Monday, February 25, 2008

ISLAM HADHARI

Islam Hadhari: Satu konsep yang mengeliru dan mengugat akidah umat Islam
Oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi

Latarbelakang - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah memperkenalkan dan mempelopori satu gagasan baru kepada rakyat Malaysia sejak tahun 2003, yang dinamakan sebagai Islam Hadhari, atau dalam bahasa Melayunya "Islam Bertamaddun" .

Islam Hadhari atau Islam Bertamaddun mempunyai rukun-rukunnya tersendiri yang baharu berjumlah 10 kesemuanya. Islam asal yang diturunkan Allah swt melalui RasulNya Nabi Muhammad saw pula mempunyai 5 rukun.

Niat dan matlamat sebenar Islam Hadhari menjadi keliru sejak awal lagi. Nama nya yang bermaksud Islam Bertamaddun menggambarkan seolah-olah ianya adalah Islam yang baharu yang lebih bertamaddun dari Islam Al Quran yang asal. Ianya tambah mengelirukan kerana mempunyai rukun yang tidak sama dengan rukun Islam asal.

Permasalahan

Islam Hadhari sejak penubuhannya lebih banyak membawa kekeliruan dan masalah kepada pemahaman Islam di kalangan rakyat. Bukan sahaja mereka yang bukan Islam bertambah menjadi sangat keliru, mereka yang beragama Islam, khususnya golongan muda dan mereka yang tidak berpendidikan tinggi menjadi kelam kabut. Antara perkara-perkara yang membawa kekeliruan ini ialah:

1. Penerusan Malaysia sebagai pusat pengeluaran arak, perjudian,dan lumba kuda terbesar di Asia Tenggara. Kegiatan-kegiatan ibu kemaksiatan ini terus berkembang dan dilesenkan oleh pentadbiran Islam Hadhari.

2. Konsert dan program hiburan yang melampau secara "live" dan melalui media massa meningkat lebih 100% sejak Islam Hadhari dilancarkan.

3. Isu murtad. Bilangan orang-orang Islam yang mengisytiharkan keluar dari Islam (murtad) secara rasmi meningkat dari tahun ke tahun. Setakat belum ada sebarang inisiatif dari pentadbiran Islam Hadhari untuk mengekang masalah dan menjaga kemurnian akidah rakyat secara jelas. Bahkan cadangan PAS di parlimen ditolak mentah-mentah.

4. Gejala maksiat dikalangan pimpinan. Kebejatan moral yang begitu parah di kalangan pimpinan kerajaan UMNO/BN sendiri, khasnya dari mereka beragama Islam yang diketahui umum tidak menggambarkan kesungguhan diperingkat tertinggi dalam menghayati Islam hadhari.

Penegasan dan Gesaan

Cara Islam Hadhari diperkenalkan, kandungannya yang kosong, perlaksanaan yang terlalu bercelaru, sokongan kepimpinan sendiri yang tidak lebih dari tepian bibir mulut, pertentangan secara jelas dengan syariat dan akidah Islam ajaran Al Quran, benar-benar telah mengelirukan rakyat. Bahkan ia juga mudah membawa kepada kegelinciran aqidah Islam sebenar.
Dengan demikian, PAS dan rakyat Islam yang perihatin serta menyintai kemurnian akidah dan syariat Islam dengan tegasnya menggesa agar rakyat Malaysia seluruhnya menolak segala usaha yang membawa kepada kekeliruan dan kerosakan aqidah dan kembali kepada Islam yang sebenarnya.

19 Febuari 2008
DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
Presiden,
Parti Islam Se Malaysia (PAS)


(Klik untuk baca selanjutnya)
Related Posts with Thumbnails

DOWNLOAD BAHAN ILMIAH

حيا بالعربية

محادثة
@ يـَــا عـَــائِــشـَــة ُ، هـَـٰــذِهِ صـَــدِيـْــقـَــتـِــى خـَــدِيـْــجـَــة

@ Hai Aisyah, ini temanku Khadijah.

& أ َهـْــلاً وَسـَــهـْــلاً، كـَــيـْــفَ حـَــالـُــكِ يـَــا خـَــدِيـْــجـَــة

& Semoga anda menjadi keluarga kami dengan segala kemudahan, bagaimana khabarmu hai Khadijah?

@ أ َنـَــا بـِــخـَــيـْــر ٍ اَلـْــحـَــمـْــدُ لـِــلـَّــه، وَمـَــا اسـْــمُــكِ؟

@ Saya baik alhamdulillah, siapakah nama awak?

& إ ِسـْــمـِــى مـَــرْيـَــمُ بـِــنـْــت ُ الـْــحـَــاج ِ حـَــسـَــنْ

& Nama saya Maryam binti Haji Hasan.

@ مـَــا شـَــاءَ الله إ ِسـْــمٌ جـَــمـِــيـْــلٌ، أ َيـْــن َ تـَــسـْــكـُــنـِــيـْــن َ يـَــا مـَــرْيـَــمُ؟

@ Masya Allah nama yang bagus, di manakah awak tinggal hai Maryam?

& أ َسـْــكـُــن ُ فـِى رَقـْــم ِ ٤٨ مـِــنْ شـَــار ِع ِ مـِــيـْــلاَوَاتـِــىْ

& Saya tinggal di nombor 48 Jalan Melawati.

@ إ ِذ َن ْ بـَــيـْــتـُــكِ قــَــر ِيـْــبٌ مـِــنْ هـُــنـَــا

@ Kalau demikian rumah awak dekat sahaja dari sini.

& أ َجـَــلْ، مـِــائَــتـَــان ِ وَخـَــمـْــسـُــوْن َ مـِــتـْــرًا تـَــقـْــر ِيـْــبـًــا

& Ya, lebih kurang 250 meter dari sini.

@ هـَــلْ تـَــسـْــمـَــحـِــيـْــن َ لـِــى بـِــز ِيـَــارَتـِــكِ يـَــا مـَــرْ يـَــمُ؟

@ Apakah awak membolehkan saya mengunjungi awak hai Maryam?

& بـِــكـُــلِّ السـُّــرُوْرِ

& Dengan segala senang hati.

MARI BELAJAR BAHASA ARAB =)

BERSAMA MYKRK

ARAB MADINAH

ARAB INDO