaan ayat adalah dgn tujuan tabarruk, dan kerana menurut perintah (ada tuntutan mengenainya agar dimulakan pada setiap awal. Sekalipun sudah tawatur ditulis pada setiap mashaf tetapi tidak tawatur yg ia adalah sebahagian daripada al-Quran itu sndiri.

v Kata al-Qurtubi: pandangan yg sahih daripada pendangan-pandangan ini ialah pandangan Malik. Ini kerana al-Quran tidak sabit berdasarkan khabar ahad, tetapi hanya sabit berdasarkan khabar qat’ie yg tidak ada khilaf.
v Kata Ibn al-Arabi: memadai hujah (untuk anda semua), basmalah bukan daripada al-quran dgn adanya perselisihan ulama. Sedangkan al-Quran tidak diperselisihkan. Semua khabar (hadis) yg sahih menunjukkan bahawa ia bukan daripada al-quran melainkan pada surah al-Naml.

Dalil Hanafi:

v Basmalah itu ditulis di dalam mashaf menunjukkan yg ia adalah daripada al-Quran, tetapi tidak menunjukkan yg ia adalah ayat pada setiap surah.
v Hadith-hadith yg menunjukkan bahawa basmalah dibaca secara senyap jelas menunjukkan ia bukan daripada al-Fatihah. Denga itu mereka hukumkan bahawa ia adalah ayat yg lengkap-selain daripada surah al-Naml- yg diturunkan untuk memisahkan antara surah-surah.
v Dalil yg menyokong ialah kata-kata para sahabat: Kami tidak mengetahui penghujung satu-satu surah sehingga turunnya (بسم الله الرحمن الرحيم).
v Begitu juga riwayat dripada Ibn Abbas: bahawasanya Rasulullah tidakm mengetahui pemisah satu-satu surahm sehingga turunya (بسم الله الرحمن الرحيم)
v Hadis Nabi SAW: terdapat satu surah dalam al-Quran yang mempunyai 30 ayat, yg akan memberikan syafaat kepada temannya (pembacanya) sehingga diampunkan iaitu (تبرك الذي بيده الملك).
v Sedang, semua qurra sepakat bahawa ayatnya adalah sebanyak 30 ayat tidak termasuk (basmalah) begitu juga surah al-Kauthar 3 ayat, surah al-Ikhlas 4 ayat.

Tarjih: Syaikh Ali al-Sobuni

v Pendapat mazhab Hanafi adalah rajih

2.HUKUM MEMBACA BASMALAH DALAM SOLAT

v Terdapat perselisihan pendapat para ulama:-
1.Mazhab Malik:tidak boleh dibaca di dalam solat fardhu sama ada yg jahri atau yg sirri, tidak pada al-Fatihah atau mana-mana surah. Tetapi diharuskan membacanya dalam solat sunat.
2.Abu Hanifah: Org yg melaksanakan solat hendaklah membacanya secara sirri ketika membaca fatihah pada setiap rakaat. Jika dibawa pada setiap surah, maka ia adalah elok.
3.Mazhab Syafie:Org yg melaksanakan solat wajib membacanya, sama pada solat jahri atau sirri. Pada solat sirri dibaca secara sirri.
4.Imam Ahmad: org yg melaksanakan solat hendaklah membacanya secara sirri dan tidak disunatkan jahri

Sebab khilaf :
v Ada 2:
1.Khilaf menentukan basmalah sama ada ia ayat penuh dari al-fatihah ataupun tidak
2.Berbeza pendapat salaf (menurut ibn al-Jauzi dalam Zad al-Masir)
1) pendapat Ahmad: tidak sunat jahri, ini merupakan pendapat Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Ibn Mas’ud, Mazhab al-Thauri, Malik dan Abu Hanifah.
2) Pendapat Syafie: Membaca secara jahir adalah sunat, ia diriwayatkan daripada Mu’awiyah, ‘Ata dan Tawus.

3.ADAKAH WAJIB BACA FATIHAH DALAM SOLAT?

v Ulama berselisih pendapat kepada 2:
1.Jumhur ulama: Malik, Syafie dan Ahmad: Membaca al-Fatihah adalah syarat sah solat. Sesiapa yg tidak membacanya sedangkan dia mampu, solatnya tidak sah.
2.Mazhab al-Thauri dan Abu Hanifah: Solat sah tanpa membaca fatihah tetapi tidak elok. Menurut mereka yg wajib ialah membaca 3 ayat sama ada yg pendek atau yg panjang.

Dalil jamhur
1.Hadis Ubadah bin al-Somit: (لا صلاة لمن لم يقرأ بفاتحة الكتاب) (riwayat sittah selain malik).
2.Hadis abu Hurairah: (أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: من صلى صلاة لم يقرأ فيها بأم الكتاب فهي خداج، فهي خداج، فهي خداج غير تام).
3.Hadis Abi Said al-Khudri: ( أمرنا أن نقرأ بفاتحة الكتاب وما نيسر)


Cara berhujah:
v Kesemua hadis di atas menunjukan wajib membaca al-fatihah di dalam solat.
v 1) (لا صلاة لمن لا يقرأ بفاتحة الكتاب) menafikan sehahihan solat
v 2) (فهي خداج). Jelas menunjukkan kekurangan dan kefasadan.

Dalil Hanafi
v Al-Quran: (فاقرءوا ما تيسر من القرآن)
v Kata mereka: “ayat ini menunjukkan bahawa yg wajib dibaca ialah apa (شيء) yg termampu yg mudah.

v Al-Sunnah:
Hadis mengenai seorang lelaki yg sembahyang tidak sempurna: (عن أبي هريرة)

Yang Rajih :
v Pendapat jumhur ulama:
v Berdasarkan dalil-dalil lain yg cukup kuat:
1.Hadis Abu qatadah: ( كان رسول الله يصلي بنا فيقرأ في الظهر والعصر في الركعتين الأوليين بفاتحة الكتاب وسورتين، ويسمعنا الآية أحيانا، وكان يطول في الركعة الأولى من الظهر، ويقصر الثانية، وكذلك الصبح.
2.Kata al-Qurtubi: pendapat yg sahih daripada pendapat-pendapat ini ialah pendapat jumhur berdasarkan dalil (لا صلاة لمن لم يقرأ بفاتحة الكتاب).
3.Kata al-Imam al-Fakhrulrazi: baginda senantiasa melazimi membaca al-fatihah dalam solat, maka menjawi kepawipan kita untuk mengikutnya kerana firman Allah (واتبعوه لعلكم تهتدون) (al-A’raf:158)

4.HUKUM MAKMUM BACA FATIHAH DI BELAKANG IMAM

v Ulama sepakat bahawa apabila makmum sempat bersama imam ketika imam rukuk, maka imam akan menanggug bacaan fatihah, kerana mereka sepakat bahawa gugur bacaan fatihah dengan sebab rukuknya imam. Tetapi jika makmum sempat bersama imam ketika beliau sdng qiyam bagaimana?

v Syafie dan Ahmad: Wajib membaca fatihah di belakang imam sama ada pada sembahyang jahri atau sirri
v Imam Malik: Jika solat sirri, maka hendaklah dibaca, tetapi jika solat jahri, tidak boleh dibaca.
v Abu Hanifah: Tidak perlu membaca al-Fatihah sama ada solat sirri atau jahri.

Dalil yang digunakan

v Syafie:
1.Hadis (لا صلاة لمن لا يقرأ بفاتحة الكتاب)
Cara berhujah:
Hadis ini umum mencakupi imam dan makmum, sama ada pada solat sirri atau jahir. Dengan itu orang yang tidak membaca al-fatihah tidak sah solatnya.
v Imam Malik:
1) Wajib baca pada sirri berdasarkan hadis di atas.
2) Tidak boleh baca ketika jahri berdasarkan ayat al-Quran (وإذا قرئ القرآن فاستمعوا له وأنصتوا لعلكم ترحمون).( surah al-’A’raf: 204).
3) Al-Qurtubi menukilkan daripada Imam Malik bahawa beliau tidak membaca apa-apa dalam solat jahri dibelakang imam. Adapun dalam solat sirri, beliau akan membacanya. Tetapi sesiapa yang tidak membacanya maka ia tidak elok tetapi tidak membatalkan solat.

v Imam Abu Hanifah:
1.Al-quran: (وإذا قرئ القرآن فاستمعوا له وأنصتوا لعلكم ترحمون) (سورة الأعراف: 204)
2.Hadis: (من كان له إمام فقراءة الإمام له قراءة) hadis riwayat Ibn Abi Syaibah.
3.Hadis: (إنما جعل الإمام ليؤتم به، فإذا كبّر فكبروا، وإذا قرأ فانصتوا)


(Klik untuk baca selanjutnya)

Dajjal

KHUTBAH RASULULLAH TENTANG DAJJAL

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami.

Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal.

Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin.

Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati.

Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

“Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas.

Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab:

“Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya.

Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya:“Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”

“Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula.

Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab:

“Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.”Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”

Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.

“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya
menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya.

Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.

Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.”

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan:
“Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?”
Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.”

Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama.

Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.”

Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?”

Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh.

Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.
Wallahu A'lam.



BismiLLAH walhamduliLLAH..

Assalamualaikum warahmatuLLAH.

AlhamduliLLAH syukur liLLah pada ketika dan saat ini kita masih lagi diberi peluang bernafas, nikmat lapang, dan dua nikmat terbesar ya’ni nikmat islam dan iman.. syukur liLLAH..

Kisah dajjal diatas mengajak kita supaya berwaspada dengan kehidupan di dunia dan persiapkan diri dengan kehidupan akhirat yang baqa’.

Ya Allah, sungguh dahsyat fitnah yang berlaku pada zaman yang disebutkan oleh RasuluLLAH ini.. ayyuhal ikhwan, ayyuhal akhowat....ambilla iktibar..

Zaman sekarang ini tidak saling tumpah mendekati zaman tersebut, bilamana pengkhianat Allah ditakuti dan diangkat menjadi pemimpin kerana ditakuti... manusia takut dengan kebenaran, kerana ditakuti sumber rezeki terhalang. Mereka yang zalim, menzalimi, merosakkan diagung2kan, sebaliknya mereka yang mengajak kembali kepada Allah dan Rasul dizalimi, dihina dicerca. Layakkah mengaku umat Nabi Muhammad?? Harta dikejar2, rumah besar, kereta besar, padahal hakikatnya semua dari ALLAH..Allah kurniakan kesihatan, kurniakan akal supaya dapat berfikir dengan waras, kurniakan kekuatan (kudrat) supaya boleh berusaha, kaki, tangan, pencaindera supaya dapat melihat, mendengar, merasa..Harta manakah yang kita miliki????? ..AstagfiruLLAH...Rezeki daripada ALLAH.. Allah yang menjadikan tanaman dan Allah yang menjadikannya subur atau tidak dengan menurunkan hujan. Tetaplah pada aqidah yang satu duhai manusia..
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Ada tiga orang yang nanti pada hari kiamat tidak akan diajak bicara oleh Allah, tidak dipandang, tidak disucikan dan mereka mendapatkan siksa yang pedih, yaitu; orang yang mempunyai kelebihan air di gurun sahara tetapi tidak mau memberikannya kepada musafir; orang yang membuat perjanjian dengan orang lain untuk menjual barang dagangan sesudah Asar; ia bersumpah demi Allah bahwa telah mengambil (membeli) barang itu dengan harga sekian dan orang lain tersebut mempercayainya, padahal sebenarnya tidak demikian; orang yang berbaiat kepada pemimpin untuk kepentingan dunia. Jika sang pemimpin memberikan keuntungan duniawi kepadanya, ia penuhi janjinya, tapi bila tidak, maka ia tidak penuhi janjinya. (Shahih Muslim No.157)
Hadis riwayat Ma'qil bin Yasar ra.: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: Seorang hamba yang diserahi Allah memimpin rakyatnya mati sebagai penipu rakyatnya pada saat ia mati, maka Allah mengharamkan baginya masuk ke surga-Nya. (Shahih Muslim No.203)

SANGAT sedikit manusia yang benar2 berada di jalanNYA... Ya Allah peliharalah kami, moga setiap tingkah laku perbuatan kami dalam perhatianMU, dalam jagaan dan kawalanMU Ya ALLAH.. Benarlah islam itu datang keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing juga.. Ya Allah moga kami bersama orang2 yang soleh solehah, ya Allah..

Moga mendapat iktibar, insyaALLAH...Amiiin, sekian, waLLAHU TAALA a’lam..


(Klik untuk baca selanjutnya)
Related Posts with Thumbnails

DOWNLOAD BAHAN ILMIAH

حيا بالعربية

محادثة
@ يـَــا عـَــائِــشـَــة ُ، هـَـٰــذِهِ صـَــدِيـْــقـَــتـِــى خـَــدِيـْــجـَــة

@ Hai Aisyah, ini temanku Khadijah.

& أ َهـْــلاً وَسـَــهـْــلاً، كـَــيـْــفَ حـَــالـُــكِ يـَــا خـَــدِيـْــجـَــة

& Semoga anda menjadi keluarga kami dengan segala kemudahan, bagaimana khabarmu hai Khadijah?

@ أ َنـَــا بـِــخـَــيـْــر ٍ اَلـْــحـَــمـْــدُ لـِــلـَّــه، وَمـَــا اسـْــمُــكِ؟

@ Saya baik alhamdulillah, siapakah nama awak?

& إ ِسـْــمـِــى مـَــرْيـَــمُ بـِــنـْــت ُ الـْــحـَــاج ِ حـَــسـَــنْ

& Nama saya Maryam binti Haji Hasan.

@ مـَــا شـَــاءَ الله إ ِسـْــمٌ جـَــمـِــيـْــلٌ، أ َيـْــن َ تـَــسـْــكـُــنـِــيـْــن َ يـَــا مـَــرْيـَــمُ؟

@ Masya Allah nama yang bagus, di manakah awak tinggal hai Maryam?

& أ َسـْــكـُــن ُ فـِى رَقـْــم ِ ٤٨ مـِــنْ شـَــار ِع ِ مـِــيـْــلاَوَاتـِــىْ

& Saya tinggal di nombor 48 Jalan Melawati.

@ إ ِذ َن ْ بـَــيـْــتـُــكِ قــَــر ِيـْــبٌ مـِــنْ هـُــنـَــا

@ Kalau demikian rumah awak dekat sahaja dari sini.

& أ َجـَــلْ، مـِــائَــتـَــان ِ وَخـَــمـْــسـُــوْن َ مـِــتـْــرًا تـَــقـْــر ِيـْــبـًــا

& Ya, lebih kurang 250 meter dari sini.

@ هـَــلْ تـَــسـْــمـَــحـِــيـْــن َ لـِــى بـِــز ِيـَــارَتـِــكِ يـَــا مـَــرْ يـَــمُ؟

@ Apakah awak membolehkan saya mengunjungi awak hai Maryam?

& بـِــكـُــلِّ السـُّــرُوْرِ

& Dengan segala senang hati.

MARI BELAJAR BAHASA ARAB =)

BERSAMA MYKRK

ARAB MADINAH

ARAB INDO