Sunday, November 16, 2008

Hargailah Ibu...

BismiLLAH walhamduliLLAH..

Assalamualaikum wrhmatuLLAH...

Keperitan Ibu melahirkan anak..Saksikan..Hayatilah...




Hayatilah....


Sedarkah kita
Tiada kita didunia ini jika tidak didahului dengan ibu bapa kita
Tidak merasai nikmat dunia
Tidak mengenali erti dunia tanpa mereka...

Ibu..
Seorang ibu, tidak siapa yang tidak tahu, betapa tinggi pengorbanan seorang ibu
Selama 9 bulan dibawanya kita ke sana ke mari
Setelah itu, berhempas pulas, antara hidup dan mati bertarung nyawa sewaktu melahirkan kita
Pernahkah kita merasai kesakitan itu?
Lahirlah seorang bayi suci...

Seekor nyamuk pun tidak di beri digit pada tubuh bayi tersebut..
Ditatangnye bagai minyak yang penuh..
Siang malam, dijaganya makan pakai..
Tangisan pada waktu pagi, di saat orang lain dalam lena,
Digagahkan untuk bangun juga membelai bayi..

Daripada tidak pandai bergerak, diajarnya merangkak, berjalan, berlari
Diajarkan mengenali ABC, ا ب ت , pndailah berkata-kata
Hari berganti hari, tahun berganti tahun,
Dihantar pula masuk ke Pusat Asuhan kanak-kanak

Sambung pula ke sekolah..
Berbagai ragam kita dengan ibu kita, mahu itu, mahu ini
Tidak diberikan kemahuan merajuk, meradang
Tetapi kasih ibu kepada kita, dituruti kemahuan kita..
Diberikan juga apa yang kita mahukan..

Bila mengjangkau usia remaja semakin berkerenah dengan insan bergelar ibu..
Bukan sahaja merajuk dengan ibu apabila kehendak tidak dituruti,
Tetapi dilawannya, ditinggikan suara, disumpahnya, ditendang pintu rumah, diceritakan kepada kawan-kawan yang ibunya seorang yang jahat, tidak memahami..tetapi ibu tidak pernah sesekali mengambil hati dengan tingkah laku kita..
Ya Allah apalah dosa ibu..
Yang selama ini tidak pernah memukul, mencubit anak kesayangannya, bahkan ditatang dengan penuh kasih sayang,..apakah ini balasan seorang anak?
Dalam alam persekolahan duit yang diberikan ibu untuk membeli buku-buku pelajaran dihabiskan dengan membeli majalah-majalah yang tidak berfaedah....
Sudah itu, kenal pula dengan seorang kawan istimewa,
segala apa yang berlaku dijadikan kawan itu tempat rujukan utama.. segala masalah, dikongsi bersama..
Nasihat ibu, kata-kata ibu, dianggap tidak bermakna, lantaran dengar telinga kanan keluar telinga kiri...dicopnya ibu kuat berleter..padahal semua yang diucapka ibu berupakan nasihat..
Duit yang diberikan ibu untuk belanja dihabiskan dengan kawan istimewa,
Kesana , ke mari bersama-sama
Kata ibu bapa sudah tidak dihiraukan lagi..
apa yang penting bahagia dengan kawan istimewa
Dihadiahkan teman pakaian yang menarik, telefon bimbit...tetapi pernahkah diberikan ibu sedemikian?? Ataukah menghidangkan secawan air pun tidak pernah????
Berapa banyak duit yang dihabiskan dengan topup, menelefon teman berejam-jam..tetapi pernahkah menayakan khabar ibu????...sihatkah ibu?
Keluar ke sana ke mari, tidak menjadi masalah, ditipunya ibu bapa pergi ke tuisyen.. Pernahkah ibu menipu kita??
Belaian ibu, kasih ibu, sayang ibu, tidak pernah terungkap di bibir, pernahkah menyatakan ”saya sayang ibu?”, ”saya rindu ibu??” ..tidak..sebaliknya beribu-ribu kali kata-kata manis diungkapkan kepada teman istimewa... alangkah teruknya kita...

Di manakah tempat seorang ibu dalam hati kita??
Ataukah sudah tiada ruang lagi untuk ibu yang selama ini berkorban untuk kita, bertakhta dalam hati kita yang sudah berkarat...
Sepenuh2 ruang hati ibu menyayangi, mengasihi anaknya..tetapi bagaimana kita, sebagai anaknya..

Masuk ke alam rumahtangga, alam pekerjaan, tinggal dengan bahagianya dengan orang baru dikenali setahun, dua tahun.. tidak pernah menjenguk teratak lama.. tidak pernah menjenguk ibu yang dikenalinya sejak kecil, sejak daripada kita tidak mengenal huruf lagi..... di beri alasan, sibuk...”saya sibuk emak, tak sempat nak pulang”.. ..
Rindu ibu pada anak tak pernah pudar, walaupun kasihnya tidak pernah terbalas..
Tidak pernah putus doa ibu supaya anaknya hidup cemerlang dunia dan akhirat...
Pernahkah kita doakan ibu bapa kita???
Pernahkah?
Tiba pada suatu hari.. dapat berita tentang kematian ibu....
Meraung sekuat mana pun tiada guna..
Ibu yang selalu bersusah payah mendidik, mengasuh, membesarkan kita dijemput Ilahi..
Adakah pada waktu itu, baru kita nak ungkap sayang, kasih...
Tiada guna...
baru rasa hendak berbakti kepada ibu...??
Semua dah tiada guna.. dakapan tiada makna..ungkapan sayang tidak didengarinya lagi..
Ibu pergi tanpa diduga.. bertemu kekasih Abadi...

Hayatilah..Azimat Ibunda..



Sedarlah rakan taulan.. betapa berharganya seorang ibu...
Sekiranya masih mempunyai ibu..sayangilah ibu sepuashati...kerana kita hanya ada seorang ibu...
Sekiranya ibu sudah tiada, doakanlah ibu...moga berada dikalangan orang-orang yang soleh, solehah...doakanlah kesejahteraan ibu di sana.. Amiin Ya Rabbal alamin...

Bismillahirrohmanirrohim..
رب اغفر لي ولوالدي وارحمهما كم ربياني صغيرا

*p/s: sedekahkan Al-Fatihah kepada saudari Nurhayati Jusoh (Al-Falah) yg kematian ibunya pagi td....Al-Fatihah..


Sekian, WaLLAHu Taala a'lam..

Bonda
Album : Akhlak Mulia
Munsyid : Shoutul Sofwa
http://liriknasyid.com


# Bonda yang tercinta bagaimanakah
Dapat kubalasi segala jasa yang tercurah
Buat kami anak - anakmu ini
Pengorbananmu tiada tandingan

mendidik dan mengasuh kami
Tanpa jemu dan bosan
Penuh kesabaran

Bonda terima kasih
Atas segalanya
Kerana kau telah
Mengenalkan kami
Kepada Tuhan Yang Maha Esa

Kau tunjukkan jalan
Untuk kesana
Negara akhirat
Yang kekal abadi

## Betapa mulianya hatimu
Betapa murni kasih sayangmu
Dapat kurasakan kasih sayangmu
kasih sejati
Moga sentiasa Alloh rohmati
Moga sentiasa Alloh redhoi

back to #
back to ##, ##


Buatmu Ibu
Album : Kalimah Cinta
Munsyid : Aeman
http://liriknasyid.com

Ibu.. bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu..

Ibu..kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Ibu.. kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah, Tuhan..
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana

Senilagu: Isman Isam (Hijjaz Records)

2 comments:

Related Posts with Thumbnails

DOWNLOAD BAHAN ILMIAH

حيا بالعربية

محادثة
@ يـَــا عـَــائِــشـَــة ُ، هـَـٰــذِهِ صـَــدِيـْــقـَــتـِــى خـَــدِيـْــجـَــة

@ Hai Aisyah, ini temanku Khadijah.

& أ َهـْــلاً وَسـَــهـْــلاً، كـَــيـْــفَ حـَــالـُــكِ يـَــا خـَــدِيـْــجـَــة

& Semoga anda menjadi keluarga kami dengan segala kemudahan, bagaimana khabarmu hai Khadijah?

@ أ َنـَــا بـِــخـَــيـْــر ٍ اَلـْــحـَــمـْــدُ لـِــلـَّــه، وَمـَــا اسـْــمُــكِ؟

@ Saya baik alhamdulillah, siapakah nama awak?

& إ ِسـْــمـِــى مـَــرْيـَــمُ بـِــنـْــت ُ الـْــحـَــاج ِ حـَــسـَــنْ

& Nama saya Maryam binti Haji Hasan.

@ مـَــا شـَــاءَ الله إ ِسـْــمٌ جـَــمـِــيـْــلٌ، أ َيـْــن َ تـَــسـْــكـُــنـِــيـْــن َ يـَــا مـَــرْيـَــمُ؟

@ Masya Allah nama yang bagus, di manakah awak tinggal hai Maryam?

& أ َسـْــكـُــن ُ فـِى رَقـْــم ِ ٤٨ مـِــنْ شـَــار ِع ِ مـِــيـْــلاَوَاتـِــىْ

& Saya tinggal di nombor 48 Jalan Melawati.

@ إ ِذ َن ْ بـَــيـْــتـُــكِ قــَــر ِيـْــبٌ مـِــنْ هـُــنـَــا

@ Kalau demikian rumah awak dekat sahaja dari sini.

& أ َجـَــلْ، مـِــائَــتـَــان ِ وَخـَــمـْــسـُــوْن َ مـِــتـْــرًا تـَــقـْــر ِيـْــبـًــا

& Ya, lebih kurang 250 meter dari sini.

@ هـَــلْ تـَــسـْــمـَــحـِــيـْــن َ لـِــى بـِــز ِيـَــارَتـِــكِ يـَــا مـَــرْ يـَــمُ؟

@ Apakah awak membolehkan saya mengunjungi awak hai Maryam?

& بـِــكـُــلِّ السـُّــرُوْرِ

& Dengan segala senang hati.

MARI BELAJAR BAHASA ARAB =)

BERSAMA MYKRK

ARAB MADINAH

ARAB INDO