Tuesday, November 4, 2008

Syura Vs Demokrasi

Pengenalan

Antara barat dan Islam adalah umpama buku dan ruas tidak boleh disatukan. Segala peraturan dan perundangan antara barat dan Islam jelas menunjukkan perbezaan yang ketara. Dari segi amalan politik dan juga sistem antara kedua-duanya jelas berbeza. Demokrasi liberal barat adalah berlandaskan falsafah kekuasaan rakyat semata-mata tetapi juga perbezaan antara kedua-duanya dapat dijelaskan dengan lebih terperinci dari segi definisi, pemilihan khalifah, bidang kuasa, perundangan dan hak bersama. Perbezaan dari segi hak bersama ini merangkumi perbezaan hak antara orang Islam dengan orang bukan Islam

Seperti yang telah diketahui sistem demokrasi adalah sangat mementingkan kedaulatan rakyat. Ini adalah kerana kuasa mutlak untuk membuat undang-undang dalam menentukan nilai-nilai dan norma amalan terletak di tangan rakyat ataupun dengan ertikata lain supaya lebih mudah difahami adalah rakyat berhak menentukan segala-galanya. Contohnya seperti jika mendapat sokongan daripada rakyat undang-undang yang baik dimansuhkan manakala undang-undang yang tidak baik di wujudkan ataupun di gubal semula.

Sebaliknya ini sangat berbeza dengan sistem syura dalam Islam sebagai satu agama yang mempunyai prinsip-prinsip keimanan yang tinggi kepada Allah S.W.T, mengasaskan sesebuah negara itu adalah berdasarkan kekuasaannya dan manusia telahpun ditugaskan sebagai khalifah di muka bumi ini. Oleh itu segala amalan dalam sistem pemerintahan Islam mestilah merujuk kepada al-Quran dan Sunnah. Bagi demokrasi liberal menurut sesetengah sarjana menganggap demokrasi sebagai asas atau dasar manakala sebahagian yang lain pula mendefinisikan sebagai bentuk atau kaedah. Namun begitu, kebanyakkan sarjana bersependapat bahawa demokrasi ialah sistem yang berasaskan pihak berasingan yang majoriti pentadbir menghormati hak minoriti.

PERBEZAAN ANTARA SISTEM SYURA DENGAN SISTEM DEMOKRASI

Dari segi definisi :


Apabila dibincangkan mengenai demokrasi satu perkara yang terlintas di hati kita adalah kebebasan. Ini adalah kerana sesebuah negara yang mengamalkan sistem yang memberi kebebasan kepada rakyatnya dalam serba-serbi walaupun pada hakikatnya kebebasan itu masih boleh dipertikaikan. Namun apabila kita merujuk kepada istilah sebenar, demokrasi adalah bermakna pemerintahan rakyat.

Demokrasi itu berasal daripada perkataan Greek iaitu demos dan cratos yang bermaksud kuasa rakyat. Demokrasi bererti manusialah yang menggubal undang-undang atau manusialah yang menjadi legislator. Idea demokrasi ini dipelopori oleh para pemikir Greek yang ingin mencari penyelesaian bagi urusan kehidupan seharian mereka. Ia kemudiannya dibangkitkan semula oleh para pemikir Eropah ketika berlakunya konflik antara rakyar dan pemerintah. Konflik ini akhirnya mencetuskan revolusi dan antara revolusi yang terkemuka ialah Revolusi Perancis yang mana rakyat bangkit menentang pemerintah.

Walaupun sistem demokrasi pada zaman Greek adalah terhad kepada kaum lelaki sahaja, namun konotasi demokrasi modon lazimnya merujuk kepada semua penduduk di sesebuah negara. Ini menunjukkan bahawa demokrasi mementingkan kedaulatan rakyat. Dalam sistem ini kuasa mutlak membuat undang-undang dalam menentukan nilai-nilai dan norma-norma amalan terletak di tangan rakyat. Dengan erti kata lain rakyat berhak menetukan segalanya. Undang-undang yang baik boleh dimansuhkan dan undang-undang yang tidak baik boleh diwujudkan jika ada sokongan daripada rakyat.

Sehubungan itu berbeza dengan Islam, undang-undang ataupun syariat adalah telah ditetapkan oleh Allah s.w.t yang mencakupi segala kehidupan manusia tidak kira dari aspek politik, ekonomi, mahupun sosial atau muamalat. Oleh itu sistem syura adalah merupakan suatu sistem pemerintahan yang berlandaskan syariat yang telah digariskan oleh Allah s.w.t dalam al-Quran. Sistem syura ini adalah merupakan suatu sistem yang dicernakan sejak zaman Rasulullah s.a.w untuk melaksanakan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dengan cara bermusyawwarah.

Definisi syura adalah kata nama daripada perkataan “Al-Musyawwaratun” atau “Watasyawwarun” bererti mengutarakan pendapat (Dr. Lukman Thaib, 1995). Definisi syura ini jelas menunjukkan bahawa pendapat adalah diutamakan di dalam sesebuah perkara. Melalui prinsip ini peranan ummah atau rakyat Islam adalah dipentingkan di dalam perlaksanaan dan pembuatan sesuatu dasar yang berlandaskan al-Quran.

Sebaliknya Islam sebagai satu agama yang mempunyai prinsip keimanan yang tinggi kepada Tuhan, mengasaskan sesebuah negara itu berdasarkan kekuasaan Allah dan manusia pula ditugaskan sebagai khalifah. Amalan-amalan di dalam demokrasi Islam adalah merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah. Bagi demokrasi liberal menurut setengah-setengah sarjana menganggap demokrasi sebagai asas atau dasar manakala sebahagian yang lain pula mendefinisikannya sebagai bentuk atau kaedah. Namun begitu kebanyakan sarjana bersependapat bahawa demokrasi ialah sistem yang berasaskan pihak berasingan yang majoriti, pentadbir menghormati hak minoriti (Dr. Lukman Thaib 1995:8).

Dari segi pemilihan khalifah/pemimpin :

Perbezaan dari segi pemilihan pemimpin adalah perbezaan yang paling ketara antara sistem syura dengan sistem demokrasi. Dalam sistem syura pemilihan khalifah atau seseorang yang bakal memimpin negara adalah berdasarkan apa yang telah disarankan oleh Allah S.W.T dalam al-Quran.

Menurut apa terkandung dalam al-Quran seseorang pemimpin itu haruslah mempunyai ciri-ciri atau pun kriteria-kriteria tertentu seperti seorang yang tinggi keimanan dan ketaqwaannya kepada Allah S.W.T, mempunyai ilmu pengetahuan yang luas terutamanya dalam konteks politik atau pemerintahan negara serta dalam konteks ekonomi dan sosial.

Di samping itu juga, seseorang khalifah itu haruslah mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik, serta mempunyai kemahiran dalam bidang pertahanan negara iaitu kemahiran dalam ilmu peperangan.

Dalam konteks yang berlainan, pemimpin yang dilantik mengikut sistem syura adalah berasaskan kebenaran dan menjauhi sebarang bentuk kebatilan yakni pemimpin yang mempunyai sahsiah dan keperibadian yang baik serta bukan dari kalangan orang yang fasik mahupun munafik.

Ini selaras dengan apa yang disarankan dalam al-Quran yang sering menyuruh umat Islam supaya mengikuti kebenaran dan menjaga kebaikan masyarakat manusia dengan tidak mengambil kira terhadap suara dan kehendak golongan majoriti sebagai ukuran yang boleh diterima terutamanya dari segi pemilihan pemimpin. Firman Allah S.W.T dalam Surah Yunus ayat 32 yang bermaksud :
“Maka tidak ada sesudah kebenaran itu, melainkan kesesatan.”

Dalam ayat yang sama Allah S.W.T berfirman:
“Maka apakah orang-orang yang menunjuki kebenaran itu lebih berhak diikuti ataukah orang yang tidak dapat memberi petunjuk kecuali (bila) diberi petunjuk?”

Ini jelas berlainan sama sekali dengan sistem demokrasi yang menjadikan suara majoriti dalam pemilihan pemimpin sebagai asas tanpa mengira sahsiah, akhlak, serta keperibadian pemimpin itu sendiri. Asalkan seseorang itu dicalonkan untuk menjadi pemimpin dan mendapat sokongan majoriti daripada rakyat maka terlantiklah seorang pemimpin yang bukan hanya berasaskan prinsip kebenaran, malah berkemungkinan jelas mentampakkan ia berasaskan kebatilan.

Contohnya seseorang pemimpin itu dilantik adalah bukan kerana kelayakannya dari segi kepemimpinan tetapi berdasarkan pemilikan hartanya yang banyak serta pengaruhnya dalam bidang-bidang tertentu terutamanya pengaruhnya dalam bidang ekonomi membolehkannya dicalonkan dalam pilihanraya. Dengan sogokan yang diberikan kepada rakyat membuatkannya dilantik menjadi pemimpin. Ini jelas menunjukkan kebatilan yang nyata dari segi pemilihan pemimpin dalam sistem demokrasi.

Walaupun tidak dinafikan syarat-syarat yang diperlukan dalam sistem demokrasi untuk seseorang itu boleh dicalonkan untuk bertanding dalam pilihanraya seperti mempunyai latar belakang yang baik dari segi akademik dan peribadi, bukan seorang yang telah disenarai hitamkan dan tidak pernah terlibat dalam sebarang bentuk jenayah atau pernah dipenjarakan namun ia tidak menunjukkan pemilihan pemimpin yang berasaskan kebenaran yang disarankan dalam al-Quran yang menekankan ciri keimanan kepada Tuhan yang menjadi tonggak dan tunjang kepada kepimpinan yang adil, bijaksana dan seumpamanya.

Dalam sistem syura, sebelum seseorang itu dilantik menjadi khalifah, calon khalifah itu sendiri dinilai dalam permesyuaratan ahli-ahli majlis syura. Seterusnya ia dinilai berdasarkan persetujuan seluruh rakyat dan rakyat bebas untuk menerima atau menolak seseorang calon khalifah tersebut. Hak kebebasan rakyat dapat dilihat dengan mengkaji terus ucapan khalifah Abu Bakar as-Siddiq seperti berikut :
"Wahai Manusia, sesungguhnya aku telah dilantik ke atas kamu dan bukanlah aku orang yang paling baik di antara kamu. Kalau aku lemah kamu betulkanlah aku dan kalau aku berbuat baik, kamu tolonglah aku, benar itu amanah dan dusta itu khianat. Yang lemah di kalangan kamu adalah kuat di sisiku, sehingga aku mengambil hak daripadanya insya`Allah ...."

Daripada ucapan Khalifah Abu bakar ini terdapat beberapa perkara berkaitan kebebasan politik iaitu perkataan yang menyebut "saya telah dilantik ke atas kamu." Ini menunjukkan hak umat untuk memilih ketua negara. Manakala kata-kata “Bukankah aku orang paling baik di kalangan kamu." Ini menunjukkan ketua negara adalah juga daripada rakyat negara tersebut.

Selain itu, kata-kata seperti "Jika saya lemah kamu betulkanlah saya, jika saya berbuat baik kamu bantulah saya." Ucapan ini pula menunjukkan hak rakyat yang dianggap sebagai pemerhati bagi sesebuah pemerintahan. "Taatilah aku selagi aku taat kepada Allah, apabila aku durhaka kepada Allah dan Rasulnya kamu tidak wajib taat lagi kepada ku." Kenyataan ini pula menunjukkan, bahawa walaupun seseorang pemerintah itu ada mengikut sistem-sistem dalam sesebuah negara namun apabila beliau tidak lagi mengikut lunas-lunas agama Islam maka rakyat tidak perlu patuh kepadanya.
Berbeza sama sekali dalam sistem demokrasi apabila seseorang itu telah dilantik menjadi pemimpin, ia perlu patuh dan taat dalam segenap segi walaupun dalam perkara-perkara kemungkaran dan kemaksiatan. Dalam sistem demokrasi, seseorang pemimpin itu hanya boleh digulingkan dalam pilihanraya dan selagi ia memegang jawatannya, rakyat perlu akur dengan arahan yang dikeluarkan dan hanya boleh mempertikaikannya sekiranya ada sokongan majoriti.

Dari segi bidang kuasa:

Dalam sistem Syura, bidang kuasa tertakluk kepada institusi kekhalifahan yakni kuasa seseorang khalifah terhad kepada peruntukkan kuasa yang telah disyariatkan dalam al-Quran. Maknanya seseorang khalifah itu perlu amanah dalam kepimpinannya dan haram baginya untuk pecah amanah. Seseorang khalifah dalam sistem syura perlu mempunyai ketegasan yang tinggi dalam soal mempertahankan syariat iaitu memperjuangkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan.

Dalam sistem demokrasi pula, seseorang pemimpin itu mempunyai bidang kuasa yang luas termasuklah dalam perkara-perkara yang diharamkan dari segi syariat asalkan sesuatu perkara itu dipersetujui oleh majoriti rakyat. Sesuatu perkara yang diharamkan oleh syariat boleh menjadi halal dengan kuasa seseorang pemimpin itu asalkan difikirkan perlu dan mendapat sokongan majoriti rakyat.Dengan kata lain, bidang kuasa yang digunakan adalah berpandukan akal fikiran manusia ataupun mengikut logikal akal manusia semata-mata dan bukan berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah.

Justeru, dalam sistem syura seseorang khalifah itu juga menggunakan kuasanya berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Sebagai contoh seseorang khalifah adalah haram baginya menerima atau memberi rasuah kerana rasuah dikira sebagai pecah amanah dari segi pemerintahannya. Berbeza sama sekali dengan sistem demokrasi di mana pemimpin- pemimpin yang berfahaman demokrasi menggunakan kuasa mereka berdasarkan perlembagaan negara yang di gubal yang mana perlembagaan yang digubal itu bukan menjadikan asas Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan utama dalam pembentukkan perlembagaan negara tersebut.

Sehubungan itu, dalam sistem syura khalifah-khalifah diwajibkan menjalankan pemerintahan atau menggunakan kuasa yang di amanahkan berasaskan prinsip kebenaran dan keadilan. Dalam sistem demokrasi pula, pemimpin-pemimpin menggunakan kuasanya adalah untuk kepentingan diri dan rakyat biarpun kuasa yang di gunakan adalah menjurus ke arah kebatilan, kemaksiatan ataupun kemungkaran. Contohnya, pemberian lesen kepada individu-individu tertentu dalam kes penjualan arak secara berleluasa di kawasan yang mana kebanyakan penduduknya adalah orang islam.

Dari segi bidang kuasa kehakiman pula, jelas menunjukkan perbezaan yang amat ketara antara sistem syura dengan sistem demokrasi. Dalam sistem syura, hakim memberikan pengadilan berdasarkan keadilan dimana prinsip keadilan itu telah dijelaskan dalam Al-Quran..Contohnya, seseorang yang telah disahkan bersalah dan dijatuhkan hukuman maka tiada lagi pertikaian atau rayuan baginya dan seharusnya hukuman tersebut hendaklah segera dilaksanakan. Berlainan dengan bidang kuasa kehakiman dalam sistem demokrasi yang mana seseorang hakim boleh membenarkan seseorang yang telah disahkan bersalah dan dijatuhkan hukuman untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan dan sekiranya diluluskan oleh yang DiPertuan Agong hukuman tersebut boleh diringankan seperti yang berlaku di Malaysia.

Oleh yang demikian, prinsip keadilan dan kebenaran telah dicabuli oleh suatu sistem yang dirangka mengikut akal fikiran manusia semata-mata. Ini jelas membuktikan sistem syura yang diamalkan pada zaman Khulafa’ ar-Rasyidin adalah berbeza sama sekali dengan sistem demokrasi yang diamalkan pada zaman sekarang.

Dari Segi Perundangan :


Di antara sistem syura dan sistem demokrasi, perbezaan yang jelas dan ketara adalah dari segi sistem perundangannya. Perundangan dalam sistem syura adalah berdasarkan permesyuaratan yang bersumberkan al-Quran dan al-Hadis. Manakala dalam sistem demokrasi pula sistem perundangan adalah berdasarkan kehendak semasa asalkan mendapat sokongan atau majoriti daripada rakyat dan boleh berubah dari semasa ke semasa.

Dalam sistem demokrasi moden, ianya memiliki dua corak dalam perundangan. Peraturan yang tetap yang tidak menerima perubahan dan pertukaran iaitu perlembagaan yang berterusan atau undang-undang perlembagaan. Keadaan ini tidak dimiliki oleh mana-mana aspek dalam pemerintahan sehingga kepada majlis ummah dan pimpinan. Berlakunya mana-mana perubahan dalam kandungan perlembagaan ini setelah dipersetujui oleh majoroti orang ramai dengan seluruh aspeknya. Peraturan yang kedua ialah peraturan yang tunduk kepada perubahan dan pertukaran dengan gabungan suara majoriti di dalam majlis ummah dan pimpinan atau lembaga kabinet manteri atau selain daripada itu yakni golongan yang mempunyai wibawa politik di dalam sesebuah negara.

Apa yang penting bagi golongan ini yang mewujudkan peraturan tidak mempunyai batasan penafsiran undang-undang perlembagaan. Berlakunya perubahan di dalam lingkungan undang-undang perlembagaan ini tanpa mempunyai asas yang kukuh. Dengan yang demikian wajib bagi kita untuk menghuraikan pandangan mengenai pemerintahan dan perundangan dalam Islam yang membezakan daripada teori-teori demokrasi dan sosialisme moden serta tidak mencampuradukkan di antara kedua-duanya sebagaimana yang dilakukan oleh para penulis dan pengkaji Islam dan bukan Islam yang tertentu.

Daripada aspek bahagian yang tetap di dalam undang-undang, Islam memandangkan bahawa Allah S.W.T adalah Satu-satunya yang menentukan kedudukan syari’at yang menjadi asas-asas pemerintahan, tidak ada hal seorang pun yang lain berhak campurtangan dalam hal ehwal menggubal syari’at dalam sitem Islam walaupun Nabi S.A.W sekalipun. Manakala daripada aspek kedua iaitu (bahagian yang tunduk kepada perubahan yang mana sistem tunduk kepadanya). Sebagaimana yang terdapat dalam sistem-sistem demokrasi dan sosialisme moden, yakni berhubung dengan konsep majoriti. Apayang dimaksudkan dengan majoriti ialah mengatasi satu perdua dengan ditambah satu yang mengatasi minoriti iaitu satu perdua kurang satu. Tunduk kepada pandangan majoriti di dalam aspek menentukan keputusan sehingga sampai ke tahap hak untuk bersuara di antara majoriti dan minoriti.

Menurut pandangan politik Islam adalah berbeza dengan apa yang dibawa terdahulu dengan sistem demokrasi dan sosialisme moden. Pertimbangan dalam meletakkan undang-undang atau mengubahnya atau mengadakannya ataupun menukar isi kandungannya serta bentuknya berdasarkan suara majoriti yang di terima oleh Islam. Sebaliknya Islam bukan sekadar melaksanakan syura atau permesyuaratan di dalam persoalan pemerintahan dan pentadbiran malah lebih jauh daripada ialah Islam menekankan kepada mengikuti kebenaran iaitu membataskan kebenaran dengan kebatilan, di dalam bahagian yang berubah daripada sistem, bukannya menyenangkan manusia pada tempat-tempat yang berbeza dalam pemerintahan Islam.

Apa yang menjadi persoalan di sini adalah sama ada Islam juga mementingkan prinsip kedaultan rakyat dan jika bukan apakah yang menjadi gaya pemikiran politik bagi sesebuah negara Islam. Bagi menjawab persoalan ini eloklah kita merujuk kepada pendapat seorang sarjana Islam iaitu Al-Maududi menguasai prinsip negara Islam iaitu: "Istilah yang lebih tepat mengenai sistem politik Islam ialah negara ketuhanan yang digelar "teokrasi" dalam bahasa Inggeris".Menurut beliau teokrasi di dalam sesebuah negara Islam bukanlah bermaksud mengaggungkan sesuatu kuasa seperti yang dibuat oleh paderi-paderi di zaman Eropah yang memerintah secara paksa yang lebih mirip kepada kekuasaan syaitan.

Menurut Al-Maududi istilah teo-demokrasi adalah lebih tepat bagi sesebuah negara Islam. Ini adalah kerana di dalam sesebuah negara Islam, rakyat akan memerintah berlandaskan had-had yang ditentukan oleh Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Al-Maududi juga telah mengariskan tiga prinsip utama dalam sesebuah negara Islam iaitu tidak ada orang, golongan atau kumpulan bahawa seluruh penduduk yang menangi dalam sesebuah negara sekalipun, boleh mendakwa mempunyai kekuasaan dan kedaulatan. Hanya Allah pemilik kekuasaan dan kedaulatan yang sebenar semua yang lain adalah hambanya.

Allah ialah pengubal undang-undang yang sebenar dan kuasa mutlak membuat undang-undang adalah miliknya. Orang-orang Islam tidak boleh membuat undang-undang yang bertentangan dan tidak boleh mengubah suai sebarang undang-undang yang ditetapkan oleh Allah, walaupun semua orang bersetuju mahu membuat undang-undang lain atau mengubah undang-undang Allah, dan sesebuah negara Islam mestilah diasaskan di atas hukum yang diwahyukan tuhan dalam segala sesi dan ruang lingkupnya. Kerajaan yang memerintah sesebuah negara Islam hanya boleh ditaati dalam tugasnya sebagai badan politik yang dibentuk untuk melaksanakan undang-undang Allah, sekiranya ia melanggar undang-undang yang diturunkan oleh Allah, perintahnya tidak wajib di taati oleh orang-orang Islam.

Kesemua prinsip undang-undang di atas jelas menunjukkan bahawa rakyat dalam sesebuah negara Islam hanyalah pelaksana hukum-hukum yang telah ditentukan oleh Allah. Rakyat tidak ada alasan bagi tidak melaksanakan sesuatu hukum Allah dan tidak ada alasan bagi memansuhkan hukum Allah.Ini adalah berbeza dengan demokrasi berat yang berlandaskan kekuasaan dan kedaulatan rakyat. Calon-calon yang dipilih diberi mandat untuk membuat dan melaksanakan undang-undang di dalam sesebuah negara. Undang-undang itu pula perlulah selaras dengan kehendak rakyat. Di dalam demokrasi barat apa-apa undang-undang yang mendapat undian terbanyak perlu dilaksanakan walaupun ia satu perkara yang buruk dan terkutuk. Misalnya tabiat minum arak. Walaupun minum arak membahayakan kesihatan namun melalui undian majoriti, arak boleh dijual dan diminum tanpa batasan.

Di dalam demokrasi barat juga agama dan politik dipisahkan hingga menyebabkan rakyat kehilangan nilai-nilai moral dan etika. Akibat persaingan yang wujud dalam sistem kapitalisme menyebabkan rakyat hilang pertimbangan dan lebih mementingkan materialisme dan ini mengalpakan mereka daripada membenarkan dan kebaikan yang hakiki. Sebaliknya di dalam sesebuah negara Islam prinsip syurga adalah amat dititik beratkan. Ini adalah disebabkan semua negara Islam yang tegak di atas prinsip ketuhanan dan menguatkan perintah dan hukum-hukum yang jelas dari Allah dan Rasul dan tidak ada pemimpin Islam atau badan perundangan yang boleh membuat keputusan tanpa rujukan kepada Al-Quran dan Sunnah.

Namun ini tidak bermakna bahawa had-had dan sekatan ini memperlihatkan bahawa Allah mengkongkong manusia daripada berkembang. Allah tidak pernah menghadkan kebebasan pemikiran dan intelek manusia. Allah menetapkan hak membuat undang-undang hanya terletak padanya dan bukan bermaksud untuk menyekat kebebasan manusia. Jadi demokrasi barat yang berlandaskan kekuasaan rakyat berbeza dengan Islam kerana di dalam demokrasi Islam kedaultan rakyat adalah mengikut had-had yang termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah.

Ini menunjukkan bahawa kebebasan yang ada pada rakyat juga mengikut lunas-lunas keimanan membebaskan yang diberikan oleh Allah kepada manusia adalah terhad atas dasar keinginan dan nafsu yang ada pada manusia boleh dipengaruhi oleh Syaitan. Inilah sebabnya Allah mewujudkan had-had seperti menurut Istilah Islamnya adalah batas-batas Allah atau Hudud Allah. Sebagai contohnya dalam ekonomi Allah telah menetapkan beberapa batas yang menurut perintah Allah seperti zakat harta benda, zakat pendapatan dan pencarian rezeki secara halal.

Akhir sekali apa yang menjelaskan lagi perbandingan antara pandangan Islam dan demokrasi liberal ke atas rakyat ialah suara majoriti di dalam masyarakat Islam yang dibina oleh fahaman taqwa dan keutamaan tidak dapat di hitung oleh batasan-batasan kebenaran dan pembaikan sosial.Ini adalah selaras dengan ayat al-Quran surah al-Ashr ayat 2 dan 3 di bawah yang bermaksud:
"Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal dengan amalan yang soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran."
Secara amnya peraturan yang bergantung kepada pandangan majoriti ummat manusia tidak akan membawa kebaikan untuk kekalkan masa depan dan tidak mendatangkan kekecuaian kepada ummah sendiri. Jadi Islam sentiasa membataskan kedaulatan rakyat berdasarkan peraturan dalam Al-Quran dan Sunnah.

Dari segi hak orang bukan Islam dalam pemerintahan negara Islam:

Sesungguhnya dalam sistem pemerintahan atau pentadbiran negara Islam, prinsip keadilan dan persamaan hak adalah penting dalam menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyatnya tidak kiralah umat Islam mahupun bukan Islam.Ini dapat dilihat pada zaman pemerintahan Rasullullah s.a.w yang telah berjaya menubuhkan sebuah negara Islam yang mengamalkan sistem pemerintahan dan perundangan yang berasaskan syariat islam. Semua rakyatnya mendapat hak yang adil dan saksama. Walaupun menghadapi tentangan daripada kaum Quraisy Makkah dan gangguan daripada Yahudi dan kaum bukan Islam. Ia terbentuk berdasarkan sebuah kanun atau perjanjian bertulis iaitu Piagam Madinah yang telah dibentuk berdasarkan wahyu.. Ia mengandungi beberapa fasal yang melibatkan hubungan antara orang Islam dan bukan Islam dan merangkumi aspek politik, agama, sosial, ekonomi dan ketenteraan. Dalam bidang politik, semua manusia adalah berprinsipkan sama rata dalam Islam. Sistem pemerintahan yang berasaskan sistem syura adalah tidak sama dengan sistem demokrasi yang telah dijalankan oleh negara kita sekarang ini. Ia dapat dliihat dari segi hak dan tanggugngjawab rakyatnya.

Melalui sistem syura, pemimpin dipilih berdasarkan akhlak yang baik,berilmu, adil dan memeiliki kecerdasan iaitu keupayaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Rakyatnya yang bernaung dibawah pemerintahan ini seharusnya taat terhadap pemerintahan negara. Selain mempunyai tanggungjawab, mereka juga mempunyai hak tertentu, tidak kiralah golongan Islam mahupun bukan Islam. Dalam sistem syura orang bukan Islam boleh mengeluarkan suara memberi pendapat mereka. Sungguhpun begitu, mereka tidak berhak campur tangan dalam pentadbiran orang Islam. Contohnya menjawat jawatan ketua dalam bidang tertentu seperti pendidikan, kewangan dan lain-lain lagi. Golongan ini hanya berhak menjadi wakil kepada kaumnya sahaja serta bertugas untuk menjaga kepentingan kaumnya. Dalam menjaga kepentingan kaumnya mereka boleh mengemukakan permasalahan yang dihadapi oleh kaumnya untuk dibincangkan bersama untuk diselesaikan. Mereka juga boleh meminta peruntukkan kewangan daripada majlis syura. Selain dari itu juga, mereka boleh meminta majlis syura meluluskan adat-adat keagamaan kaumnya sebagai menjaga hubungan sosial antara kaum. Dengan ini, jelaslah menunjukkan dalam teori politik Islam konsep kerajaaan adalah terhad. Golongan bukan Islam juga harus dilindungi kepentingannya seperti hartanya, nyawanya, dan lain-lain lagi dari bahaya.Walaupun mereka bukan dari agama Islam mereka adalah tergolong dalam rakyat yang bernaung dan tunduk serta patuh dibawah pemerintahan Islam

Dalam pemerintahan yang berasaskan demokrasi pula, golongan bukan Islam ini mempunyai hak yang sama dengan golongan orang Islam. Golongan bukan Islam ini berhak campur tangan dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan. Mereka bebas untuk bersuara dan menjadi pemimpin dalam bidang pentadbiran seperti kewangan, pendidikan dan lain-lain lagi.Ia jelas sekali berbeza dengan sistem syura dimana golongan ini tidak terhad untuk menjadi wakil dan menjaga kepentingan kaumnya sahaja, malah mereka berhak untuk menjadi pemimpin kepada orang Islam. Contohnya ialah seperti bidang pendidikan, ekonomi, kewangan dan lain-lain lagi.
Sebagai kesimpulannya jelaslah sistem syura adalah sejenis corak sistem pemerintahan yang adil dan menjaga hak-hak serta bertanggungjawab dalam menjaga kepentingan rakyatnya. Ini dapat dilihat pada zaman pemerintahan khalifah Umar Abd Khattab dimana dibawah sistem syura tentera Islam tidak dibenarkan merampas tanah-tanah orang bukan Islam dikawasan yang baru ditakluki. Kita juga boleh mengambil iktibar daripada peristiwa pengadilan yang dijalankan terhadap tawanan Yahudi bani Quraisy. Pengadilan ini dijalankan berdasarkan sistem syura.

Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat dibuat di sini adalah sistem syura dan sistem demokrasi adalah dua sistem yang berbeza. Perbezaan yang terdapat pada kedua-dua sistem ini dapat dibezakan dari segi definisi, pemilihan khalifah/pemimpin, bidang kuasa, perundangan dan hak bersama.

Berdasarkan aspek-aspek ini demokrasi di dalam Islam telah mengariskan beberapa ciri demokrasi Islam kebebasan mengikut had undang-undang, kesamarataan di sisi undang-undang, kerajaan melalui persetujuan dan permusyawaratan dan proses pembuatan keputusan yang dimaklumkan melalui perbatasan perlembagaan. Undang-undang dalam negara Islam adalah berdasarkan sumber undang-undang Allah. Manakala undang-undang demokrasi liberal adalah berbentuk sekular. Ini termasuklah mengenai kedaulatan rakyat.

Undang-undang Islam juga dianggap sebagai satu nusus yang dianggap sah secara berkekalan. Mana-mana individu tidak berhak menggubalnya. Manakala di dalam demokrasi barat tidak ada undang-undang yang sah secara berkekalan dan boleh berubah-ubah. Ini menunjukkan bahawa rakyat di dalam negara Islam adalah tertakluk kepada pembatasan dan undang-undang Allah manakala bagi rakyat di sebuah negara demokrasi barat rakyat bebas menggubal undang-undang dan diluluskan oleh kabinet.

Akhir sekali, demokrasi berprinsip kedaulatan rakyat adalah berbeza dengan sebuah negara demokrasi Islam kerana rakyat dalam sebuah negara demokrasi Islam mempunyai perbatasan dan undang-undang yang wajib diikuti iaitu berlandaskan Agama. Manakala di sebuah negara demokrasi barat perlembagaan dan agama dua sistem yang diasingkan.

Bibliografi
  1. Ahmad Syafii Maarif, 1987. Islam dan Masalah Kenegaraan, Lembaga Penilaian Pendidikan dan Penerangan Ekonomi dan Social. Indonesia.
  2. Alias Othman, 1991. Asas-Asas Pemikiran Politik Islam. Kuala Lumpur.
  3. ASY Syeikh ALLAMAH Muhamad Hussein Tabataba `E 1984 Gagasan Politik Islam, Dewan Pustaka Fajar Kuala lumpur.
  4. H. Zainal Abidin Ahmad, 1977, Ilmu Politik Islam III Sejarah Islam dan Umatnya Sampai Sekarang, Jakarta.
  5. H. Zainal Abidin 1977, Ilmu Politik Islam, Jakarta.
  6. Idris Zakaria, 1991. Teori Politik Al-Farabi dan Masyarakat Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
  7. Klaus Ferdinand and Moohdi Mozaffari 1988, Islam: State and Society, Gurzon Press.
  8. Dr. Lukman Thaib, 1995, Syura dan Aplikasinya Dalam Pemerintahan Pada Masa Kini, Kuala Lumpur.
  9. Muhamad Asad, 1964. Azas-Azas Negara dan Pemerintahan Di Dalam Islam Terjemahan Drs. Muhammad Radjab, Jakarta.
  10. Qamar-UD-DIN-Khan ...19.. , Maududis Theory of the State.
  11. Syed Abul Al-Maududi, 1404, Teori Politik Islam.
  12. Ta req Y. Ismael and Zacqueline S. Ismael 19 Government and Politics in Islam, London.
  13. Dr. Zainal 1987. Filsafat Sejarah Ibn Khaldun, Bandong.

** Syura dan demokrasi mmg ternyata berbeza, kerana suatu yang dicipta oleh manusia (demokrasi) adalah sentiasa berubah2 ( xsempurna), manakala kita sebagai umat Nabi Muhammad yang mengaku sebagai umatnya ini perlu berusaha sedaya upaya untuk mengembalikan kemurniaan Islam ini... kewujudan PAS sejak 1952 di Malaysia xlen xbukan untuk meruntuhkan kejahiliahan dan kebatilan yang melanda negara Malaysia ini, seterusnya mengangkat semula kedaulatan Islam, daulah Islamiyyah..

Oleh yang demikian, ana juga mengambil pendapat mantan mufti Johor, seorang ulama' Acheh klw xslp,mengatakan WAJIB semua umat Islam menyokong jika ade segolongan (PAS) yang berusaha ke arah menjadikan malaysia daulah islamiyyah....Moga Islam terus dijulang di mana2.....Allahuakbar!!!


13 comments:

KhILaFaH FiGhTeRs said...

ERM ANTI JELAS DAN LIHAT KEBURUKAN DAN KESYIRIKAN DEMOKRASI YANG JELAS BERHUKUM DENGAN HUKUM THAGHUT. ALHAMDULILLAH ANTI MENYUARAKANNYA TP ANA PELIK KENAPA ANTI KAITKAN DENGAN PAS YANG JUGA SEBAGAI PENGAMAL SISTEM DEMOKRASI TUH. ANTI MENGAMALKAN SESUATU KEKUFURAN ITU YANG DIHISAB. BUKAN SAAJA MENGIMANI.

HUHU
MENGAMALKANNYA YANG TIDAK BOLEH DISISI SYARA' APATAHLAGI MENGIMANI DAN MEYAKININYA SATU2 CARA MENDAULATKAN ISLAM. BUKANKAH ADA CARA LAIN YANG DIPERTONTONKAN APAKAH MASIH TIDAK TERLIHAT ATAU RAGU???

SEDANG CARA ITU YANG DI SELIDIKI DAN DI ADOP DARI MANHAJ KENABIAN.
BERBANDING MENGAMALKAN DEMOKRASI YANG JELAS KUFUR???

ADAKAH DOSA SEORNG PELACUR AKN DIANGKAT SEKIRANYA DIA MELACUR UNTUK MENJADIKAN DIRINYA SEORANG DA'IE

ADAKAH DOSA RIBA' AKAN DIANGKAT SEKIRANYA DIA MENGAMBIL RIBA' UNTUK TUJUAN MENINGGIKAN ISLAM???

KALAU BETUL IA DIANGKAT BUKTIKAN SEDNAG AYAT ALLAH KULLI NAFSIN BIMA KASABAT RAHINA

SETIAP DIRI AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN ATAS PERLAKUANNYA.

KALAU TIDAK DIANGKAT MAKA APA BEZA MENGAMALKAN RIBA DENGAN MENGAMALKAN DEMOKRASI

Anonymous said...

sejak ble demokrasi jd haram...nnt ana rep pjg..ni kt cc je...buang comp, laptop, nset jauh2...sume brg barat...pk2kanla..

KhILaFaH FiGhTeRs said...

hehe

bukankah ada beza antara
hadharah dan madaniyyah
hadharah adalah peraturan hidup
demokrasi adalah peraturan hidup
perlembagaan malaysia berdemokrasi
apa lagi jenis hadharah
sistem ekonomi itu hadharah
sistem pendidikan
pemerintahan
politk

itu sume adalah hadharah
so x leh campur
k
ALHAQQU MIRRABBIK
KEBENARAN DATANG DARI ALLAH
K

tapi madaniyah adalah
teknologi
kalu teknologi x de masalah
salman al farisi juga membawa teknologi
dakwah dalam frendster n blog juga teknologi

cuma penngunaan teknologi ini terkait dengan hukum perbuatan
kalu internet digunakan untuk jalan mungkar jelas tidak boleh haram
tp kalu untuk menyeru umat islam agar kembali pada islam yang kaffah itu kan dah bagus...

MACAM CONTOH YANG PALING MUDAH BAGI
ANTI BERJUANG DALAM PAS DENGAN DEMOKRASI. ANTI GUNAKAN FRENDSTER UNTUK BERDAKWAH
YANG HARAM ADALAH HADHARAH BERJUANG DALAM DEMOKRASI ITU YANG HARAM
TP GUNAKAN FRENDSTER X JADI MASALAH KALU UNTUK DAKWAH

PAHAM TAK

CONTOH LAIN
SEORANG GURU DIA MENGAJAR
DIA MENGAJAR GUNAKAN SISTEM PENDIDIKAN KAPITALIS DAN MENGAJAR GUNA LAPTOP
YANG X BOLEHNYA MENGGUNAKAN PENDIDIKAN KAPITALIS MENGAJAR GUNA LAPTOP TUH MUBBAH
YANG X BOLEH ITU HADHARAH
YANG GUNA LAPTOP TUH MADANIYYAH

KAN BERBEZA

HEHE

CUBA BAYANGKAN N CUBA BACA BETUL2 APA YANG ANTI POST
HUHUUU

Anonymous said...

BismiLlah Wal HamduliLLAH..

Assalamualaikum warahmatuLLAH..

maaf lambat rep..xde tnet..
Demokrasi Vs Syura.... ape demokrasi, ape itu syura... satu tajuk yang menarik, kerana ia reality di negara sendiri.. Syura adalah sistem islam yang mulia yang perlu ditegakkan kembali kemuliaannya di Malaysia. Manakala Demokrasi adalah sistem kuasa barat yang sudah sedia maklum. Segolongan menolak keras demokrasi, segolongan menggunakanye sebagai wasilah ke arah mencari MardhatiLLAH, segolongan lain menerima dan mengagungkannya... terpulang di pihak antum mahu pilih yang mana. Bagi Pas, mereka sudah sedia maklum, sistem demokrasi itu adalah daripada Barat, tetapi bukanlah Haram jika menerima sistem tersebut, ia Cuma suatu wasilah untuk mengambil alih kuasa negara, kerana kita sedia maklum, untuk mendapat kuasa di Malaysia, kita perlu berpilihanraya. Malah, apabila hukum untuk menegakkan daulah islamiyyah itu wajib, menjadi wajib juga kepada kita untuk sama2 bergerak untuk mencapainya.

Fokus kepada Ht..

Di saat Pas bertempur dalam pilihanraya, ntum buat ape? Boikot??..sangat bijak tindakan itu.. apabila ade segologan manusia berusaha, berhempas pulas untuk tujuan menyelamatkan Islam, segolongan lain yang mengaku mahu menegakkan khilafah mengambil sikap memboikot pilihanraya???..terpulanglah..antum ade fikiran, pk2kanlah. Ketika Pas di medan merebut kuasa supaya Islam boleh didaulatkan, Ht buat ape. Jawapannye kalau Ht tidak berbuat ape2, kenapa Ht bleh tersebar ke pelosok dunia. Ya.. betul. Jika antum mengmbil tindakan untuk berdoa sahaja, itu juga suatu usaha. Moga semua usaha kita diterimaNYA. Walau seberat zarah pun akan dihitungNYA... kita semua sedia maklum cara amar ma’ruf ade 3 peringkat mengikut hadis Nabi saw, iaitu pertama melalui kuasa, kedua lisa dan ketiga melalui hati dan ia merupakan selemah-lemah iman. Pas berada di peringkat ingin mengambil alih kuasa, HT berkembang dengan halaqahnya (lisan) dan sebagainya, jadi semuanya amal liLLAH. Antum fikir2kanlah, jangan menjadi orang yang mengatakan (bercakap) ape yang tdak kamu kerjakan. Teoritikal semata2...

                  
2. Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya!
3. amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya.




Demokrasi Haram?
Tiada hukum yang menetapkan demokrasi itu haram, Pas hanya mengambil ia sebagai wasilah, untuk mengembalikan kemurniaan Islam itu. Kerana ia datang dari Barat, Aristotle, ia menjadi Haram??..kalau haram jatuh dosa besar tu..wajib taubat nasuha. Laptop, handset, aircond, kereta..datang dari mana???...antum xboleh guna, smua barang Barat tu. Jadi boleh buang jauh2 ok.

Kenapa dah berkompromi dengan sistem Barat, tapi masih xmenang2??
Allah tidak pandang pada menang atau tidak, tapi Allah melihat pada usaha seseorang itu. Tetapi janji ALLAH pasti akan berlaku Islam akan menang walau ditangan siapa pemerintahnya. Dan jangan terlalu bersemangat tuk menang, seolah2 esok kemenangan islam, kerana semangat semata2, akan membawa kehancuran. Yang penting istiqamah, bukan semangat yang xpasal2..

Kenapa perlu bertelagah?
Perlu ke suatu golongan bertelagah dengan segolongan lain, sedangkan matlamatnya adalah sama, iaitu mencapai MardhatiLLAH, dan daulah, khilafah, sebagai wasilahnya? Suatu kisah oleh Prof Manna’ Khalil Qattan (ilmuan Islam) untuk dikongsi dan untuk difkr2kan bersama.

KHILAF ANTARA JEMAAH

Saya membesar dalam keadaan yang menjadikan saya menjauhi Khilaf, tidak
sukakan perpecahan dan bencikan pertelingkahan. Saya telah belajar dan
dididik pada mulanya di kampung saya di tangan Syeikh saya, seorang
ulama' yang mantap iaitu Fadhilah al-Syeikh Abdul Razaq Afifi.

Sewaktu saya belum melewati usia sepuluh tahun, Syeikh telah mengajar
kami untuk menghimpunkan manusia dan tidak memecah-belahkan serta
menyatukan bukannya mengoyakkan. Hendaklah mendekatkan semampu yang
boleh sewaktu berlakunya khilaf tanpa menjejaskan ushul aqidah dan
perkara yang diketahui secara darurat daripada agama.

Pernah berlaku pertemuan mereka yang mempunyai haluan Islam iaitu Jamaah
Anshor al-Sunnah al-Muhammadiyah, al-Jam'iyyah al-Syar'ieyah dan
al-Ikhwan al-Muslimun. Semuanya menyertai aktiviti sesama mereka. Setiap
mereka mengambil faedah daripada kelebihan yang lain. Mereka mengambil
aqidah daripada jamaah Anshor al-Sunnah, perlakuan berdasarkan Sunnah
dan gambaran Islam daripada al-Jam'iyyah al-Syar'ieyah dan mengambil
tentang kesyumulan Islam dan pemikiran tamadunnya daripada al-Ikhwan
al-Muslimun. Oleh itu saya - sehingga kini - terus menyumbangkan wang
untuk membantu jemaah-jemaah ini, saling membantu mereka dan saya juga
dijemput untuk menyampaikan ceramah untuk mereka.

Saya masih ingat sikap-sikap Syeikh kami dalam hal ini di antaranya:

Pertama: Beliau telah membentuk dari kalangan anak-anak yang masih
kecil - saya salah seorang daripada mereka - menjadi satu kumpulan yang
kami kongsi kutipan wang padanya untuk membentuk sebuah perpustakaan
sebagai tempat membaca. Beliau dokonginya - semoga Allah membalas
kebaikan beliau - dengan pemberian beliau. Beliau memilih untuk kami apa
yang beliau sukai dan pilih daripada buku-buku aqidah, risalah-risalah
Syeikhul Islam Ibn Taimiyah dan muridnya Ibn al-Qayyim, al-Imam Muhammad
bin Abdul Wahab, buku-buku Sunnah dan risalah-risalah al-Imam as-Syahid
Hasan al-Banna.

Kedua: Seseorang telah bertanyakan beliau dalam satu majlis tentang
pandangannya terhadap perkumpulan besar yang dizahirkan oleh hasil
aktiviti al-Ikhwan al-Muslimun dan sambutan para pemuda terhadap dakwah
mereka. Soalan itu ditujukan dalam bentuk yang menyakitkan hati,
mengajak kepada kebencian dan dikiaskan dengan cemuhan. Lantas Syeikh
kami menjawab dengan kata-katanya:

"Wahai anakku, sesungguhnya saya berasa takjub melihat berkumpulnya
burung pada satu bangkai yang busuk, maka bagaimakah ketakjuban kita
melihat berkumpulnya manusia pada Islam?"

Ketiga: Kami pernah bermusafir dari kampung Syansur menuju ke Kaherah.
Bersama kami ada beberapa orang pemuda. Kami menuju ke pejabat Anshor
al-Sunnah di 'Abidin. Kami mendapati Fadhilah al-Syeikh Hamid al-Fiqi -
Ketua Jemaah Anshor al-Sunnah pada waktu itu - sedang menyampaikan
ceramahnya. Kami duduk mendengar kepadanya. Beliau menghamburkan
serangan keras terhadap al-Ustaz Hasan al-Banna, Mursyidul 'Am al-Ikhwan
al-Muslimun kerana beliau tidak mementingkan aqidah. Golongan pemuda
membenci serangan yang mereka tidak biasa mereka dengar ini dan mereka
duduk dalam majlis itu seolah-olah mereka sedang duduk di atas bara api.
Apabila ceramah itu selesai, kami bangun dan bersalam dengan Syeikh
Hamid dalam keadaan berdiri. Fadhilah al-Syeikh Abdul Razaq berkata
kepada al-Syeikh Hamid:

"Sesungguhnya manusia sedang menjauhi Islam sejauh-jauhnya. Biarkanlah
Hasan al-Banna dengan dakwah umumnya kepada mereka sehingga dia dapat
mengarahkan mereka kepada Islam. Apabila mereka telah menuju kepada
Islam maka bolehlah kamu mengajar aqidah dan syariah kepada mereka
mengikut kehendak kamu."

Lantas perasaan para pemuda tenang dengan kata-kata ini.

Sekiranya jemaah-jemaah Islam ini bertemu pada satu matlamat iaitu
berhukumkan syariat Islam dalam seluruh sudut kehidupan, sesungguhnya
permusuhan yang wujud antara mereka dan antara mereka yang ada dalam
satu jemaah akan menghabiskan tenaga mereka dalam pertentangan dalaman
dan menghalang tercapainya matlamat bersama. Inilah penyakit kronik yang
memecahkan kekuatan Islam dan menghalang terlaksananya syariah yang
mulia.

[HALANGAN-HALANGAN PELAKSANAAN SYARIAH ISLAM oleh Prof. Manna' Khalil
al-Qaththan; Maktabah al-Qardhawi 1998]


Menyentuh mengenai Obama

Segelintir menaruh harapan supaya Obama dapat menjaga kedaulatan Islam semula di US dan tindakannya terhadap negara2 seperti iraq dan sebagainya, kerana berbanding Obama dan Mc Cain, Obama mempunyai pertalian darah yang lebih rapat dengan Islam.

Segelintir mengambil sikap tidak menerima mana2 pun kerana dua2 mereka adalah barat. Kerana janji2 daripada Barat dan kafir xperlu dipercayai kerana hanya omong kosong, sekadar mengambil hati orang2 Islam dan untuk meraih undi.

Sebagai analogi, kita ambil contoh artis brtudung, ade yang kata baguslah dapat hidayah dah, ada yang kata baik xpayah kerana memburukkan lagi cerminan pada Islam. Antum berfikiran yang mcamana, terpulanglah, semua betul, yang penting kita semua tahu mana yang haq, mana yang batil dan pendekatan dakwah kepada mereka dan masyarakat sekeliling.

waLLAHU TAALA a’lam...

Sekian.Ws..

KhILaFaH FiGhTeRs said...

fash aldin anil hayat
memisahkan agama dari kehidupan
itu adalah analogi kepada mereka yang memgang dan mendaulatkan kapitalisma

apa itu kapitalisma
kapitalisma adalah suatu ideologi yang hebat di guna pakai oleh ummat islam mutakhirin ini
ideologi ini datang dari zaman rom di mana ada perbalahan antara mereka yang mengelar diri mereka rahib dan golongan bangsawan
lalu di atas ketidak puas hatian golongan bangsawan terhadap rahib mereka yang ikot campur dalam urusan kepimpinan yang hancur (zaman kegelapan)
maka mereka bertindak mereformasi agama mereka dengan memisahkan agama dari kehidupan
ahli agama menjadi ahli agama mereka yang memiliki modal (kapital) diletakkan kepada kempimpinan negara.

nah ideologi ini telah lama di anut oleh seluruh dunia
kite lihat pemimpin negara islam namun penereapannya tidak islam
malah dengan ideologi inilah menghadsilkan kebebsan

kebebasan???
apa kaitan dengan kebebasan
untuk mencantik dan menampal kejijikan kapitalisma
maka kebebasan dalam pemerintahan kononya digunakan

kebebasan itulah demokrasi
kenapa
apa itu demokrasi
demokrasi
awalnya adalah sebuah sistem yang diguna pakai di zaman yunani
apa itu demok dan cratos
demok adalah rakyat cratos adalah hukum
ianya ditafsirkan kepada kedaulatan hukum ditangan rakyat
ini bermakna rakyat boleh memilih untuk berhukum dengan hukum mana sekalipun dengan bebas asalkan dengan pungutan suara majoriti
.
apa yang di bawa oleh demokrasi
demokrasi membawa kebebasan.
kebebasan beragama
kebebasan bertingkah laku
kebebasan bersuara
dan kebebasan pemilikan

kite imbas apa yang telah terjadi di neagra islam kini yang mengamalkan demokrasi

contohnya malaysia
mereka menyatakan demokrasi dan syura tiada beza
namun ana harap anti dapat selidiki perbezaan antara syura dan demokrasi
kerana apabila kite lihat
demokrasi itu adlah lawan bagi syura
kerana apa
terang dan jelas demokrasi adlah badan atau intipati ideologi sebuah negara kapitalis untuk membuat atau menggubal hukum
mereka yang majoriti menang di parlimen akan mencadang dan membuat hukum di dalam parlimen

contoh paling mudah
kalau ana nak bagi
baru2 ini hadi awang inginkan hudhud terlaksana di bumi malaysia
maka hudud itu akan dibincang di parlimen
dan mengambil suara majoriti ahli parlimen yang rata2nya dikuasai oleh orang yang tidak inginkan islam
adakah hudud itu terlaksana???
tidakkah hudud itu dibincangkan dan digubal???
perbahasan hukum dari ALLAH DIPARLIMEN
adakah ini di bolehkan???

dan kesemua di atas adalah dinamakan dengan legislator dlam demokrasi
dan apabila di tafsirkan dalam bahasa melayu adalah proses membuat hukum...

tidakkah ianya terasa pelik dan jelik manusia yang hina ini berbicara dan membahskan hukum menggubal dan membubarkan hukum.

adakah ianya di bolehkan oleh islam???
terang dan jelas SURAH AL MAIDDAH

“Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik” ayat 47

“maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu.” Ayat 48

“Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin ?” ayat 50

Tidak anti telihat dan ternampak disini hanya yang layak membuat hokum adalah ALLAH
Memang anti kalu lihat demokrasi tidak ada dalam ALQURAN
Namun kite wajib berpegang kepada empat sumber hokum yang tidak akan mengelirukan kita

Pertama AL QURAN KEDUA ASSUNNAH KETIGA IJMA’ SAHABAT DAN KEEMPAT ADALAH QIYAS.

Maka disini telah kite lihat imam ibnu qayyim aj jauzahi conthonya juga mengharamkan proses membuat hokum
Dan ramai lagi ulama 2 mujtahid berpandangan sama tetang proses membuat hokum
Maka tidakkah mudah di fahami demokrasi itu haram keran keterlibatannya untuk membuat hokum…? Atau masih tidak berpuashati… hehe

Dan jika kite lihat benar ALLAH tidak melihat kejayaan namun usha.
Tp telah ditetapkan dengan pilihan usaha yang macam mana yang perlu dilakukan
Sedang pisau juga da pilihan kepadanya.
Awal khasiat pisau itu memotong daging namun ada juga tangan kotor yang membuatnya untuk bunuh orang
Nnah saamalh dengan memperjuangkan islam
Memperjuangkan islam memang wajib namun pilihan dibri kepada kite untuk memilih jalan yang mana dna jalan ini yang akan dipersoalkan

Anti telah diberi dua jalan
Pertama jalan kufur dengan demokrasi yang menjadi sebahagian dengan ideology kapitalis
Dan kedua jalan yang sama seperti jalannya RASULULLAH iaitu thalabun nusroh
Nah anti di beri tanggungjawab meemilih jalan yang terbaik sama ada demokrasi atau thalabun nusroh

Dan kalu kite kaji sirah RASULULLAH baginda juga diberi pilihan untuk menjayakan projek baginda untuk mendaulahkan islam.

Sama ada menerima tawaran orang2 quraisy untuk untuk menjadi pemimpin mereka dan tinggal jalan dakwah atau terus tersiksa dengan cacian dan maki hamun sepak terajang hingga kepada dugaan untuk dibunuh dengan dakwah
Namun RASULULLAH mengambil jalan dakwah

“sekiranya diletkan bulan dibahu kiri dan matahari di bahu kanan namun untuk tinggalkan jalan dakwha tidak sekali”

Kan boleh dilihat disitu RASULULLAH USWATUL HASANAH juga meninggalkan jalan kompromi dnegan kekufurna jika kite lihat dengan akal maka kan lebih mudah jika RASULULLAH ambil jalan kompromi itu jadi pemimpin quraisy lagi ibarat pm.
Namun RASULULLAH tetap dengan jalannya iaitu THALABUN NUSROH

Nah lihat disini perbezaan antara kite berdua
Kami melihat sirah RASULULLAH bukan sekadar iktibar tapi adalah sumber hokum

Hehe

Dan diharap anti dapat bezakan antara cara hidup dan teknologi

Cara hidup itu adalah hadharah. Dan islam tidak menerima cara hidup atau hadahrah kufur contoh yang ana boleh beri dalam kes tipu timbang dipasar
RASULULLAH MELARANGKAN???
Betul x
Dalam peristiwa lain cara hidup social seks bebas kahwin muta’ah kan islam larang dna kedatrangan islam merubah cara hidup kufur ini di bumi islam (madinah) betul x????

Keran itu sume adlah cara hidup dan kini kite boleh lihat kapitalis sebagai cara hidup
Demokrasi adalah cara hidup

Namun islam menerima teknologi luar untuk digunkan dan itu adalah madani
Kite lihat peristiwa yang di bawa salman al farisi
Beliau menerangkan kehebatan dan meniru meriam barat pada ketika itu dan RASULULLAH membenarkan.
Nah laptop hp itu suma cara hidup atau tekonologi
Adakah laptop itu hadharah cuba di buktikan
Dan adakah kapitalis dan demokrasi itu madaniyah cuba buktikan

Nah kan berbeza
Antara hadaharah dan madaniyah

Hehe

k.

berbalk kepada usaha yang dilihat ALLAH
JANGAN LUPA ALLAH JUGA MELIHAT USAHA KAMI YANG MENGIKUTI MANHAJ KENABIAN DEMI MENDAULATKAN ISLAM.

Hehe

Sorry mungkin agak menyinggung namun inilah kebenaran

K

Salam perjuangan
syababs-uridu-khilafah.blogspot.com

ain solehah said...

waaa...pjg...kamu buat kerja kamu, kami buat kerja kami..yek?hee

KhILaFaH FiGhTeRs said...

benar kami buat kerja kami n kamu buat kerja kamu...
namun politik islam tujuan dia adalah
mengembalikna kehidupan islam di tengah2 keruntuhan.
itu adalah objektif kami

k

g pun x sanggup ana lihat saudara seislam ana berjuang tp jalan perjuangan tidak di terima
apatahlagi mereka yang berjuang itu adalah orang2 yang istimewa.
hehe

Anonymous said...

apa kelebihan sistem politik Islam? apa keperluan sistam politik Islam di Malaysia ? dari segi segi ( bahasa moden ) sosial , perundangan , ekonomi , teknologi dan pendidikan ? tolong beritahu saya .... mengapa Malaysia memerlukan konsep politik Islam walhal peratusan rakyat Malaysia yang JAHIL mengatakan TIADA POLITIK DALAM ISLAM, politik itu Bid'ah ?? betulkah itu??

ain solehah said...

syukran...
salah satu cabang islam adalah siasah yakni dari segi bahasa kita ianya politik (berorganisasi-mempunyai pemerintah), bahkan dalam keluarga pun ade ketua keluarga, apatah lagi sebuah negara...

sisitem politik islam adalah seperti yang diajarkan oleH Rasulullah SAW. dengan pemerintahan barulah wujudnya cabang2 sosial,perundangan,ekonomi,teknologi dan pendidikan....makna kata dengan pemerintahan ISLAM, coraknya menjurus dengan landasan syariat, jika pemerintahan mengikut barat, maka terjadilah cabang2 td yang tidak berlandaskan syara'....sistem ekonomi yang mengndungi riba',menindas orang lain, sistem sosial yang tiada sekatan, manusia bebas sebebasnya, sistem perundangan yang menolak hukum ketetapan mutlak daripada ALLAH....dan lain-lain lagi.....

kita hamba ALLAH, ALLAH pencipta kita, jadi pemilik hamba itulah yang MAHA MENGETAHUI apa yang baik dan buruk penciptaanNYA... analoginya seorang pembuat kereta itu lebih mengetahui apa yang diperlukan dan apa kelemahan dan kebaikan kereta yang dibuat itu....maka, dengan itu sistem politik islam memang perlu digunakan kerana ia yang terbaik daripada ALLAH...

Anonymous said...

x sanggup ana lihat saudara seislam ana berjuang tp jalan perjuangan tidak di terima
apatahlagi mereka yang berjuang itu adalah orang2 yang istimewa
++++++++++++++++++++++++++++++
konfident nya, macm lah perjuangan dia je yg Allah terima. kat Malaysia ni selain guna pilihanraya/demokrasi pilihan ape lagi yg ade ? nak buat revolusi ke ?

Pain_Akatsuki said...

Assalamualaikum.. pertama sekali sy nk ucapkan tahniah di atas perkongsian 'ilmu ni.. cuma sy nk komen sikit ttg bibliografi.. sy trtya2 dimana sebenar nya nombor rujukan nota kaki di bahagian artikel anda. sy brharap ianya dpt diperbaiki pd masa akn dtg.. apa pn,tahniah.. wassalam..

Pain_Akatsuki said...

Assalamualaikum.. pertama sekali sy nk ucapkan tahniah di atas perkongsian 'ilmu ni.. cuma sy nk komen sikit ttg bibliografi.. sy trtya2 dimana sebenar nya nombor rujukan nota kaki di bahagian artikel anda. sy brharap ianya dpt diperbaiki pd masa akn dtg.. apa pn,tahniah.. wassalam..

ain solehah said...

ws...kebetulan sy on...pnulisan perbezaan ini sy copy paste sbg ilmu...di bhgian tepi blog sy ada nyatakan, kbyakan yg sy post adalh yg sy ambil drp sumber2 yg boleh dipercayai...sy xedit utk mengekalkan keoriginalan nye, sy hnya mnambah/conclude/bri pndpt di akhir tulisan...wallua'lam...

Related Posts with Thumbnails

DOWNLOAD BAHAN ILMIAH

حيا بالعربية

محادثة
@ يـَــا عـَــائِــشـَــة ُ، هـَـٰــذِهِ صـَــدِيـْــقـَــتـِــى خـَــدِيـْــجـَــة

@ Hai Aisyah, ini temanku Khadijah.

& أ َهـْــلاً وَسـَــهـْــلاً، كـَــيـْــفَ حـَــالـُــكِ يـَــا خـَــدِيـْــجـَــة

& Semoga anda menjadi keluarga kami dengan segala kemudahan, bagaimana khabarmu hai Khadijah?

@ أ َنـَــا بـِــخـَــيـْــر ٍ اَلـْــحـَــمـْــدُ لـِــلـَّــه، وَمـَــا اسـْــمُــكِ؟

@ Saya baik alhamdulillah, siapakah nama awak?

& إ ِسـْــمـِــى مـَــرْيـَــمُ بـِــنـْــت ُ الـْــحـَــاج ِ حـَــسـَــنْ

& Nama saya Maryam binti Haji Hasan.

@ مـَــا شـَــاءَ الله إ ِسـْــمٌ جـَــمـِــيـْــلٌ، أ َيـْــن َ تـَــسـْــكـُــنـِــيـْــن َ يـَــا مـَــرْيـَــمُ؟

@ Masya Allah nama yang bagus, di manakah awak tinggal hai Maryam?

& أ َسـْــكـُــن ُ فـِى رَقـْــم ِ ٤٨ مـِــنْ شـَــار ِع ِ مـِــيـْــلاَوَاتـِــىْ

& Saya tinggal di nombor 48 Jalan Melawati.

@ إ ِذ َن ْ بـَــيـْــتـُــكِ قــَــر ِيـْــبٌ مـِــنْ هـُــنـَــا

@ Kalau demikian rumah awak dekat sahaja dari sini.

& أ َجـَــلْ، مـِــائَــتـَــان ِ وَخـَــمـْــسـُــوْن َ مـِــتـْــرًا تـَــقـْــر ِيـْــبـًــا

& Ya, lebih kurang 250 meter dari sini.

@ هـَــلْ تـَــسـْــمـَــحـِــيـْــن َ لـِــى بـِــز ِيـَــارَتـِــكِ يـَــا مـَــرْ يـَــمُ؟

@ Apakah awak membolehkan saya mengunjungi awak hai Maryam?

& بـِــكـُــلِّ السـُّــرُوْرِ

& Dengan segala senang hati.

MARI BELAJAR BAHASA ARAB =)

BERSAMA MYKRK

ARAB MADINAH

ARAB INDO