Friday, April 16, 2010

Wajarkah sesi persekolahan pada hari Jumaat?

Bismillah walhamdulillah..
Assalamualaikum warahmatullah...
Alhamdulillah syukur kehadrat ILAHI kerana dengan limpah dan kurniNYA dapat lagi meng'update' blog yang setelah sekian lama tidak diupdate..

Kali ini saya ingin kita berfikir sejenak kebaikan dan keburukan sesi persekolahan pada hari jumaat. tidak seperti di pantai timur, pada hari Jumaat dijadikan cuti hari minggu.

Hari Jumaat merupakan sayyidul Ayyam iaitu penghulu segala hari kerana kemuliaan dan kelebihannya. Malah, peristiwa agung banyak berlaku pada Jumaat.

Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul aiyam' iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat. Pada hari itulah Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).

Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang ber maksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat. Pada hari itu terdapat suatu masa seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.

Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, ter masuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus men dengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi. Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni ber salah.”

Sebelum menunaikan solat Jumaat, dianjurkan mandi terlebih dulu sebagaimana hadis daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq `alaih)

Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi, tetapi mandi itu lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Tirmidzi).

Kembali kepada topik perbincangan, saya ingin panjangkan di sini berkaitan sesi persekolahan pada hari jumaat iaitu kepada sesi petang yang melibatkan waktu solat Jumaat. ya benar sekolah dimulakan agak lewat pada jam 2.30 petang, tetapi ramai pelajar datang ke sekolah sebelum waktu solat jumaat dan meninggalkan solat jumaat. Situasi ini adalah realiti, apabila ditanyakan kepada pelajar, kenapa tak pergi solat Jumaat, jawapannya tiada kenderaan, kalau pergi solat jumaat tertinggal bas. Pelajar yang datang awal ke sekolah secara langsung akan meninggalkan solat jumaat. Mudah dan ringkas jawapannya seolah-olah tidak bersalah. apakah hukum meninggalkan 3 kali jumaat berturut-turut?tepuk dada tanya syariat Islam.

Dalam riwayat Ahmad, dan kitab-kitab Sunan Empat, dan Tirmizi menganggapnya hasan, dan dianggap sahih oleh Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban, dan Hakim mengatakan di atas syarat Muslim, hadis bermaksud: “sesiapa yang meninggalkan tiga kali solat Jumaat kerana meringan-ringankannya, akan ditutup hatinya.”

Dalam riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban, bermaksud: “sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali maka ia adalah munafiq.”Kata Abu Bakar Al Munziri: para ahli ilmu telah ijma bahawa solat jumaat wajib ke atas orang merdeka yang baligh yang tidak punya keuzuran. Kata Ibnul Arabiyy: solat jumaat adalah fardhu dengan ijma umat Islam.Kata Ibnu Qudamah: telah ijma umat Islam atas kewajipan solat Jumaat.Kata Syaikh Ibnu Hajar Al Haitami: meninggalkan solat jumaat, tanpa uzur, adalah dosa besar walaupun ia solat zohor.

Menganggap meninggalkannya dosa besar adalah jelas daripada hadis-hadis yang disebutkan. Hukum dosa besar ini dinyatakan oleh ramai ulama. Ini diperkuatkan bahawa melakukan solat jumaat dalam jamaah adalah fardhu ain ke atas lelaki yang tidak ada keuzuran, yang sabit dengan ijma’. Bahkan hukumnya adalah diketahui dengan dharurah, maka sesiapa yang menganggap halal (harus) meninggalkannya sedangkan ia tinggal bersama orang-orang Islam, jadi kafir, kerana ia telah diijma’kan dan diketahui dengan mudah (dharurah).

Sedari kecil, usia remaja pelajar dibiasakan dengan meninggalkan solat Jumaat, apakah bila mereka sudah besar baru ingin disuruh untuk solat Jumaat?..melentur buluh biar dari rebungnya...Mudah sahaja jawapan pelajar meninggal solat jumaat, kerana pergi sekolah. kita fikir semula wajarkah sesi persekolahan pada hari jumaat terutamanya sesi petang kerana ia melibatkan soal agama. fikir-fikirkanlah...

Wallahu a'lam...

1 comment:

Nurul Malyanah said...

assalamualaikum..

Yup..memang setuju sangat..
sebagai contohnya, sekolah saya sendiri.. memang ada sekolah petang dan masuk sekolah adalah pada pukul 2..
dan bagi lelaki islam tiada alasan bagi mereka untuk tidak solat jummat kerana masjid amatlah dekat dengan sekolah... berjalan kaki ke masjid tak sampai 10 minit.. ^^

Waalaikumsalam..

Related Posts with Thumbnails

DOWNLOAD BAHAN ILMIAH

حيا بالعربية

محادثة
@ يـَــا عـَــائِــشـَــة ُ، هـَـٰــذِهِ صـَــدِيـْــقـَــتـِــى خـَــدِيـْــجـَــة

@ Hai Aisyah, ini temanku Khadijah.

& أ َهـْــلاً وَسـَــهـْــلاً، كـَــيـْــفَ حـَــالـُــكِ يـَــا خـَــدِيـْــجـَــة

& Semoga anda menjadi keluarga kami dengan segala kemudahan, bagaimana khabarmu hai Khadijah?

@ أ َنـَــا بـِــخـَــيـْــر ٍ اَلـْــحـَــمـْــدُ لـِــلـَّــه، وَمـَــا اسـْــمُــكِ؟

@ Saya baik alhamdulillah, siapakah nama awak?

& إ ِسـْــمـِــى مـَــرْيـَــمُ بـِــنـْــت ُ الـْــحـَــاج ِ حـَــسـَــنْ

& Nama saya Maryam binti Haji Hasan.

@ مـَــا شـَــاءَ الله إ ِسـْــمٌ جـَــمـِــيـْــلٌ، أ َيـْــن َ تـَــسـْــكـُــنـِــيـْــن َ يـَــا مـَــرْيـَــمُ؟

@ Masya Allah nama yang bagus, di manakah awak tinggal hai Maryam?

& أ َسـْــكـُــن ُ فـِى رَقـْــم ِ ٤٨ مـِــنْ شـَــار ِع ِ مـِــيـْــلاَوَاتـِــىْ

& Saya tinggal di nombor 48 Jalan Melawati.

@ إ ِذ َن ْ بـَــيـْــتـُــكِ قــَــر ِيـْــبٌ مـِــنْ هـُــنـَــا

@ Kalau demikian rumah awak dekat sahaja dari sini.

& أ َجـَــلْ، مـِــائَــتـَــان ِ وَخـَــمـْــسـُــوْن َ مـِــتـْــرًا تـَــقـْــر ِيـْــبـًــا

& Ya, lebih kurang 250 meter dari sini.

@ هـَــلْ تـَــسـْــمـَــحـِــيـْــن َ لـِــى بـِــز ِيـَــارَتـِــكِ يـَــا مـَــرْ يـَــمُ؟

@ Apakah awak membolehkan saya mengunjungi awak hai Maryam?

& بـِــكـُــلِّ السـُّــرُوْرِ

& Dengan segala senang hati.

MARI BELAJAR BAHASA ARAB =)

BERSAMA MYKRK

ARAB MADINAH

ARAB INDO