Monday, July 21, 2008

sihat cara RasuluLLAH

KITA SIHAT ALA RASULULLAH

Rasulullah bersabda :

"Mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada
mu'min yang lemah ...."(HR Muslim)

Bagaimana agar sentiasa sihat seperti Rasulullah s.a.w?
Ikuti resepi berikut :

1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah s.a.w selalu mengajak umatnya untuk bangun sebelum subuh,
melaksanakan solat sunah dan solat Fardhu, solat subuh berjamaah. Hal
ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :

- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg baik utk kesihatan / terapi penyakit TB -
Memperkuat fikiran dan menyihatkan perasaan


2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah sentiasa rapi & bersih, tiap² hari Khamis atau Jumaat,
beliau mencuci rambut² halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan
berminyak
wangi.

"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang² dewasa Demikian
pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman" (HR Muslim)


Firman ALLAH dalam Surah Al A'raaf, ayat 31;


"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu Yang indah berhias pada
tiap-tiap kali kamu ke tempat Ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan
makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; Sesungguhnya Allah
tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas."


3. TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami
makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan ) "(Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda :
Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk
makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi umat Islam dgn adanya
Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.



4. GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah s.a.w selalu berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad,
mengunjungi rumah sahabat dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, peluh
akan mengalir, pori² terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini
penting untuk mencegah penyakit jantung.


5. TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah s.a.w: "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali.
Ini menunujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak
pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan
dan kesihatan jiwa.

Firman ALLAH dalam Surah Ali Imran, ayat 133 dan 134;


"dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk
mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya
seluas Segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang
bertaqwa; Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan
susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang
memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang
Yang berbuat perkara-perkara yang baik"

Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk dan bila duduk
maka berbaring
- Membaca Ta 'awwudz, kerana marah itu dari syaitan
- Segeralah berwudhu
- Solat 2 rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati


6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis akan memberikan kesan psikologis yang mendalam bagi
kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqamah dan bekerja keras, serta
tawakal kepada Allah S.W.T.


Firman ALLAH dalam Surah Yusof, ayat 87;
"dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah.
Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu
melainkan kaum yang kafir".


7. TAK PERNAH IRI HATI

Untuk menjaga kestabilan hati & kesihatan jiwa, mentaliti maka menjauhi
iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.



AKAL CERDAS DATANGNYA DARIPADA BADAN YANG CERGAS

No comments:

Related Posts with Thumbnails

DOWNLOAD BAHAN ILMIAH

حيا بالعربية

محادثة
@ يـَــا عـَــائِــشـَــة ُ، هـَـٰــذِهِ صـَــدِيـْــقـَــتـِــى خـَــدِيـْــجـَــة

@ Hai Aisyah, ini temanku Khadijah.

& أ َهـْــلاً وَسـَــهـْــلاً، كـَــيـْــفَ حـَــالـُــكِ يـَــا خـَــدِيـْــجـَــة

& Semoga anda menjadi keluarga kami dengan segala kemudahan, bagaimana khabarmu hai Khadijah?

@ أ َنـَــا بـِــخـَــيـْــر ٍ اَلـْــحـَــمـْــدُ لـِــلـَّــه، وَمـَــا اسـْــمُــكِ؟

@ Saya baik alhamdulillah, siapakah nama awak?

& إ ِسـْــمـِــى مـَــرْيـَــمُ بـِــنـْــت ُ الـْــحـَــاج ِ حـَــسـَــنْ

& Nama saya Maryam binti Haji Hasan.

@ مـَــا شـَــاءَ الله إ ِسـْــمٌ جـَــمـِــيـْــلٌ، أ َيـْــن َ تـَــسـْــكـُــنـِــيـْــن َ يـَــا مـَــرْيـَــمُ؟

@ Masya Allah nama yang bagus, di manakah awak tinggal hai Maryam?

& أ َسـْــكـُــن ُ فـِى رَقـْــم ِ ٤٨ مـِــنْ شـَــار ِع ِ مـِــيـْــلاَوَاتـِــىْ

& Saya tinggal di nombor 48 Jalan Melawati.

@ إ ِذ َن ْ بـَــيـْــتـُــكِ قــَــر ِيـْــبٌ مـِــنْ هـُــنـَــا

@ Kalau demikian rumah awak dekat sahaja dari sini.

& أ َجـَــلْ، مـِــائَــتـَــان ِ وَخـَــمـْــسـُــوْن َ مـِــتـْــرًا تـَــقـْــر ِيـْــبـًــا

& Ya, lebih kurang 250 meter dari sini.

@ هـَــلْ تـَــسـْــمـَــحـِــيـْــن َ لـِــى بـِــز ِيـَــارَتـِــكِ يـَــا مـَــرْ يـَــمُ؟

@ Apakah awak membolehkan saya mengunjungi awak hai Maryam?

& بـِــكـُــلِّ السـُّــرُوْرِ

& Dengan segala senang hati.

MARI BELAJAR BAHASA ARAB =)

BERSAMA MYKRK

ARAB MADINAH

ARAB INDO