Friday, December 28, 2007

Syuhada' Pertama

"Wanita mempunyai kedudukan yang tinggi di dalam Islam. Ramai tokoh-tokoh wanita tercatat di dalam sejarah Islam di antaranya Siti Khadijah r.a, Siti Aisyah r.a., Sumaiyyah binti Khaiyat, Ummu Aiman dan banyak lagi nama besar lain yang boleh menjadi suri teladan dan panduan kita semua. Malah wanita diberikan penghormatan sebagai syahid pertama umat Islam di bumi Makkah.

Berdasarkan sejarah Islam, Syuhada' pertama penganut Islam ialah seorang wanita iaitu Sumaiyah binti Khaiyat yang merupakan isteri kepada Yasir bin Amin Al-Ansi dan juga ibu kepada Muammar bin Yasir.

Sumaiyah bin Khaiyat adalah hamba perempuan Abu Huzaifah bin al-Mughirah Abdullah bin Umar al-Ansi. Beliau dikahwinkan dengan Yasir bin Amin Al-Ansi seorang pendatang dari Yaman yang mengikat janji setia dengan Huzaifah. Mereka dikurniakan anak lelaki bernama Ammar. Yasir juga dikenali sebagai Abu Ammar.

Sumaiyah dimerdekakan pada hari perkahwinannya dan tinggal bersama Huzaifah dibawah naungan Bani Makhzum.

Keluarga Yasir adalah di antara keluarga yang terawal memeluk Islam di Makkah ketika seruan dakwah baru sahaja di bawa oleh Rasulullah SAW. Mereka terpaksa menempuh penderitaan dan penyiksaan dari golongan musyrikin Makkah.

Bani Makhzum yang masih belum memeluk Islam ketika itu sangat marah apabila mengetahui keluarga Yasir memeluk Islam. Keluarga Yasir pun diseksa dengan pelbagai jenis seksaaan supaya mereka kembali kepada agama asal nenek moyang mereka yang menyembah berhala.

Sumaiyah, Yasir dan Ammar telah di heret ke padang pasir dan dijemur dibawah pancaran matahari yang amat panas, mereka dipukul dan tidak diberi makan dan minum. Kaki dan tangan mereka diikat dengan rantai.

Pada suatu hari Rasulullah SAW lalu di tempat keluarga Yasir disiksa. Rasulullah SAW berkata " Bersabarlah, wahai keluarga Yasir. Balasan untuk kamu adalah Syurga".Kata-kata Rasulullah SAW itu telah menenagkan hati dan jiwa raga mereka, Iman mereka jadi bertambah teguh walaupun mereka disiksa dengan kejam dan zalim oleh Musyrikin dari Bani Makhzum.

Pada suatu hari datanglah Abu Jahal ke tempat penyeksaan tersebut sambil menghina dan mencerca sumaiyah dan turut sama menyeksa Sumaiyah. Abu Jahal memaksa Sumaiyah supaya meninggalkan Islam. Tetapi mereka menolaknya dan tetap beriman dengan Allah SWT dan tidak sekali-kali akan meninggalkan Islam. Sumaiyah diikat di antara dua ekor unta.

Abu Jahal sangat marah dengan Sikap Sumaiyyah yang tidak mahu tunduk dengan kemahuannya dan musyrikin Makkah. Abu Jahal pun mengambil lembing lalu menusukkan lembing tersebut di dada Sumaiyyah. Sumaiyyah pun gugurlah sebagai Syahid Pertama di bumi Makkah. Suaminya Yasir juga turut Syahid kemudiannya.

Nama Sumaiyah binti Khaiyat tercatat dalam sejarah Islam sebagai Syahid pertama umat Islam yang mati kerana mempertahankan aqidah dan keimanannya kepada Allah SWT.Setelah Sumaiyyah dan Yasir gugur sebagai syuhada', Ammar yang masih kecil dipaksa menyebut dipaksa menyebut nama-nama berhala kaum musyrikin. Dalam keadaan terpaksa, Ammar terpaksa menuruti kehendak kaum musyrikin dengan menyebut nama-nama berhala. Ammar hanya menyebut dilidah semata-mata tetapi dihatinya terus memuji Allah SWT.

Dalam keadaan darurat ini Ammar terpaksa memilih antara rukshah dan azimah. Musyrikin Makkah pun melepaskan Ammar kerana disangkanya sudah mengikut kehendak mereka.

Selepas dilepaskan dari seksaan Ammar pun menemui Rasulullah SAW menceritakan perbuatannya tadi. Rasulullah SAW bertanya bagaimana dengan hatimu? jawab Ammar saya tetap beriman dengan Allah. Rasulullah SAW membenarkan tindakan Ammar tersebut yang memilih rukshah.wallahua'lam...

No comments:

Related Posts with Thumbnails

DOWNLOAD BAHAN ILMIAH

حيا بالعربية

محادثة
@ يـَــا عـَــائِــشـَــة ُ، هـَـٰــذِهِ صـَــدِيـْــقـَــتـِــى خـَــدِيـْــجـَــة

@ Hai Aisyah, ini temanku Khadijah.

& أ َهـْــلاً وَسـَــهـْــلاً، كـَــيـْــفَ حـَــالـُــكِ يـَــا خـَــدِيـْــجـَــة

& Semoga anda menjadi keluarga kami dengan segala kemudahan, bagaimana khabarmu hai Khadijah?

@ أ َنـَــا بـِــخـَــيـْــر ٍ اَلـْــحـَــمـْــدُ لـِــلـَّــه، وَمـَــا اسـْــمُــكِ؟

@ Saya baik alhamdulillah, siapakah nama awak?

& إ ِسـْــمـِــى مـَــرْيـَــمُ بـِــنـْــت ُ الـْــحـَــاج ِ حـَــسـَــنْ

& Nama saya Maryam binti Haji Hasan.

@ مـَــا شـَــاءَ الله إ ِسـْــمٌ جـَــمـِــيـْــلٌ، أ َيـْــن َ تـَــسـْــكـُــنـِــيـْــن َ يـَــا مـَــرْيـَــمُ؟

@ Masya Allah nama yang bagus, di manakah awak tinggal hai Maryam?

& أ َسـْــكـُــن ُ فـِى رَقـْــم ِ ٤٨ مـِــنْ شـَــار ِع ِ مـِــيـْــلاَوَاتـِــىْ

& Saya tinggal di nombor 48 Jalan Melawati.

@ إ ِذ َن ْ بـَــيـْــتـُــكِ قــَــر ِيـْــبٌ مـِــنْ هـُــنـَــا

@ Kalau demikian rumah awak dekat sahaja dari sini.

& أ َجـَــلْ، مـِــائَــتـَــان ِ وَخـَــمـْــسـُــوْن َ مـِــتـْــرًا تـَــقـْــر ِيـْــبـًــا

& Ya, lebih kurang 250 meter dari sini.

@ هـَــلْ تـَــسـْــمـَــحـِــيـْــن َ لـِــى بـِــز ِيـَــارَتـِــكِ يـَــا مـَــرْ يـَــمُ؟

@ Apakah awak membolehkan saya mengunjungi awak hai Maryam?

& بـِــكـُــلِّ السـُّــرُوْرِ

& Dengan segala senang hati.

MARI BELAJAR BAHASA ARAB =)

BERSAMA MYKRK

ARAB MADINAH

ARAB INDO