Tuesday, July 28, 2009

H1N1

Bismillah walhamdulillah...

Assalamualaikum warahmatullah, pertama2nya syukur alhamdulillah dipanjatkan kepada pencipta petala langit dan bumi yang telah megurniakan nikmat kesihatan kepada kita, dalam menjalani kehidupan.
seluruh dunia dikejutkan dengan virus influenza h1n1, termasuk malaysia.. Kepada smua yang yang dmam, kurang sihat dsb, syafakaLLAH 'alaikum dan moga cepat sembuh,jgn lupa bykkan doa kepada Pemberi nikmat kesihatan ini.
Bg yang terselamat daripada masalah kesihatan ini, jaga ksihatan anda.


Sebahagian berita H1N1 di Institut pengajian tinggi

H1N1: UiTM Permatang Pauh ditutup seminggu

GEORGETOWN: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh ditutup 7 hari mulai hari ini selepas 10 pelajarnya disahkan postif H1N1.

Pengerusi Jewatankuasa Kesihatan negeri, Phee Boon Poh, berkata 200 daripada pelajar di kampus itu juga mempunyai simptom H1N1, iaitu selesema.
----------------------------------------
H1N1: Perlis catatkan kes pertama, empat pelajar Unimap sah ada simptom

KANGAR: Perlis mencatatkan kes Influenza A (H1N1) pertama apabila empat pelajar Universiti Malaysia Perlis (Unimap) disahkan menghidapi simptom selsema itu.

Empat pelajar terbabit dikesan memiliki tanda-tanda H1N1 selepas menjalani pemeriksaan kesihatan Jumaat lalu dan kini dikuarantin di rumah khas di kolej kediaman Kampung Wai, Kuala Perlis.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Mahani Yusof, berkata selain empat pelajar terbabit, satu lagi kes dikesan Sabtu lalu membabitkan pelajar sebuah sekolah menengah di negeri itu.
-----------------------------------------
10 pelajar UiTM Sri Iskandar positif H1N1

IPOH: Sepuluh pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sri Iskandar yang diambil sampel darah semalam disahkan positif H1N1 namun keadaan mereka tidak membimbangkan, kata Exco Kesihatan Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon.
-----------------------------------------
H1N1: IPSM diarah tutup seminggu

BESUT: Institut Perguruan Sultan Mizan (IPSM) di sini, diarah tutup selama seminggu mulai hari ini apabila tujuh kes yang mempunyai simptom selesema babi atau Influenza A (H1N1) dikesan, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr Abdul Rahman Mokhtar, berkata kesemua tujuh mereka yang menunjukkan simptom H1N1, dirawat sebagai pesakit luar dan sampel darah mereka dihantar ke makmal.

"Sehubungan itu, kesemua pelajar termasuk kakitangan IPSM diminta meninggalkan institut itu yang akan dibuka semula pada 2 Ogos," katanya di sini, hari ini.
----------------------------------------
H1N1: Kematian kedua di Malaysia

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan kematian kedua akibat Influenza A (H1N1), apabila seorang lelaki berusia 46 tahun yang menerima rawatan sejak 16 Julai lalu meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Subang Jaya jam 12.35 tengahari semalam. - Bernama
---------------------------------------
H1N1: UiTM percepat cuti pertengahan semester

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengumumkan cuti pertengahan semester bagi sesi pengajian Julai-November 2009 dipercepatkan bermula 27 Julai ini berikutan kes jangkitan Influenza A (H1N1) di beberapa kampus cawangannya.

Menurut kenyataan Jabatan Koporat UiTM, cuti semester itu diawalkan kepada 27 Julai hingga 2 Ogos berbanding cuti yang dijadualkan terdahulu dari 17 September hingga 27 September.

Cuti semester baru itu berkuatkuasa bagi seluruh cawangan UiTM termasuk kampus induk Shah Alam kecuali bagi kampus Lendu di Melaka.
--------------------------------------
H1N1: 4 lagi institusi pengajian di Melaka ditutup

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengarahkan empat lagi institusi pengajian di Melaka ditutup selama seminggu mulai hari ini berikutan pengesanan 13 kes kluster H1N1.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata institusi berkenaan ialah Maktab Perguruan Durian Daun yang mencatatkan lima kes; Kolej Yayasan Mara (empat); Kolej Profesional Mara (tiga) dan Nilam Nursing School Bachang (satu).
-------------------------------------
480 pelajar disyaki alami simptom H1N1 diarah dikuarantin

KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Permatang Pauh, Pulau Pinang dan kampus Seri Iskandar, Perak ditutup selama seminggu mulai semalam, selepas kedua-duanya me-laporkan ada pelajarnya disahkan dijangkiti wabak Influenza A (H1N1).

UiTM Permatang Pauh ditutup berikutan 10 pelajar disahkan dijangkiti wabak Influenza A (H1N1), manakala 200 yang lain mengalami simptom wabak itu.

UiTM Seri Iskandar ditutup bagi membolehkan kerja pembersihan dijalankan selepas 280 pelajar universiti itu disyaki mengalami simptom virus H1N1

--------
H1N1
--------
Kementerian Kesihatan Malaysia
INFLUENZA A (H1N1)
SOALAN-SOALAN LAZIM
A. Berkenaan Penyakit
1. Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)?
Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh
sejenis virus baru. Virus ini terhasil dari mutasi gene virus influenza babi, burung
dan manusia.

2. Negara mana yang dilanda penyakit ini?
Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal
dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009
dan telah terus menular ke negara-negara lain.
Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang dilanda penyakit ini, sila rujuk
laman web www.moh.gov.my dan www.who.int.

3. Apakah tanda dan gejala penyakit ini?
Gejala awal jangkitan ini adalah mirip selesema, seperti demam, batuk, sakit
kepala, sakit badan, sakit tekak, selesema dan kadangkala muntah-muntah atau
cirit birit.

4. Bagaimana kita boleh dijangkiti?
Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin.
Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaanpermukaan
(surfaces) atau tersebar ke udara. Seterusnya, seseorang akan
dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit
atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair
pesakit.

5. Pada masa ini, adakah jangkitan berlaku daripada babi kepada manusia?
Tidak

6. Apakah nasihat kepada orang yang dijangkiti virus ini?
• SEGERA dapatkan rawatan daripada doktor.
• Untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain, tutup mulut dengan tisu
atau sapu tangan apabila batuk dan bersin. Kerap mencuci tangan
dengan air dan sabun.
• Tinggal di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain. Elak
menyentuh mata, hidung dan mulut.
• Elakkan daripada pergi ke tempat awam yang sesak.
• Jangan gunakan pengangkutan awam untuk menggelakkan jangkitan
kepada orang lain.

7. Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?
• Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga 7 hari
dari tarikh mula mengalami gejala penyakit ini.
• Kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih
lama.

8. Bagaimana anda boleh menghindari jangkitan penyakit ini?
• Jauhi orang yang nampak tidak sihat dan menghidapi demam dan batuk.
• Kerap cuci tangan dengan air dan sabun.
• Elak menyentuh muka, khususnya hidung dan mulut untuk mengurangkan
kemungkinan jangkitan.
• Jika anda berada di tempat yang dilanda penyakit ini, elakkan berada di
tempat awam yang sesak.
• Ketahui situasi semasa penyakit ini dan langkah-langkah pencegahan
yang perlu diambil.
• Amalkan cara hidup sihat. Dapatkan tidur yang cukup, makan secara sihat
dan lakukan aktiviti fizikal.

B. Berkenaan Vaksin

1. Terdapatkah vaksin untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1)?
Belum ada.

2. Adakah vaksin baru akan dicipta?
Ya. WHO sedang berusaha ke arah itu.

3. Bilakah vaksin yang sesuai akan dihasilkan?
Mengikut WHO, ini akan mengambil masa antara 4 hingga 6 bulan.

C. Berkenaan Rawatan
1. Terdapatkah ubat untuk merawat penyakit ini?
Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai stok antiviral yang boleh merawat
Influenza A (H1N1).

2. Bolehkah antiviral ini memberi perlindungan?
Antiviral ini digunakan untuk memberi rawatan yang berkesan dan tidak memberi
perlindungan sepertimana vaksin.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

DOWNLOAD BAHAN ILMIAH

حيا بالعربية

محادثة
@ يـَــا عـَــائِــشـَــة ُ، هـَـٰــذِهِ صـَــدِيـْــقـَــتـِــى خـَــدِيـْــجـَــة

@ Hai Aisyah, ini temanku Khadijah.

& أ َهـْــلاً وَسـَــهـْــلاً، كـَــيـْــفَ حـَــالـُــكِ يـَــا خـَــدِيـْــجـَــة

& Semoga anda menjadi keluarga kami dengan segala kemudahan, bagaimana khabarmu hai Khadijah?

@ أ َنـَــا بـِــخـَــيـْــر ٍ اَلـْــحـَــمـْــدُ لـِــلـَّــه، وَمـَــا اسـْــمُــكِ؟

@ Saya baik alhamdulillah, siapakah nama awak?

& إ ِسـْــمـِــى مـَــرْيـَــمُ بـِــنـْــت ُ الـْــحـَــاج ِ حـَــسـَــنْ

& Nama saya Maryam binti Haji Hasan.

@ مـَــا شـَــاءَ الله إ ِسـْــمٌ جـَــمـِــيـْــلٌ، أ َيـْــن َ تـَــسـْــكـُــنـِــيـْــن َ يـَــا مـَــرْيـَــمُ؟

@ Masya Allah nama yang bagus, di manakah awak tinggal hai Maryam?

& أ َسـْــكـُــن ُ فـِى رَقـْــم ِ ٤٨ مـِــنْ شـَــار ِع ِ مـِــيـْــلاَوَاتـِــىْ

& Saya tinggal di nombor 48 Jalan Melawati.

@ إ ِذ َن ْ بـَــيـْــتـُــكِ قــَــر ِيـْــبٌ مـِــنْ هـُــنـَــا

@ Kalau demikian rumah awak dekat sahaja dari sini.

& أ َجـَــلْ، مـِــائَــتـَــان ِ وَخـَــمـْــسـُــوْن َ مـِــتـْــرًا تـَــقـْــر ِيـْــبـًــا

& Ya, lebih kurang 250 meter dari sini.

@ هـَــلْ تـَــسـْــمـَــحـِــيـْــن َ لـِــى بـِــز ِيـَــارَتـِــكِ يـَــا مـَــرْ يـَــمُ؟

@ Apakah awak membolehkan saya mengunjungi awak hai Maryam?

& بـِــكـُــلِّ السـُّــرُوْرِ

& Dengan segala senang hati.

MARI BELAJAR BAHASA ARAB =)

BERSAMA MYKRK

ARAB MADINAH

ARAB INDO