Tuesday, April 28, 2009

Malaysia-Apa Sudah Jadi??

KUALA LUMPUR, 27 April (Hrkh) - Demi 'survival' politik, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak sanggup mengadai kepentingan agama Islam.

Keputusan kabinet yang membenarkan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama merupakan petanda jelas Umno sanggup mengadaikan agama semata-mata kerana mahu mendapatkan sokongan masyarakat bukan Melayu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menegaskan selama ini Najib dan pemimpin Umno yang lain sering menuduh PAS mengadaikan agama Islam bila bekerjasama dengan DAP tetapi keputusan kabinet itu membuktikan sebaliknya.

"Ini bukti bahawa yang mengadaikan agama Islam untuk kepetingan politik adalah Umno bukan PAS kerana kita (PAS) komited dengan perjuangan menegakkan Islam.

"Mereka (Umno) menuduh kita (PAS) mengadaikan agama di Perak bila memberi tanah kepada penduduk Kampung Baru yang terdiri masyarakat Cina dan juga kepada sekolah Cina sedangkan apa yng kita lakukan itu adalah demi keadilan yang dituntut oleh Islam," tegas beliau.

Mahfuz juga menegaskan keputusan kabinet itu bertentang dengan pasal 12(4) perlembagaan persekutuan yang mengizinkan salah seorang ibubapa menentukan agama anak.

Keputusan tersebut tegas beliau menafikan hak bapa atau ibu untuk menentukan agama anak-anak mereka jika berlaku perpisahan.

Mahfuz juga menegaskan keputusan kebinet itu mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab kerajaan untuk memberi perlindungan terhadap orang yang menukar agama.

Sehubungan dengan itu beliau mendesak agar kerajaan segera membatalkan keputusan tersebut untuk menghormati perlembagaan negara.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mendesak supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Jamil Mohd Khir yang dipertanggung jawabkan menjaga hal ehwal agama Islam agar segara tampil membuat pembelaan dalam isu ini.

Pada 23 April lalu, kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kabinet pada tarikh tersebut.-mks


Sumber < Harakahdaily>

Samb...

PULAU PINANG, 26 April: Keputusan kabinet bahawa kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas seorang pasangan itu menukar agamanya dibantah oleh majoriti daripada NGO Islam, parti politik dan majoriti rakyat apabila ia diputuskan tanpa diambil kira pandangan pihak yang arif dalam bidang syarie.

Keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat Kabinet itu adalah sebagai langkah panjang dalam isu yang melibatkan pertikaian status agama kanak-kanak berkenaan apabila ibu atau bapa mereka menukar agama.

Menurut Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr.Mujahid Yusof Rawa,tindakan kabinet ini adalah membelakangkan mahkamah kerana kes yang disabitkan oleh kabinet adalah merujuk kepada isu yang berlaku di Perak yang membabitkan seorang lelaki bukan Islam yang telah memeluk Islam dan kemudian mengislamkan tiga anaknya tanpa pengetahuan isteri beliau.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang berkata kabinet berpendapat ketiga-tiga anak pasangan ini perlu mendapat hak serta penjagaan menurut ajaran asal kerana ia agama kedua-dua ibu bapanya ketika perkahwinan,tambahan pula pasangan tersebut belum bercerai.

"Dalam isu ini kabinet tidak boleh campur tangan. Perkara ini masih lagi dalam perbicaraan mahkamah.Oleh kerana itu kabinet sepatutnya mendapat pandangan daripada Jakim, NGO Islam dan para ulama. PAS juga sanggup untuk memberi pandangan dalam perkara yang menyentuh sensitiviti umat Islam ini.

"Sepatutnya kabinet harus mendapat consent daripada mahkamah dahulu sebelum membuat keputusan.Tindakan mereka ini juga melambangkan seolah-olah mereka tidak menghormati hak mahkamah syariah.Hak ini telah dirampas oleh mereka tanpa mempedulikan para ilmuan dan ulama serta peguam syarie yang mahir dalam bidang tersebut," katanya.

Penolong Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Pulau Pinang,Rosidi Hussain berkata pandangan Presiden Persatuan Peguam Syarie,Mohamad Isa Abd Ralip bahawa kabinet seharusnya mempertimbangkan dan membawa perkara ini kepada perbincangan dengan NGO Islam sebelum membuat keputusan adalah satu tindakan yang wajar dilakukan oleh kabinet sebelum membuat keputusan yang bercanggah dan menyentuh sensitiviti umat Islam ini.


Beliau yang juga seorang peguam berkata tindakan kabinet ini seperti menolak kewujudan pakar agama,ulama dan ilmuan Islam yang ada dalam negara.

Beliau juga mendesak kabinet supaya mengambil pandangan golongan profesional seperti pakar agama,mufti dan seumpamanya sebelum membuat keputusan.

"Perkara 12(4)Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa agama seseorang yang dibawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan ibu atau bapanya atau penjaganya.Berdasarkan perkara ini persetujuan satu pihak memadai dalam penentuan agama seorang kanak-kanak kerana perkataan yang digunakan dalam Perkara 12(4)adalah 'parents or guardian' bukannya 'parents or guardians'."

Sumber <Siasahdaily>

11 comments:

Anonymous said...

bkn keputusan Najib ok..

Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri di JPM Tan Sri Dr Koh Tsu Koon turut disertai Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam; Menteri di JPM Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom, dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Nurulfazlina Ain Rasol said...

Astagfirullahal'azim.... bantah!!! apa nak jadilah... Islam dipermainkan... jangan sampai bala Allah turun.... bertaubatlah...

ain solehah said...

RESPON ISIUKM MENGENAI ISU NI

Bangi, 27 April 04:20 p.m | Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) membantah keputusan Kabinet yang menetapkan kanak-kanak bawah umur kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama.

Timbalan Presiden ISIUKM, Hisyamuddin Che Ali berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan keputusan Kabinet itu kerana ia telah menafikan hak ibu atau bapa yang telah memeluk Islam untuk mendidik anak-anak mengikut agama baru yang dianutinya. Beliau juga menyatakan keputusan yang bersifat separuh masak itu tidak wajar dilaksanakan kerana ia dibuat tanpa melibatkan perbincangan menyeluruh dengan para mufti, pakar perundangan sivil serta islam dan NGO Islam.

”Keputusan Kabinet ini juga bercanggah dengan peruntukan Perkara 12(4) dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga ultra vires atau diluar bidang kuasa Kabinet kerana ia bertentangan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes R. Subashini yang memutuskan adalah memadai salah seorang ibu atau bapa membuat keputusan untuk anaknya yang di bawah umur memeluk Islam,” ujarnya.

Tambahnya lagi bahawa situasi sukar ini telah berlaku sebelum ini pada tahun 1987 di dalam kes Suzie Toh yang mana Hakim Tun Salleh Abbas ketika itu turut memberikan hak kepada ibu bapa untuk menentukan agama anutan anaknya di bawah umur 18 tahun.

Beliau berkata, peruntukan dalam enakmen syariah berkaitan hak jagaan anak atau hadhanah juga perlu diambil kira oleh kerajaan kerana ibu atau bapa yang beragama islam harus dibenarkan untuk mengislamkan anak-anak mereka selaras dengan kaedah fikah mengenai syarat-syarat hak hadhanah dalam islam.

“ISIUKM sebagai persatuan mahasiswa Islam bimbang sekiranya perkara ini tidak diambil perhatian sewajarnya, ia boleh membenihkan api perkauman dan pada masa yang sama merendahkan martamat agama Islam sebagai agama rasmi negara mengikut Perkara 3 Perlembagaan kita,sehubungan itu, kami meminta kerajaan menarik balik keputusan itu bagi mengelak kekeliruan, terutama di kalangan umat Islam”, ujarnya beliau lagi.

ISIUKM turut menyarankan agar bahagian khas syariah yang menguruskan isu penentuan hak jagaan anak-anak yang mana ibu atau bapanya memeluk Islam perlu ditubuhkan di Mahkamah Sivil.

“Hal ini penting memandangkan mahkamah Sivil di negara ini adalah merupakan mahkamah terbuka yang mengadili penganut Agama Islam dan bukan Islam supaya kepentingan kedua-dua belah pihak terbela” katanya yang juga seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUKM).

Terdahulu, pada 26 April lalu Kabinet Malaysia telah memutuskan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semasa mengumumkan perkara itu berkata keputusan tersebut adalah antara penyelesaian jangka panjang yang dicapai oleh Kabinet memandangkan lebih banyak kes seperti yang melibatkan Mohd Ridzuan Abdullah dan isterinya Indra Gandhi, dijangka muncul pada masa akan datang.

Mohd Ridzuan, atau Patmanathan a/l Krishnan, 40, bekas penganut Hindu, yang kini memeluk Islam, dilaporkan telah menukar agama anaknya - Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, 1 - kepada Islam pada 12 April serta memohon hak penjagaan terhadap mereka di Mahkamah Syariah walaupun ibu mereka masih beragama Hindu- Sumber Mahasiswakini

Anonymous said...

hmm..mmgla bukan keutusan Najib..
tapi atas persetujuan dialah..xkan orang bawah dia senang2 je wat keputusan dan umumkan tanpa pengetahuan dia..baik tak perlu ada najib kalu mcam tu..

ain solehah said...

وَمَا أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ إِلاَّ رِجَالاً نُّوحِي إِلَيْهِمْ فَاسْأَلُواْ أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
  
 
Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada orang yang mengetahui jika kamu tidak mengetahui.

*sepatutnya kabinet perlu panjgkan perbincangan kerana ia berkaitan agama...bincang bersama ulama', orang2 yang pakar dalam bidang tersebut....

analoginya jika mahu selesaikan masalah matematik, jumpalah dan berbincanglah dengan org yang pakar dalam bidang tersebut...

W/A..

Anonymous said...

1st kita kna bpijak d bumi nyata.yg tlibat antara org islam dan non-muslim.udg2 islam yg nk dtrapkn kpd bkn islam bkn smudah bancuh tea o.klu kita kata nk ikut syriah,dia plak kata nk ikut kitab weda cmne?bialah pihak perundangan selesaikan.jgn pk politik je

2nd perkara ni adalah persoalan udg2.bkn persoalan matematik yg ada formulany.udg2 bleh brubah mngikut keadaan individu.dlm solat pn org yg sakit dan xbleh bdiri xwajib utk dia berdiri

3rd bila komen org politik yg dminta dlm hal perundangan mmg sentiasa bias.so bialah paka perundangan/hakim buat kputusan.hakim2 adlh klgn bijak pandai.bkn mcm ahli politik yg pk poket sndiri dn kdg2 spm pn xlulus

ain solehah said...

emm..undang2 dan agama mmg xleh dipisahkan...klw dibiar org undang2 buat keputusan tanpa guideline undang2 ALLAH, nescaya bala ALLAH akan menimpa..

jika ada perkara khilaf , kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah..

ain solehah said...

http://ainsolehah.blogspot.com/2009/04/draf-cadangan-penyelesaian.html

Anonymous said...

bila kata malaysia negara islam korang kata sekular..bila dah kena mcm ni baru nak gelabah..kalau korang pun da setuju malaysia negara sekular apa mau kesah? guna la undang-undang sekular tu..kalau korang sama-sama dari dulu kata negara Islam dah tentu non muslim tak berani nak buat keputusan camni..secara umumnya korang yg punca Islam tak dipandang tinggi di Malaysia

ain solehah said...

takrif negara islam masih khilaf...jd terpulang pada masing2, nak terima atau x takrifan negara islam untuk Malaysia yang terang tang2 sekular....tengok saje sistem pendidikan, di Universiti orang yang berada dalam kos sains xda sentuh sikit pun, xda bjr pun bidang agama..pk2 kan la...

knapa nak redha dgn undang2 sekular, sedangkan ALLAH dan beri tunjuk ajar, ALLAH dah bg panduan untuk menjalankan undang2 Islam....cumanya dalam keadaan, situasi kita xredha dengan sisitem undang2 itu, kita perlu bijaksana dalam usaha men'convert' sistem negara sekarang...

ain solehah said...

p/s..kpda anonymous,minta supaya xrahsiakan diri sbnr, gunakan id atau nama..syukran..

Related Posts with Thumbnails

DOWNLOAD BAHAN ILMIAH

حيا بالعربية

محادثة
@ يـَــا عـَــائِــشـَــة ُ، هـَـٰــذِهِ صـَــدِيـْــقـَــتـِــى خـَــدِيـْــجـَــة

@ Hai Aisyah, ini temanku Khadijah.

& أ َهـْــلاً وَسـَــهـْــلاً، كـَــيـْــفَ حـَــالـُــكِ يـَــا خـَــدِيـْــجـَــة

& Semoga anda menjadi keluarga kami dengan segala kemudahan, bagaimana khabarmu hai Khadijah?

@ أ َنـَــا بـِــخـَــيـْــر ٍ اَلـْــحـَــمـْــدُ لـِــلـَّــه، وَمـَــا اسـْــمُــكِ؟

@ Saya baik alhamdulillah, siapakah nama awak?

& إ ِسـْــمـِــى مـَــرْيـَــمُ بـِــنـْــت ُ الـْــحـَــاج ِ حـَــسـَــنْ

& Nama saya Maryam binti Haji Hasan.

@ مـَــا شـَــاءَ الله إ ِسـْــمٌ جـَــمـِــيـْــلٌ، أ َيـْــن َ تـَــسـْــكـُــنـِــيـْــن َ يـَــا مـَــرْيـَــمُ؟

@ Masya Allah nama yang bagus, di manakah awak tinggal hai Maryam?

& أ َسـْــكـُــن ُ فـِى رَقـْــم ِ ٤٨ مـِــنْ شـَــار ِع ِ مـِــيـْــلاَوَاتـِــىْ

& Saya tinggal di nombor 48 Jalan Melawati.

@ إ ِذ َن ْ بـَــيـْــتـُــكِ قــَــر ِيـْــبٌ مـِــنْ هـُــنـَــا

@ Kalau demikian rumah awak dekat sahaja dari sini.

& أ َجـَــلْ، مـِــائَــتـَــان ِ وَخـَــمـْــسـُــوْن َ مـِــتـْــرًا تـَــقـْــر ِيـْــبـًــا

& Ya, lebih kurang 250 meter dari sini.

@ هـَــلْ تـَــسـْــمـَــحـِــيـْــن َ لـِــى بـِــز ِيـَــارَتـِــكِ يـَــا مـَــرْ يـَــمُ؟

@ Apakah awak membolehkan saya mengunjungi awak hai Maryam?

& بـِــكـُــلِّ السـُّــرُوْرِ

& Dengan segala senang hati.

MARI BELAJAR BAHASA ARAB =)

BERSAMA MYKRK

ARAB MADINAH

ARAB INDO