Tuesday, June 30, 2009

Ahlan wasahlan ke UPSI sesi 09/10

Bismillah walhamdulillah..

Assalamualaikum warahmatullah...

Selamat datang, ahlan wasahlan kepada student baru ambilan jun 09/10 ke Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tidak lupa kepada rakan taulan yang akan masuk ke semester baru, ahlan aidhon alaikum..

langkah pertama anda di UPSI, betulkankan niat untuk menjadi insan berguna dan menjadi insan cemerlang akademik dan sahsiah. imbas kembali harapan kedua ibubapa kita yang menghantar dari jauh semata-mata untuk melihat anaknya berjaya cemerlang.

Ukuran akademik sahaja tidak cukup untuk menjadikan kita seorang yang cemerlang, tetapi kita mesti penuhi komponen sahsiah dan emosi juga. ketiga-tiga aspek adalah penting untuk kita berjaya dalam hidup. Dan apabila kurang salah satu daripadanya, bermakna hidup kita belumlah lengkap. Seorang manusia yang bijak tetapi meggunakan kebijakannya untuk mengkhianati orang lain, tempang dari segi sahsiah. Seorang yang bijak tetapi hati sentiasa berkecamuk, tempang emosi. Berusahalah untuk menjadi insan cemerlang dari segala aspek, insyaALLAH.. Hanya diri kita yang dapat mengubah diri kita sendiri, dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan izin ALLAH...

Tanggungjawab sebagai pelajar

Sebagai siswa/siswi kita tidak akan lari daripada tanggungjawab belajar, mencari ilmu daripada segenap bidang, matematik, sejarah, georafi, sains dan sebagainya. Tanamkan matlamat untuk mencapai kejayaan cemerlang. Rancang waktu kita sebaik-baiknya supaya masa yang sentiasa mencemburui kita tidak sekali-kali disia-siakan..Isilah masa-masa kita dengan suatu yang berfaedah, bukan sahaja unutk diri kita, tetapi juga akan dapat membantu orang lain. perlengkapan diri kita dengan ilmu semaksimumnya, kerana ingatlah kita bakal-bakal guru, setelah selesai ijazah, kita akan menggunakan ilmu-ilmu tersebut untuk mengajarkan kepada anak-anak didik. cubalah yang terbaik, insyALLAH.

Tanggungjawab sebagai muslim

Muallim/ah..semua orang tidak terlepas daripada tanggungjawab mengikuti perintah Allah dan meninggalkan laranganNya, kerana mulia kalimah syahadah menyelamatkan kita. islam mengatur kehidupan yang sangat lengkap, syumul. Jadi, di sini ana mengajak diri sendiri, sahabat dan adik-adik khususnya, supaya kita jangan sahaja menumpukan akademik semata-mata sehinggakan lupa perintah Allah untuk solat, menutup aurat dan sebagainya. Adik-adik yang disayangi sekalian, perlengkapakan juga ilmu agama ketika berada di sini, walaupun kita bukan berada dalam program pendidikan islam, tetapi ingatlah kita adalah orang islam. jagan lepaskan peluang untuk sama-sama dalam majlis-majlis ilmu, kuliah-kuliah yang bakal diadakan nanti. Bakal guru perlu persiapan diri bukan sahaja akademiknya, tetapi sahsiah kerana kita bakal mendidik pelajar-pelajar sekolah, kelak. Sangat besar tanggungjawab ini, menjadi seorang pendidik, pendidik yang berjaya.

Adik-adik yang disayangi sekalian, ahlan sekali lagi ana ucapkan, semoga bermula daripada langkah pertama kita di UPSI, kita berjanji pada diri sendiri supaya kita akan belajar bersungguh-sungguh, memperbaiki akhlak dan mampu mengislah orang lain, insyALLAH...

Sekian, wassalam...

2 comments:

azam ahmed said...

assalamu 'alaikum.
ahlan wa sahlan kepada pelajar yang baru masuk ke UPSI. semoga nasihat-nasihat yang telah diberikan oleh ibu bapa dapat dituruti demi kebaikan kalian akhirnya. jadi seorang pendidik yang berjiwa besar, yang akan mampu mendidik keluarga, masyarakat, dan seluruh umat secara khususnya. jadikanlah pendidikan akhlak sebagai matlamat sebelum pernah berfikir bahawa pencurahan ilmu itu lebih utama. ingatlah, tiadalah seseorang itu dihormati seandainya ilmunya sangat tinggi menggunung tetapi mempunyai akhlak yang buruk. "Tholabul 'ilmi faridhoh 'ala kulli Muslim" (menuntut ilmu itu merupakan satu kefardhuan bagi setiap Muslim). Wahai bakal pendidik umat, janganlah terlampau leka dengan ilmu yang berbentuk keduniaan semata-mata, tetapi lebihkanlah juga ilmumu dalam hal-hal keukhrawian (yakni hal agama), kelak membawa faedah yang besar kepada diri, keluarga, masyarakat, dan agama (khususnya). Jika kita menuntut ilmu yang lain (khususnya hal agama dan mengamalkannya) selain daripada apa yang ada dalam bidang kita, maka insya' Allah semua ilmu yang kita pelajari akan ada sinar Islamnya. insya' Allah

ain solehah said...

syukran ala "respon"

Related Posts with Thumbnails

DOWNLOAD BAHAN ILMIAH

حيا بالعربية

محادثة
@ يـَــا عـَــائِــشـَــة ُ، هـَـٰــذِهِ صـَــدِيـْــقـَــتـِــى خـَــدِيـْــجـَــة

@ Hai Aisyah, ini temanku Khadijah.

& أ َهـْــلاً وَسـَــهـْــلاً، كـَــيـْــفَ حـَــالـُــكِ يـَــا خـَــدِيـْــجـَــة

& Semoga anda menjadi keluarga kami dengan segala kemudahan, bagaimana khabarmu hai Khadijah?

@ أ َنـَــا بـِــخـَــيـْــر ٍ اَلـْــحـَــمـْــدُ لـِــلـَّــه، وَمـَــا اسـْــمُــكِ؟

@ Saya baik alhamdulillah, siapakah nama awak?

& إ ِسـْــمـِــى مـَــرْيـَــمُ بـِــنـْــت ُ الـْــحـَــاج ِ حـَــسـَــنْ

& Nama saya Maryam binti Haji Hasan.

@ مـَــا شـَــاءَ الله إ ِسـْــمٌ جـَــمـِــيـْــلٌ، أ َيـْــن َ تـَــسـْــكـُــنـِــيـْــن َ يـَــا مـَــرْيـَــمُ؟

@ Masya Allah nama yang bagus, di manakah awak tinggal hai Maryam?

& أ َسـْــكـُــن ُ فـِى رَقـْــم ِ ٤٨ مـِــنْ شـَــار ِع ِ مـِــيـْــلاَوَاتـِــىْ

& Saya tinggal di nombor 48 Jalan Melawati.

@ إ ِذ َن ْ بـَــيـْــتـُــكِ قــَــر ِيـْــبٌ مـِــنْ هـُــنـَــا

@ Kalau demikian rumah awak dekat sahaja dari sini.

& أ َجـَــلْ، مـِــائَــتـَــان ِ وَخـَــمـْــسـُــوْن َ مـِــتـْــرًا تـَــقـْــر ِيـْــبـًــا

& Ya, lebih kurang 250 meter dari sini.

@ هـَــلْ تـَــسـْــمـَــحـِــيـْــن َ لـِــى بـِــز ِيـَــارَتـِــكِ يـَــا مـَــرْ يـَــمُ؟

@ Apakah awak membolehkan saya mengunjungi awak hai Maryam?

& بـِــكـُــلِّ السـُّــرُوْرِ

& Dengan segala senang hati.

MARI BELAJAR BAHASA ARAB =)

BERSAMA MYKRK

ARAB MADINAH

ARAB INDO