Monday, August 17, 2009

Pendidik VS hiburan melalaikan ..

Assalamualaikum warahmatullah...

Majlis Konvokesyen ke -11 terus berlangsung seperti yang dirancangkan dan pada hari ini 13 Ogos 2009, penganjur menampilkan Faizal Tahir sebagai artis jemputan. Sangat melucukan dan memalukan apabila institusi yang bakal melahirkan pendidik menjadikan artis Faizal Tahir sebagai idola. Wajarkah??..IDOL dalam bahasa Inggeris membawa maksud patung; berhala; pujaan; orang atau benda yang terlampau disanjung. Beginilah jadinya apabila minda kita sudah ditawan dan boleh dikatakan Barat sudah berjaya menjajah pemikiran kita sekarang. Lihatlah betapa artis disanjung bahkan dijadikan sebagai idola. Mahukah guru sekalian melahirkan artis atau generasi yang rosak akhlaknya?..atau guru-guru sekalian mahu melahirkan jurutera?,peguam?,doktor? Ahli falsafah?alim ulama’? ..
jawapannya ditangan guru-guru sekalian..




Inikah idola kita????

Kesan daripada hiburan melampau inilah membuatkan bangsa kita gagal melahirkan golongan profesional, jika ada pun, hanya segelintir sahaja dan majoritinya lalai dalam alam keseronokan dunia yang hanya sementara.


Memetik kenyataan Presiden Persatuan Pengguna UPSI dalam blog peribadi beliau (http://www.myahmadfathi.blogspot.com/) yang bertajuk Minda ditawan hedonisme, pembunuh nilai intelektual pendidik yang banyak menyentuh berkaitan kesan budaya hedonisme khususnya buat bakal pendidik.


“Hedonisme berasal dari perkataan Yunani iaitu hedone bererti kesenangan (keseronokan) dan isme beerti fahaman. Lalu disimpulkan maksudnya sebagai suatu kefahaman yang dimiliki individu sehingga perilakunya dimotivasi oleh keinginan untuk mencapai keseronokan iaitu hedone yang perkembangan selanjutnya menyebabkan seseorang mengambil jalan keseronokan dan mengelakkan kesusahan dan kesengsaraan.

Ramai menggunakan hujah bahawa hiburan dalam bentuk konsert seperti semalam bukanlah sesuatu melampau. Saya tidak mahu menghuraikan perihal itu namun sebaliknya apa yang mahu dinyatakan ialah kesan keatas pemikiran dari budaya tersebut menyebabkan berlaku doktrin terhadap budaya dan pemikiran untuk mengambil kesenangan dan takut serta mengelakkan dari mengambil kesusahan. Sejak beradanya saya selama dua tahun di UPSI ini , budaya (konsert) ini berterusan setiap tahun dan sesi konvokesyen sehingga hari ini. Maknanya doktrin (konsert) ini sudah agak lama bertapak dan sudah menjadi budaya.

Hasil doktrin untuk sentiasa berada dalam keselesaan, mendengar muzik, bersantai, ber ’couple’, berkonsert, maka natijahnya melahirkan golongan yang mewah dan sentiasa selesa dengan kehidupan. Minda tawanan seperti ini akan mengakibatkan seseorang itu seakan-akan ular sawa yang kekenyangan lantas duduk berlingkar tanpa menghiraukan sekelilingnya’.
Jika kita predicting the future (anggarkan masa depan) apa yang akan berlaku jika minda tawanan hedonisme ini berada disekolah yang beraksi sebagai seorang guru? Lantas minda untuk membebaskan diri dari kesusahan ini akan diteruskan akibat doktrin hedonisme di universiti sudah menawan pemikiran mereka.

Lalu, natijahnya sikap tidak peduli itu timbul, asalkan aku selesa dapat gaji, biarkan pelajar mahu jadi apa sekali pun. Kesedaran atau consciousness tidak lagi wujud dalam minda untuk membebaskan remaja dari keruntuhan sosial pemikiran kerosakan akhlaq yang menggebu-gebu kini. Penangan budaya seronok ini amat dashyat dan kesannya bukan bersifat fizikal tetapi sebaliknya berbentuk pemikiran.

Kerana hakikat untuk membebaskan pelajar dari masalah sosial memerlukan pengorbanan yang tinggi, terpaksa sentiasa dalam kesusahan, membebaskan diri dari keseronokan dan terkadang mengorbankan kewangan. Kerana tidak cukup seorang guru hanya menjadi seorang pengajar tetap bukan pendidik.
Lalu akibat pemikiran hedonis ini, lahirlah guru yang senantiasa mengelak dari kesusahan mendidik maka kesannya lahirlah pelajar yang pandai tetapi tiada nilai (akhlaq atau moral), lahirlah pelajar yang semakin meningkat gejala sosialnya dari hari ke hari. Masakan seorang guru yang mindanya juga hedonis mampu melahirkan pelajar yang baik! Tidak logik kan .”



Bersama-sama kita fikirkan dan memartabatkan profesion perguruan.

Wassalam.

18 comments:

Anonymous said...

-apa niat saudari memaparkan gambar si Faizal Tahir tanpa baju itu?
-bukankah beliau telah meminta maaf di atas insiden itu?
*mahu mengaibkannya lagi?
-salahkan institusi saudari yang membawa masuk si Faizal Tahir tu.
-mereka yg memberi kuasa kepada si Faizal Tahir itu untuk membuat persembahan pada majlis konvokesyen saudari itu.

ain solehah said...

hanya sekadar menyuruh bakal guru,pendidik (mhsiswa/wi) upsi berfikir...

Anonymous said...

ya...
saya faham situasi sekarang ini..
bukan apa,
takut orang yang tengok gambar tu,
bertambah kebencian kepada penyanyi itu.

emotion device said...

Mahasiswa/i untuk berfikir atau mengingatkan atau mengungkit keaiban dia? Adakah saudari tidak pernah membuat silap? adakah patut dia terus terusan di persalahkan padahal dia sudah meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulainya lagi?.

Kalau saudari benar-benar menyuruh mahasiswa/i berfikir, adakah saudari sendiri berfikir tentang apa yang saudari dan golongan saudari lakukan kepada jaclyn victor? Adakah saudari sudah cukup berfikir atau terikut2 golongan saudari yang ingin menampakkan saudari adalah pejuang agama yang terulung?.. hahah..

Walaupun alasan, tindakan pada malam persembahan jaclyn victor itu tetap tindakan orang yang tidak berfikir dan memalukan. Percayalah tindakan kamu semua tidak direstui oleh sebilangan besar masyarakat UPSI ini sendiri bukan kerana hedonisme tapi kerana ianya menyebabkan pandangan buruk masyarakat bukan islam tentang agama ini. Sepaptutnya segala tindakan patut difikirkan secara mendalam agar Islam dipandang mulia.

ain solehah said...

fokus kepada content..

hrp dpt ambl iktibar dan pengajaran..

tukang carut said...

hahahaha...
orang yang merasakan mindanya cukup terjaga, tidak dijajah oleh budaya2 barat yang melalaikan, orang yang merasakan inteleknya sudah cukup tinggi untuk menghamburkan kata2 indah seolah2 dialah paksi dunia...
konsert yang hanya sekali dalam setahun tuh melahirkan pendidik yang mengambil sikap tidak peduli??
hedonisme dikalangan mereka yang menghadiri konsert itu??

hahaha...
di UPSI sudah dua tahun ya?
ke sudah lebih dari itu?
lama tu...
sudah bertingkat2 belajar..
malang,
nampak macam kata2 dari orang yang otaknya setingkat sahaja...

p/s : ain yang solehah pon boleh memburuk2kan faizal tahir dengan memaparkan gambarnya yang membuka baju, takkan saya tak boleh mengutuk ain dengan mengatakan yang ain ini hanya pemikiran setingkat??
hahahahaha!!!

ain solehah said...

hurm..terpulang...rasulullah kena kutuk lagi teruk dalam perjuangn baginda menegakkan islam...

hanya senyuman yang selayaknya dibalas...:)

mari kita sama-sama muhasabah diri dengan kedatangan bulan yang mulia..ramadhan al-mubarak...

tukang carut said...

haa....
semangat tu la yang kte nak ain...
cayalah ain yang solehah!!!
hahaha...

DaTiN SyErRiE ShAsHa AdRiShA said...

salam...
perlu ker saudari keluarkan statement ini....

Anonymous said...

Rasulullah tak mengaibkan orang.

ain solehah said...

saya pun xtergamak nk letak gambar yg kurang sopan itu dalm blog...

harap semua dapat berfikir, jika kita masih menjadikan artis sbgai idola, apa yg akan jadi pada generasi akan datang...

"membentuk generasi rabbani"

-pic tu akn didelete

Anonymous said...

tukar kerajaan je.
baru rasa "angin" lain..

Samurouh said...

salam standard artis arr mcm tu

Selera artis tentang halal haram
Melodi : Sejak balik dari Umrah, Datuk nampaknya sering memakai kerudung, dan Datuk kelihatan cantik dan anggun ketika memakai kerudung. Adakah ia akan menjadi satu trend yang baru bagi Datuk?

D. S.Nurhaliza : InsyaAllah. Cuma buat masa sekarang, saya belum bersedia lagi untuk memakainya secara tetap. Sebab, saya masih menceburi dalam bidang ni.

Penulis : Nak laksanakan hukum Allah tu, kena ikut selera kita ke Datuk? Ada bersedia dan tidak bersedia ek? Pastu, karier plak kena diutamakan berbanding hukum syarak? Ish, ish, ish…. Bukan Cinta Biasa beb!

Melodi : Apa pandangan Nabil, tentang isu Nabil memeluk Irma baru-bari ni, yang mencetuskan banyak pandangan, terutama peminat Nabil yang tidak suka dengan sikap Nabil tersebut?

Nabil : Terlebih dahulu saya meminta maaf kepada semua peminat, terhadap apa yang terjadi. Saya berjanji kepada peminat semua, bahawa saya tidak akan memeluk Irma di khalayak ramai lagi secara live.

Penulis : Wow, bagaimana dengan pelukan yang bukan di khalayak ramai dan tidak live Nabil Oi? Standard hang tu, standard Islam ka, atau standard dari peminat? Lu Fikir Lah Sendiri Nabil Oi!

Wallahu’alam

Fisabilillah yang Digeruni said...

Wahai mahasiswa, mahasiswi & mahasiswawi(separuh lelaki separuh perempuan) yang angun lagi bijaksana, untuk apa anda semua mempetahankan Faizal Tahir & Kemungkarannya, apakah anda diberi ganjaran wang berjuta untuk membelanya, atau adakah kerana anda diberi ganjaran pahala setinggi langit & bumi oleh Allah swt..? Atau adakah ganjaran untuk anda adalah dosa yang tidak terhitung banyaknya. Janganlah jadi seperti anjing yang Allah swt gambarkan didalam al-Quran(tak percaya boleh dicari), Bila dikatakan sesuatu kepadanya supaya dia berfikir, maka lidahnya tetap menjulur keluar kembali.

Fisabilillah Kacak..Hahahaha said...

Al-A'raf 176
"Dan kalau kami mengkehendaki, sesungguhnya kami tinggikan(darjatnya) dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing, jika kamu menghalaunya, dijelirkannya lidahnya, dan jika kamu membiarkannya, dia menjelirkannya juga lidahnya. Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami, maka ceritakanlah kepada mereka kisah-kisah itu, agar mereka berfikir.

tukang carut said...

waah...
bestnya geng2 fisabilillah nih hafal hadis...
nak kawan leh???

Jundu asy-syabab said...

Salam,itu firman bukan hadith la wahai tukang carut

aku berdosa said...

wahai anonymous dan tukang carut..
ilmu adalah cahaya.. musuh yang nyata bagi cahaya adalah kegelapan.. dan kegelapan itu daatangnya daripada kelalaian diri yang banyak melakukan maksiat( dosa) dan melakukan perkara-perkara yang lagha!.. sesungguhnya perkara yang lagha itu amat di tegah dalam islam.. maka apa yang saya lihat, saudara/i ini kurang mendapat hidayah dan cetek ilmu kerana sikap saudara/i yang seolah-olah mempertuhankan para artis lebih dari mencintai agama dan ilmu.. adakah saudar/i pernah bermuhasabah tentang diri saudara/i apakah sudah cukup ilmu dan didikan agama yg saudara erolehi bagi merendahkan sesorang yang telah melakukan kebaikan dalam menegakkan perkara yang salah ini? kenapa perlu di jadikan faizal T sebagai artis sedangkan kita umat islam masih mempunyai tauladan terbaik umat seprti RASULULLAH dan khalifahtul mukmin dan para sahabat2nya.. pikir-pikir kan lah.. jangan di sebabkan kelalain dan kejahilan saudara/i ini menjadikan hati saudara/i menjadi buta untuk menerima nasihat dan teguran dari mukmin lain.. INSAFLAH...

Related Posts with Thumbnails

DOWNLOAD BAHAN ILMIAH

حيا بالعربية

محادثة
@ يـَــا عـَــائِــشـَــة ُ، هـَـٰــذِهِ صـَــدِيـْــقـَــتـِــى خـَــدِيـْــجـَــة

@ Hai Aisyah, ini temanku Khadijah.

& أ َهـْــلاً وَسـَــهـْــلاً، كـَــيـْــفَ حـَــالـُــكِ يـَــا خـَــدِيـْــجـَــة

& Semoga anda menjadi keluarga kami dengan segala kemudahan, bagaimana khabarmu hai Khadijah?

@ أ َنـَــا بـِــخـَــيـْــر ٍ اَلـْــحـَــمـْــدُ لـِــلـَّــه، وَمـَــا اسـْــمُــكِ؟

@ Saya baik alhamdulillah, siapakah nama awak?

& إ ِسـْــمـِــى مـَــرْيـَــمُ بـِــنـْــت ُ الـْــحـَــاج ِ حـَــسـَــنْ

& Nama saya Maryam binti Haji Hasan.

@ مـَــا شـَــاءَ الله إ ِسـْــمٌ جـَــمـِــيـْــلٌ، أ َيـْــن َ تـَــسـْــكـُــنـِــيـْــن َ يـَــا مـَــرْيـَــمُ؟

@ Masya Allah nama yang bagus, di manakah awak tinggal hai Maryam?

& أ َسـْــكـُــن ُ فـِى رَقـْــم ِ ٤٨ مـِــنْ شـَــار ِع ِ مـِــيـْــلاَوَاتـِــىْ

& Saya tinggal di nombor 48 Jalan Melawati.

@ إ ِذ َن ْ بـَــيـْــتـُــكِ قــَــر ِيـْــبٌ مـِــنْ هـُــنـَــا

@ Kalau demikian rumah awak dekat sahaja dari sini.

& أ َجـَــلْ، مـِــائَــتـَــان ِ وَخـَــمـْــسـُــوْن َ مـِــتـْــرًا تـَــقـْــر ِيـْــبـًــا

& Ya, lebih kurang 250 meter dari sini.

@ هـَــلْ تـَــسـْــمـَــحـِــيـْــن َ لـِــى بـِــز ِيـَــارَتـِــكِ يـَــا مـَــرْ يـَــمُ؟

@ Apakah awak membolehkan saya mengunjungi awak hai Maryam?

& بـِــكـُــلِّ السـُّــرُوْرِ

& Dengan segala senang hati.

MARI BELAJAR BAHASA ARAB =)

BERSAMA MYKRK

ARAB MADINAH

ARAB INDO