Saturday, March 20, 2010

MasyaALLAH...


Bismillah walhamdulillah...

Assalamualaikum warahmatuLLAH...

Alhamdulillah, syukur atas rahmat limpah kurnia yang ESA kerana masih memberi nikmat Iman dan Islam

pada diri ini.


KOTA BHARU, 12 Mac: Hujan yang turun di bandar raya ini membasahkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz

Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan

serta ribuan rakyat yang menyertai solat sunat istisqa.

Hujan agak lebat tiba-tiba turun pada rakaat pertama solat sunat Istisqa yang diadakan di Padang Perdana

pagi tadi.

Solat tersebut diimamkan Menteri Besar bermula kira-kira jam 8.30 pagi.

Ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang membawa surah pada rakaat pertama tiba-tiba hujan turun agak

lebat sehingga membasahkan ribuan yang menunaikan solat.

Hujan hanya berhenti selepas selesai solat sunat tersebut.

Semua yang hadir termasuk pembesar negeri dan pegawai kanan kerajaan kelihatan basah kuyup.

Program tadi dihadiri hampir kesemua pegawai kanan kerajaan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri,

Datuk Mohd Aiseri Alias, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Faudzi Che Mamat, Pengelola Istana, Datuk

Abdul Halim Hamat dan Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Muhammad.

Solat Istisqa tersebut merupakan kali kedua diadakan di Kelantan selepas pertama kali diadakan beberapa

tahun lalu akibat kemarau panjang.

Cuaca kering dan panas kini melanda seluruh negara sehingga ada tempat paras sungai dan empangan

semakin surut dan tanah-tanah menjadi merekah.

Ketika membaca khutbah Menteri Besar memalingkan badan ke arah kiblat seketika sebagai mengikut

amalan sunnah Rasulullah s.a.w. ketika baginda mengerjakan solat Istisqa. Harakah

SubhanaLLAH..MasyALLAH...Setelah beberapa lama kemarau di Kelantan, tanggal 12 mac 2010 Tuan Guru

Nik Abdul Aziz Nik Mat mengimami solat sunat Istisqa' iaitu solat sunat untuk memohon hujan, akhirnya

Allah mengabulkan doa jemaah solat tersebut...karamah yang Allah berikan kepada pemimpin Islam,

seluruh dunia boleh nampak...tapi masih ada lagi yang suka menghina ulama'?....Apa yang sebenarnya

mereka mahukan....Ya Allah, moga KAU bukakanlah hati dan tunjukkan jalan yang lurus kepada semua umat

manusia...amiin...

Wednesday, March 10, 2010

AL-FATIHAH...

Syeikhul Azhar kembali ke rahmatuLLAH....Al-Fatihah....


محمد سيد طنطاوي شيخ الأزهر الراحل
DUBAI 10 Mac – Syeikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi.
Tantawi meninggal dunia di ibu negara Saudi, Riyadh selepas mengalami serangan sakit jantung.

Berita kematian Tantawi itu dilaporkan oleh stesen televisyen Al Jazeera hari ini, dengan memetik wartawannya di Saudi.
Al-Azhar, antara pusat pengajian Sunah paling terkemuka di dunia Islam, mengendalikan sekolah, universiti dan institusi pendidikan lain di seluruh Mesir.


Al-Qiyamah

Bismillahi al-Rahman al-Rahim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani).

75-1: Aku (Allah) bersumpah dengan hari kiamat.
75-2: Dan Aku (Allah) bersumpah dengan “nafsu lawwamah” (jiwa yang amat menyesali dirinya sendiri).
75-3: Apakah manusia mengira, bahawa Kami (Allah) tidak akan mengumpulkan tulang belulangnya?
75-4: Bahkan Kami (Allah) berkuasa menyempurnakan jari-jemarinya dengan sempurna.
75-5: Bahkan manusia itu hendak membuat maksiat terus menerus.
75-6: Dia bertanya: "Bilakah hari kiamat itu?"
75-7: Maka apabila mata terbelalak.
75-8: Dan apabila bulan hilang cahayanya.
75-9: Dan matahari dan bulan dikumpulkan. 7
5-10: Pada hari itu manusia berkata: "Ke mana tempat lari?"
75-11: Sekali-kali tidak! Tidak ada tempat berlindung!
75-12: Hanya kepada Rab (Tuhan) engkau sahajalah pada hari itu tempat kembali yang kukuh. 75-13: Akan diberitahukan kepada manusia pada hari itu apa yang telah dikerjakannya dan apa yang dilalaikannya.
75-14: Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri.
75-15: Meskipun dia mengemukakan berbagai keuzuran.
75-16: Maka janganlah engkau menggerakkan lidah engkau kerana hendak bersegera dengannya.
75-17: Sesungguhnya atas Kami (Allah) mengumpulkannya dan membacanya.
75-18: Maka apabila Kami (Allah) telah selesai membacakannya maka ikutilah bacaannya itu. 75-19: Kemudian sesungguhnya atas Kami (Allah) penjelasannya.
75-20: Sekali-kali tidak! Bahkan kamu mencintai yang cepat (kehidupan dunia).
75-21: Dan meninggalkan akhirat.
75-22: Wajah-wajah (orang Mukmin) pada hari itu berseri-seri.
75-23: Kepada Rab (Tuhan)nya (mereka) melihat.
75-24: Dan wajah-wajah (orang kafir) pada hari itu muram.
75-25: Dia mengira akan ditimpakan kepadanya malapetaka yang amat dahsyat.
75-26: Sekali-kali tidak! Apabila (nafas) telah sampai ke kerongkong.
75-27: Dan dikatakan: "Siapakah yang dapat menyembuhkan?"
75-28: Dan dia menyangka sesungguhnya itulah waktu perpisahan.
75-29: Dan bertaut betis (kiri) dengan betis (kanan).
75-30: Kepada Rab (Tuhan) engkau pada hari itu tempat kembali.
75-31: Maka tidaklah dia membenarkan dan tidaklah dia solat.
75-32: Tetapi dia mendustakan dan berpaling.
75-33: Kemudian dia pergi kepada ahlinya dengan sombong.
75-34: Kecelakaanlah bagi kamu dan kecelakaanlah.
75-35: Kemudian kecelakaanlah bagi kamu dan kecelakaanlah.
75-36: Apakah manusia mengira, bahawa dia akan dibiarkan begitu sahaja?
75-37: Bukankah dia dahulu setitik mani yang ditumpahkan?
75-38: Kemudian ia menjadi segumpal darah, lalu Dia (Allah) menciptakannya dan menyempurnakannya.
75-39: Lalu Dia (Allah) menjadikan daripadanya sepasang, laki-laki dan perempuan.
75-40: Bukankah yang demikian berkuasa menghidupkan yang mati?